Sunday, August 26, 2012

#878: PANGGIL AI DADDY. YOU PULAK I PANGGIL MAMA.



Biasa dengar?

Bukan benda baru kan. Tapi pedih telinga sampai boleh bernanah adalah disebabkan yang memanggil tu lelaki rambut bercacak, jerawat pun belum berani nak keluar, ubun ubun pun lembik macam agar agar, sunat pun belum baik sepenuhnya. 

Manakala si perempuan pulak, bra pun belum ada saiz lagi. Masih tak boleh mendada lagi. Kalau yang tumbesaran lebih sikit, itupun mami dengan daddy yang tolong belikan bra. Duit raya dah abis buat topup nanti senang nak sms kekasih hati.

"Inilah bakal menantu mama," kata seorang budak lelaki pada ibunya, sebagaimana diceritakan oleh anak saudara aku.

Budak lelaki itu sekolah pun belum habis. Si gadis atau pada aku - budak perempuan itu baru berusia 15 tahun dan bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Ibu si budak lelaki tu gembira. Mama dan papa si gadis pun gembira. 

Baguslah dah siang siang lagi merancang. 

Ditunjukkan gambar gadis itu - aku hampir tersedak kek buah yang setiap kali orang datang, aku yang melebih makan mengalah orang datang. Rasanya penyusutan kek buah tu bukan sebab tetamu makan, tapi tuan rumah yang makan.

Tersembul buah dada yang masih tak seberapa siap berbongkok sikit, bersandaran pada kekasih hatinya yang aku pasti, bulu anu pun belum berani nak tumbuh.

Mengalah orang dah kahwin.

Kita salahkan internet. Kita salahkan twitter. Kita salahkan televisyen. 

Kalau kita mak bapak tak control anak, nak salahkan semua benda di sekeliling? 

Selalunya konotasi ibu bapak pabila dah jadik sesuatu pada anak anak ialah menyalahkan benda di sekeliling.

"Sekarang dah cium cium pipi," kata anak saudara aku lagi.

Eloklah. Esok lusa, dah boring cium pipi, nak cium mulut. Pastu dah boring cium mulut, cium benda lain pulak. Gunalah imaginasi korang sendiri.

Apabila dah terdesak esok, barulah nak kelam kabut menyalahkan semua orang. Diri sendiri tak mahu salahkan.

Adakah kita menyalahkan keadaan sekeliling? Contoh lagu Eminem, kasar, kadangkala lucah. 

Kalau kita tahu apa yang anak-anak kita dengar, adakah kita salahkan orang nyanyi lagu tu? 

Sama jugak. Kalau kita tahu anak gadis sunti kita yang baru nak memahami erti period dah pandai cium pipi dengan seorang lelaki bukan muhrim, kita salahkan drama, salahkan filem, salahkan internet?

Bebudak sekarang semua nak berangan dewasa. Walhal kita yang dah tua, rasa rugi cepat tua.

Bebudak sekarang pantang dijolok sikit. Yang sanggup berbunuh pun ada. Itu hari, siap bakar bakar lagi. 

Kita tanya, apa nak jadik, kita kata setannya budak tu, kita hembus - jahatnya. Kat belakang kita, anak anak kita berpeleseran. Ada jugak yang jadik samseng. Sampai besor jadik samseng. Sana sini nak pukul orang.

Fikirkan. Kalau taknak fikir tak apa, bukan anak aku pun tapi aku sedih sebab mereka anak orang Melayu. 

Melayu, diketahui agamanya Islam.


Thursday, August 16, 2012

#877: PAKAIAN HARI RAYA.



Best kan raya. Bukankah Ramadan itu lebih best? Adakah kita over apabila Ramadan yang sepatutnya disambut dengan lebih meriah berbanding Syawal? 

Syawal adalah kemenangan kita. Kemenangan kita melawan nafsu, melawan kehendak lapar dan dahaga, menahan diri kita dari berbohong sama ada pada kawan mahupun media, menahan diri kita dari memutarbelikan cerita bagi menagih simpati bagai si pengemis Myanmar di gerai makan.

