Semua orang sibuk kata, aku nak ada azam baru.
Semua orang kata. Kata-kata. Kalau dibuatkan ayat, aku akan tulis begini: Mereka mendakwa memiliki azam baru.
Sekadar.
Apapun, berikut adalah apa yang aku tulis sepanjang 2012. Semua bodoh bodoh belaka tapi aku nak tulis juga sebab mak ayah kau bukan mak bapak aku dan bukan dia yang suruh aku tulis blog.
Berikut adalah Top 12 blog entries aku yang ditulis aku, dipilih aku, dipostkan aku, dibaca aku dan kau sekali. Kau tak suka, tapi kau baca jugak. Malaun.
JANUARI:
Entri yang sangat win yang dimenangi oleh pelakon tak lain tak bukan, Tasha Shilla.
FEBRUARI:
Pada 10 Februari, satu lagi kisah Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru yang cuai ketika menjalankan tugas. Ya, anda akan kata, tak habis habis HSA ni.
Sehari selepas entri itu ditulis dan malam sebelumnya, ibu bayi itu membuat laporan polis, bayi perempuan itu meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang selepas dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan (baca di sini). Ya, hospital itu seperti sarkas. Menteri Kesihatan perlu lakukan sesuatu yang berkesan untuk pastikan kejadian yang sama tidak berulang.
MAC:
Entri ini aku tulis pada 13 Mac, di mana sehari sebelumnya, mayat Nurul Nadirah Abdullah, 5 tahun ditemui dibakar.
Ia satu entri yang sangat menyayat hati dan dibalas dengan pelbagai komen cercaan dari manusia yang rasa lebih hebat dari malaikat.
Lanjutan itu, aku tulis satu lagi entri: #832: APA KATA PERGI SAHAJA KE RUMAH ARWAH DIRANG DAN CEMUH MAK DIA.
Bulan yang sama, selepas hampir sebulan dinominasikan, aku menang award.
Kau tengok, siapa yang bagi aku trofi dengan sijil. Kau tengok betul betul. Yang pasti, aku dipandang tinggi ketika mengambil trofi dan sijil itu.
Aku susah menang hadiah. Masuklah kuiz ke, teka teki ke, tak pernah menang. Tapi dah lanjut usia ni, barulah dapat hadiah. Itupun.. Malas nak cakap. Tengoklah sendiri.
APRIL:
Itu cerita lama. Kami sekarang kawan baik. Harap kalau ada stand in, kebetulan muka aku pun iras iras dia, panggillah aku. Aku tak kisah, tak kecik hati kalau orang kata aku macam Aaron Aziz. Last aku tengok, cuping telinga dia dengan aku sama.
MEI:
Ia kisah sebuah video yang disebarkan melalui youtube. Malas nak cerita, pergilah baca.
JUN:
Inilah dia salah satu entri hasil dari kerja aku. Menarik. Ya, ia gadis Melayu. 16 tahun. Bacalah. Dan gadis ini juga mempunyai seorang anak lelaki dan dia sudah tidak bersekolah.
JULAI:
Ya, I am that guy. Yang terpaksa melayan satu perangai sampah manusia. Bacalah.
OGOS:
Bulan paling malas sebab bulan Raya. Bulan rambut gugur sikit sikit sebab kena bagi duit raya. Cuma ada tiga entri sahaja pada bulan Ogos tu menunjukkan sikap sebenar aku yang malas untuk menulis.
Tapi satu jek entri yang aku rasa macam bagus. Aku punya pasallah nak kata bagus ke tidak.
SEPTEMBER:
Entri paling tak ramai orang baca.
OCTOBER:
"Pada 2002, yayasan berkenaan membuat kajian bertajuk 'Delinkuensi
Juvana' mendapati program televisyen mempunyai pengaruh besar terhadap
remaja.
“Ini menunjukkan remaja mudah terpengaruh dengan media massa, malah
kira-kira dua kali ganda responden mengakui terpengaruh dengan watak di
televisyen,” katanya dalam kenyataannya.
Sehubungan itu, MCPF mencadangkan filem yang bakal diterbitkan diberi
perhatian khusus, terutama membabitkan unsur positif yang boleh
membantu mendidik remaja.
NOVEMBER:
"Suka tak kalau orang maki hamun mak bapak kita?" Tak suka? Maka toksahlah maki hamun orang.
DISEMBER:
Yang ni pun satu. Nak feeling tentera, masuk askar. Tapi ada juga komen komen yang bermacam. Malas aku nak jawab. Tak faham istilah, jika hidup kita ni apa pun kita nak buat kita buat, tak payah ada undang-undang.
Dan menutupi entri untuk 2012, ialah kisah bayi yang dipercayai mati didera sebelum dibakar. Terkini, bayi itu masih lagi tidak dituntut mana-mana individu sejak ditemui 21 Disember lalu. Hampir 10 hari dah. Kesian bayi itu.
"Lebih kurang pukul 4 petang tadi, abang saya jumpa satu objek, dia
ingatkan anak patung tapi dia macam rasa mayat budak. Dia telefon saya
suruh saya datang tengok. Saya datang check. Saya tengok ini mayat budak
kena bakar, saya rasa umur dalam setahun setengah tapi tak tahu bangsa
apa sebab dah hangus badan budak tu," katanya.
Itu dia, bukan 12 tapi berapa entah entri aku rasa paling bagus untuk blog tak bagus ni. Kalau dah tahu tak bagus, apsal kau baca?
Aku harap, tahun 2013, aku akan lebih malas menulis sebab memang malas pun. Bukan ada orang baca pun. Tapi orang copy paste memang ramai. Sangat ramai. Ya, kerja diaorang memang copy paste dari rumah, dapat duit, senang lenang bagi anak bini makan duit hasil mencuri.






















