Thursday, January 5, 2012

#804: NUR AMALINA TAK MAHU PULANG KE MALAYSIA.



TERKEJUT?


Tidakkah tajuk di atas mungkin boleh terjadi jika kita berterusan merasakan diri kita amat maksum sehingga merasakan perlunya untuk menjatuhkan hukuman tanpa mencari jalan berhemah untuk memujuk, tiada cara untuk menggunakan kematangan kita?
 
Cuba kita letakkan diri kita dalam diri gadis ini. Apabila kita terus diperlakukan seperti tidak diterima di negara sendiri, tidakkah itu memungkinkan kita untuk meminggirkan diri untuk pulang dan terus tinggal di tempat di mana kita diterima dengan baik, dilayan dengan baik?

Kita selalu merujuk sesuatu perkara lebih kepada kekurangan atau keburukan seseorang walhal kita tak sedar, kematangan kita akan dapat membolehkan kita menggunakan kelebihan itu untuk memujuk seseorang meninggalkan yang kurang, memperbaiki yang buruk.

Kita lebih selesa untuk terus mempertahankan pendirian kita tanpa melihat sesuatu pada perspektif yang lebih terperinci. Mungkin juga kita tidaklah sebijak dari apa yang kita tulis, kerana dari situ kita dapat lihat tahap kematangan kita dalam nenangani sesuatu masalah/keburukan orang lain.

Hakikatnya, tiada apa di dunia ini harus dipandang remeh terutama kewajipan kita pada agama. Tetapi agama menyuruh kita melakukannya secara berhemah apatah lagi orang yang diperbicarakan sudahpun berhemah dengan kita. Maka, gunakanlah kematangan kita untuk turut memujuk dengan cara berhemah.

Tidakkah semua terfikir, dengan tahap kecerdikan gadis ini, apabila ada berterusan mencalar hatinya, dia akan menjauhkan diri dari kita walhal inilah peluang untuk kita semua mendekatinya dan katakan padanya, apa yang wajib itu tetap wajib tetapi dengan cara yang paling berhemah?

Pernahkah anda semua mendengar: menarik rambut dari dalam tepung?

Kita berurusan dengan manusia, yang sama dengan kita - ada akal, ada hati, ada perasaan. Maka, seharusnya apabila kita menanganinya, perlulah kita menggunakan semua itu, sama seperti kita mahu orang lain menggunakannya pabila bercakap dengan kita.

Adab dibalas dengan adab. Kesopanan dibalas dengan kesopanan. Kekerasan berkata-kata sehingga merimaskan tidak akan menyelesaikan atau mampu memenangi hati orang lain.


Sepanjang perbualan melalui video chat semalam, tidak sedikitpun aku dengar tonasi suara marah, tersinggung malah sesekali Nur Amalina ketawa kecil kerana aku yakin, dia bijak menangani isu ini.

Tiada perkataan kasar dikeluarkannya. Tiada. 
Tetapi aku lihat, kitalah yang banyak mengeluarkan segala macam perkataan sehinggakan kalau dikumpul semua, boleh dibuat jambatan ke United Kingdom.

Nur Amalina sendiri melahirkan kata kata ini: saya tak kisah ditegur tetapi buatlah cara baik, Insyaallah saya akan terima dan jadikan panduan untuk diri saya. Tidakkah kita malu dengan kematangan pelajar ini?

"Orang yang layak dihormati ialah orang yang sibuk mencari salah dirinya sendiri, hinggakan tidak sempat melihat keburukan orang lain." 

Aku tak terkejut jika berterusan gadis ini dihentam, pelajar ini akan meminggirkan diri dari kita. Meminggirkan diri untuk pulang.

Nur Amalina seorang gadis yang aku lihat masih lagi penuh dengan kesantunan seorang bangsa Melayu, masih lagi ada adab untuk menghormati orang lain ketika berbicara dengannya.

Dia berbakat besar dikurniakan kepintaran oleh Allah, dan logiknya banyak tawaran akan diterima apabila tamat pengajian nanti maka tidakkah kita terfikir gadis ini akan terus hilang dari kita?

Menyampaikan pendirian anda tak salah. Aku tahu semua mahu berkongsi ilmu. Aku juga merasakan, Nur Amalina juga tahu apa yang salah, apa yang tidak baik. 

Tetapi belum pun kita sempat mendekati dan mengenali pelajar ini, kita sudah bersikap offensive terhadap dirinya, tentu sekali peluang untuk mengenalinya seterusnya mendekati dan memberi nasihat padanya akan sangat tipis.

Kita merasakan apa yang kita tulis cukup hebat, apatah lagi apabila kita menggunakan segala copy paste walhal itukah caranya kita 'berdakwah' pada ketika kita sendiri tak pernah dikenali pelajar ini?

