Wednesday, December 5, 2012

#892: FARID KAMIL PERLEKEH ISTIADAT KETENTERAAN



Selamat Pengantin Baru Farid Kamil.

Semoga gerbang perkahwinan sampai ke akhir hayat. Insyaallah.

Apa yang aku akan tulis ni, nak bagi sikit persoalan untuk Farid Kamil supaya menjadi iktibar kepada orang lain supaya tidak memperlekehkan pakaian istiadat badan beruniform yang menjadi salah satu pride badan terbabit.

Apatah lagi, antara pembaca blog ini terdiri dari sahabat sahabat di PDRM dan juga pegawai pegawai tentera di Pulada, Kota Tinggi. Ya, mereka sempat tegur aku Ramadan lalu. Harap puan puan sekelian sihat seadanya. Nanti jemput saya lagi ya untuk makan-makan. 




Maklumat dalam foto:

1. Sword bearer adalah dari Polis Diraja Malaysia.
Apakah kelayakan Farid Kamil untuk mendapat sword bearer. Mengikut tatacara PDRM, hanya Inspektor ke atas sahaja layak untuk melalui sword barrel ni. 

2. Pakaian Farid Kamil.

Sebelum aku tulis lebih lanjut mengenai pakaian Farid Kamil yang memperlekehkan angkatan tentera kita, kita baca dulu ayat berikut:

"Ini adalah dokumen mengenai Uniform Angkatan Tentera Malaysia sebagaimana yang diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke 390 pada 19 September 2000. Mana-mana orang selain daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia yang memakai apa-apa uniform sebagaimana yang diperihalkan dalam dokumen ini adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 140 dan 170 kanun keseksaan (Akta 574)." 







Mungkin aku ketinggalan, tetapi sejak bila Farid Kamil menyertai Angkatan Tentera? Tak pulak aku baca di mana-mana. Cuba jugak mencari tapi tak jumpa. Mungkin dia bertugas sebagai perisik ala ala James Bond? 

Mungkin.

Apapun, Seksyen 140 Kanun Keseksaan disebut sebagaimana berikut:

Memakai Pakaian Askar, Kelasi atau Penerbangan. Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau penerbang dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang di-Pertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai apa-apa pakaian
atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi atau penerbang itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalah seorang askar, kelasi atau penerbang itu, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

Mungkin Farid Kamil tidak berniat begitu. Mungkin ada penulis yang tak begitu berilmu menulis seperti berikut memperlihatkan kebodohan, betapa tak berilmunya tapi mahu menulis sekaligus, aku melihat ia tak lain dari melacurkan dunia penulisan:

"Nampaknya uniform PDRM yang dipakai oleh Farid Kamil ketika majlis resepsinya menjadi isu hangat di kalangan pembaca BeautifulNara. Bagi Abang Nara biarlah dia nak pakai apa-apa jenis uniform pun. Majlis kahwin dia, duit dia, suka hati dialah nak buat macam mana." Petikan dari Beautifulnara.com

Komen aku: Sampah. Belajarlah dulu sebelum menulis. Jangan memandai buat peraturan sendiri.

Baju yang dipakai oleh Farid Kamil bukan PDRM.Ia menyerupai pakaian No 1 Angkatan Tentera Malaysia dan seluar pula messkit (pakaian No 6) tentera.

Baca warta berikut:

2. AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKTA 336)
Seksyen 16. Memiliki Secara Haram Barang-Barang Kepunyaan Askar, Tentera Laut, Tentera Udara atau Polis. Sesiapa pun yang dengan sengaja mendapatkan, membeli, menukarkan atau menerima dari sesiapa pun yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia atau pasukan pertahanan tempatan atau angkatan tentera pelawat atau mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia atau Polis Singapura sebarang kegunaan, pakaian atau lain-lain barang atau peralatan askar, tentera laut, tentera udara atau polis atau sebarang harta benda kepunyaan Kerajaan Malaysia atau Singapura atau Kerajaan Negeri atau Kerajaan Angkatan tentera pelawat, atau sebarang bintang-bintang kurniaan untuk jasa baik atau untuk perkhidmatan terpuji atau lain-lain atau sesiapa memiliki atau menyimpan sebarang kegunaan tersebut, pakaian atau lain-lain
barang, kegunaan atau kepunyaan lain atau bintang-bintang kurniaan seperti di atas dan tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana dia mendapatkannya boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam minggu atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 25. Memakai Pakaian Seragam Yang Tidak Dibenarkan. Sesiapa jua pun yang memakai tanpa kebenaran yang sewajarnya pakaian seragam yang ditetapkan bagi kegunaan mana-mana angkatan bersenjata Malaysia atau mana mana angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau pasukan polis Malaysia atau Singapura atau mana-mana Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan atau apaapa pakaian yang merupai atau mengandungi apa-apa lencana
pasukan atau lain-lain lencana yang jelas bagi pakaian seragam itu atau apa apa tiruan warna terhadapnya jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit, dan apa-apa pakaian seragam, pakaian, lencana atau tanda tersebut boleh dilucut hak.