Banyak hikmah Ramadan ni. Tapi adakalanya kita tak sedar. Kita cuma sedar apa yang kita mahu cakap biarpun kita sendiri tahu kita berbohong. Bak kata orang, alah bisa tegal biasa. Mungkin sudah lali berbohong maka apa salahnya berbohong berkali-kali. Tak luak mungkin. Apatah lagi yang mendengarnya disangka tak berakal.

Sikap kita juga pakaian kita. Itulah cara orang menilai kita. Sama seperti pakaian kita, jika ada yang lompang mahupun tercahang di sini sana, orang akan melihat kita terpinggir dari kelaziman. Kita akan diperhati, kita akan disimpati.

Begitu juga sikap kita. Jika ia lompang, pasti orang melihat dan menilai. Namun sama seperti kain yang menutup tubuh kita, jika ia lompang, pasti boleh ditampal agar yang tercahang itu terlitup. 

Kita jahitkan perca kain untuk menutup. Sama seperti sikap kita, kita jahitkan keinsafan untuk menutup kelompangan pada sikap kita.

Tapi adakalanya kita rasakan tubuh kita perlu dipapar pada mata yang mampu melihat. Kita merasakan itu satu keindahan perlu dikongsi. Kita merasakan kulit gebu itu perlu disingkap untuk dilihat sikit sikit, pantas pantas oleh orang lain.

Kita merasakan perlunya orang melihat betapa melepaknya peha serta betis kita.

Itu juga lompang. Itu juga cahang. 

Lompang yang dimahukan. Lompang yang diriakkan agar terlirik senyuman lebar di bibir pemakainya pabila dipuji mata mata musang, serigala dan buaya.

Syawal ini, pasti ramai si genit, si cantik, si comel dan si montel melaram dengan pakaian baru. Yelah, lama ditempah pada Kak Mai, lama ditempah pada Makcik Jah.  Jauh rumah mereka. Tapi dek kemasnya jahitan mereka, dek cantiknya pesen mereka, semuanya berbaloi.

"Kak Mai, belah kain ni biar sampai peha ya, nampak seksi sikit."

"Makcik Jah, buat low cut sikit ya sebab takut panas masa layan tetamu nanti."

Yelah, biarlah tersembul sikit timbulan pada dada. Biar tampak seksi. Kan Ramadan itu hari dah puas ditutup semua. Terawih pun tak pernah miss. Pak Imam sampai kenal I, mungkin itu bunyinya.

"Jangan nilai I pada pakaian I ok."

Samalah juga kalau kita lafazkan: "Jangan nilai I pada sikap I." 

Bukankah kedua dua itu pakaian kita?

Tak mungkin ada yang bertanya "seksinya kebaya kau Limah." Oh nama Limah dipanggil jika pulang ke kampung, nun di pekan atau di bandar, dipanggilnya Im sahaja. "Senang sikit orang nak ingat, leceh panggil Limah, itu dah dua suku kata, kalau sms pun panjang, panggil I Im sahaja."

Tak mungkin juga empunya mata serigala mahupun musang terkecil atau terkatup rapat. 

Kalau boleh, mahu sahaja duduk lama lama di rumah itu, untuk menjamu. Menjamu mata. Tak usah dihiraukan selera perut. Selera yang sudah ditahan 29 hari sudah cukup menjemput pahala, itu fatwa si pemilik mata serigala dan musang.

Mata pasti gembira. Yang dilihat hari hari bersawo matang. Adakalanya berambut halus halus. Sesekali nampak yang berbeda tona warna, apatah bak tepung pasti menggembirakan. Sama-sama gembira dengan si sahabat yang baru dilepaskan sebaik azan Maghrib 29 Ramadan lalu.

Sama-sama melonjak. Yang sudah ditahan-tahan dalam nurani sudah bisa dilepaskan.

"Tengok sekali rezeki, tengok dua kali dosa. Tengok sekali jangan toleh toleh," kata abang misai yang terlupa songkok di atas kepala yang lazim tertenggek pabila ke masjid. Pasti terngilai tawanya tatkala mengeluarkan fatwa ala kerajaan langit itu.