Jika kita sudah diberi kematangan dalam hidup, tentu kita tahu, nasihat dari orang yang dikenali akan lebih mujarab dari seorang stranger.

Maka, gunakanlah ruang tanpa sempadan ini untuk mendekati pelajar ini. Beritahu dia, dia tidak keseorangan di sana, sebaliknya dia ada kita.

Aku tak nampak lagi satu nasihat yang ditulis seperti berikut: "Ya Allah, pujian untukMu Ya Allah. Bukan sahaja bijak awak ni, pandai bergaya, cantik dan penuh dengan kesantunan tuturkata awak. Mudah-mudahan awak akan terus berjaya dalam hidup dan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Kita teringat sebelum awak ke UK dulu, saya selalu tengok foto awak tampak manis bertudung. Saya doakan awak mendapat hidayah terbuka hati ya. Teruskan usaha anda! Allah tidak pernah lupakan kita jika terus berdoa padaNya."

Tanya diri kita, matangkah kita?





35 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Dari pelbagai blog yang memaparkan isu ini, semuanya menghentam dia. Copy-paste segala benda dan salahkan dia.

Sigh~
Semua nak jadi serbanitas internet.

Apa pun, terima kasih Encik Hazrey. Terima kasih.

Insane Inkling said...

well said hazrey!

A Simple Guy said...

secara jujurnya, sy sgt cemburu dgn kejayaan amalina. dlam usia 24 thn dia dh menggapai impian yg sgt diidamkan oleh ramai manusia dimuka bumi ni.

amalina : pedulikan apa yg orang cakap pasal awak. You know what is the best for u. saya doakan semoga amalina berjaya mengejar cita2..dunia dan akhirat. Doa kami semua mengiringi anda. Tunjukkan kepada mereka yg hanya tahu mencaci dan mengeji tu yg mereka silap menilai permata..
God Bless u dear... :)

Cik Liza said...

Sy sama skolah dgn dia! Seriusly dia mmg bdk baik! Pandai lak tu! Bkn senang nak bwk survive kt UK lelagi dtg sana time umur remaja, family jauh!

So kita doakan lah yg terbaik utk dia! Tak yah menjadi seperti khinzir kepanasan.. Berkata-kata seperti mufti mencari salah org lain..

Apepon tq En.Hazrey.. :)

azieazah said...

Dalam banyak hal, keadaan ibubapa itu yang sering menjadi kebimbangan di hati saya.

Terimakasih atas info ini Bro!

EdaManAli said...

nobody's perfect in this world kan...secara peribadi saya sedikit kecewa bile dulu kenal dia sbg role model akademik dgn b'tudung sopan, skrg kluar gambar yg agak kurang manis bg org melayu apetah lg Islam. saya rase org ramai pon ade sikit kecewa mcm saya. tp bg saya siapalah kite nk hukum dia dgn cacian, makian...kite xberhak. dosa pahala tu sesungguhnya hak Allah sahaja...sbb kite xtau future kite semua. mungkin esok2 dia akn berubah jd jauh lebih baik dr kite...& kite sndiri xtau di mana kite & siapa kite pd waktu tu(harap2nya jauh lebih baik jgk dr skrg)..itu semua jgk hak Allah, kuasa Allah...yg terbaik harus dilakukan oleh kite skrg, doakan yg baik2 saje utk dia & jagalah diri sendiri sebaiknye...(matang x saya??? heheh)

Cik D said...

kita taknak dia jd mcm sufiah.agak sedih dia tersasar mcm ni. but, semua org buat silap. let's hope she'll back to us.

AvatarCun said...

alahai... dia masih calling2 mummy dia kan! bukan kah anak yang menggembirakan ibunya itu jatoh dalam golongan anak yang baik. dah mak dia ok, means ok la kot. kot la dia jadik tanggang sok, nak kutuks, kutuk la.. ado yaaaa... kelaka la orang MUSLIM Melayu ni... melompat cam kera untuk satu isu yang busuknya tidak seberapa. ishi ishi.. bawak la mengucap... and kan elok kalo kita doakan agar dia dapat hidayah dariNYA... my 1 cents opinion ;P

johnmatana said...

ingat pepatah turun - temurun nih....

"Hujan Emas Di negara org....hujan batu di negara sendiri...."

kalau tahu smbgla pepatah ni dn pk sdlm - dlmnyer....k....

jngn cetek sngt derrr.....

Lady Windsor said...

Ada sesetengah orang suka melatah tak tentu pasal, ada sesetengah orang suka juga nak jadi pak dan mak turut. Bila ada sorang kuarkan isu amalina ni, mereka dan mereka inilah yg jadi tukang canang kebabom sana sini tanpa tahu hujung pangkal...apa2 pun..go Amalina...tak payah ambik port...terus melangkah ke depan...u go gal!

