Salam Selasa dan Rabu dan Khamis.
Kita tentu sekali sudah mendengar pelbagai judul filem di Malaysia yang mengakibatkan kita akan berkata:
"Apa jadah nama filem macam ni? Siapa yang bagi judul ni?"
Ia bukan omongan. Masuklah ke twitter atau facebook, selain gathering untuk pemain pekebun Farmville dan posting "I look fat, I look ugly" yang nyata mendambakan orang memberi komen "eh taklah gemok, eh taklah comot," terdapat juga perbincangan mengenai judul filem kekadang dimomokkan hingga menjadi bahan ketawa.
Tetapi tentu sekali pengarah mahupun penerbit filem tidak ketawa ketika memberikan judul filem mereka, walaupun, ya, walaupun, kita sendiri ketawa tengok mereka. Untuk itu, kita memohon maaf sebab kita memiliki sifat natural yang mudah tergelitik pabila terlihat sesuatu yang lucu.
Berikut antara judul filem yang mungkin kita sendiri pun terfikir, diaorang ni betul ke pembikin filem?
(Senarai dari Cinema Malaysia bagi tahun 2010 hingga 2019).
1. Aku Masih Dara
2. Aku Tak Bodoh
3. Andartu Terlampau, 21 Hari Mencari Suami
4. Atuk Poie Pokan
Agaknya, ya agaknya jika di barat, filem Aku Masih Dara - Im Still A Virgin sebuah filem porno sebab ia sangat menjurus kepada itu.
Manakala, I am not stupid - ia akan menjadi filem low budget yang dibintangi Steven Seagal yang berjaya menumpaskan sebuah kumpulan mafia seorang diri. Ya, Steven Seagal memang hebat.
Andartu Terlampau, 21 Hari Mencari Suami - Ini susah sikit untuk ditranslate. 21 Days To Find My Soulmate?
Yang paling win ialah Atuk Poie Pokan. Kalau omputih tanya, kata jek ni filem French.
Agaknya, ya agaknya jika di barat, filem Aku Masih Dara - Im Still A Virgin sebuah filem porno sebab ia sangat menjurus kepada itu.
Manakala, I am not stupid - ia akan menjadi filem low budget yang dibintangi Steven Seagal yang berjaya menumpaskan sebuah kumpulan mafia seorang diri. Ya, Steven Seagal memang hebat.
Andartu Terlampau, 21 Hari Mencari Suami - Ini susah sikit untuk ditranslate. 21 Days To Find My Soulmate?
Yang paling win ialah Atuk Poie Pokan. Kalau omputih tanya, kata jek ni filem French.
Itu sebahagian sahaja. Itu belum lagi filem robotik lakonan Tomok berjudul Mantera yang secara ketara meniru filem Transformers yang dianggap sebagai satu anjakan perfileman tempatan. Berapa duit depa dapat itu hari? Ramai tak pergi tengok filem ni?
Kita bercerita pula tentang filem yang menyelitkan unsur gangsterisme.
Seorang rakan twitter, Amir Hamzah (@overlord_666) menyenaraikan nama filem berikut:
1. Taikun,
2. Kl Gangster,
3. Bini-biniku gangster
4. Castello
5. Kepong Gangster
Aku bukan seorang yang optimistik untuk menonton filem Malaysia. Sungguh. Aku tak tipu sebab aku tak mahu ditipu dan diperbodohkan oleh pembikin filem Malaysia sendiri.
Tempohari aku sempat menonton filem Kongsi lakon Shaheizy Sam, bukan melalui DVD cetak rompak, tetapi melalui Astro dan bukan secara percuma kerana setiap bulan aku bayar yuran langganan.
Oh, kebetulan Editor portal hiburan ohbulan.com bertandang ke rumah aku, dan aku sempat memberi komen aku yang tak seberapa tentang filem itu.
Aku tengok kutipan filem ini adalah RM8.09 juta mengikut web Cinema Malaysia.
Jika tanya pada aku, aku tak nampak nilai estetika pada filem ini. Ia satu filem yang mundur. Mundur kerana mengetengahkan fitrah serong manusia apatah lagi kita beragama Islam kerana ia sebuah filem berunsur gangsterisme.