Faham? Sebab itu tak bolehlah suka-suka untuk mengenakan pakaian yang kita tak layak. 


3. Peak cap (topi) yang dipakai Farid Kamil mempunyai satu badge yang dipakai oleh pegawai wanita Tentera Laut Diraja Malaysia.  (terima kasih @mmuurrllyy )





4. Manakala foto di atas ialah wing medium atau dikenali sebagai Aviator Badge. Ia juga dikenali sebagai Pilot's Badge atau Pilot Wings. Ia satu insignia digunakan sebagai pengiktirafan kepada anggota tentera yang sudah menerima latihan dan KELAYAKAN dalam military aviation.

Begitu juga untuk juruterbang pesawat komersil, mereka juga ditauliahkan wing badge.

Edited [06/12]
4. Sayap yang dipakai Farid adalah khusus untuk paratroopers, insignia bagi penerjunan udara (payung terjun). Lazimnya memerlukan latihan dan disiplin ketat bagi menyertai 'airbone operations.' Lihat di sini.
Info dari YB @KhairyKJ terima kasih YB. 

@KhairyKJ: @speedrider @hazrey Informatif. Cuma sayap tu bukan sayap aviator/pilot sepertimana dlm blog. Sayap tu sayap paratrooper (payung terjun).

Dan petang tadi aku sempat berborak dengan pegawai di Kementerian Pertahanan dan khabarnya penggunaan uniform ini sudah dimaklumkan kepada pegawai atasan dan dijangka satu kenyataan akan dikeluarkan.

Sebagai tambahan, kita semua tahu Datuk Lee Chong Wei ditauliah Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia dan ketika melangsungkan perkahwinan beliau, turut memohon untuk upacara sword barrel tetapi ditolak.

Kita lihat perkara seumpama ini tidak boleh dipandang remeh kerana lambat laun, 'pride' angkatan tentera mudah diperlekeh disebabkan kita tidak mahu bertanya dan sekadar mahu syok sendiri.

Jika anda mempunyai maklumat tambahan tentang uniform ini, sila tulis di ruang komen.

Dan oh, jika justifikasi Farid kerana give and take serta sijil penghargaan dari Ketua Polis Negara, saya harus katakan, saya malu. Saya sangat malu dan pastinya rakan rakan di PDRM dan ATM bertambah tambah malu dan hilang 'pride'.







86 comments:

izwannizam said...

menunggu apa reaksi dan tindakan ATM atau PDRM terhadap Farid Kamil..atau diberikan amaran saja.Yalah, public figure kan hebat

peej said...

aku masa tengok pun rasa pelik. 1st apesal pakai uniform macam tentera. dah la pakai star. jeneral abis la kan. siap sword bearer. boleh lak macam tu.

bapak aku ex army, banyak kali adik aku kecek nak seluar loreng dia pun dia tak bagi. dia kata mana boleh pakai sesuka hati. even rain coat pun dia tak bagi. walaupun design tu loreng lama punya. sebab kalau kau bukan tentera, kau memang tak leh pakai barang tentera.

tapi sebab dia retis, boleh ke dia sesuka hati pakai kan.

ejaescobart said...

ye laa anak dato`..

"suka2 hati dia laa nak pakai apa.." bak kata Abam Nara...