Azrul Hisham said...

well said bro Hazrey :)

Naz said...

Salam Hazrey,
Thanks for writing very balanced posts on this subject matter. Definitely a breath of fresh air! :)

rasmoissalle said...

ingatkan si Amlina penyanyi dangdut yg dah lama mghilang tu.haha!!! kpd smua jgn lah cepat melatah,,kita yg bertudung ini belum tentu lg baik..entah yg mengutuk pun golongan yg bertudung.dan yg lelaki SLALUNYA NYAH.. entah le manusia skrg..suka sgt mengutuk dan bergosip..dan menjadi makanan harian dan darah daging...

Brahim Nyior said...

Dari awal lagi saya tidak setuju dengan 'latah' beberapa pihak terhadap pelajar ini.

Pada saya, menerima maklumat daripada satu pihak tidak cukup untuk kita menilai dan membuat tuduhan.

Akhirnya, tuan punya badan bersuara. Benar, dia lebih rasional daripada sesetengah orang yang hanya pandai mengulas dari sudut yang salah.

zulfikar hazri said...

Aku dari awal malas nak ulas pasal isu Amalina ni.

sebab aku dari dulu tak suka judge orang semangat2 sangat.

Dan semacams atu dejavu, org yang menghentam dia ni ada masalah inferior complex atau dia cemburu.

senang cerita dia cemburu. itulah kebenaran yg pahit untuk ditelan.

Ijah EmoTemo said...

tidak perlu rasanya utk menghentam amalina dan cuma doakan yg terbaik utk dia pun lagi baik.

haish manusia skrg lebih suka judge manusia lain itu yg susah :(

The Conversationalist said...

Rasa nak gelak bila ramai tetiba jadi ustaz/ustazah jadian dalam kes Amalina sedangkan diri sendiri masih banyak kekurangan. Siapalah kita nak jatuhkan hukum neraka ataupun syurga sedangkan kita sendiri tak pasti mana hala tuju kita nanti.

Biarkan Amalina membuat keputusan mengenai caran hidupnya sendiri. Kalau salah, tegur secara berhemah. Kalau tak boleh, diam itu adalah lebih baik.

Along Maklong said...

mula2 hari tu rasa sedih juga.. ingatkan maknya tak tahu.. bila maknya dah mengaku dia tahu malah dia juga yang membelikan pakaian2 tu.. maklong jadi tak kesah pun.. orang tua macam maklong ni cuma berada dipihak mak je.. tak ktitik sangat.. sebab cucu pun ada yang pompuan..

p/s.. maklong selalu belikan baju anak yang labuh2 je.. kalau terbeli yang fit or jarang.. dorang tak nak pakai.. suami dorang pun tak bagi pakai yang pelik2..

Dayz J said...

Encik Hazrey; WELL SAID.

ayobkelubi said...

kita tak leh samakan kes amalina dgn sufiah kerana sufiah sendiri kita tidak tahu kewujudan dia sehinggalah pecah berita dia diterima masuk ke oxford, kemudian baru kita tahu dia keturunan melayu yang berasal dari malaysia.selepas tu,kita sendiri tak amik port apa jadi dekat dia. malahan tidak kerterlaluan saya katakan keluarga dia sendiri pun tak nak amik port untuk pulang ke malaysia.

amalina pula anak malaysia yang memecah rekod pencapaian SPM yang kita sangat kagum.

lantas apabila amalina jadi tidak seperti yang kita harapkan, semua orang sibuk menghentam. seolah-olah menunggu peluang,mengambil kesempatan atas kekhilafan dia.
bukankah sepatutnya kita mendoakan yang terbaik untuk dia agar dia akan kembali ke malaysia untuk berbakti pada anak bangsa dan seterusnya menaikkan nama negara?.

tidak semua orang sempurna. jadi apa yang dikatakan oleh amalina dalam persidangan video tu sudah jelas menunjukkan kematangan dan kebijakan dia. doakan saja yang baik-baik untuk dia.

amalina.

balik malaysia nanti. jangan lupa bertanding jadi Perdana Menteri ok?.

The Red Rambutan said...

Bro, sebenarnya punca kes Amalina ni kalau tak silap dari HASAD DENGKI CINA yang dengki dengan kejayaan Melayu dan ramai Melayu yang jadi Pak Turut.

Kalau kita tengok, ada yang yang tak pernah jijak negara orang putih pun, lebih dari orang putih, cakap bukan main hebat pasal fesyen, dedah sana sini, tapi orang tak kisah pun.

Tapi bila ada orang bijak pandai tersilap sikit, mulalah meletup perasaan hasad dengki tu.

Mengata, mengumpat orang RAJIN, belajar MALAS. itulah pasal.

