Monday, February 4, 2013

#896: KANAK-KANAK DI JALANAN DAN EMPAYAR PERHAMBAAN.



Aku mintak maaf sebab lama tak update. Aku tulis bila aku free dan bila aku mahu.

Dengar blog ni dicalonkan untuk satu award, tapi aku tak peduli pun. 

27 Mei tahun lalu, aku menulis mengenai kanak-kanak yang diperhambakan sebuah pusat tahfiz yang aku percaya semakin lebar 'empayar' mereka di seluruh negara.

Berikut adalah capaian tulisan berkenaan: #854: PERHAMBAAN KANAK-KANAK: TAK APALAH.

Pelbagai janji sudah dilafazkan namun masih lagi tiada tindakan apa-apa dari mana-mana pihak berkuasa. 

Aku tak mahu elaborate drama yang berlaku di twitter semalam yang sangat menjengkelkan antara aku dan pegawai kerajaan yang mahukan diagungkan terlebih dahulu untuk perkara serius seperti ini.

Malah, aku dilabel kurang ajar dan arrogant semata-mata kerana aku serius membicarakan tentang kisah anak-anak kecil yang sejak 2007, sudahpun dipapar pelbagai media. Itu kalau berterusan aku yakin, mesti aku akan dilabel penyokong parti pembangkang. Aku sangat yakin sebab itu lazimnya taktik mengelak dari melakukan tindakan. Petty. They are petty.

Selain jawapan slow and steady, banyak lagi jawapan jawapan yang menjengkelkan diterima semalam di twitter. Tak apalah, like I twitted yesterday: I am nobody talking to somebody, ended up as busybody semata-mata.

Itu belum lagi cubaan taichi kepada jabatan lain. Letihlah. Bertambah letih apabila disuruh aku kemukakan dokumen untuk kes ini. Dokumen? Ya, boleh ketawa kuat kuat.

Tak apalah, kita tinggalkan kisah menjengkelkan itu sebab apapun kita buat, mereka tetap menjengkelkan.


Lihat pada resit ini. Ia sama dengan apa yang kanak-kanak jalanan ini gunakan. Jika dulu mereka takut takut untuk berada di kalangan masyarakat, kini didapati mereka sudah meluaskan 'empayar perhambaan' mereka dan hampir di setiap tempat tumpuan orang ramai, kita akan terserempak dengan kanak-kanak ini.

Aku dapati, jika dulu apabila ditanya mereka akan jujur dengan usia mereka, tetapi kini, modus operandi mereka sudah lebih matang dan akan menjawab, mereka berusia paling muda - 18 tahun.

Taktik ini digunakan kerana mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, definisi kanak-kanak adalah bagi mereka yang berusia bawah 18 tahun.

Jika diteliti pada Seksyen 17 (1), Seseorang kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan jika:

(k) kanak-kanak itu dibenarkan berada di mana-mana jalan, premis atau tempat bagi maksud—
(i) mengemis atau menerima sedekah, sama ada atau tidak dengan dalih menyanyi, bermain, membuat persembahan atau menawarkan apa-apa jua untuk jualan.

Lihat itu. Sudah ada peruntukan jelas mengenainya. 

Dan lihat pula Seksyen 32 akta yang sama seperti berikut:

32. Mana-mana orang yang menyebabkan atau mengakibatkan mana-mana kanak-kanak atau, sebagai seorang yang mempunyai  pemeliharaan seseorang kanak-kanak, membenarkan kanak-kanak itu berada di mana-mana jalan, premis atau tempat bagi maksud—
(a) mengemis, menerima sedekah, sama ada atau tidak dengan dalih menyanyi, bermain, membuat persembahan atau menawarkan apa-apa jua untuk jualan; atau
(b) menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-undang, loteri haram, perjudian atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang yang memudaratkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

DI JALANAN

Sebentar tadi kira-kira jam 1:03 pagi, ketika sedang minum di Banafee Village di Jalan Abdullah Tahir Johor Bahru, aku terserempak dengan gadis di foto ini:


Ya pada jam 1:03 pagi, kanak-kanak ini mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, sudahpun boleh diberi pemeliharaan dan perlindungan. 

Dalam tempoh dua hari ini, aku sudah terserempak dengan tiga gadis menggunakan skrip yang sama antaranya: "Assalamualaikum pakcik, mintak derma untuk bantu anak yatim nanti dapat masuk syurga.."

Wajah kanak-kanak ini dilindungi mengikut Seksyen 15, Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu tidak mendedahkan wajah mereka.