GematriA™ said...

mula2 sekali aku tak berapa sokong kenyataan Nara.

pasal farid kamil ni, xtahu la nk ckp apa. tp dari entry bro hazrey ni nmpk la mcm "DiRaja" tentera ni diperlekehkn.

macam izwannizam aku pun nk tggu dan lihat apa tindakan pihak yg berkenaan mengenai kes sebegini.

MNZ MUNUZ said...

suka hati je nak pakai..pg bljar kawad dlu la bro farid

MNZ MUNUZ said...

suka hati je nak pakai..pg bljar kawad dlu la bro farid

Zelatan Adhamovic said...

Goodjob hazrey! (Kawan makan cendol ms kecik2 dlu) haha.. tggu y pedas br sy masok

Zelatan Adhamovic said...

Goodjob hazrey!!(kawan makan cendol ms kecik2) Hehe..tggu komen pedas br sy masok

Archird Nasir said...

Ms memula aku tgk gambar tu aku cuma nampak "polis" pegang pedang pehtu "askar" lalu bawah pedang.. Bila baca entry ni and semak semula rupanya segala mala jenis askar pun dia belasah.. LEBIH MENGHINA & MEMPERLEKEHKAN kami pegawai2 bdn beruniform.
Lain2 aku tidak mahu komen. Harap Majlis Tertinggi ATM & POLIS dpt beri kita maklumbalas mengenai perkara ini. Farid Kamil juga perlu seberapa segera untuk memberi kenyataan mengapa perkara ini berlaku.

zulfikar hazri said...

Kawan aku banyak yang ROTU masa Uitm dulu..

Yang aktif rotu/palapes jadi leftenan muda je bila kawin buat sword bearer dan pakai uniform..

yang tak aktif pun segan nak buat sword bearer walaupun diorang young officer.

Bila aku bukak blog, tengok Farid kamil pakai baju mcm ni, aku tepuk dahi. kwn2 aku rotu pun meluat.

aku mula2 sangka baik, mungkin dia pakai costume parti hari jadi ke, costume Halowen ke, rupanya tidak, memang beriya-riya.

nabebots said...

sbaik farid kamil pakai..so boleh orang awam tahu yg mmg pkaian tuh xleh pakai sebarangan..bnda2 cmni org awam xtahu...mcm saya sndiri juga..n harap ada tindakan selanjutnya..supaya tak ada lagi orang mperlekehkan lg hal2 cmni...

-LaDy rAzOr- said...

teringat dulu2 Norman Hakim ngan Abby Abadi kawin nak lalu bawah pedang...tapi tak diluluskan oleh PDRM sebab depa bukannyer polis betul....depa just berlakon jadik polis dlm drama Gerak Khas jer...

mfo said...

abah saya pun ex-army. Memang dia tak kasi saya pakai seluar celoreng askar dia tu especially in public. walaupun celoreng tu dah pudar (tahun 80-an) tapi kat bahagian pinggang sebelah dalam jelas tertera cop "HAK KERAJAAN MALAYSIA".

saya harap tindakan diambil. Eloklah Farid Kamil buat PC dan akui kesilapannya.

mfo said...
This comment has been removed by the author.
norhidana miswan said...

masa nampak gambar farid kamil sanding ngn pakaian nih mmg agak pelik... rasanyer dia baru join yg sukarela polis@polis bantuan...

walaupun artis, nk bt sesuatu kene kaji betul2 tak blh pakai hentam je

Rohaizad Damanhuri said...

mari kita tengok askar malaysia n polis malaysia ni betul ke ada telor. kalau benda ni tak dihadapkan ke mahkamah, memang malang la nasib rakyat malaysia ni. polis n askar yg diharap pertahankan kita tp tak de maruah.....

Aminul Hayat said...

Siot je...igt ni funny rig..pe jadah la.....

Habibti Sue said...

excellent!! fakta yang kukuh!! keep up good work all the time!

illaieylla said...

hahaha mcm2...
nasib baik umi kawin dgn pegawai polis so blh lalu kat bwh sword bearer tu... kenangan tu tau

Fahmi Ismail said...

Tahniah saudara Hazrey kerana informasi dan fakta yang dilampirkan dalam entry ini..Semoga kita semua mendapat pengampunan daripada Allah S.W.T.

zennaya said...

