Friday, March 25, 2011

PEMILIK KLUANG RAILWAY COFFEE MENJAWAB.

Lanjutan dari entry terdahulu, it is only right that the report on the issue is impartial, maka I took the liberty to call the owner of Kluang Railway Coffee himself malam tadi.

Sejak 1938, mereka sudah berniaga di stesen keretapi daerah Kluang dan rata rata majoriti pelanggannya adalah umat Islam.

Penyebaran maklumat mengenai wujudnya kandungan babi dalam kopi mereka turut memberi impak kepada bisnes kopitiam itu apabila berlaku penurunan jumlah pelanggan beragama Islam malah pemiliknya yang aku hubungi jelas menggambarkan kekecewaannya.

"We have been in business for 73 years, and it is stupid for us if we were to add such prohibited element to our coffee.

"It will be a huge disrespect to our Muslim customers who have been our patrons eversince," katanya.

Dia turut menerima sms mengenai desas desus itu malah turut bergegas ke Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dan laporan analisa sebagaimana yang didakwa.

Menurutnya, 95 peratus pekerjanya beragama Islam dan begitu juga dengan tukang masak mereka.

Ketika berada di Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dua hari lalu, pemilik kopitiam itu bagaimanapun gagal memperolehi keputusan analisa yang dikatakan sudah dihantar Jabatan Kimia kepada jabatan itu.

Dan hari ini (Jumaat) pemilik kopitiam itu dijangka bertemu dengan seorang pegawai Jabatan Agama Islam Johor dan apa jua hasil perbincangan itu, dijangka dapat membuka jalan kepada penyelesaian isu ini.

"It is unfair for us. Kami sudah dihukum (melalui penyebaran di laman sosial) biarpun kami tidak mengetahui sebarang maklumat keputusan analisa itu untuk kami melakukan satu tindakan segera. Kami tidak boleh bertindak berpandukan apa yang diperkatakan di laman sosial semata mata tetapi ia sudah menghukum kami.

"Kami sentiasa prihatin terhadap apa jua kandungan yang digunakan dalam penyediaan makanan serta minuman untuk pelanggan memandangkan majoriti yang mengunjungi kafe kami beragama Islam.

"Kami bukan ahli kimia dan ia berkemungkinan dari bekalan yang kami terima dari pihak ketiga namun apapun, kami perlu melihat keputusan analisa itu untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Pemilik itu yang fasih mengenai tuntutan Islam melalui perbualan telefon itu tidak menolak kemungkinan untuk melakukan samak dengan segera jika benar terdapat kandungan haiwan yang diharamkan Islam. Beberapa pakar perundingan proses halal sudahpun dihubungi malam tadi bagi bersiap sedia jika keputusan yang diperolehi tidak menyebelahi mereka.

Dia yang masih terkejut dengan perkembangan itu turut berkata, jika benar terdapat kandungan seumpama itu, dia merasa amat kesal kerana dia turut menjadi mangsa kepada pihak ketiga yang membekalnya bahan yang mengandungi gelatin haiwan itu.

Dia juga tidak menolak kemungkinan untuk memberikan penjelasan rasmi melalui media sebaik bertemu dengan pegawai Jaij dan pakar perunding Halal nanti.

Aku sempat berbual dengan Ustaz Azhar Abdullah mengenai isu ini dan dia memberikan satu persoalan yang boleh diperbincangkan antara najis (impure) dan taahir (pure). It is the question of the fiqh principle of Istihala. (wallahualam).

What is gelatin? As Oxford dictionary of science defines: "A colorless or pale yellow, water-soluble protein obtained by boiling collagen with water and evaporating the solution. It melts when water is added and dissolves in hot water to form a solution that sets to a gel on cooling."

Apapun, kita perlu menunggu apakah hasil perbincangan antara pemilik premis itu dan pegawai Jaij hari ini (jumaat).

Dan kita, perlu menunggu jawapan dari kedua pihak. Jabatan Agama Islam Johor dan pemilik kafe terkenal itu.

Updated: Pembeli kopi Kluang Rail Coffee boleh mendapat wang mereka apabila pulangkan produk. Baca di sini.

34 comments:

ejaMaria said...

mmm... tertunggu-tunggu juga... sbb mmg plan nak balik kampung lepas tu nak singgah kluang beli kopi... hopefully ok + halal...

nihadriz said...

