Thursday, July 26, 2012

#873: KENYATAAN SAYA TERHADAP EPISOD TAK BERAPA KELAKAR DENGAN MAMAT SEPAH. (WHO?)




Ya, aku gelak gelak seharian hari ini apabila banyak blog hiburan berlumba-lumba nak dapatkan komen mamat seorang ni. Aku tak perlu pun pergi call owner owner blog tu semua walaupun aku kenal dan mereka kenal aku.

Apapun, pernah aku katakan dulu, kita kalau nak buat blog hiburan tu, elok ada kredibiliti dan impartial (tak sebelah pihak) bagi memastikan integriti anda semua kekal dan dihormati. Kalau setakat tulis dan mintak pembaca bagi komen, kita boleh tahu setakat mana kemampuan dan pengetahuan kita mengendalikan blog hiburan itu.

Tapi kita tak boleh control mereka semua, apatah lagi seperti yang berlaku di blog murai dot com siang tadi yang berjenaka dengan memaparkan satu entry tetapi foto yang dipapar langsung tak tally dengan apa yang didakwa orang yang dipetik.

Tak mengapa. Aku di sini pun bukan dambakan populariti atau wang dari penulisan aku di blog aku ni.

Apapun, tadi portal Gua.com menghubungi aku bagi mendapatkan reaksi terhadap semua kenyataan Mamat Sepah. Aku sebenarnya banyak lagi kerja lain tapi pabila gua.com telefon tadi, aku dah suruh mereka ambik sahaja apa yang aku tulis di sini, tak payah nak interview interview sebab aku bukan artis dan bukan tulis blog nak popular. Biar tak popular tapi ada integriti dan tak syok sendiri. Itu principal aku menulis kat blog ni. Ingat tu, tak syok sendiri tau.

Apapun, apa yang kami berbual tadi boleh dibaca sepenuhnya di capaian berikut: "Dia Putarbelit Fakta - Hazrey" 

Aku paparkan semula apa yang ditulis di portal itu:

"Blogger tempatan yang dikenali sebagai Hazrey yang kini hangat di tengah episod antara dirinya dan pelawak Mamat Sepah menganggap kenyataan pelawak itu sebagai kurang matang dan tiada asas.

Hazrey ketika dihubungi berkata sikap defensif pelawak itu tanpa sebarang justifikasi termasuk 'screen grab' apa yang didakwanya sudah cukup menceritakan hakikat sebenar yang berlaku di laman sosial twitter.

"Saya sebenarnya tergelak apabila membaca pelbagai kenyataannya yang sangat defensif dan berterusan mendakwa saya terlebih dahulu menghentam dan memaki lelaki itu. Adakah perkataan anda perlu lebih bertanggungjawab terhadap apa yang ditwit selepas dia menghentam seorang pengguna twitter lain bernama Izham Ismail, itu dianggap maki dan menghentam?

"Apabila dia mula bertindak agresif terhadap beberapa pengguna lain termasuk ingin mencederakan pengguna itu, saya anggap itu sangat keterlaluan, maka saya ada nasihatkan jangan bersikap samseng sebaliknya meminta maaf bagi meredakan keadaan," katanya.

Sebaliknya, menurut Hazrey, sebaik memberi nasihat itu, satu twit dihantar padanya oleh pelawak itu 'Kimak la ko ni' dan itu, kata Hazrey menunjukkan tahap kematangan pelawak itu mengawal perasaan.

Katanya, beberapa pengguna twitter lain turut tersinggung dengan cara layanan pelawak itu yang tidak boleh menerima teguran tanpa provokasi.

"Mana ada provokasi. Contoh satu twit dari seorang pengguna wanita bernama @Iqhamono pada petang itu, pelawak itu sudah mengancam untuk mencederakan wanita itu! Kita boleh lihat siapakah yang melenting? Ini bukan soal provokasi tetapi seharusnya kita lihat siapa yang melenting tak tentu pasal ni?," katanya.

Hazrey berkata Mamat Sepah jelas tidak memahami konsep blog di mana apa yang ditulisnya tidak mewakili mana-mana syarikat mahupun agensi.

"Saya tak perlu publisiti pun seperti dia yang mendambakan publisiti malah di blog saya pun tiada foto saya. Saya nak publisiti buat apa? Dia perlu faham, konsep 'one man's word against the world'.

"Cuba kita perhatikan, kenapa perlu saya bergaduh dengan dia? Dia siapa? Saya pun pertama kali dengar nama dia. Apa hasilnya saya bergaduh dengan dia? Apa keuntungan saya bergaduh dengan dia? Tiada," katanya tegas.

Hazrey turut mengungkap pepatah 'kalau tiada angin takkan pokok bergoyang' merujuk kepada hentaman pelbagai pihak terhadap pelawak itu yang menggunakan perkataan keterlaluan terhadap pengguna sebelum dia bertindak menamatkan akaun twitternya itu.

"Kalau dia benar-benar tak bersalah, kenapa cepat cepat tamatkan akaun twitter walhal dia tahu dia boleh berkomunikasi dengan saya melalui laman sosial itu dan paling penting, dia boleh tampilkan kepada dunia segala dakwaan dia.

"Itu yang membuatkan saya bertambah sangsi motif dia yang saya kira jelas cuba menegakkan benang yang basah," katanya.

