Wednesday, March 6, 2013

#900: LUAHAN ISTERI SEORANG ANGGOTA POLIS



Sebelum aku menulis lebih lanjut, marilah kita sedekahkan Alfatihah buat lapan wira kita yang gugur ketika melaksanakan janji untuk menjaga keselamatan kita. Ya, untuk kita.

ALFATIHAH.



Di twitter banyak tukang tukang pencari populariti berdegar degar bercakap tetapi tahi terpalit di ekor, memperkecilkan pengorbanan anggota keselamatan kita. 

Mereka ini golongan dangkal. Setiap inci yang berlaku dalam hidup mereka, mahu dipolitikkan. Kadang kadang aku terfikir, betul ke ahli politik ini semua pergi sekolah?

Nyawa pada mereka, semua boleh dipolitikkan. Bermula dengan kata kata bodoh dari Ahli Parlimen Batu bernama Tian Chua, mendakwa ini semua sandiwara Umno walhal ketika dia mengeluarkan kenyataan itu, dua sudah terkorban di Lahad Datu, Sabah. 

Pencerobohan tentera Kiram membangkitkan kemarahan hampir seluruh rakyat Malaysia. Aku sebut hampir disebabkan ada ahli politik bodoh, khinzir dan tak berotak mempersendakan pengorbanan anggota keselamatan kita yang dihantar ke sana untuk menumpaskan tentera Kiram.


Seorang blogger, SatD menawarkan RM50,000 untuk kepala Kiram the madefaker. Aku suka nama diberikan. Baca di sini.

Manakala berikut adalah kenyataan Tian Chua.



Ada juga beberapa twitter yang sangat bodoh sebodoh bodoh manusia yang pernah aku baca sepanjang hidup aku. Aku tak tahu kenapa mereka bodoh, tapi mereka adalah manusia paling bodoh dan lebih hina dari anjing mahupun khinzir.



Untuk menjawab persoalan peguam ini yang aku pun tak tahu betul ke dia pergi sekolah, rujuk satu entri di BLOG SERIUS.

Apapun, petang tadi, aku terima satu emel dari isteri seorang anggota keselamatan yang meminta aku siarkan apa yang ditulisnya, luahannya yang aku sendiri sebak membaca. Bacalah dan fahamilah.



lapan orang perajurit negara telah terkorban demi menjaga keamanan negara. aku? bukanlah sebahagian dari ahli keluarga,
 
bukanlah sebahagian dari anggota yang bertugas bersama mereka,
 
bukan juga seorang yang pemimpin,artis atau orang politik. aku cuma seorang manusia dan juga isteri kepada anggota polis.
 
ya,bukan anggota polis yang berpangkat tinggi....cuma anggota bawahan. seorang isteri anggota keselamatan. yang sering ditinggalkan suami,sebulan,dua bulan dan pernah hampir tiga bulan tak bertemu empat mata.

begitu ramai yang bercerita tentang kejadian di sulu,selepas itu mengajar polis dan tentera cara-cara untuk menjaga keamanan negara. mungkin teori tersebut di ambil dari filem filem perang,jenayah sahaja. ya,selepas melihat filem tersebut anda memang fasih tentang nama senjata,tentang teknik itu teknik ini.

 
baju kalis peluru,bom itu bom ini. wah, sungguh layak kalian mengajar anggota tentera dan polis bukan? tapi sayang,kalian hanya hebat setakat di dalam facebook,blog atau kedai kopi. tapi, kenapa kalian tidak melawan pengkhianat bangsa? kenapa kalian tidak menghimpun semua orang sama seperti penghimpunan bersih,demokrasi atau mana-mana majlis politik untuk membantu anggota polis kita? ataupun kalian hanya mampu bercerita di mulut sahaja?

sekadar bercakap,siapa pun mampu,buka mulut luas luas hembus sahaja perkataan yang hendak dikeluarkan. cuba kami jemput anda berada di barisan hadapan untuk menjaga keamanan, berada di tempat kami sebagai isteri anggota yang berjauhan dengan suami yang belum pasti pulang antara hidup dan mati bila keluar bekerja.

berada di dalam diri anak kecil yang menanti ayahnya pulang di pintu rumah,sambil berlari-lari memeluk...tapi akhirnya...yang dipeluk cumalah sekujur badan yang membisu tanpa kata-kata.