"A colorless or pale yellow, water-soluble protein obtained by boiling collagen with water and evaporating the solution. It melts when water is added and dissolves in hot water to form a solution that sets to a gel on cooling."

saya tak berapa faham part ni. if it is really added to the coffee, doesn't the coffee would turn into gel-like texture? (which i doubt why would people add gelatin into the coffee mixture) or am i missing something?

nikmatnya... said...

lakonan punca pihak ketiga ATAU jaij mau duit bawah meja?

kisah benar dari info kawan wa. sangat menyedihkan bila poster pasal kopi babi dia tampal kat kuarters, dikoyak & dibuang. patut dihebahkan. itulah akibat mak bapak masa jimak tak mau sebut nama allah. last2 setan romen bini mereka sama. nasib tuhan maha baik. otherwise jika ditunjukkan isteri depa tengah kena seks dengan iblis, mahu talak 3 dibagi, kan? dasar manusia akhir zaman... hidup kelas agama munakahat!

ishallnotreveal said...

aper kena mengena aktiviti sex laki bini/mak bapak dengan kopi tak halal ni..

kot yer pon marah, guna lar ayat yang sedap di dengar dan di baca oleh semua orang..nak cerita pasal hal agama, tapi cara nak menyampaikan sangat lar kasar dan tak melambangkan kebesaran agama tu sendiri

anyway, please keep us posted on the result, hazrey and thanks for highlighting this matter. railway kluang dgn kluang station dekat OU tu adik beradik ke? if yes, for the time being, kena stop makan dekat situ juga..

una berry said...

yeah, apa kaitan berjimak xnak sebut nama Allah pe semua ni?haih, nak komen pun biarlah berkaitan

oh, ingatkan memang dorang buat from scratch rupanya ada 3rd party. harap2 keputusan analisa tu sebaliknyalah.

ibnu marzuki al firdaus said...

aku rasa dah ada yang ngamuk pasal termakan benda haram jadah nih. pada pandanganku tak salah dakwah ala saidina omar (kasar/main pancung) memandangkan era cara muhammad (lembut) kadang2 tak jalan esp. di era nak kiamat. wallahualam.

ibnu marzuki al firdaus said...

pergh... dah masuk akhbar, beb. cayolah hazrey! bab ni wa tabik spring sama lu.

Kopi campur gelatin babi
Oleh Mary Victoria Dass dan Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.


“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.

“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya.

Noriz said...

oh god...pls show us the truth... pengguna yg jadi mangsa kan...

@rep said...

itu KOPI.. apa kes pula dengan supplement yang artis ISLAM kita duk promote itu? berkaitan PLACENTA.

ZanaNordin said...

harap2 Allah tunjuk jalan yang benar.

ADAM said...

kekadang kita terlupa, sesuatu yg hebat dan luar biasa tu memang mempunyai RAHSIA yg hebat dan luar biasa juga untuk mendapatkan kehebatannya. kalau tak de rahsia yg luar biasa ianya akan jadi biasa-biasa shj lah mcm yg ramai2..... fikir-fikirkanlah wahai umat ku...

Izz's Family said...

Dah berpuluh tahun dah br dpt kesan sekarang? Apakata kalau penguatkuasaan tu di buat berterusan, tak lah terlepas pandang mcm ni

Fain said...

@ibnu marzuki al firdaus

@ibnu marzuki al firdaus

Bila baca petikkan berita itu nampak ada yang tak kena. Jaij dapat sms dari orang ramai, tapi tak mentioned pun sms itu pasal gelatin babi or anything?.. Tiba2 Jaji kaitkan gelatin babi dgn kopi?
First time aku dengar mungkin hanya kat Boleh Land kot..

Ok kedai itu tidak ada sijil HALAL dan ramai org islam makan kat situ, so bagaimana pulak kedai2 orang islam yang melambak tak ada sijil halal? adakah bahan2 masakkan yang mereka gunakan 100% halal? dan Kedai Mamak etc..

Easanya melambak kedai, warong orang islam ada lebih kotor yang boleh was-was ke HALAL-nya.. Ada Jabatan Agama pergi Serbu? restoran Selesih di Pan Pac JB pun ada sijil halal, kalau tak ikut standard kena tarik balik.... itu Hotel 5 bintang yang dah cukup bersih!!.. bayangkan kedai orang islam yang kat luar itu yang bukan bertarap 5 bintang! cuba lah fikirkan baik2..

anna said...

bab yg sex tu, btol la kot..bila x doa mse nk wat tu, nnt anak kluar prangai x elok..tp x semua la kot..
pendapat je..bila perangai x elok, dh besar wat jahat plak...

hj.abdullah said...

jgn kita alpa yg halal pon boleh jadik haram...

