Aku sebenarnya tak terkejut dengan berita di bawah ini. Kenapa? Baca terus:
SHAH ALAM, 26 Julai – Polis Selangor berjaya membongkar sindiket ijazah palsu dengan tertangkapnya dua saspek lelaki dan wanita warga tempatan yang disyaki menjadi ajen untuk memperolehi ijazah tersebut. Sindiket tersebut yang beroperasi di sebuah pejabat di UEP Subang Jaya menjadikan premis tersebut sebagai tempat pengurusan dokumen dan sijil pemohon.
Ketua Polis Selangor dalam sidang medianya pagi tadi memberitahu sindiket tersebut menawarkan harga antara RM6,500.00 hingga RM8,500.00 bagi Sarjana dan RM10,500.00 bagi PhD.
Pemohon ditawarkan ijazah dalam apa jua bidang yang dipohon dan dalam tempoh tiga hingga lima bulan pemohon akan dipanggil untuk menerima segulung ijazah dalam majlis konvokesyen di hotel-hotel terkemuka. Sehingga tertangkapnya saspek ini, rekod mendapati seramai 525 orang pemohon telah menerima ijazah tersebut.
Siasatan masih lagi diteruskan bagi mengenalpasti individu atau kumpulan yang terlibat dalam sindiket tersebut. Pelbagai jenis sijil, borang permohonan serta gambar-gambar penerima ijazah telah berjaya dirampas. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sumber: Laman Facebook Polis Selangor.
Note: Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi kesalahan adalah penipuan.
Aku rasa benda ni dah lama tetapi never be too late untuk pihak berkuasa ambil tindakan seumpama ini. Ia satu tindakan yang perlu diberi pujian.
Sebenarnya, sejak aku mula menulis blog, kerapkali aku merasa curiga tentang kualiti pendidikan mereka yang meninggalkan komen. Apabila Polis Selangor berjaya membuat tangkapan terhadap sindiket ijazah palsu ini, ia menebalkan lagi kecurigaan aku.
Pada usia 39 tahun ini, kadangkala apabila aku membaca aku tertanya-tanya di mana rasa hormat mereka pada orang lain. Adakah mereka kumpulan 525 orang pemohon yang sudah menerima ijazah itu?
Aku tak pernah rasa terancam dengan komen yang ditinggalkan. Aku ok jek. Sejak 2008, baru sekali dua sahaja aku delete komen dan kedua-duanya terhadap penyebar ajaran sesat dan mereka yang sudah membaca blog aku ni tahu siapa orang itu. Malah ada kalangan mereka yang kerap ke sini turut menjadi mangsa seperti saudara Azrul Hisham. Haha. Your best friend Azrul.
Agaknya bagaimana rupa mereka yang meninggalkan komen tu? Adakah mereka mempunyai raut wajah mirip orang tua hingga merasakan diri mereka tua? Perlu cucuk botox. Nanti tampak muda.
Aku langsung tak kisah apa yang diutarakan melalui komen mereka tetapi aku sedikit pelik apabila mereka, tanpa mengenali orang lain, terus address diri mereka aku dan menggunakan panggilan ko (dan bukan kau).
Aku hormat setiap pandangan yang ditinggalkan tetapi itu tak bermakna aku akan hormati cara pandangan itu diberikan. Kita ada adab. Kita diajar untuk beradab. Kita akan mensesiakan pendidikan kita di rumah dan sekolah jika kita gagal untuk beradab.
"Ko tu yang mulakan dulu, ko tu yang mulut jahat, ko tu yang tak hormat orang," antara contoh komen dari pembaca.
Bila komen seperti ini berkunjung, aku tertanya dalam hati. Dia ni cerita pasal hormat orang and all, tapi tengok cara dia menulis. Dan lazimnya sebelum aku memberi jawapan, aku akan lihat profil mereka dan kerapkali aku akan kata - laaa budak budak lagi ni.
Sekali lagi aku ulang - aku tak kisah apa jua pendapat yang mahu diutarakan apatah lagi kononnya kita mahu bercakap dan menegur atau kononnya kita mahu jadik the saint of internet. Aku tak kisah tapi yelah, apabila menghentam orang yang sedang menghentam, kita juga 2 x 5, 5 x 2.
Aku lagi bertambah pelik apabila kebanyakan yang begitu adalah golongan wanita. Tak semua tapi ramai.
Ada pulak, bila aku tengok foto profil siap berpakaian graduasi, aku lagi bertambah pelik. Betul ke dia ni seorang graduan atau mungkin salah seorang dari 525 orang seperti kenyataan Polis Selangor tadi?