Mungkin ramai tertanya apakah yang boleh kita lakukan? Soalan ini sudah kita dengar sejak 2007 namun masih tiada lagi mana-mana jabatan atau agensi kerajaan yang mahu, atau mengambil inisiatif terhadap perhambaan kanak-kanak ini. 

Aku tiada jawapan untuk soalan itu. Tiada. Sebabnya, peruntukan undang-undang sudah ada. Aku pun sudah mengambil sedikit inisiatif mengemukakan kepada menteri berkaitan, tetapi jawapan yang aku terima adalah "slow and steady" (untuk mengambil tindakan) pada Mei tahun lalu.

Pusat yang diwakili ditulis sebagai Pusat Tahfiz Amal. 

KOMEN PENGUNJUNG

Pada tulisan 27 Mei lalu, tercatat komen dari pengunjung seperti berikut:

saya pernah berbual dgn anak-anak yg buat jualan amal ni, saya tanya mai dgn sapa? - ustaz, mana ustaz? - depa menggelabah mcm nk lari. saya tanya pasal apa dok menjuai? x pi sekolah - ni xtvt kelab usahawan. yg pasti setiap soalan ada jwpn yg mcm telah diajar cara2 menjawab.
ada sekali tu budak pompuan, soal2 rupanya dh hbs sekolah tapi nk tolong sekolah, tu yg ikut jualan... saya tanya berapa byk surah dah hafal - diam!

cik bunga said...


sy ada tulis ttg mereka ini di blog sy.
http://theflowerzone.blogspot.com/2012/02/apalah-nasib-mereka-nanti.html
sy juga telah memanjangkan aduan ke jkm. tp, no action taken. sy dh beri no plat kereta 'ustaz' dn details yg lain. tp cara mereka melayan aduan sgt menyedihkan.  sedih, masih ada perhambaan di zaman yg kononnya sgt moden ini

Desert Rose said...
Apa lagi sedih tau tak? Budak2 yang memilih untuk menjasdi hafiz dan hafizah , yg nak menghafal Kalamullah, terpaksa cari duit sendiri untuk sara hidup dan memantapkan sekolah sedangkan sekolah ilmu keduniaan dapat berjuta2 . Ironi. So called living in an Islamic country and having a Muslim leaders in line. That's more pathetic.

Di timur tengah, sheikh2 kaya berlumba2 cari pelajar2 yg nak belajar ulum Quran utk disponsor, makan, pakai, lodging, hatta belanja hari2 termasuk urusan kawin pun ditanggung semata2 utk menolong memastikan seorang hafiz berjaya dilahirkan di bumi mereka. Kerana mereka sedar peranan mereka di dunia, kalaupun tak mampu hafaz Quran, maka tolong permudahkan orang lain yg mampu berbuat demikian. Kerana belajar ilmu agama adalah fisabillillah dan mereka layak mendapat zakat. Kerana adanya para hufaz nilah yg antara sebab bala Allah masih tertangguh.

So what is our action as fellow umat of Rasululullah SAW to ensure that Quran terus subur dan hidup sampai akhirat? Kita prefer our youngsters jadi K-pop wannabe rather than hafiz and hafizah agaknya.

Something to ponder upon by all.




* * * * * *
Aku setuju dengan komen di atas, terutama dari Desert Rose yang merujuk kepada perhambaan kanak-kanak ini yang ditipu bulat bulat oleh orang tua digelar 'ustaz' untuk berjualan di jalanan, terdedah dengan pelbagai risiko dan secara terang terang sudahpun perlu dilindungi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Malah, bersandarkan kepada komen itu, tercetus satu idea yang turut aku lemparkan kepada seorang menteri untuk mewujudkan Sponsor-A-Child bagi membolehkan kanak-kanak ini benar-benar menuntut ilmu, menghafal Kalamullah.

Untuk rujukan semua, melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ia sudahpun mewujudkan Darul Quran yang ditubuhkan pada 1966 apabila Perdana Menteri pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj melahirkan hasrat mewujudkan sebuah Institut Pengajian Al-Quran di negara ini.

Sejak 1 November 1998, Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Darul Quran menawarkan sijil, diploma yang diiktiraf sehingga boleh meneruskan pengajian di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Negeri Sultan Syariff Kasim Riau, Indonesia dan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Maklumat lanjut di www.darulquran.gov.my

Tetapi pengalaman yang dilalui pengunjung bernama Cik Bunga bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila dia merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi tiada tindakan dilakukan. Apa yang dikatakan Cik Bunga itu bukanlah sesuatu yang pelik. 