Mengulas kenyataan Mamat Sepah yang mahukan Hazrey berjumpa dengannya untuk memohon maaf, “Tak timbul soal saya perlu meminta maaf pada dia kerana ramai yang tahu apa yang berlaku pada malam itu.”

“Tapi baguslah dia mengambil nasihat saya memohon maaf pada semua tetapi biarlah ia dibuat secara ikhlas dan total supaya orang tahu kita matang dan bijak menangani sesuatu isu.” katanya.

Mengakhiri perbualan itu, Hazrey menasihatkan pelawak itu untuk berhenti berbohong pada diri sendiri kerana ia satu perbuatan memalukan."

Ramai tak faham konsep garis masa twitter. Jadi jika tidak faham, perlu bertanya pada yang tahu yang mana penghantar, yang mana penerima. Aku tak kisah jika nak komen hentam aku sekalipun sebab aku ok jek selagi tak memfitnah dan tidak menimbulkan implikasi undang-undang, aku akan approve komen itu. 

Nasihat aku, sebelum komen, pastikan kita tahu apa yang kita tulis sebelum kena gelak sebab aku juga rajin membalas komen. 

Ya, di sini komen aku moderate. Tapi setakat ni, tak ada lagi komen yang aku halang dari disiarkan.

Dan ohh, satu komen yang sangat menarik perhatian aku di entri terdahulu oleh Izham Ismail. Berikut komennya:


Klik untuk besarkan.

Mamat Sepah tentu ingat Izham Ismail. Dia tentu ingat Iqhamono dan ingat apa yang ditulis pada twitnya pada kedua dua pengguna twitter itu. Harap dia tak amnesia atau buat buat amnesia. 

Ini adalah entri terakhir untuk kisah untuk diteladani -- jangan menipu diri sendiri kerana bercakap benar itu penting untuk diri sendiri. 

"“If you do not tell the truth about yourself you cannot tell it about other people.” - Virgina Woolf.

I rest my case.





 
 

12 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Macam saya kata sebelum ni, ada beza antara sarkastik & maki. Mungkin sesetengah orang rasa nak kena tegur berhemah & berhikmah saja sentiasa, tapi ada sesetengah orang, kita perlu sedikit sarcastic :)

I guess that's why our teachers said read line by line to understand the whole story. People tend to jump into conclusion w/o thinking

I rest my case too.

azieazah said...

Laaa Mamat tu lagi? Tak koser nak layan...!
bulan bulan posa niii...

Nt Gravity said...

Salam..

Hazrey.. lepas nieh mesti byk producer nak ambik u keja...

heheheheh... jgn marah yer.. nanti ite uno wiwi nanti... hehehhe

Berani kerana benar... :)

uDean said...

kadang aku rasa bro neh salah bidang neh, patot keje dgn melodi tau instead of kejar china doll.. lulz..

tindakan mamat ttop acc twitter lagi mnunjukkan ada something wrong.klau dia betul knape perlu tutup kan.. zed zaidi tu selamba jek layan kne kutuk, xkn ni baru sikit dah xbley tahan kot..

no wonder sepahtu tinggalkan ko mat..

mfo said...

mohon zed zaidi jadi pendamai...ahakss

Patutnya kena bagi statement mcmni
"Saya terkena buatan orang ketika berlaku kurang ajar secara tak sengaja di twitter"
konfem tutup kes.. bab-bab terkena buatan ni mana ada orang nak argue..hahaha

apa pun, steady Bro Hazrey..bak kata Papazola..
Kebenaran, tak pernah syok sendiri.

ayobkelubi said...

bang

sudah2lah layan orang macam ni.buang maso yo.
baik pergi jalan-jalan kek pasar ramadan. sodap sikit perut nk menondang. keh keh keh..

Nu-are said...

case closed bro.jgn layan lagi psal si sampah tu.end of story

miszme_ieda said...

hahaha...speechless...sempat tengok 'drama twitter' tu tapi takde masa nak komen. tapi yang ni, alahai...kalau dia naik twit penafian kan senang. ni sibuk nak hentam la bagai. puasa ke tak? hahaha..tapayah a.hazrey wat entry pun orang da boleh nilai sendiri sape gengster. eh, gengster? bulan puasa kena byk sabar.hahaha...tapi kena berterima kasih kepada beliau kerana-----hari2 ku lebih ceria semenjak kejadian tu...adeehh..tak tahan ni nak guling2 gelak..=D =D =D

okbai. i rest my case..

Nu-are said...

dah ko layan mamat ni baik ko layan pakcik yg ngamuk ni bro hahahahahah

http://www.youtube.com/watch?v=rSKR1Kc4KZY

aku rasa sure mamat sepah tu tak berani jdik jiran pakcik ni..kalau tak free2 je mamat ke maki pundek!

Dunia Baru said...

budak2 baru nk up....nasib baik dh berpecah dgn suib n jeff, kalau tak, kurang minat aku kt kumpulan ni..hehe...Jeff n Suibb terbaeeekkk

sarah said...

abaikan je cita dia nih..lama dah senyap,tup2 ada balik..

TheBentPencil said...

Budak ni (Mamat bersepah) dah agak banyak buat kes. Ingat dulu, kes penyebaran gambar Fida tak menutup aurat. kes gambar juga, ingat tak? Fida yang kena hentam teruk. Ingat tak?

Kes kumpulannya berpecah. Kes twitwar dengan ex. apa lagi, apa lagi?

Hah, some people are troublemakers. Any people crossing their paths will get burned too as well.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.