Masa memula tengok gambar Farid Kamil kawen,rasa macam pelik pun ada. Siap berarak pedang bagai,lepas tu nampak pakai mcm uniform army. Pelik yg tukang bawak pedang tu polis,apsal pakai uniform army pulak? bila baca entri ni barula faham. Memang tak kena sungguh. Terfikir jugak,sapelah yg izinkan depa kawen berarak bawah pedang tu?

Norfa nil said...

Mohon untuk dicopy entry ini.. =)

lala lili said...

aku berani jamin farid kamil xkn masuk penjara la sebab ayah dia datuk...org skrg janji ade duit, ko langgar istiadat pon x ape...pasni jgn bising kalo org awam yang lain nak kawin istiadat..even palapes yg dah ditauliah sebagai leftenan muda pon x blh kawin bwh pedang kalo x aktif kt kem..kuat gak penangan farid kamil ni kan..

Cikgu Ed said...

my b dia rasa artis ne buat pa pun xpa kot

Wuhuu Mommy said...

apa2 baju istiadat memang hanya diperuntukkan pada yang layak sahaja. waima baju istiadat pegawai kerajaan pun tak boleh bagi org pakai sebarangan.

Asyraf Hamasaki said...

This is BolehLand asal ada duit semua boleh beli tinggal lagi TIKET nak masuk syurga je takde jual kat black market. Nak bukti? rakyat marhaen curik susu bagi anak minum sebab takde duit pun masuk jail tiga bulan no compromise sebab tiada DUIT.
ini anak dato yg sarung aja seolah2 menghina tauliah SBP YDPA. Confirm takkan masuk dalam. Sebab ada DUIT.
Kan?

theGardener said...

Mohon kongsi maklumat. Saya link ke blog anda. Terima kasih.

anonymous said...

nak jadi pegawai polis atau pegawai tentera xdapat..macam nilah jadinya..kemaruk nak kawin lalu bawah pedang..haha

Fyna Ahmad said...

hurm...benda2 nih bukan boleh buat main.

ct cheery said...

anggota ATM and PDRM pun susah nak dpt buat sword bearer mcm 2, tp artis senang2x jer dpt buat..wah,best jd artis kan..huhu

froggy turn south said...

mak aih....tu diaa punye la detail segala bagai....tu anak sedare ko kawen hari tu pakai tanjak siap keris sume, ade tanye majlis raje2 ke?

walaopon aku mmg anti ngan nara tu tapi betul gak la die ckp..mmg kene la ngan konsep 'raja sehari'...die nk pki ape ikot die lah...

setakat nk mash up uniform ATM ngan PRDM tu (eh), pada aku xde hal lah...pride2 sume ni mengarotlah...macam riak plak nk pride2 bagai...

jikin said...

Jangan nak salah kan farid kamil dia tak tahu apa.org Tua dia kan dato mesti tahu berkenaan prosedur pemakaian pakaian istiadat.. Tak pun Bapa dia gak lopong.. Sudah tentu anak pun sama. Buat malu diri sendiri Dan keluarga..

Blue Vader said...

mesti kene tindakkan nie.. hehe..

Blue Vader said...

mesti kene tindakkan nie.. hehe..

alba said...

DiMalaysia ni semua BOLEH...!! Sesuai dengan COGANKATA.."KEPIMPINAN MELALUI TELADAN" Kalau pemimpin yang melakukan kesalahan tak di indahkan, tak dikenakan tindakan...apa rakyat lain nak PEDULIKAN undang-undang..!!!

Azzan Aydin said...

Bro,sdare ko kawen pki keris sbb dah mmg adat melayu.pkaian istiadat atm pdrm ni xleh bt main.undang2 dah ada mgatakan hanya yg LAYAK shja bleh pki..

Azzan Aydin said...

Sdare ko kawen pki keris sbb dah adat org melayu.pakaian istiadat atm pdrm cuma boleh dpkai untuk yg LAYAK saja.undang2 dah tmaktub

Azzan Aydin said...

Bro,sdare ko kawen pki keris sbb dah mmg adat melayu.pkaian istiadat atm pdrm ni xleh bt main.undang2 dah ada mgatakan hanya yg LAYAK shja bleh pki..

Azzan Aydin said...

