Banyak yang aku nak update kat sini tapi tak ada kesempatan. Sangat sibuk dengan kerja.
Fact finding, operasi, serbuan and all.
(Sebenarnya, 10 percent jek, 90 percent aku tidur).
Awal pagi tadi kira-kira jam 1.40 pagi, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an, ditetak sampai mati di sebuah restoran 24 jam di Jalan Perkasa 3, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru.
Ini kejadian bunuh kedua di kawasan perumahan yang sama dalam tempoh kurang sebulan, di mana pada 2 Januari lalu, seorang pengusaha keranda dibunuh dengan enam tembakan jarak dekat di Jalan Nakhoda.
Kami antara yang terawal tiba di tempat kejadian dan keadaan mayat sangat mengerikan, berlumuran darah.
Saya akan update maklumat mengenai kejadian ini nanti.


3 comments:
motif? hmm, dunia skrg makin kejam
Janayah membawa padah.. Kami sedang menanti laporan lanjut dari superhero untuk kes jenayah sekitar JB ni..
giler ah, sekarang hati panas je bunuh! sakit ati je bunuh! hadoi...dunia sekarang. ingat nyawa mcm bateri ker bleh beli2 kat kedai runcit
Post a Comment