"Alah, biarlah diaorang tengok. Bukan diaorang dapat pun." 

Yelah, mana nak didapatnya kalau yang nengok tu si musang, si serigala, si buaya bersongkok, mirip pelakon hensem hanya pada bulu mata sahaja. 

Bulu mata takkkan gugur. Yang gugur pasti airliur. Yang dapatnya - kenyang. Kenyang sebab hidangan mata tak sangka sangka.

"Alah, orang lain pun pakai macam ni jugak. Lagipun kubur masing-masing kan."

Yelah, kalau kubur dapat dikongsi kongsi, boleh dikongsi kongsi akan azabnya nanti. Boleh dijadikan peneman waktu malam. Boleh diajak berbual pabila 7 langkah berakhir sebaik talqin selesai. Takpun, boleh disuluhkan dengan lampu macam main pondok pondok.

Tapi eloklah begitu. Elok diberi sedikit tayangan premiere. Yelah, hidangan kuih pun dibeli. Entah apa rasanya. Kurang-kurang pun kalau tak serasi dengan si pemakannya, elok diberi juadah lain.

Juadah ni diingat sampai bila bila. Bila terserempak di kompleks shopping shopping. Bila terserempak tika menolak troli di hypermarket.

"Fuh, peha dia memang putih. Macam susu," kata si musang sambil menghirup kuat. Bukan udara. Bukan air coca-cola, tapi airliurnya sendiri.

Kalau yang sikit coklat, mungkin dipujinya berkilat peha, kalau disiram air, meluncur air. Mungkin air tebu. Tentu tambah manis.

Tak apalah, ni kan Syawal. Ramadan dah habis. Dah habis maknanya dah habis jugaklah sifat tawaduk kita 29 hari itu. 

"Fuh, ngam ngam dah aku bertawaduk 29 hari." Syukurlah. Mungkin itu lafaz kita di pagi raya sambil menyarung kain belah peha.

Elok jugaklah. Kami pun lama memandang ke pokok, ke dedaunan, ke mosaic lantai, mengelak nafsu membuak. "Kami sudah kembali !!" Jerit hati, berlonjakan dengan sahabat yang baru bebas dari reman selama 29 hari.

Biarlah kuih tak manis. Biarlah air fresh orange siap dengan payung kecil di bibir gelas tak manis. Biarlah ketupat, rendang, lemang kurang enak. Ada yang manis buat si pemilik mata. Berbugar agaknya mata si musang tu nanti. 

Apapun, hati-hati ya, musang suka pada ayam!

Dan sebelum dijadikan santapan, aku tutup mata dan ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Kepada semua pembaca di blog tak seberapa ni, yang tak berfaedah ni, yang tak bermanfaat ni, yang diputarbelitkan orang. 

Kalau jumpa si musang, sampaikan salam. 

Kalau jumpa ayah dan ibu, sampaikan salam. Katakan Hazrey sampaikan salam, dan biarkan mereka terpinga pinga bertanya siapa Hazrey tu dan jawablah dengan senyuman dan mata mengerling "Ada lehhhh" lantas berlalu pergi, dan lemparkan rambut ke kiri dan ke kanan. 

"Boipren kau ke Along," nanya si ibu pada Musalmah yang dipanggil Sis Sal di bandar.

Pepagi raya, katakan pada mereka maafkan sis sal eh maaf ibu, ampunkan segala dosa Along, segala kasar bahasa Along, halalkan segala makan dan minum Along, maafkan segala sikap Sis Sal eh salah, Along pada mak dan ayah. Apa yang mak dan ayah berikan pada Sis Sal, eh salah, pada Along tak dapat Sis Sal, eh salah lagi, Along balas. Hanya doa pada Allah sahaja yang mampu Sis Sal, eh tersasul lagi mak, Along panjatkan untuk sentiasa melindungi mak dan ayah dan sentiasa merahmati mak dan ayah.

Selamat Hari Raya pembaca sekelian. Biarlah makan ketupat banyak sampai kembung perut, asalkan jangan berketupat mulut mengumpat orang sampai berbuih mulut.

