Monday, May 20, 2013

#905 : KENYATAAN DARI MAS MENGENAI KES TERKANDAS DI VIETNAM



Berikut adalah kenyataan rasmi syarikat penerbangan MAS dalam membantu menerbangkan seorang ibu, Izan Suhaila Mohd Ali bersama bayinya, Maryam Sofea pulang ke Malaysia. Kenyataan ini dihantar pihak MAS siang tadi:


Terima kasih Malaysia Airlines.


SUBANG: Malaysia Airlines have received numerous queries with regards to the predicament faced by Izan Suhaila Mohd Ali and her baby, Maryam Sofea who were denied boarding on another carrier yesterday.

This statement is to record the chronology of events that transpired at the Malaysia Airlines office at Ho Chi Minh City (Saigon), Vietnam that led to the national carrier's decision to fly them back to Malaysia.

Malaysia Airlines learned about the unfortunate situation of Izan and 14-month-old daughter Maryam from Tourism Malaysia. As it is a standard procedure for all passengers with symptoms of contagious disease to get a fit-to-fly certification from a doctor, Malaysia Airlines made the decision to take Maryam Sofea to a doctor. This is to ensure that no one passenger puts the health of another passenger at risk.

As such, Malaysia Airlines staff picked up Izan and her baby from the hotel they were staying in to be brought to the clinic. The doctor examined the baby and confirmed that she was no longer contagious. It was said that she was out of the incubation period and that the black spots are actually just dry scabs.

Immediately after that, Malaysia Airlines worked on preparing the travel documents for Izan, Maryam and two other relatives. They were booked onto flight MH759 that departed Ho Chi Minh yesterday so that they would not have to spend another night in Saigon and incur more costs.

It was Malaysia Airlines staff from Saigon who drove the family back to the airport from their hotel. As they reached the airport at 1550 (3.50 p.m) hours, the Airport Services team had all the necessary documentation ready to ensure a fast check-in. A ground staff was especially assigned to escort the family through Immigration & Customs.

This was important as there was a query on the immigration stamp in their passports due to the previous day’s incident. Izan, baby Maryam and family managed to board Malaysia Airlines flight MH759 and departed Saigon for home at 1640 hrs (4.40 p.m).

Malaysia Airlines Group Chief Executive Officer, Ahmad Jauhari Yahya said, "We are glad that the team in Saigon displayed 100 per cent Malaysian Hospitality in this situation. The ability of the team to act beyond their normal duties is to be highly applauded.”

“It is also commendable that they did not break any rules of the standard procedures that we follow but yet managed to go out of their way in displaying a true spirit of compassion and empathy. I would like to personally thank all the staff that was directly involved in this case," Ahmad Jauhari added.

Safety of customers is of paramount importance at Malaysia Airlines and thus all measures were taken to help the stranded passengers and at the same time ensuring that no other passengers’ health were put at risk.

Malaysia Airlines flies three times daily to Ho Chi Minh City, Vietnam

 
* * * * * * * *

Berikut adalah terjemahan dari kenyataan di atas. Jika terdapat perbezaan, sila rujuk kepada kenyataan di atas:

1. SUBANG: Malaysia Airlines telah menerima pelbagai pertanyaan mengenai kesukaran yang dihadapi Izan Suhaila Mohd Ali bersama bayinya, Maryam Sofea yang telah dinafikan untuk terbang pulang melalui sebuah syarikat penerbangan semalam.

2. Kenyataan ini adalah merekodkan kronologi kejadian di pejabat Malaysia Airlines di bandar Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam yang menjurus kepada keputusan untuk menerbangkan keduanya pulang ke Malaysia.

3. Malaysia Airlines mengetahui mengenai kejadian malang melibatkan Izan bersama bayi berusia 14 bulannya, Maryam dari pihak Tourism Malaysia. Berikutan ia adalah prosedur lazim bagi setiap penumpang yang mempunyai simptom penyakit berjangkit mendapatkan sijil 'sihat untuk terbang' daripada seorang doktor, Malaysia Airlines membuat keputusan membawa Maryam Sofea menemui doktor. Ini bagi memastikan tiada mana-mana penumpang yang bakal menaiki penerbangan MAS memberi risiko kesihatan terhadap penumpang lain. 