Satu lagi, cara skrip diolah begitu murah dan memperbodohkan penonton. Aku tak tahu apa yang menjadi tarikan pada filem ini tetapi my take on this flick is - its a lousy movie.
Pada kala kita didedahkan dengan pelbagai filem Hollywood, kita dimomokkan dengan filem seumpama ini. Pasti ada yang pertikaikan ayat aku ni, kenapa nak bandingkan filem kita dengan filem Hollywood? Habis nak bandingkan dengan filem apa? Nigeria? Somalia?
Maka, kalau aku tak boleh bandingkan dengan Hollywood, apa benchmark kita?
Apakah benchmark kita diaraskan pada filem yang sudah memperolehi kutipan tinggi? Begitu?
Lihat Top 10 dari Cinema Malaysia:
KL Gangster - RM11.74 juta
Ombak Rindu - RM10.90 juta
Hantu Bonceng - RM8.53 juta
Ngangkung - RM8.18 juta
Kongsi - RM8.09 juta
Khurafat - RM8.08 juta
Hantu Kak Limah Balik Rumah - RM7.90 juta
Adnan Sempit - RM7.66 juta
Hikayat Merong Mahawangsa - RM6.50 juta
Lagi-Lagi Senario - RM6.33 juta
Dalam filem kongsi, perkara paling ketara bagaimana aku diperbodohkan ialah, ketika Shaheizy Sam melarikan diri dengan keretanya, dia terserempak satu sekatan jalanraya. Dia memandu sebuah kereta menggunakan nombor pendaftaran tempatan.
Dia berhenti seketika sebelum merempuh sekatan jalan yang dibuat pihak polis.
Pada ketika itu, kedengaran satu dialog ".. seorang lelaki Thailand memandu sebuah kereta ..."
Bila masa polis tu tahu Shaheizy Sam warga Thailand? Apakah produser atau pengarah mahu gambarkan polis memiliki kuasa psikik boleh meneka dalam kesamaran kulit sawo matang yang hampir sama dengan orang Malaysia mudah dicam sebagai warga Thailand?
Masa dialog itu keluar, aku gembira dan melompat tepuk tangan sebab ini satu lonjakan paradigma buat PDRM. Mungkinkah tercetusnya dialog itu, penonton terpengaruh dan pada masa akan datang berkata "encik polis, saya tengok filem Kongsi, polis tengok sekali jek dah tahu orang tu warganegara mana."
Apakah perasaaan encik polis di realiti hidup kita? Meluat? Menyampah? Harap tak ramai anggota mahupun pegawai polis menonton filem ini kerana pasti mereka akan berkata-kata dalam hati.
Sepanjang filem itu, aku tak nampak apakah yang ingin disampaikan. Ia bukan filem. Ia satu hiburan semata-mata, tiada mesej, tiada apa langsung dalam filem itu kecuali paparan pelakon wanita dan lelaki yang menjadi gilaan ramai. Itu sahaja.
Kita tanya, apakah tujuan kita mahu menonton filem tempatan?
1. Kerana saya mahu melihat aktor berbadan sasa yang membuatkan saya cair, berlakon?
2. Kerana saya selalu letak gambar aktor ini sebagai avatar saya maka wajiblah saya tahu lakonan terkini dia.
3. Saya blogger dan saya suka benda free, kebetulan saya dijemput, dapatlah saya menulis betapa hebatnya filem itu walhal sepanjang menonton tu, kepala saya dok pikir "lepas ni kalau aku letak gambar aku dengan artis ni dan itu, mesti ramai melopong. Baru kau tau aku ni bukan sebarang blogger tetapi blogger bergambar dengan artis!"
4. Kerana itu hari saya nampak aktres tu bergambar berkemban dalam filem tu dalam blog dan akhbar, saya nak tengoklah betul ke dia berkemban, putih ke idak.
5. Sebab saya temankan girlfriend saya. Kami tak tahu kisah apa jadik dengan hero filem tu sebab saya sibuk jalankan usaha untuk close deal dengan girlfriend saya dalam kegelapan pawagam. Saya ingatkan handphone jek sesentuh, dia pun. Saya janji saya kahwin dengan dia, itu saya kata kat dia sebelum saya pergi jumpa girlfriend lain.