Bro,sdare ko kawen pki keris sbb dah mmg adat melayu.pkaian istiadat atm pdrm ni xleh bt main.undang2 dah ada mgatakan hanya yg LAYAK shja bleh pki..

Tun Teja said...

mana blh mcm tu...dia anak dato ke, anak tan sri ke, klu dah salah, memang patut dihukum...dah ada akta pun. saya juga menunggu tindakan daripada ATM dan PDRM ke atas farid kamil tuh.

Hazrey said...

Froggy: kekadang bila kita tulis kita rasa kita pandai walhal kerencatan akal menghalang anda untuk membezakan antara budaya dan undang undang. Pernah kira tanjak yg dipakai raja raja? Tahu? Tahu lok keris? Tahu? Kalau dah raja sehari bermakna dia boleh pakai apa sahaja? Camtu bangla, security guard pun boleh pakai. Kalau camtu takyahlah ada undang undang dlm hidup kita. Sama jugak kita bangkit pagi sebelum keluar rumah, kena pakai baju. Itu pun undang undang sebab kita ada akal dan ada tertib. Sebab tu ada pride.

Tapi yelah kalau boleh setuju dengan tahap komen beautifulnara, saya maafkan anda.

Mr Lonely said...

visiting here with a smile. take care.. have a nice day ~ =)

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

Muhammad Umar said...

Bapak aku kate anak anak menteri pakai takde menda pun,saje je undang undang ni nak perkenakan orang biase, kelakar la malaysia ni kawin je kut standard la nak berhiaskan yelah nama pun raja seharikan kena la paham paham jelah takyah nak layan sangat benda remeh temeh ni yang penting hubungan dorang berkekalan dan bahagia tu je

Kartu Master said...

PADA YANG KOMEN TU CKP BAIK2 SEKET, NK TGOK ADA TELOR KE TAKDE, MEH MASUK TENTERA, MASAALAH FARID KAMIL NI PUN SATU HAL, NAPE TK MASUK JE TENTERA, BARU ORG TK PERTIKAI NK PAKAI MCM MANA SKALIPUN, DAH TAU BUKAN TENTERA GATAL2 LAK NK PAKAI SERAGAM TENTERA, NTAH LA AKU PUN TK FAHAM...

~ bAcA beLoG oRg ~ said...

Sesungguhnya Malaysia patut bangga mempunyai artis seperti farid kamil yang berangan2 untuk menjadi salah seorang pegawai PDRM dan ATM dan sanggup bermuka tembok mendengar orang lain mengutuk beliau demi mencapai cita2nya untuk memakai pakaian istiadat yang bukan haknya. tahniah farid kamil.

minem hura said...
This comment has been removed by the author.
minem hura said...

farid...farid...dahulu ak begitu meminati ko kerana ko tlah mbuktikan pelakon melayu boleh wat apa sahaja...kini tidak lagi..kerana ko jg telah membuktikan ko boleh wat apa sahaja....sehingga melangkaui kuasa YDPA...besar ek pangkat DATO tuh..hohoho...tpi ak x ckop bengang dgn ko lgi...sbb ak tertarik kpada org yg bgi sijil kat ko tuh...n orang yg g detail anggota dier utk SB ko....huhuhu...mcm ner mreka boleh memerintah sedangkan perkara paling basic pn x tahu...hoho..nk kater x blja......pgkat da besar da...sbb byk blja u can go far..but.....x taw plak ur brain go short palk jadinya~~~

Lady of His Heart said...

Mana-mana orang selain daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia yang memakai apa-apa uniform sebagaimana yang diperihalkan dalam dokumen ini adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 140 dan 170 kanun keseksaan (Akta 574)

Read more: http://www.hazrey.com/2012/12/892-farid-kamil-perlekeh-istiadat.html#ixzz2EKHGztie



Does it apply to Polis too??
How about berlakon dalam TV/Movie??
yusuf haslam, abby abadi, norman hakim..AC mizal..semua pernah menyarungkan pakaian Polis and Mess....

Hazrey said...