4. Berikutan itu, kakitangan Malaysia Airlines mengambil Izan bersama bayinya dari hotel penginapan untuk ke sebuah klinik. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan yang bayi itu tidak menyebar penyakit. Doktor juga mengesahkan bayi itu keluar dari tempoh pengasingan dan tanda hitam adalah kuping kering.
 
5. Sejurus kemudian, kakitangan Malaysia Airlines terus menyediakan dokumen perjalanan untuik Izan, Maryam dan dua orang saudaranya. Mereka telah ditempatkan untuk terbang melalui penerbangan MH759 berlepas dari Ho Chin Minh semalam agar mereka tidak perlu lagi bermalam di Saigon yang menanggung pelbagai kos lagi.

6.  Kakitangan Malaysia Airlines sendiri yang memandu keluarga ini ke lapangan terbang daripada hotel penginapan mereka. Sebaik tiba di lapangan terbang pada jam 1550 (3.50 petang), kakitangan Khidmat Lapangan Terbang sudahpun menyediakan kesemua dokumen bagi memastikan kemasukan segera. Seorang kakitangan lapangan turut dikhususkan bagi membantu keluarga ini melepasi pemeriksaan Imigresen dan Kastam.

7. Ini adalah penting kerana terdapat pertanyaan terhadap chop imigresen pada pasport mereka berikutan insiden sehari sebelum. Izan, bayinya Maryam dan keluarga menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH759 dan meninggalkan Saigon pada jam 1640 (4.40 petang).

 

8. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari berkata, "Kami merasa bangga kerana pasukan di Saigon memaparkan 100 peratus Malaysian Hospitality dalam situasi ini. Kemampuan pasukan ini bertindak melebihi tugas lazim mereka sangat dipuji."

9. "Ia juga sangat dipuji kerana pasukan yang sama tidak melanggar sebarang peraturan mengikut prosedur standard yang dipatuhi namun mampu melaksanakan tanggungjawab berlandaskan belas kasihan dan empati. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat mengendalikan kes ini," tambah Ahmad Jauhari.

10. Keselamatan semua penumpang adalah keutamaan Malaysia Airlines dan semua langkah-langkah diambil bagi membantu penumpang yang terkandas sambil memastikan kesihatan penumpang lain tidak berisiko.

11. Malaysia Airlines terbang tiga kali sehari ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

* * * * * * *

Sesungguhnya, terima kasih Malaysia Airlines kerana mengutamakan budaya Malaysia, mengutamakan tetamu. Apatah lagi ketika diperlukan. Terima kasih. 

Terima kasih kepada Ahmad Jauhari dan kesemua kakitangan Malaysia Airlines di Saigon kerana inilah khidmat pelanggan terbaik dan perlu dicontohi oleh semua syarikat korporat - go beyond. 

Apa yang dipaparkan di sini mengikut kronologi yang disiarkan, jelas SOP tersedia tidak bermakna kita mengenepikan nilai nilai kemanusiaan kita, belas kasihan, empati terhadap orang lain. 

Jika saya mengenali setiap seorang kakitangan Malaysia Airlines di Saigon, saya mahu menepuk bahu anda dan berkata: well done people, good job and may Allah repay all your kindness and effort.

TERIMA KASIH MALAYSIA AIRLINES.










#904: MENGAPA BLOG INI SEMAKIN JARANG UPDATE?


Kebetulan aku sedang logged in kepada akaun blog ini, maka eloklah aku tulis sekali kenapa semakin jarang blog ini mendapat entri baru. 

1. Masa adalah emas. Memang banyak yang mahu aku tulis di blog ini tetapi masa sering tak mengizinkan. Aku masih lagi berhutang entri tentang perjalanan aku ke Eropah tempohari yang paling menjimatkan dan kurang dari RM10,000 termasuk penerbangan pergi balik untuk dua orang menaiki Qatar Airways. Perjalanan itu melibatkan destinasi berikut Paris - Brussels - Amsterdam - London - Paris selama dua minggu. Nantilah, sebab entri itu pasti dilampirkan dengan foto awesome aku yang selalu mendapat pujian tapi tak pernah menang award. Nampak tak riak aku kat situ?

