Wednesday, November 21, 2012

#891: RAKYAT INDONESIA ROGOL GADIS BAWAH UMUR KELAINAN UPAYA.





Rabu lalu, sahabat baik aku, Mazidulakmal Sidik menulis panjang lebar tentang kes di Pulau Pinang melibatkan anggota polis didakwa merogol pembantu kedai warga Indonesia berusia 25 tahun. Baca di sini.

Kebetulan ketika cerita ini hangat diperkatakan, aku berada di Bandung Indonesia dan bertalu-talu berita mengenainya disiar stesen televisyen Indonesia. Pelbagai reaksi, antaranya termasuk tunjuk perasaan oleh sekumpulan rakyat Indonesia di Jakarta, MENDESAK pemerintah mereka mengusir Duta Besar Malaysia di Indonesia dalam tempoh 48 jam,

Berikut capaian yang diperolehi dari blog Mazidulakmal: Aksi 1,000 Motor Usir Dubes Malaysia.

Memang benar. Jika ada isu libatkan warga Indonesia, akan kedengaran perkataan seperti ganyang Malaysia, dan pelbagai gelaran yang kita terima. Jika mahu dikisahkan tentang pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta yang diperbuat macam-macam, toksah cerita lah.

Lihat entri entri aku sebelum ini:


Entri pertama jelas sekali betapa segelintir rakyat Indonesia diberi kebebasan untuk menghentam negara kita, walhal ramai lagi saudara mara mereka disuapkan nasi hasil perkongsian rezeki di negara kita.

Ada tak kita dengar kumpulan penunjuk perasaan yang sama mengeluh, bersimpati terhadap mangsa mangsa perbuatan warga mereka yang melakukan jenayah terhadap orang kita? Ada? 

Aku tak mahu berulas panjang mengenai kes di Pulau Pinang kerana ia sudah disebut di mahkamah dan selagi belum dibuktikan mereka bersalah, jangan buat pelbagai andaian. 

Tetapi apa yang aku mahu cerita hari ini ialah mengenai seorang lelaki 27 tahun berasal dari Medan, Indonesia. Yang ini sudah disabitkan.


 
Baru setahun diberi permit bekerja di negara ini untuk mencari rezeki, lain dibuat warga Indonesia apabila merogol gadis bawah umur kelainan upaya (OKU).

Dan selepas mengaku salah terhadap jenayah iblisnya, buruh binaan, Riduan, 27 tahun dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 5 sebatan.

Tertuduh didakwa merogol gadis berusia 15 tahun di rumah sewanya di No 15, Tingkat 4, Blok 18, Apartment Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor kira-kira jam 4.30 petang, 1 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2), Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 5 hingga 30 tahun selain sebatan.

Mengikut fakta kes, tertuduh memaksa gadis itu yang sedang bermain di tempat permainan kanak-kanak ke rumahnya sebelum merogol mangsa.

Selepas merogol, tertuduh juga mengugut mahu MEMBUNUH mangsa sekiranya gadis itu mengadu perbuatan jahatnya kepada ibu mangsa.



Ibu mangsa bagaimanapun membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Putih, Pasir Gudang, kira-kira jam 8.30 malam pada hari kejadian. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Mahadi Abdul Jumaat manakala tertuduh tidak diwakili peguambela.

Hakim Hassan Abdul Ghani memerintahkan hukuman terhadap tertuduh bermula daripada tarikh tangkapan iaitu mulai 8 November lalu.






8 comments:

Simply Siti said...

Ya Allah... dah la bawah umur.. OKU kot ... SAKITNYE hatiiiii

Simply Siti said...

Ya Allah..dah la bwah umur... OKU plak tu...sakit nye hatiiiii

Blue Vader said...

malaysia da tak selamat psl bnyk sngt pedobear

Rakan Media KLPOS said...



Salam Perkenalan dari KLPOS News Portal : www.klpos.com


Blog anda sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri.

Di harap dapat berkongsi maklumat bersama kami.

Mohon jasa baik anda agar turut memberi ruang kepada KLPOS disenaraikan menerusi senarai blog pilihan di blog anda.

Sekian. Jutaan Terima Kasih.

Mr Lonely said...

visiting here with a smile. take care.. have a nice day ~ =)

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

anis abdullah said...

beza di sini ialah cara kita memaparkan emosi apabila kejahatan dibuat pihak sana. akan ternampak akhlak dan etika sebenar sebagai seorang manusia. adakah bangsa atau kesalahan yang dibuat ialah sebab utama kemarahan.

.: Si BungaKopi : . said...

teruskan berjuang hak rakyat tempatan..! cayok2.

axie04 said...

ni la die, dah la ngok ngek, kepala kemek betul la

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.