Wednesday, October 3, 2012

#883: MIZZ NINA DAN KULIT ALBUMNYA




Mungkin ramai yang tak tahu dari mana foto ini. Aku mendapat tip-off dari seorang rakan twitter mengenai kulit album artis Malaysia - Mizz Nina yang secara jelas terdapat satu kekhilafan yang ketara dan agak memalukan bagi seorang yang beragama Islam.

Pada aku mungkin ia terkhilaf di peringkat copywriter tetapi tentulah sebelum copywriter atau graphic designer membuat typesetting pada soft copy album ini, draf hard copy diperolehi dari artis itu sendiri.

Rasanya album ini released pada Jun tahun ini berjudul Take Over dan foto ini aku perolehi dari forum cari namun setakat ini aku tak nampak mana-mana wartawan hiburan yang sudi menulis perkara ini dan mungkin boleh menegur perkara ini.

Yelah, kita pun kena faham, wartawan hiburan sangat sibuk mencari cerita cerita bukak baju, bukak skirt, cerai berai, cium mulut, togak arak. Dan mereka juga sangat sibuk menulis kolum kolum untuk mencerca artis sebab tak layan diaorang seperti seorang diva atau dewa dewa dari langit. Itupun kita kena faham. 

Dan pastinya, dan aku yakin, wartawan hiburan memperolehi album ini untuk memberi ulasan. Aku tentunya tak dapat sebab Mizz Nina tak kenal aku dan aku bukan penulis hiburan.

Aku juga cuba google untuk mencari mungkin ada permintaan maaf dari Mizz Nina berkaitan kesilapan ini namun tak jumpa. Jika ada, mungkin anda boleh berkongsi dengan meletakkan link di ruang komen.  

Apapun ia satu kesilapan yang menampakkan pure ignorance apatah lagi Mizz Nina beragama Islam. Dan kebanyakan wartawan hiburan pun ramai yang beragama Islam dan agak pelik mereka TIDAK menyedari akan kekhilafan ini. Pelik tak? Tentu sekali. 

Ok ini info yang diperolehi dari blog mizznina mengenai album ini:



Seharusnya, pengurusan syarikat rakaman membuat tindakan segera menarik balik pengedaran album ini dan memperbetulkan kesilapan yang boleh dianggap memalukan ini.

Aku tak mahu terkhilaf dalam memberi penerangan mengenai paling mudah untuk membezakan antara SWT dan SAW, maka berikut adalah penjelasan dari seorang sahabat, Ustaz Azhar Abdullah yang juga seorang blogger dan pengguna twitter @azharshafie

Berikut adalah penjelasan beliau (in italic):

Lafaz nama Allah ialah satu kata nama khas yang Maha Agung, Maha Suci, Maha segalanya. Selalunya nama Allah akan disusuli dengan 'Azza wa Jalla bermaksud yang Maha Gagah lagi Maha Agung atau Subhanahu wa Ta'ala (S.W.T.) yang bermaksud Yang Maha Suci dan Maha Tinggi. Ada beberapa lagi yang sering digunakan oleh masyarakat Arab, tetapi di kalangan kita orang Melayu di Malaysia ni yang dua tu selalu kita gunapakai.

Lafaz nama Rasulullah pula, sering kita sebut sebagai Rasulullah, Muhammad dan Nabi, akan disusuli dengan Shollallahu 'Alaihi wa Sallam yang bermaksud Allah Subhanahu wa Ta'ala berselawat ke atas Nabi dan mensejahterakan baginda.

Sebagai seorang Muslim kita mesti peka dengan kedua-dua ini.

Andai kita meletakkan sifat Allah (S.W.T.) pada Rasulullah, maka kita menyekutukan Allah dengan menyamakan sifat Allah itu berada pada makhluknya iaitu Muhammad S.A.W yang merupakan seorang manusia.

Sekiranya kita meletakkan S.A.W pada nama Allah pulak, seolah-olah kita menyamakan kedudukan Allah pada kedudukan Nabi Muhammad S.A.W. Harus diingat bahawa memuliakan Rasulullah S.A.W sekalipun kita tidak boleh sama sekali sampai ke tahap meletakkan Baginda di tahap yang sama dengan Allah S.W.T

Sekiranya disengajakan, akidah dan keimanan kita boleh tergadai.

Seandainya tidak sengaja, maka harus diperbetulkan dengan kadar segera kerana kesilapan ayat boleh membawa kecacatan akidah. Andainya tidak endah kepada teguran, hukumnya adalah sama dengan sengaja.

Wallahua'lam.

Terima kasih Ustaz Azhar. 

Ohh dan dengarnya, kulit album yang nyata membawa kesilapan ini turut menjadi Top 5 satu anugerah 'dah-bagi-mintak-balik?

Boleh ke macam tu? Juri tak tengok betul betul ke? Baiklah dibangkitkan perkara ini sekarang, kalau kemudian, dah kena pulang balik trofi. Itu parahhhh !!