2. Aktiviti plagiat semakin berleluasa. Dulu aku selalu nampak entri dari blog orang diplagiat dan si plagiat mengakui itu adalah hasil tulisan mereka tanpa memberikan kredit kepada penulis sebenar. Aku sudah beberapa kali menjadi mangsa termasuk oleh wartawan hiburan sebuah akhbar tabloid yang turut mengherdik rakannya yang cuba menegur perbuatannya. 

Antara entri aku pernah diplagiat termasuk entri hypermarket Giant, entri Farid Kamil dan terkini apabila aku berkongsi mengenai pengalaman sebagai wartawan jenayah di entri berikut:


Entri ini berkali kali disalin dan posted in many blogs without crediting the original author, which is me. Aku lihat tindakan pemilik blog yang memplagiat entri aku itu bimbang, jika credit kepada penulis sebenar ditulis, mereka akan kehilangan pembaca walhal, mereka ini adalah golongan sampah dan aku anggap kecik kecik taknak mampus, dah besar menyusahkan orang. 

Mereka bangga mendapat satu entri yang unik dan berlainan. Dan mereka akan lebih bangga jika penulis asalnya tidak disebut dalam mana-mana bahagian selepas dicetak semula entri itu. Dahulu ketika di sekolah, mereka kekurangan kawan, maka perhatian serta jumlah pembaca yang ramai itu dapat membuatkan segala perasaan disisihkan ketika sekolah dahulu, pudar sedikit sedikit.

Golongan ini tidak akan berhenti. Tiada siapa dapat menghentikan mereka kerana inilah objektif mereka mewujudkan blog blog sampah mereka. Banyak kalau aku nak senaraikan, kalau untuk entri 'wartawan jenayah' itu. 

Antaranya ialah fanpage Media Santai yang turut dicetak semula oleh DeenHotFm di facebooknya peribadinya. 

Itu baru dua. Cubalah google dan lihatlah berapa banyak sampah sampah yang memplagiat tanpa backlink kepada penulis asal. Cuba google menggunakan ayat berikut: Ketika cuba ditahan, dia melarikan diri dari sekatan jalanraya dan turut menendang motosikal anggota penguatkuasa yang mengejar mereka.  

Selepas mendapat result Google itu, klik empat lima capaian dan lihatlah ada tak tertulis (secara tak sengaja) penulis asal entri itu iaitu hazrey.com.

Mereka tidak menganggap memplagiat entri orang lain tanpa backlink kepada penulis asal sebagai dosa. Mereka akan memberi justifikasi, oh, saya copy paste sebab untuk memberi pengajaran kepada pembaca saya. Agaknya kalau aku tipu dalam entri itu, bagaimana? Kalau mereka disaman, bagaimana? Adakah mereka akan mula mengelabah dan menyatakan, oh saya dapat dari hazrey.com. 

Adakah masa itu nanti, mereka akan segera mencari sumber sahih tulisan itu diperolehi? Jawapan aku: tidak sebab mereka sampah. Sampah lazimnya tidak memperdulikan apa jua yang berlaku terhadap mereka sebab akhirnya nanti, mereka tetap sampah. 

Mungkin ketika di sekolah mahupun kolej, mereka gemar meniru rakan rakan mereka sehingga di alam pekerjaan, mereka hanya mampu memiliki blog dan kebolehan meniru di sekolah dijadikan pekerjaan tetap mereka sehingga mampu mengendalikan blog sampah mereka.

Plagiat terhadap entri Wartawan Jenayah itu adalah kemuncak kepada kemarahan aku. Kemarahan terhadap sampah sampah ini yang mahukan kualiti tanpa perlu bekerja keras.

Aku ada terfikir, apabila mereka memplagiat entri aku seperti itu, mereka akan mendapat hits yang tinggi. Kemudian pengiklan akan berpusu pusu datang. Mereka dapat wang. Wang itu diberikan kepada mak bapak, anak anak mereka makan. Wang itu halal? Hasil mencuri kebolehan orang lain dijadikan darah daging. Apabila sudah terlalu lama memakan hasil curi, maka hati sudah terhijab untuk insaf. Semakin menebal hijab hati.