Kita bertanya pelbagai soalan, bagaimana pusat tahfiz ini boleh terlepas dari undang-undang? Atau apakah kita terlalu malas untuk mengambil tindakan? Apakah kita mahu biarkan mereka terus berada di jalanan sehingga lewat malam pada tika pegawai pegawai jabatan mahupun agensi kerajaan sedang lena tidur di tilam yang empuk?

Sahabat blogger, Mazidulakmal Sidik pernah menulis beberapa kali mengenai perhambaan kanak-kanak ini namun sekali lagi aku katakan, ia bukanlah pelik untuk kita katakan jika masih tiada lagi inisiatif dari mana-mana pihak untuk menggerakkan tindakan mengikut peruntukan yang sudah sedia ada dan jika ini berlarutan, mungkin kita boleh sarankan, kita bubarkan sahaja seksyen 17 dan 32 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana ia hanya hiasan semata-mata.

Dalam pada itu, saya mohon pada anda semua, jika terserempak dengan kanak-kanak ini, ambil foto mereka, dapatkan resit mereka dan emel kepada saya di superhazrey at gmail dot com. Catatkan waktu, tempat dengan lengkap pada emel anda.

Buat anda yang memiliki telefon bimbit dengan kemudahan rakaman video, lagi baik jika dapat dirakamkan perbualan anda dengan kanak-kanak ini menggunakan soalan berikut:

1. Adik dah makan? Last makan pukul berapa? Berapa ringgit ustaz bagi untuk makan?
2. Adik jalan berapa jauh?
3. Ustaz mana? Siapa nama ustaz?
4. Adik tinggal di mana kat JB ni?
5. Adik asal mana?
6. Start berjualan dari jam berapa tadi dan pukul berapa habis ni?
7. Di pusat tahfiz, adik belajar apa?
8. Kalau asyik berjualan barang jek, bila adik belajar tahfiz?

Saya tak dapat memberi ganjaran dalam bentuk wang ringit kepada usaha anda itu tetapi insyaallah saya akan mendoakan usaha besar anda itu dibalas dengan sejuta kebaikan untuk menyelamatkan kanak-kanak beragama Islam ini dari terus diperhambakan individu tidak bertanggungjawab.

Mohon sebaran daripada anda, mudahan ramai yang akan sama-sama mendapatkan foto/resit. Aku akan cuba mendapatkan bantuan Mazidulakmal untuk turut bersama-sama menulis perkara yang sama. Mudahan kita semua mendapat balasan penuh kebaikan dari Allah SWT untuk usaha kita ini.

Dan kepada pengampu pengampu di luar sana yang beranggapan saya melakukan ini untuk popular, terima kasih kerana anda mengingatkan saya untuk tidak berfikiran dangkal seperti anda. Terima kasih.

Manakala kepada kakitangan kerajaan yang beranggapan bersikap serius itu sebagai arrogant dan kurang ajar, saya simpati pada anda dan saya mendoakan Allah SWT membuka hati dan akal anda bahawa kanak-kanak beragama Islam ini perlu diselamatkan biarpun anda tidak akan menjadi popular dan mendapat pujian bertalu talu di laman sosial.





8 comments:

Benny said...

Dah bertahun2 dah cerita tahfiz amal ni, dan masih tetap wujud. Takde kesudahan ke? Yela org ckp, mana ada permintaan, di situ ada penawaran. Selagi orang kita ni baik hati menderma, selagi tu mereka akan muncul dan sebaliknya bila mereka muncul, kita akan menderma. Oleh itu, pihak berwajib tolonglah buat sesuatu agar mereka tak muncul lagi. Atau adakah mereka memanipulasi kelompongan akta atau undang2 yg sedia ada sekaligus masih wujud smpai sekarang?

Benny said...

Dah bertahun2 dah cerita tahfiz amal ni, dan masih tetap wujud. Takde kesudahan ke? Yela org ckp, mana ada permintaan, di situ ada penawaran. Selagi orang kita ni baik hati menderma, selagi tu mereka akan muncul dan sebaliknya bila mereka muncul, kita akan menderma. Oleh itu, pihak berwajib tolonglah buat sesuatu agar mereka tak muncul lagi. Atau adakah mereka memanipulasi kelompongan akta atau undang2 yg sedia ada sekaligus masih wujud smpai sekarang?