P/s- Tempat aku study dulu susah cari orang pakai seksi sebab sejuk giler, tasik Ontario pun beku...he he

PemilikMataCoklat said...

saya suka perenggan yang terakhir:-)

Mila@Rimbun said...

Tiada siapa pun lepas dari ujian Allah... ada masa Allah bg kemuliaan, dan ada masa Allah bg kehinaan, yang penting kita terus bersabar dan perbaiki keadaan.

Rasanya ada orang yang dengki dengan dia ni.. and at the same time dia sendiri membuka peluang untuk dirinya difitnah. Allah lebih mengetahui.

Audra Sazreena said...

Well said, Hazrey!

Pada aku, inilah masyarakat tipikal kita yang sangat suka bersikap "holier than thou" dan judgmental.

Dah banyak kali diperkatakan bahawa apa yang keluar dari mulut/ditaip oleh jari mencerminkan keperibadian. Kalau dah selalu sangat keluar perkataan yang tidak elok, maka itu mencerminkan apa? Ala ala, tepuk air di dulang, terkena muka sendiri - betul tak?

IMO, aku kesian pada Amalina kerana dia jadi mangsa. Sebenarnya, benda ni bukan perkara baru pun. Ada yang lagi teruk dari ni pun ada. Trust me. Aku pernah belajar di US selama 6 tahun dan aku pernah tengok perkara yang lagi teruk dari ini terjadi. Ada yang jadi orang juga, ada yang terus hanyut tak bertepi.

Kejutan budaya? Memang akan ada, tak kira samada pelajar itu belajar di luar negara atau di Malaysia sendiri. Cuma, aku boleh katakan - tepuk dada tanya iman. Kalau ingat pesan ibu bapa dan kuat pegangan, takde sapa yang akan membolos batasan.

Amalina, aku katakan menjadi mangsa hanya kerana dia famous di atas kebijakan dia dahulu. Kalau dia hanya orang biasa-biasa yang tak pernah masuk newspaper, dan memilih imej yang macam tu, mesti takde sapa yang peduli, betul tak?

Dah terserlah kematangan dia, bijaksana dia dalam menangani hal ini. Aku sangat kagum.

Pada Amalina, teruskan usaha anda untuk memetakan nama anda di mata dunia. Tahniah! And remember, the grass is always greener on the other side, but sometimes, when you are there, you found that it's not as green as your own home grass.

ibnu marzuki al firdaus said...

batang meLAYU kecik berbanding mat saleh yang dia pelok kat gambor tuh... lol.

rahimrabbani said...
This comment has been removed by the author.
Shahrizat said...

terima kasih hazrey kerana mengetengahkan perkara ini untuk rujukan umum.

rahimrabbani said...

Ya Allah bodo nye statement hang!!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Lain fikiran, lain pendapat.
Isu ini kalau diperbesar, tak berkesudahan.
Tuan empunya dah bagi respond terbaik, terima sajalah.
Siapa kita untuk memaksa, bukan?
Di samping, mendoakan kebaikan umat sejagat!

Bila kita Hablum-minallaah, kita mesti Hablum-minan-naaas. Dalam erti kata, Islam ke arah kesejahteraankah kamu kalau kamu mencerca, menghina serta keji-mengkeji sesama sendiri?

kungkang said...

aku rase somebody play the back end role..an icon to be changed..to be believed..to be followed..yes..to be accepted by muslim believers.."mari kita buka semua tudung lepas ni.." "mari kita pakai seluar ketat.." "mari kita peluk orang kafir.." Innalillah..this is some part of epic plan to destroy ISLAM..go on..support her..support to destroy our next generation faith to true ISLAM WAYS.. May Allah Bless you all..

its written here said...

Dalam usia yg muda, dia dapat peluang to get 2 degrees.and i am very proud of her because she still maintain her fabulous result and doing the research papers now.good job amalina, tapi mungkin kejutan budaya yg terjadi kpd beliau, kita di Msia harus bagi semangat, bkn menghina dan memerli. dia masih Islam, semua org pernah melakukan kesilapan, dan apa yg kita semua boleh buat doakan beliau supaya menjadi muslim yg boleh memartabatkan lagi Islam.

rahimrabbani said...

"Ngaji universiti tapi x pandai ilmu agama, dialah orang yg bodo! Bukan kite kata, ulama' kate."
- Ustaz Azhar

Larry Paing said...

Hazrey, I respect what you're doing so much. you're the kind who makes life better for others and i know god will bless you for that. :) The world needs more people like you.

lonelyroseblack said...

berdoa yang baik-baik..insyaallah... :)

kisah kau dan aku said...

kami semua berdoa agar anda (amalina) kembali ke jalan yang di redhai Allah SWT..

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.