Maaf Zahir dan Batin.


































 





#876: REPOST - RAYA DENGAN TALI RAFIA

Aku bukan sibuk, tapi aku malas nak tulis. Maka, aku repost balik one entry yang disiarkan pada 8 September 2009. Sorry ya. Aku malas.

* * * * * *

Mungkin di luar sana ada seorang atau dua orang yang bernama Rafia. Sedap namanya. Siti Rafia? Sharifah Rafia mungkin? Nurul Rafia?

Mesti orangnya lembut. Mesti berwarna warni kisah hidupnya seperti hidup kita.

Ok, ini bukan cerita pasal Siti Rafia, Nurul Rafia atau Kak Pah Rapia.

Ini cerita tali rafia.

Dan ini juga cerita raya sesuai dengan heading aku yang baru lengkap dengan songkok dan pelita dan sungguh lawa tu, walaupun belum ada yang sudi puji lagi. Haha. Aku sesungguhnya seorang yang thematic (read: bila raya jek)

Kalau perlu, click kan pada winamp atau apa jua jenis player pada komputer anda, dan mainkan sebuah lagu raya yang menjadi nostalgia kepada anda kecuali lagu raya 4U2C yang ada part jerit - kami 4u2C mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Terkejut aku dari lamunan aku semalam dengar lagu ni. Monyet. Kenapa ayat aku bunyi macam gay ni? Ishh. Kurang mineral ni.

Kecik kecik dulu, masuk minggu kedua posa, ayah mula sibuk. Kami pun adik beradik hampir menyamai sebuah perkampungan mini afrika.

Mungkin dulu ketika muda, ayah dan emak lebih mementingkan kuantiti sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran 70 juta penduduk. Kerajaan perlu berikan semacam anugerah kepada mereka di atas usaha dan seksa, merana serta derita membesarkan kami semua. Rakyat yang patuh kan diaorang. Patut boleh terima Laureate Award.

Nope, I am not gonna tell you how many of us in the family, you are a stranger to me.

Kesibukan ayah dan emak lebih kepada menyiapkan pakaian anak anak walaupun kami bukanlah dari keluarga yang senang. Dan ayah bukanlah seorang yang ada gelaran and prone to be gossiped with some half-boiled artist. Ayah juga tidak menyimpan misai tebal.

Yang paling tragis ialah, masa aku kecik kecik dulu, aku dibelikan baju Navy untuk raya. Hari ini, kalau tengok gambar tu, ya aku masih simpan gambar itu, ia pasti ia akan menjadi sebahagian dari lawak untuk korang semua.

Dan tidak sama sekali aku akan dedahkan gambar itu, walau apa cara sekalipun pujukan.

Tapi aku tak sampai hati nak mengecewakan korang. Ok ini gambarnya.


Aku tau. Muka aku ada iras iras omputih sikit.

Comel kan. Aku tak tahu kenapa bila dah besar ni, muka aku, kulit aku dan comel aku semua hilang. Mungkin disebabkan cuaca dan cara pemakanan kita di Malaysia ni. Aku cuba bertahan, tapi gagal, dan ya, aku memang kecewa, kalau tidak tentu sekali ramai artis perempuan dan separuh lelaki akan jatuh hati. Kalau tidak pun, kalau dengan muka sebegini, kena dengan extension rambut, pasti aku sudah bertukar nama dan mempunyai blog lain yang lebih banyak gambar lelaki tanpa baju.

Dan akhirnya, kasut. Ayah amat kreatif. Leceh nak bawak semua pergi beli kasut. Lagipun, nanti banyak pulak cekadak nak kasut memahal. Haha. Maka, tali rafialah menjadi alat ukur rujukan untuk dia beli kasut anak anak. Apa yang dia beli, itulah dia pakai. Termasuklah kasut tumit yang dipadankan dengan baju navy itu. Hahah.

* * * * * * *

Akan ada satu lagi post esok (Khamis) petang, Insyaallah, kalau aku rajin habiskan.Yelah, langsir nak pasang, carpet nak vacuum, lantai nak dimop, kereta baru nak dikilatkan. Eh.









DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.