Manakala anak anak mereka mungkin akan mula kerap menangis pada waktu Maghrib, mula melawan cakap ibubapa, malas ke sekolah dan ibubapa mula sakit sakit, mungkin kerana terlalu banyak makan duit haram.

Aku tak memerlukan iklan di blog ini, maka jika mendapat backlink, ia sebagai satu penghormatan kepada penulisan aku dan tidak seperti blog sampah itu semua yang bermati-matian menggunakan apa jua cara termasuk mencuri bagi mendapatkan hits tinggi demi duit haram.

Ada kalangan pembaca yang aku kira setia di blog ini malah dah bertahun-tahun membaca blog ini mencadangkan, disable right click. Aku tak mahu kerana aku mahu ia dikongsi tetapi secara halal. 

Jika anda mahu hits, pastikan ia halal dan biarpun kegembiraan anda mendapat wang yang banyak tika pengiklan berpusu pusu masuk, Allah tahu anda mencuri dan Allah tahu anda memberi makan minum pada diri sendiri dan anak-anak ibubapa anda menggunakan duit haram.

Sekali lagi, sampah memang ada di dunia internet ini. Mereka berselindung di sebalik blog blog sampah yang setiap hari mendambakan hits. Mereka hidup dengan wang dari pengiklan dan mereka tak kisah jika wang itu diperolehi dari proses mencuri. 

Kepada anda pemilik blog yang gemar memplagiat atau bahasa kasarnya, mencuri, insaflah.  Tetapi jika anda rasa perbuatan anda itu halal kerana anda menghalalkannya, semoga Allah mengampunkan dosa dosa anda. Dan berdoalah semoga dosa-dosa anda dengan manusia lain turut dimaafkan. Dan harapan aku, semoga anda mati nanti jenazah tak berat. 





#903: AIR ASIA DAN DAMAGE CONTROL


Pertama sekali, aku mintak maaf sebab dah lama tak update blog ni. Ya, sampai dicerca Amelia dan Needza di Melaka, dua sahabat yang aku hitung dan kira, tak mengapa jika dicerca mereka sebab mereka orang baik baik dan ia dilakukan secara berhemah. Sabtu depan kita makan makan lagi!

Ini mengenai Air Asia. Kisah Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun,  membawa anaknya Maryam Sofea Mohd  Riza, bayi berusia 14 bulan. Ramai dari kita sudah tahu mengenai kisah ini selepas membaca coretan wartawan TV3 yang juga sahabatku, Mazidul Akmal Sidik di capaian berikut:



A friend twitted this, after reading the entry.


Semalam, ramai melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap kes yang berlaku ini. Kita faham kerana kebanyakan darinya mungkin pernah menjadi penumpang syarikat penerbangan tambang murah ini.

Kita tak perlu over reacted dengan berkata, mari kita boikot syarikat penerbangan ini. Apa yang kita mahu utarakan, Air Asia perlu meningkatkan kualiti pengendalian penumpang dan menggunakan unsur kemanusiaan dalam setiap masalah dan mereka perlu faham, SOP diwujudkan sebagai panduan, dan setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian unik.

Semalam juga, selepas twit dihantar kepada Tan Sri Tony Fernandes mengenai entri Mazidul itu, hampir sejam kemudian, beliau agak proaktif dengan mengeluarkan kenyataan ringkas berikut:



Twit yang dihantar pada 9:02 malam ini bagaimanapun dipadam Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia sejurus kemudian.

Ia satu kenyataan yang agak premature kerana seharusnya, Tan Sri Tony sepatutnya memberikan satu kenyataan lebih 'menyejukkan' kerana ia melibatkan seorang wanita, bayi Down Syndrome dan berada di negara asing, manakala mereka dinafikan untuk menaiki penerbangan pada waktu malam.