Suka Hati Ler said...

kalau dah haram tu elok jauhkan sahaja. kedai Islam yang lain kan ada dan bantu lah orang Islam yang berniaga untuk berjaya. Kalau kita ragu-ragu dan syak haram, elok jauhkan diri. kalau dah jadi darah daging, doa pun susah nak dimakbulkan. Dari dulu kita sering dipermainkan dengan soal halal haram ini. Apa pihak kerajaan dah buat? Patut ada akta mana-mana orang atau syarikat yang mempermainkan soal halal dan haram, kalau didapati bersalah perlu dihukum. Mereka ingat kalau bagi alasan pihak ketiga yang membekalkan bahan tersebut dan tak tahu kandungan ada unsur haram boleh lepas macam tu ke? Mana boleh bab haram nak gi berbincang dengan Jaij. Dah jadi darah daging umat Islam pun.
Walau apapun undang-undang halal kat sini masih tak cukup. Namanya sahaja nak jadi halal hub sedunia tapi apa dah jadi? Dipermainkan oleh bukan Islam...

Posh said...

Umat islam sering dipersenda dgn soal halal n haram...sudah sering!! Salah siapa? Salah kita juga...kita tak pernah meneliti di sebalik kandungan yg kita makan! Bak kata org, maen bedal.. janji s0dap!! Bg yg dh ngapp! bendalah 2, tlg jgn nk salahkan sesape! Sebaliknya, nasihatkanlah diri sendiri agar berwaspada di lain masa!!

arecqin_84 said...

kluang rail coffee....isu hangat minggu ni!

Year One said...

Salam dan Maaf Semua, cuba nak berkongsi pengetahuan sahaja, mengenai Halal Haram kdai kluang Rail ni..

Sy berasal dari kluang, dan sy kenal betol dengan tuan kdai makan ni.. Dan yang sy tahu, tuan kdai ni sendiri dah memeluk ISLAM, jadi, sebarang pertikaian jangan la nampak melatah sgt.

Jika ditanya soal halal haram, ayam, lembu kambing yang halal pon boleh jadi haram kalu cara penyembelihannya tidak mengikut cara ISLAM. Sayur yang dipasar pon boleh jadi haram jika terdapat ulat dan tidak dibersihkan dengan air bersih. Duit yang kita guna membeli makanan pon boleh jadi datang dari sumber yang haram.

Dan ISLAM itu mudah, selagi kita yakin dengan setiap rezeki ALLAH yg terhidang, itu lah sebaik baik makanan dan nikmat untuk kita.

mcm ni lah said...

sedih aku tengok bila ade org berbicara tentang islam tapi bagi ayat2 yang tak senonoh adekah itu cara komunikasi sesama islam dan sesama manusia ?

arecqin_84 said...

Sepatutnya kes di Kluang Rail Coffee ini jadi pengajaran bagi umat Islam. Ucapan terima kasih kepada Jaij kerana bertindak ke atas aduan awam. ada juga manusia yg celik kat muka bumi ni, kerana keprihatiann si pengadu itu, dapat dibongkar kes yang berlaku di kluang rail coffee ni.Tapi melalui pemerhatian sy di salah satu outlet Kluang Rail Coffee di plaza kota raya johor bahru masih terdapat lg pengunjung Islam yg menjamu selera di sana. Sampai bila perkara ini akan terus berlaku? Pengguna Islam harus bijak memilih tempat yg mempunyai sijil Pengesahan Halal. maybe lepas ini melalui kesedaran pengusaha Islam kita, pasti mereka pon akan berlumba2 untuk memiliki Sijil Halal.Nasihat sy kepada kwn2 tepuk dada, tanya iman..jangan ikut sedap tekak je...tak cukup minum di sana, beli pulak..buat stok lagi, harga mahal pon x pe...asalkan sodap!

sekerat said...

Pasal sms dari org ramai, maybe ada org komplen kedai tu xde pamerkan sijil logo halal...
x semestinya org sms tu katakan ada gelatin babi dlm kopi... kiranya org tu mmg ahli kimia, atau keje kat Jabatan kimia...heheh

ibnu marzuki al firdaus said...