Ini kisah anggota PDRM dan ATM........


yang gaji sudahlah tak seberapa, kerja tanpa mengira waktu,

cuti bukanlah hak mereka, anak isteri cuma suku dari kehidupan,
tapi hidupnya di sumpah seranah setiap hari...tak ada seorang yang sudi berbaik sangka kepada mereka. buat roadblock dikatakan mencari duit kopi. tahan kereta ditepi jalan yang mencurigakan dikatakan tahan nak minta habuan. bila ada demokrasi,mereka mengawal keselamatan dikatakan sengaja hendak menimbulkan huru hara...kalau kes dalam penyiasatan dikatakan tidur tidak buat kerja.

bukankah itu sebahagian dari menjaga keselamatan diri anda?

diri anak isteri anda? paling menyedihkan....yang celakanya.... kisah ini sebahagian dari modal politik!! apa mungkin kau ingat nyawa manusia ini sama seperti kisah-kisah celaka kau kah? siapa suka,berdiri di tengah hujan dan terik matahari semata-mata untuk memastikan keselamatan negara, tinggal anak isteri dirumah tanpa pemerhatian berbulan-bulan lamanya, sakit anak isteri sendiri tidak mampu diuruskan berbanding sakit anak isteri orang awam.

kau suka? kalau suka mohon kerja polis.

cubalah rasa bagaimana peritnya. bagilah pula anak isteri,ibumu berada ditempat kami yang mana setiap kali suami,anak,adik lelaki berkerja kami akan sentiasa tidak tenang dan tenteram. jika nampak kereta peronda polis masuk ke halaman rumah,perasaan berdebar bagai mahu gugur jantung bimbang jika dibawa berita cumalah tentang kematian atau kecederaan ahli keluarga.

aku punya anak, sejujurnya...aku sentiasa mengatakan kepada anakku. bila besar nanti jangan jadi polis dan tentera...bonda tidak mahu rasa perit ditinggalkan lagi nanti diwarisi oleh saudara mara kita.

 
kalau mati nanti berapa kerat sahajalah yang peduli, sudahla tiada masa untuk anak,isteri dan keluarga gaji pula sangatlah tidak setimpal dengan kerja tapi, jika sudah darah perwira yang mengalir di dalam tubuh tiada apa yang mampu melawan setiap takdirnya dan, aku terfikir sejenak. mungkin suatu hari nanti, anak anggota tentera dan polis hanya mengenali ayahnya cuma melalui gambar dan suara sahaja.

wahai kalian keturunan perajurit kita,kuatlah!! tidak apalah kalau dunia tidak henti mengata dan menghina kita, kita lebih mengetahui dan kenal siapa suami kita, siapa anak kita, siapa adik-adik lelaki kita...


semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi kita.



 

11 comments:

fizzzy ian said...

saya sependapat apa yang dkatakan. bapak saya dari zaman polis hutan sehingga sekarang kami sekeluarga biasa terpaksa ditinggalkan.
ketika ibu saya sarat mengadungkan saya dia terpaksa ditinggalkan sendirian di kuarters di sarawak kerana bapak pergi perang dengan komunis. dah jauh dari keluarga dan semua terpaksa diurus sendiri. tetapi hati penuh bangga.
saya percaya bukan pangkat yang mereka cari, jauh sekali wang ringgit yang boleh dibeli. tetapi semangat kesetiaan negara, dan cintakan malaysia amat menebal. saya tahu, kerana bapak saya begitu.
penghargaan yang diberi kepada anggota polis sungguh bermakna sekarang. dan bapak juga terharu. walaupun saya tahu beliau menagis mengenangkan pewira yang terkorban termasuk rakan rakan seperjuanganya ketika bertugas sebgaai polis hutan.
ps terbaca satu tweet. bendera yang layak dikibarkan hanya tiga sahaja. bendera malaysia, bendera pdrm & bendera atm.

anakpolishutan

hitomi lavender said...

Sedih sya bca....mmg x ptt dipolitikkn tntng hal ni....cuma pkir sndri je btapa semngatnya polis dan atm nk menjaga keamnan ngara kita dgn berkorban.....jgn persoalkn keselesaan yg diberikn...mereka mmg berhak menerima....

ida said...