FARYN said...

saya perasan kat twitter smlm..kalau mentaliti jabatan yg berkenan masih tak berubah, benda ini tetap berleluasa...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Salam Encik Hazrey.

Alangkah baiknya kalau orang sedar benda ni adalah dikira sebagai perhambaan kanak2.

Orang kita biasa nampak sebagai - "kutip derma aktiviti sekolah" (yang alangkah yuran pun tak boleh dikutip sekarang ini.

Bila masa anak2 ini diambil untuk melakukan pekerjaan sebegini - bila agaknya masa mereka untuk belajar dan menikmati hidup seperti anak2 lain?

Di pihak sekolah, jabatan pelajaran dan juga kementerian - sentiasa ada perancangan atau program untuk anak2 pelajar. Alangkah sedihnya jika mereka tertinggal pelajaran atas sebab dimanipulasi untuk tujuan yang tidak seharusnya.

:(

tsyhll said...

Encik Hazrey,
Masalah ini lebih mendalam daripada yang kita sangka. Akar umbi masalah ini adalah kemiskinan and kebodohan. Apa yang saya mahu katakan di sini, ialah orang miskin rata rata bodoh (bukan bodoh terencat akal) tetapi kerana kurangnya ilmu hidup, dan terlampau banyak ilmu agama yang mementingkan akhirat yang belum pasti.

Sila baca ucapan Malcolm X di bawah.

"when you live in a poor neighbourhood, you live in an area where you have to have poor schools, when you have poor schools, you have poor teachers, when you have poor teachers you get a poor education, poor education you can only work at a poor paying job, and the poor paying job enables you to live again in a poor neighbourhood, so it is a very vicious cycle"

Vicious cycle. Kitaran hidup yang ganas. Itu lah ayat yang perlu kita fahami.

Saya ambil satu perkara yang mengakibatkan kebodohan orang miskin, iaitu keutamaan yang diberikan kepada dunia akhirat.

Ustaz ustaz kerap mengingatkan kita bahawa dunia ini hanya sementara. Jangan pentingkan keduniaan sangat, nanti sesat.

Keduniaan boleh dikategorikan kepada beribu2 kategori, untuk ringkas, keduniaan yang baik dan jahat. Keduniaan jahat ialah hiburan yang melampau. Saya suka menonton filem barat, tapi filem barat atau segala bentuk hiburan tidak meresap ke dalam jiwa saya, kerana saya mempunyai kebolehan untuk menghakimi perkara baik dan buruk.

Keduniaan baik, kereta, rumah, duit, teknologi dan lain lain. Ini adalah aspek keduniaan yang kita mungkin boleh hiraukan, tetapi kita tidak boleh elak. Bagaimana harus kita urus aspek keduniaan ini? Kita semua boleh menjawab soalan ini, kerana kalau anda boleh membaca komen ini anda memiliki komputer yang hanya boleh dibeli dengan duit.

Jadi apa kaitan rumusan ini dengan masalah kanak kanak tahfiz? Mereka naif dan bodoh (sekali lagi, saya tegaskan di sini, bukan terencat akal, tetapi kurangnya ilmu hidup). Mereka dari golongan miskin dan bodoh, yang mendapat pendidikan belajar menghafal al quran yang tidak boleh memberikan mereka pendapatan yang baik seperti golongan professional yang lain, dan kerana mereka tidak mendapat pendapatan yang baik, mereka hanya mampu untuk hidup sederhana atau dalam situasi melampau, tetap hidup miskin sehingga dewasa. Apabila sampai waktunya untuk berumah tangga, pasangan miskin ini tidak mampu memberikan anak mereka pendidikan yang cukup, kerana mereka sendiri tidak mampu untuk menanggung hutang hutang keduniaan dan akhirnya menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz al quran seperti mereka sendiri waktu kanak kanak.
Kita semua tahu apa jadi seterusnya...

speedrider said...

speechless. tapi tetap nak komen jugak menandakan aku dah baca entry ni.

Wife selalu bising kenapa aku tanak hulur seringgit dua, tapi susah nak cerita kat wife tentang isu ni. Habis kuat aku bagi duit makan, bukan untuk ustaz tu.

lolong said...

Bro aku rasa paling penting kita jgn bagi simpati. Aku sorang pemurah. Tapi aku tak sanggup tengok ramai budak diperguna. Ni belum citer budak n remaja kudung d pasar malam. Kekudungan diorang nampak bukan kecacatan asal. Ish....

amer akat said...

aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.