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

funny. "penjenayah" lak buat laporan polis BERBANDING "mangsa"

haji tak wajib SEKIRANYA guna vaksin babi. ada pulak ULARmak mana entah cakap jika darurat boleh. itu KALAU lapar & boleh bawa mati PADAHAL haji tak sampai kojol pun?!

aku cabar mana2 NGO buat report polis at least dalam masa terdekat jika tak mampu nak saman @ bom kedai tersebut!?

dengan cerita, pemilik mau bagi sampel baru kat jaij + jabatan kimia. boleh pulak lagu tuh. kelakar aku tengok kehidupan muslim di akhir zaman nih. best part, sekor paper/menteri pun tara bunyi pasal NAMA syarikat tersebut TETAPI bising macam anjing JIKA sudin ajaib lakukan perkara halal. kiamatkan jer bumi nih tuhan. hanya orang jahat takut mati sebab malas minta ampun atas dosa2 yang telah dilakukan.

irma87 said...

@Year One Agak setuju ngan ur comment.

ibnu marzuki al firdaus said...

kaum ce memang funny. tengok ikea (kes sosej disalut khinzir), bangsa eropah. dah buat silap, tutup kedai, samak, mohon maaf then bagi makan free selama sebulan demi menebus "dosa" & bukannya menaikkan lagi kemarahan orang ramai (yang ada otak, maruah + perasaan jelah) dengan membuat report polis pulak demi menafikan perlakuan sumbang.

Dawa said...

peniaga lps ni kena berhati2 dlm memilih bahan utk makanan atau minuman mereka. jgn teraniaya dek pembekal yg ingin mengaut keuntungan lebih

lemonade said...

Konpius. skejap kata ada babi, skejap kata Jaij & lab belum bgi confirmation. Org Islam & owner kedai dua2 teraniya! pls confirm b4 u publish.

ibnu marzuki al firdaus said...

apa lak tak confirm? tengok bukti lah, beb... 1 laporan pdrm terhadap pemilik + pembekal akan berlaku pada tarikh april fool day! tunggu.

salmiah said...

Kepada Fain: Sebenarnya, bukan JAIJ yg terima dulu sms tu..Jabatan Agama telah gempur kedai ni Januuari lalu dan analisisnya keluar 14 mac lalu..kemudian baru sms tu beredar kat kluang ni..(bukan sebaliknya tau)..jabatan Agama islam kluang dulu yg telah sebarkan berita tu kat kluang sebelum dikeluarkan secara rasmi..kat Metro.

salmiah said...

YEAR ONE: walaupun betul tauke nya dah masuk islam..ko nak percaya cakap tauke mualaf tu ke atau cakap Jabatan Agama Johor? kalau tu pun tak tahu nak pilih..allah huakhbar...kenapa nak pertikaikan Jabatan Agama..mereka lebih arif dlm bab agama berbanding taukeh mualaf ni..tauke tu walaumacamnanapun tetap akan pertahankan restoran dia sampai lubang cacing hingga kenyataan balasnya pun nampak macam pertikai Jabatan Agama..ingat boleh main-main ke hal macam ni..ni bukan dunia perniagaan...

salmiah said...

Perkara ni dah confirm..tapi kenapa masih ade umat islam yg pertikaikannya..sebenarnya aku dapat tahu geng2 diaorang nak guna laman-laman macam ni utk kelirukan balik org islam supaya jgn percaya..sedangkan dah disahkan benar oleh JAbatan Agama Johor. Aku sendiri call tuan kadi kluang. dan dia pun kata betul..jadi nak bukti ape lagi..mengucaplah umat islam...jgnlah kamu nanti akan dibawa bersama-sama masuk ke neraka mcm mualaf ni...

Hazrey said...

salmiah dah buat invasion kat sini. hahaha. takpe, since im too lazy to answer, its good that you reply to their comments. upah kopi kluang!! haha

lemonade: ya, saya tak confirm pun berita ni, saya dapat dari dinding toilet. siapa ntah tulis. siap dengan nombor telefon awak kat situ.

Pena Biru said...

ada cerita terbaru lps meeting tauke tu dgn pej. agama?

SABARIAH KASSIM said...

Kalau dah berkeadaan sedemukian, tak payahlah nak munum air kopi Kluang lagi... Kepada org Islam, masih bayak lagi kopi yg boleh diminum. Tak payah pergi ke KOPITIAM yg dikendalikan oleh org bukan islam bagi mengelakkan ditipu lagi. Walaupun bukan semua tapi perlu berhati2 dan elakkan dari perasaan was-was.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.