Kepada Mizz Nina, ini satu teguran untuk kebaikan jika ia belum diperbetulkan dan mudahan satu mekanisme boleh dilakukan antaranya meminta peminat yang sudah membeli, pulangkan dan gantikan dengan ejaan yang betul.

Tetapi dengan rendah diri, pada pendapat aku, seharusnya kita elakkan meletakkan nama Allah SWT apatah lagi muka depan mungkin konsepnya sedikit berjauhan daripada Islam. Itu pandangan aku yang tak berilmu ni.

Harap ia mendapat perhatian Mizz Nina.



16 comments:

alien said...

setuju ngn bro..
Kulit itu mmg xsesuai dgn prakata selain pnyalah gunaan perkataan.

bukankosong said...

they must do something

As Lee Aspar said...

ouh, dia ni Islam ke? tp mmg x kenal sgt pun dia ni, hoho!

Shahada Fauzi said...

a'ah..baru terfikir nak cakap yg kulit depan album tak bersesuaian nak letakkan nama Allah di dalam ayat kat kulit album tu..en hazrey dah cakap dlu..gud!

Kujie said...

pernah buat kesilapan mcm tu, otak fikir lain, tangan taip lain.

kemudian kena RT secara berjemaah , sempat buat pembetulan kemudiannya.

Azlan Strider said...

hopefully Mizz Nina aware dengan benda nie...

Regards,
-Strider-

~♥ iella ♥~ said...

Diorang nie kurang perhatian ka dgn guna nama Allah SWT.

froggy turn south said...

pretty sure mizz nina tersilap/terlepas pandang...komfem komfem la xsengaje....gile ape...

..gi la cari pasal ngan celeb yg sekufu ngan ko..i.e..mamat sepah tu..

Azhar Abdullah said...

Saudara/Saudari Froggy turn south,

Saya berkongsi sangka baik anda bahawa Mizz Nina dan team beliau tersilap/terlepas pandang hal ni...dan saya juga meyakini bahawa Saudara Hazrey tidak bertujuan bergaduh dengan Mizz Nina tetapi bertujuan baik supaya nama Allah tidak diletakkan bukan di tempat yang sepatutnya.

Membaca entri bahagian yang ditulis oleh Hazrey, saya tidak sedikit pun merasakan baha entri ini bertujuan menjatuhkan atau memburukkan Mizz Nina, malahan saya yakin, Mizz Nina juga, menggunakan akal waras beliau, pasti akan berterima kasih atas teguran ini.

Sedikit terkilan apabila saudara/saudari melibatkan nama celebrity lain, i.e mamat sepah tu...bagi saya ianya dua isu yang berlainan darjat sama sekali. Isu ini melibatkan nama Allah. Sekiranya orang kita boleh rage sampai demo disebabkan Rasulullah SAW dipermainkan oleh bukan Islam, maka isu ini pada pandangan saya bukan remeh untuk kita pandang rendah.

Puan NK said...

sy setuju sgt. to be good, tak payah letak langsung. much better. dan mmg tak patut pun kita meletakkan nama Allah yang Maha mulia diatas kulit album sebegitu. yang bakal dibawa masuk ketempat2 yang tak elok, contoh disko. wallahualam.

Lady Dea said...

Rasanya Bro Hazrey nk tgur pasal kesilapan penggunaan S.A.W tu... Sepatutnya,Allah S.W.T dan S.A.W tu utk Rasulullah kita Nabi Muhammad S.A.W.Kesilapan antara S.A.W dgn S.W.T ...


-lady_dea-

EdaManAli said...

kesalahan paling utama dia kalo dia benar2 Islam sejati adalah menyanyi...

ntah lahh...nk komen lebih2 kang terasa pulak...hmmm...Islam di akhir zzaman...

aizamia3 said...

Moga Mizz Tina baca entry ni dan mengambil tindakan sewajarnya atas kesilapan tersebut..

AYU Norfaizi said...

kenapa boleh silap?senang je..
sebab jarang 'diingat' dan 'disebut'........itu je

Ontrack Builder Enterprise said...

want to share blog in renovation http://ob-enterprise.blogspot.com/

Che Yan said...

Bagus tuan blog ni buat teguran. Benda2 mcm nikena peka lah. Tapi yang komen2 ni mcm hebat sangat. Siap kata "dia ni Islam ke"?. Takut bawak CD ke disko lah, dan mcm2 lagi.
Jangan pertikai amalan dan perbuatan orang. Nak tegur, tegur cara elok lah. Baguslah kalau dia letak nama Allah kat CD dia, mana tau tetibe fans dia baca cover tu, nampak nama Allah dan terus dapat hidayah.kan bagus tu.
BTW Arwah Ustaz Asri pun penah nyanyi lagu dakwah dalam PUB tau. X caye? Buka youtube, korang search zainal abidin nadamurni disko.
Kalau ada kebaikkan dalam usaha Mizz Nina ni baguslah. Yang dia buat x elok jgn pula korang ikot. Atleast dia masih mengaku dia Islam.
Yang kat luar dah convert tu korang xmau kecoh plak.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.