Yelah, biarpun tulen macam mana pun, apabila cara kita menulis langsung tak menggambarkan kita memiliki pendidikan yang baik, kita mengundang rasa curiga orang dan memungkinkan orang akan berfikir - agaknya dia ni itu antara yang beli ijazah tu kot?
Apapun, jika aku tak mengenali pembaca itu secara in real life, aku akan pastikan jawapan kepada komen mereka TERUTAMA wanita menggunakan panggilan saya, anda, kamu sebab aku menghormati mereka dan sebab mereka a total stranger. Jika 'ko' melihat aku menggunakan aku / kau, maka orang itu aku sudah kenali secara dekat.
Kata Adibah Noor malam tadi: "@Hazrey lumrah sayang. They applaud others' imprudence to make up for their own insecurity. :)
Aku setuju.
"Eh berapa umur si Hazrey anjing khinzir celaka ni? Ahh gi mampuslah, aku nak tulis jugak cara aku. Aku nak tulis jugak aku ko (bukan kau) dengan dia. Peduli apa aku. Aku urban, kenapa pulak aku dan bersaya saya dengan dia walaupun dia lebih tua daripada aku. Mak aku bukan tahu pun aku takde adab. Bila dia tak tahu, mestilah dia tak kecewa."
Mungkin kita merasakan kita tak perlu hormat orang. Maka apa beza kita? Maka, aku akan tersenyum dan berkata dalam hati - eh eh budak ni, rugi muda muda tapi rasa tua. Tak cukup susu badan kecik kecik dulu ni.
Kita berdegar degar meninggalkan komen bagai halilintar di langit. Kita rasa kita ni dewa petir.
Kita menulis dengan penuh rasa amarah dan penuh rasa kurang ajar tanpa rasa hormat untuk memperkatakan panjang lebar siap dengan dentuman halilintar kepada pemilik blog - "bagaimana untuk menghormati orang lain." Aneh tak? Tentu aneh bukan. Tetapi itulah berlaku sejak 2008 di blog ini.
Tetapi, aku tak perlu tutup akaun blog ini atau twitter aku atau facebook aku disebabkan itu. Tak perlu. Aku juga tak perlu mencabar pembaca yang komen sedemikian untuk bersemuka untuk aku baraikan muka mereka. Tak perlu. Alhamdulillah mak bapak aku didik aku dengan baik.
Aku rasa aku tak perlu beri contoh sebab korang boleh, dengan mudah klik di mana mana entri terdahulu untuk mengesahkan apa yang aku cakap. Cari, baca dan klik pada profil mereka. Dan berasa hairan.
Apapun, pada entri mengenai pasangan remaja 16 dan 14 tahun berkahwin, aku tertarik pada satu-satunya komen yang ditinggalkan dan ia memberi kesan pada aku sehingga hari ini.
Di entri itu, aku meminta pembaca meninggalkan komen terhadap perkahwinan remaja berusia 16 dan 14 tahun dan pelajar Universitas Indonesia menggunakan akronim SY antara 31 komentar.
Lihat pendekatan dia meninggalkan komen. Dia tahu, memasuki rumah orang perlu beradab. Memasuki tempat orang perlu jaga tutur kata kita untuk memastikan apa yang ditulis mendapat perhatian.
Aku suka cara dia menulis. Aku pasti ibubapa SY ini bangga anaknya menjaga adab di mana sahaja, di universitas malah di blog sekalipun.
Ohh SY juga seorang blogger dan pertama kali aku baca blognya, aku juga tertarik, sebabnya di blog dia sendiri dia boleh meluahkan mengenai kehidupan dirinya tetapi tetap menjaga tingkahlakunya tika di tempat (blog) orang. Betullah konsep itu.
Aku pasti dia seorang pelajar perempuan bersandarkan luahan hatinya di blognya. Hehe.
Anda boleh membaca blog SY yang diberi nama Guppy di capaian di sini.
Dan aku mendoakan agar SY sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT di tanah orang dan dipermudahkan segala urusan sepanjang menuntut di sana. Mudahan lulus dengan cemerlang dan dikekalkan sifat penuh rasa hormat pada orang lain itu.
Aku? Ya, biarpun dia muda, cara dia komen membuatkan aku merasa hormat pada dia.
Aku berharap yang membaca faham apa yang aku tulis. Jika tidak, baca 7 kali. Jika masih gagal, minta seseorang azankan telinga 'ko'.
Akhirkata, mengambil sedikit ayat dari blog SY - dont expect to trample all over me and not to get trampled all over back in turn. Sungguh ironi kan (bagi yang memahami maksudnya). Awas. Hahaha.