6. Raya itu hari saya malas sedara ramai sangat datang takut diaorang tanya bila saya nak kahwin walhal saya ni pengkid, jadi saya belilah tiket wayang. Bigot - kata @dellidrus.
Semacam ada satu pesen di Malaysia ni. Kalau filem gangster laku, semua orang buat filem gangster. Gangster, gangster and gangster. Ia semacam its the way of life. Kalau mahu jadi cool seperti pelakon ini, aku mesti jadik seperti karektor dalam filem itu.
Lihat frasa dialog Lu Langsi Lu Mati. Ia turut menjadi mainan di bibir remaja terutama pelajar sekolah. Tak percaya, pergilah tanya mana-mana pelajar. "Bro lu tau tak Lu Langsi Lu Mati?"
Kalau dia tak tahu, itu mesti peminat filem Twilight. Maafkan dia.
Kalau kita ingat tentang KL Gangster, ia mengundang kemarahan pertubuhan Pekida. Filem itu berkisah tentang survival segelintir anak muda yang hidup di tengah kepesatan ibu kota, akhirnya memilih jalan hitam sehingga terjebak dalam kancah sosial dan gangsterisme.
Pekida marah sungguh masa itu. Sampaikan terpaksa melakukan satu perjumpaan antara pembikin filem dan orang kuat mereka. Aku tak mahu sentuh mengenai Pekida tetapi pada aku, ia sekaligus melonjak curiousity penonton untuk melangkah ke kaunter tiket pawagam.
Hasilnya? Hampir RM12 juta kutipan! Kaya kau.
Fahami ini - pelakon kecintaan kita berlakon dalam filem gangster. Kita suka dia. Tapi dalam filem itu dia jadi jahat. Jahat sejahatnya. Dan seperti lazimnya, sebagai justifikasi pembikin filem, pada akhirnya, si jahat jadi baik, balik ke pangkal jalan.
"Masyarakat perlu faham jalan cerita ini di mana kami ada paparkan bagaimana si jahat jadi baik pada penghujung filem itu," mungkin kita kedengaran akan justifikasi seperti ini di kalangan pembikin filem. Dan ohh, jangan dikritik, nanti kita dikata dengki, busuk hati, busuk kaki, cagu, kurap, kudis. Template.
Aku nak tanya, berapa peratus si jahat tu jadi baik dalam filem dua jam lebih tu? Berapa peratus pula kejahatan si pelakon pujaan itu dalam filem itu?
Apa yang aku katakan ini bukan omong kosong.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye pernah menegur filem KL Gangster selepas ia dilancarkan.
Dan beliau pun bukan bercakap kosong.
Pada 2002, yayasan berkenaan membuat kajian bertajuk 'Delinkuensi Juvana' mendapati program televisyen mempunyai pengaruh besar terhadap remaja.
“Ini menunjukkan remaja mudah terpengaruh dengan media massa, malah
kira-kira dua kali ganda responden mengakui terpengaruh dengan watak di
televisyen,” katanya dalam kenyataannya.
Sehubungan itu, MCPF mencadangkan filem yang bakal diterbitkan diberi
perhatian khusus, terutama membabitkan unsur positif yang boleh
membantu mendidik remaja.
Lee berkata, sebagai contoh, filem KL Gangster arahan pengarah muda,
Syamsul Yusuf dibimbangi memberi implikasi negatif kepada penontonnya.
“Tajuk filem itu sudah memberi satu persepsi negatif terhadap
keseluruhan filem, apatah lagi ketika kadar jenayah membimbangkan,”
katanya.
Tentunya, pandangan orang kuat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia itu dipandang sepi, jikakan tidak, tentu pembikin filem akan lebih berhati-hati kerana selain $$$, mereka juga perlu ambil kira tanggungjawab mereka kepada masyarakat.