Saya sgt2 bersetuju. Sy anak tentera. Mmg anak & isteri akan selalu ditinggalkn berbulan2 lamanya. Bayangkanlah, ketika ditinggalkan anak sedang merangkak dan apabila pulang, si anak sudah boleh berlari. Dimanakan bapanya ketika proses2 tumbesaran itu??? sudah pasti sedang berkhidmat untuk bangsa, agama & negara. Kerjaya sebagai tentera & polis bukanlah mudah. terlalu byk yang terpaksa dikorbankan :(

yusrina mohamad noor said...

setuju sgt2..sy juga anak seorg polis. sakit rasa ati dan telinga bila mendengar orang mengatakan yang polis ni bodoh la,,xpakai otak la. sedangkan mereka telah melakukan sesuatu yg terbaik tuk negara..betul la, mulut memang mudah berkata2 tapi bila mana diri sendiri yang melaluinya..barulah tau bagaimana rasanya..semoga orang2 yang cetek fikiranya tu diberi balasan agar mereka tahu betapa sukarnya tuk mempertahankan kedaulatan negara ni..

miszme_ieda said...

Ada yang pernah terkena dengan polis makan suap. ada yang pernah terkena dengan tentera yang perangai bukan2. tapi yang dicaci nya seluruh anggota. saya percaya masih ramai lagi anggota yang baik2 diluar sana yang berpanas berhujan berkhidmat untuk negara.

pendapat saya, yang lagi wira dari perwira-perwira ni sebenarnya adalah anak isteri dan family mereka. menahan perasaan sabar, rindu, risau dsb. saya yang baca ni pun dah sebak, apatah lagi yang melalui nya sendiri.

semoga Allah membalas jasa kalian.

Audra Sazreena said...

Allahyarham ayah saya adalah seorang pegawai tentera sejak umurnya 16 tahun sehinggalah dia bersara. Dia dah banyak kali dihantar ke medan perang dari zaman British, komunis, May 13, sampailah ke Congo. Setiap kali dia "outstation", setiap kali itulah mak saya menjadi jeneral di rumah - yang sebenarnya untuk menguatkan semangatnya menguruskan rumah dan anak-anak dan untuk mengurangkan kerisauannya.

Bila saya masuk kadet polis dan lepas tu kadet tentera di sekolah, ibu saya amat takut sekali saya akan teruskan minat tu sehingga ke alam pekerjaan. Dia kata - cukuplah di sekolah saja. Jangan berangan nak jadikan profesyen. Cukuplah seorang askar dalam keluarga.

Jadi bila saya baca emel ni, saya amat faham perasaannya dan memang saya berasa amat menyampah bila baca di internet tulisan pakar-pakar yang tak bertauliah ni. And yes, bawak la semua pakar-pakar tak bertauliah ni ke Lahad Datu, letakkan mereka di medan pertempuran, tengok samada mereka berani atau terkencing terberak kepanikan dan ketakutan.

Sejak saya tengok balu ASP Zulkifli di atas kerusi roda sambil memeluk uniform arwah suaminya semasa menyambut jenazah, perasaan saya amat terusik. Terimbau saya kenangan saat arwah ayah saya tunjukkan parut tembakan di betisnya, dan parut di lengannya hasil terkena libasan bonet.

Empati itu suatu "kuasa" yang amat kuat. Amat kuat sehingga boleh menginsafkan. Kalaulah semua pakar-pakar tak bertauliah tu ada kuasa empati ini......

Al-fatihah kepada semua wira yang terkorban. Dan al-fatihah juga kepada ayah saya yang sudah berbelas tahun bersemadi.

Miss Moon said...

sedey sangat

sesungguhnya amat mengerti apa yg di kata kan kerana ayah ku jugak adalah bekas anggota polis

waiman takwa said...

Al Fatihah untuk anggota keselamatan kita yang terkorban

ummiLIN said...

oh sedihnya.... tak terkata saya...

memang org yg pandai cakap tu x layak jadi warganegara Malaysia!

biarlah apa yg ditohmah, teruslah berjuang perwiraku. Tanah ini kita yg punya, hak kita!

*en. hazrey... sy nk copy paste luahan isteri anggota keselamatan tu boleh?

suhana ibrahim said...

Allah. Sedih tengok pejuang pejuang negara,tak kisahlah polis ke tentera. Depa sama sama pertahankan negara.

Raihana Humaira said...

terima kasih kerana menyiarkannya.
tapi rasanya saya tidak mengemail kepada sesiapa.
cuma tulis di blog sahaja.
dan ayat di atas telah ditukar...dua kepada 8orang.
http://ladiesriders.blogspot.com/2013/03/blog-post.html
post original dari saya.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.