Aku menjangkakan Tan Sri Tony, selepas membaca entri berkenaan tidak terus mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa tetapi antara alternatif yang lebih diplomasi tanpa menanggung liabiliti:

1. Saya sudah membaca kisah ibu itu dan akan melakukan siasatan terperinci mengenainya.

2. Saya akan menghubungi ibu itu dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai tragedi ini.

3. Saya sedih membaca kejadian itu dan berjanji akan melakukan siasatan terperinci mengenainya. Harap semua bersabar. 

Lihat ayat digunakan. Tragedi. Ia satu tragedi tanpa menanggung liabiliti.

Lihat pula alasan no 3 yang mungkin boleh digunakan. Ia langsung tidak memberikan liabiliti kepada syarikat penerbangan ini tetapi lebih kepada unsur kemanusiaan agar ia dapat menyejukkan keadaan.

Damage control.

Apa yang Tan Sri Tony tidak diperincikan, penumpang itu sudahpun diterbangkan ke Malaysia melalui penerbangan MAS sehari selepas kejadian dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kira-kira jam 7.45 malam semalam (Ahad).

Ia sekaligus bertentangan dengan kenyataan yang dihantar melalui laman sosial Twitter itu.

Manakala malam tadi, laman sosial facebook dikendali Air Asia Malaysia mengeluarkan kenyataan berikut:


Benar apa yang ditulis AirAsia. Tetapi pelbagai persoalan mahu diutarakan di sini:

1. Bagaimana kakitangan AirAsia di LCCT membenarkan penumpang ini bersama anaknya terbang pada 15 Mei 2013 iaitu empat hari sebelum kejadian di Vietnam ini? Adakah garis panduan WHO sebagaimana ditulis pada kenyataan AirAsia ini tidak digunapakai di LCCT? Atau bagaimana? Adakah mereka yang menaiki penerbangan pada 15 Mei itu sudah dijangkiti? Jika ia (penumpang dinafikan terbang) berlaku ketika penerbangan pergi, mungkin kesan agak kurang tetapi ini penerbangan pulang dan penumpang sudahpun berada di negara asing.

2. Adakah benar kakitangan yang memeriksa bayi itu adalah doktor di lapangan terbang Ho Chi Minh? Menurut tulisan Mazidul, TIADA  doktor   Vietnam  membuat  pemeriksaan terhadap  Maryam  di sekitar pintu 18   lapangan terbang. Hanya jururawat  ditugaskan  mengambil bacaan suhu badan Maryam.  Ditanya oleh ahli keluarga Maryam mengenai bacaan  suhu badan bayi berusia 14 bulan terbabit,  jururawat  warga asing  itu hanya membisu.

3. Sudahkah AirAsia mendapatkan laporan bertulis dari 'doktor' yang mengambil suhu badan bayi itu?

4. Apakah Standard Operating Procedure AirAsia jika ini berlaku, berdasarkan perkara no 1, iaitu penumpang sudahpun dibenarkan terbang oleh kakitangannya di LCCT dan jika tidak dibenarkan ia agak bertentangan dengan apa yang sudah berlaku?

Damage control tanpa menanggung liabiliti boleh dilakukan sebagai sebuah syarikat penerbangan yang dikenali ramai. Ini termasuk menghubungi sendiri penumpang itu dan maklumkan kepada semua, "kami sudah menghubungi penumpang berkenaan."

Whatever transpired between you and the passenger tak perlu dimaklumkan. Yang penting, persepsi masyarakat terhadap cara pengendalian isu ini. Itu sahaja. Bayangkan foto Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar bersama keluarga ini tersenyum atau Aireen Omar sendiri mengendong bayi itu. Pasti sejuk hati bakal penumpang dan bekas penumpang syarikat penerbangan ini.

Kita perlu lihat, damage has been done. Sekarang bagaimana crisis management anda mengendalikan control terhadap damage itu?

Dan untuk rekod, syarikat penerbangan MAS bukanlah hero dalam kes ini tetapi membantu selepas dihubungi pihak Tourism Malaysia yang berpejabat di Vietnam. Namun, mereka patut dipuji kerana pantas membantu. Turut membantu ialah majikan penumpang itu, Hong Leong Bank yang menawarkan bantuan untuk menyediakan tempat tinggal untuk mereka.














DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.