"Delikuens Juvenil dipecahkan kepada dua kategori oleh Klaus Boehnke and Dagmar Bergs-Winkels (2002). Kategori pertama yang diutarakan adalah kewujudan kumpulan penentang atau 'oppostional groups' dalam masyarakat. Konflik wujud antara kumpulan ini yang terdiri dari juvana dan masyarakat dewasa akibat dari keinginan golongan muda untuk menunjukkan status dewasa mereka." (Author: Nagathisen Katahenggam)
Nagathisen turut menulis setiap aspek pemberontakan yang ditunjukkan oleh juvana adalah disebabkan faktor-faktor yang dialami mereka dalam kehidupan harian. Transformasi dari kehidupan kanak-kanak ke alam dewasa memberi cabaran kepada juvana, perubahan dalam diri dan pemikiran akan menyebabkan remaja mengalami konflik dalam kehidupan.
"Remaja pada masa transformasi ini akan cuba untuk mendapat satu identiti diri untuk menempatkan mereka dalam suatu golongan masyarakat dan mempraktikkan norma-norma yang diterima oleh golongan masyarakat tersebut. Contohnya seperti remaja cenderung untuk membentuk klik-klik mereka sendiri dengan nilai-nilai sama antara mereka."
Familliar? Ya. Itulah ditonjolkan dalam filem kita. Secara tidak langsung ia mampu mempengaruhi cara membuat keputusan dalam hidup mereka agar tidak tercicir dalam kumpulan masyarakat. Bagi mengelak mereka 'detached' dari kumpulan utama atau klik klik seusia, mereka akan mula kreatif dan menganjak diri mereka ke arah itu.
Kita sendiri tahu filem Tamil banyak papar gangsterisme. Ini bukan benda baru. Cubalah sesekali tengok mana-mana filem Tamil. Kalau tak ada parang, tak ada tendang terajang, tak ada libas libas, itu bukan filem Tamil.
Ia diakui mempunyai pengaruh negatif terhadap kaum itu.
Pada tahun 2010, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk T Murugiah berkata JPM akan mencari mekanisme untuk memantau kemasukan filem Tamil berunsur ganas yang dikatakan mempengaruhi masyarakat India di negara ini.
Untuk rekod, bulan ini sahaja, aku sendiri berada di Mahkamah Tinggi Johor Bahru untuk mendengar keputusan kes bunuh melibatkan dua lelaki India.
Pada 16 Oktober lalu, mahkamah itu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penganggur selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki pada Oktober 2010 di Taman Seri Saujana, Kota Tinggi, Johor.
Tertuduh melepaskan dua das tembakan dari jarak dekat terhadap terhadap mangsa.
Manakala hari ini (Selasa), seorang tukang kimpal biarpun terlepas tali gantung, dikenakan hukuman penjara 20 tahun kerana disabitkan kesalahan membunuh tanpa niat pada 22 Ogos 2010.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di depan wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah di mana tertuduh menikam beberapa kali mangsa.
Terkini, filem Farid Kamil, Pe3. Ia sekali lagi mengundang reaksi dari Pekida. Aku sebenarnya pelik, kat Malaysia ni dah takde modal lain ke selain filem gangster?
Aku tak mahu kata Pekida toksah sibuk tetapi aku lebih mudah untuk kata, apa dah tak ada modal cerita lain ke selain gangsterisme? Apa yang berlaku dalam filem tak sama dengan realiti. Tanyalah pada mangsa gangsterisme. Tengoklah parut pada badan, tangan mereka.
Tak sama. Apa yang dipapar dalam filem, di penghujungnya kelak, si jahat insaf. Si jahat pakai kopiah. Sekali lagi, itu ke mesej positif? Yang tak dikata berapa peratus mesej negatif dalam filem tu?
Aku pasti, Bahagian Pencegahan Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian, Polis Diraja Malaysia tentu setuju, cukup-cukuplah filem gangsterisme tu. Bayarlah lebih sikit pada scriptwriter, mesti bermutu nanti. Kalau bayar pelakon semahal rumah banglo di Damansara sekalipun kalau skrip murah, memanglah tak ada kualiti.
Maka, akhirnya nanti kita berbalik kepada: "saya tengok filem tu sebab aktor kesayangan saya berlakon." Itu sahaja. (dan oh, kita akan menipu diri sendiri dan post di facebook, baguslah filem tu walhal kalau aku tengok, mesti aku dah dihalau awal awal sebab dok kata wtf wtf wtf).