Dalam akta itu ada disebut kecuali pertunjukan pentas, dan diterjemahkan termasuk lakonan. Anda boleh google. :)

minem hura said...

farid...farid...dahulu ak begitu meminati ko kerana ko tlah mbuktikan pelakon melayu boleh wat apa sahaja...kini tidak lagi..kerana ko jg telah membuktikan ko boleh wat apa sahaja....sehingga melangkaui kuasa YDPA...besar ek pangkat DATO tuh..hohoho...tpi ak x ckop bengang dgn ko lgi...sbb ak tertarik kpada org yg bgi sijil kat ko tuh...n orang yg g detail anggota dier utk SB ko....huhuhu...mcm ner mreka boleh memerintah sedangkan perkara paling basic pn x tahu...hoho..nk kater x blja......pgkat da besar da...sbb byk blja u can go far..but.....x taw plak ur brain go short palk jadinya~~~

Ma Hye Ri said...

Man in uniform memang 'semart'... apatah lagi dengan uniform No.1... Kalau beria-ia pun nak berpakaian selaku pegawai tentera / polis saya rasa mungkin lebih baik jika dia upah designer buat costume ala-ala uniform . Design sekali utk squad sword barrel tuh... Persoaalan saya ; yang kiri kanan sedang hurus pedang anggota pegawai polis juga ker? Kalau ya, saya hanya mampu senyum... Fikir-fikirkan lah

mrs.shh said...

apa apa jelah , lagi ramai army kat malaysia ni lagi bagus hihihi #savemalaysia , peace . xoxo f . publish !

mohamad shafiee said...

Salam, sy Lt.M Mohamad Shafiee, Wataniah.epolet kat bahu tu, bukan ATM yang punya, sebab xda crown.tp saya khuatir keris silang ngn bunga padi tu dari kerajaan Melayu negeri2 yang ada Sultan.saya mcm pernah nampak epolet kerajaan Johor, Baginda Sultan Johor ada 2bintang macam epolet ni.wing ni saya pun xberani komen sebab cuma mereka yang ditauliahkan wing lebih layak komen.tp ni wing statik fall kalau xsilap.mmm...susah la ada civilian mcm ni dalam KTJ.suroh join wataniah xnak plak.dahtu nak melebih.huhu.anyway, thanx admin.

anak komando said...

suak2 pakai airborne wing, dia ingat askar2 tu jumpa tepi jalan terus pakai ker, hanya yang layak jer bole pakai

shahpaskal said...

Sebagai penulis blog ketenteraan, saya mendapat banyak respon dari pemakaian "haram" uniform istiadat tentera yang dipakai Farid Kamil ini.

Kebanyakkan anggota tentera atau bekas tentera melahirkan rasa marah dan kecewa apabila ada rakyat negara ini seperti Farid mempermain-mainkan maruah pasukan mereka melalui pakaian ini.

Bayangkan selepas ini, ia menjadi trend kepada khayalak ramai. Suka-suka hati selepas ini sesiapa yang hendak kahwin boleh menempah pakaian ini dan lalu bawah pedang, bayangkan jika ini terjadi?

Dan tidak mustahil, gambar-gambar yang diambil semasa perkahwinan disalahgunakan oleh pihak tertentu yang akan mendakwa mereka ini pegawai tentera tetapi menyamar sebagai risik yang duduk di kalangan awam, buktinya...gambar perkahwinan yang diadakan mengikut tatacara istiadat ketenteraan.

Saya setuju memang hak Farid Kamil, tapi kalau boleh tidak perlulah serupa dengan pakaian tentera kita, kalau teringin juga nak buat. Gunakan uniform askar British ke, US ke, Jepun ke atau pakaian istiadat tentera India...kalau nak lagi sempoi, buat pakaian istiadat tentera Zimbabwe atau pahlawan Zulu...baru kelas

:::aZiE::: said...

saya pon hangin gak ngn farid ni..mmg duit die semua tp hormat n sensitif la sikit tentg hal2 mcm ni..
sy wife nvy officer pon x over senggini..hmmnm

Ayah Su said...

Aku x fhm sgt law askar nie. Cuma aku confuse jgk mula2. Aku igt ker memang si farid kamil nie ada la masuk mana2 wataniah, ker apa ker, upa2nya wat gimik ajer. Tp apa nk diherankan pd baju, nabi muhammad. Kekasih Allah lagi. Baginda lagi suka umat baginda ikut sunnah dia berjubah berserban. Xda pulak org nk ikut? Xda la pulak jg baginda wat undang2 x leh pki jubah mcm dia. Kita kalu taksub sgt ngn dunia, benda gni pun jd balah.

