Thursday, March 28, 2013

#902: MAK MERTUA TOREH MENANTU SEBAB CEMBURU, KENA PENJARA.

Tentu mengelirukan tajuk di atas dan pelbagai persoalan terungkap.

Di Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam (Rabu), seorang ibu mertua terpaksa merengkok dalam penjara selepas mengaku bersalah mencederakan menantu lelakinya dalam kejadian 22 Mac lalu di rumah mereka di Jalan Masjid, Kampung Plentong Baru, Masai.


Tertuduh, Hajijah Hussein, 56 tahun yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara dua bulan selepas mengaku bersalah terhadap perbuatannya.


Berdasarkan fakta kes, pergaduhan tercetus apabila wanita itu cemburu menantu lelakinya membelikan sebuah telefon bimbit untuk anak perempuannya pada kira-kira jam 9 malam pada hari kejadian.
Mangsa, Muhamad Taufik Abdullah, 24, cedera di tangan kiri, kuku serta dahi dan turut menerima enam jahitan akibat ditoreh ibu mertuanya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.

Majistret Azlan Shah Mohd Allias menjatuhkan hukuman itu selepas mengambil kira rayuan tertuduh yang menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Hajijah, seorang ibu tunggal didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara hingga tiga tahun atau denda atau keduanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Mohd Afif Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Sementara itu, ketika meninjau di Kampung Plentong Baru, Masai, seorang jirannya yang hanya mahu dikenali sebagai Mariam, 40, berkata dia terdengar suara jirannya menjerit dan segera keluar untuk melihat apa yang berlaku.

"Saya fikir mereka bergaduh suami isteri tetapi terkejut bila nampak tangan dan dahi Taufik berlumuran darah.

"Kak Hajijah pula berdiri di depan pintu rumah dan terus berleter memarahi menantunya," katanya.

Ketika prosiding, Taufik turut berada di mahkamah ditemani isterinya yang juga anak perempuan Hajijah, Siti Aslinda Zainal Abidin, 18. 

Sumber: 

8 comments:

Nafisa81 said...

aik? menantu layan anak dgn baik pun tak betul juga...

missmuss said...

rsa mcm pelik je baca statement "wanita itu cemburu menantu lelakinya membelikan sebuah telefon bimbit untuk anak perempuannya" sbb x tahu sama ada "anak perempuan" tue merujuk kepada anak perempuan si menantu ke ataupun anak perempuan si makcik~ xpaham >.<

mizzyN said...

Aku rasa ada cerita lain la tu. Agaknya menantu tak bayo hutang dia, so dia marah la bila tetiba beli hp. Takkan la jeles buta-buta je.

tenku butang said...

mak mertua jeles menantu x beli henpon kat dia sekali kot.. kui3.. mcm2 lea tekaan kita yea.. hemm..

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Cikgu Nurin said...

Emmm....'bermadu' dgn mak Mertua kut...mak mertua jeles kut...

Izuan Kunang-Kunang said...

Boleh lah pulak cemburu buta? Aiyohhh!

ibnu marzuki al firdaus said...

Bai, mu nak percutian ko ditaja malindo air tak?

Just join fb mereka then send ur particular...

Dah ramai pun blogger dapat flight free beserta 3 hari 2 malam ditanggung penuh makan minumnya siap pakej tour lagi!

ibnu marzuki al firdaus said...

Kak cik balas komen ku pasal malindo lah

Cuba cek artikal tentang sori puan norlee

Tapi apa yang penting adalah moga2 dia pun dapat free holiday macam wa

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.