Ayah Su said...

Aku x fhm sgt law askar nie. Cuma aku confuse jgk mula2. Aku igt ker memang si farid kamil nie ada la masuk mana2 wataniah, ker apa ker, upa2nya wat gimik ajer. Tp apa nk diherankan pd baju, nabi muhammad. Kekasih Allah lagi. Baginda lagi suka umat baginda ikut sunnah dia berjubah berserban. Xda pulak org nk ikut? Xda la pulak jg baginda wat undang2 x leh pki jubah mcm dia. Kita kalu taksub sgt ngn dunia, benda gni pun jd balah.

WatauWaToccy said...

Tuan umah..

Tumpang copy entry ni k.. by the way best laa u punyer kajian ni..

firdaus said...

nanti kalau aku nak kawin satu lagi aku nak pakai costume ultraman..dengan tok kadi sekali aku fire..ape pun tah boleh..hahaha..farid kamil ni memang bingai..bodo melantun lantun..yang angkat sword tu pun sama bingai..

firdaus said...

nanti kalau aku nak kawin satu lagi aku nak pakai costume ultraman..dengan tok kadi sekali aku fire..ape pun tah boleh..hahaha..farid kamil ni memang bingai..bodo melantun lantun..yang angkat sword tu pun sama bingai..

! ❤ PINKaholicx ❤ ! said...

korang yang tak sensitif langsung dgn hal neh boleh r ckp sbb bukan libatkan korang,,org lain bersusah payah mcm hell nk dptkn pangkat atas bahu tuh baru dpt buat sword barrel neh yang duduk saje sedap2 ati nk mix n matchkn pakaian tuh,,

Mukhlis ibrahim said...

Bapak aku army jgak.. aku minta nak pkai seluar celoreng tu... Dia tak kasi , tak muat katanya...

abang said...

Saya ex-service. Semua jenis uniform saya ada, akan tetapi itu tidak bermakna saya boleh memakainya sesuka hati selepas bersara. Wedding Planner farid should consider this before organising....

Mohammad Shahir Shaharuddin said...

Btl tu brado..askar kne lanyak bru merasa dpt pngkt..die sng2 je dpt pangkt ats bahu tu..haha..

Azman said...

Aku rasa dia tak tahu dan tak ada yang beri tahu....
jadi kita kat sini nasihat kan jer lah bukan maki2 dan kutuk2 dia.

farahiyah jaafar said...

Pernah dengar tak orang selalu sebut " Pandai tapi tak Cerdik".. so fikir fikirkan lah yer...

meg said...

dia ni polis ke army ke navy ke airforce.?? sume ko balun...yg army nak naik pangkat pun susah, tetibe ko dah mejar general....otai abes...

ape lagi MINDEF, ambik la tindakan..jangan la ikut lembik mcm PDRM jugak...

erma rahimah said...

kesian hanya kerana tidak mengetahui akta negara dan undang2 kn dah kena... aku nie pun anak bekas askar n mgmg ada cita2 nak khawin lalu bwh sword barrel... tapi takde r dunggu sangat sampai campur aduk kan segala jenis uniform ada...yang cap tu tak boleh bla cap untuk wanita plak tu...

erma rahimah said...

susah kalo kita fikir kita lagi cerdik dari undang2..dan tak pernah nak taw pasal akta

Joseph a.k.a Apam Balik is Gay said...

Anohoromm, aku pun pelik tengok gambar weeding dia ni..Skang dah terjawab..

Faz@ajiez said...

Undang2 manusia dapat diubah,undang2 ngn Allah s.w.t ja yg xleh dipertikai n dimainkan,maafkan la..sesama umat. Siapa xpernah melakukan kesalahan.Askar ka polis ka,sama mkn nasik.Sama saja manusia.

Faz@ajiez said...

Undang2 manusia dpt diubah.jangan aja undang2 agama dipermainkan.maafkan farid la,sbagai pngajaran kita,next time jgn buat k.sian nya baruk nikah masuk jail..

edd iman said...

memang babi la dia ni..aku nk pkai pangkat puas kena lanyak..dia ni pkai boleh lak senyum2 gelak..mampos ko.aku jumpa ko.kat luo..

edd iman said...

sial mangkaq ni..aku pkai pangkt puas kena lanyak..dia ni pkai boleh lak senyum2..memang babi laa

Omar Isa said...

Baru aku tahu tentang Akta dan Undang-undang pasal pemakaian nie. Pernah gak terniat untuk adakan upacara sebegini untuk aku. tapi sekarang baru aku tahu yang benda nie salah. Terima kasih kepada admin dan semua yang komen kerana berikan penjelasan yang cukup cerah. dan terima kasih juga buat Farid Kamil sebab dia lah aku tahu hal nie. Kalau dia tak buat begini rasanya ramai lagi rakyat biasa tak tahu. Pengajaran diterima -Yang Benar RAKYAT BIASA.

Adriany said...

Nara is the Blithering Idiot Pathetic Annoying Talking Donkey Copy-paste Scumbag blogger, and he is making money and life by doing this...Congrats Hazrey, fight for the 'No Double Standard' instead of 'No LYNAS"

froggy turn south said...

hahahahhahahahahahahahahahhahaha...bro bacela mstar bro....hahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha....the acp back him up, and this woman from MOD just gave him a warning....so...booo~~~~~~

Adriany said...

Encik hazrey, ada orang yang mengata encik lebih Polis daripada Polis. ahaa

Perantau said...

Artis nak pkai apa pon boleh...... :)

Hukum Cium Mulut - Ustaz Azhar Idrus

Ahmad Shamil Mohamad Saad said...

Salam semua. Angkatan Tentera Malaysia mempunyai banyak rahsia dan simbolik di dalam berpakaian dan perbuatan mereka. Oleh sebab itu, tidak kira sesiapa pun haruslah menghormati rahsia dan simbolik ini. Bagi saya, hukuman yang maksimum haruslah diberikan sekiranya didapati bersalah sebagai pengajaran buat kita di masa hadapan. TQ

norhasmah hassan said...

Saya nak mintak bantuan lori polis utk angkat brg utk 1 prog yg jaraknya x spi 500m dr sek ke dewan x diluluskan sbb saya bukan polis wpun hubby pegawai polis. Siap my hubby kena marah lg...then ckp x tau peraturan ke? Klu bawak budak2 kadet polis blh.. Masalahnya FK tu sape? Langsung x kena mengena dgn pdrm n atm? Musykil..

khasib said...

salam..

Saya mewakili ribuan anggota tentera yg masih berkhidmat di tanahair dan juga di luar negara melahirkan rasa kesal dan sedih atas sebilangan tindakan oleh selebriti samada didalam lakonan atau diluar, memperlekehkan kemuliaan pakaian seragam kami.. Saya menjalani latihan selama bertahun di pulatibang seterusnya beberapa latihan lanjutan lagi untuk kami memperolehi sayap, oleh itu kami memakainya dengan penuh rasa bangga dan hormat, kerana ada kawan2 dan jurulatih yang terkorban semasa menjalani latihan utuk mendapatkan sayap tersebut.. tidak seperti selebriti yang boleh mendapatkan hanya semalaman.. saya berharap hukuman dan pendakwaan dijalankan sewajarnya tanpa mengira siapa pun anda.. walaupun dimata masyarakat anda adalah public figure..

terima kasih..

Luqman Hakim said...

saya selaku umat Islam di Malaysia melahirkan rasa kesal...apabila bnyk umat Islam di Malaysia ni bergaduh dan bertengkar kpd perkara2 yg tdk mmberi manfaat akhirat dan suka mmperbesar-besarkan masalah kecil yg tdk lngsung memberi sumbangan pada Islam atau menaikkan Agama Allah.

Akukah? said...

kalau kita x boleh nak menghormati prinsip kelayakan pemakaian baju istiadat, apatah lagi nak memberi sumbangan & mempertahankan Islam yang mana lebih memerlukan kefahaman, disiplin & kebijaksanaan...

this is not about membesar2kan perkara yg kecil tetapi it's a matter of principle & values! dari yg kecil barulah timbul yg besar...

Blacken Lee said...

Arap lpas ni rakyat malaysia x ulang kesalahan yg sme... Plez respect ou army...

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.