Saturday, June 30, 2012

#860: MY INSTAGRAM

Instagram allows me to share some of my amateur photo skill.

Here are some of the pixs posted on my 'ig' account hazrey_   (with an underscore). Click on each photo to enlarge.













And of course, what is instagram without having our own pic !! Here it is, my picture.. enjoiceeee...







Handsome? Yes?

Sunday, June 24, 2012

#859: KISAH BUDAK BUDAK

Ramai orang suka main bola. Tak kira apa jenis permainan bersangkut paut dengan bola.

Banyak permainan menggunakan bola. Bola guna tangan, antaranya dipanggil bola tampar dan bola jaring. Bola guna kaki, dipanggil bolasepak. Tapi banyak jugak kes dalam suratkhabar pasal isteri yang digantikan sebagai bola.

Dan penggubal undang-undang seharusnya mengubal satu jenis undang-undang bagi membolehkan pesalah terbabit dijadikan bola di padang dengan 22 orang mengejar, membentes, menyiku, menendang, tendangan basikal, lipat kuda dan kunci sendi.

Dulu, sebagai budak kampung - cuma tak ada sawah terbentang luas macam dalam drama Melayu dan awek muka macam AlmyNadia naik basikal tetiba lalu dan kena ngurat, aku jugak main bolasepak. Habis, kau ingat aku kaki bangku ke? Top scorer ok. Score sendiri. Itu pun score jugak.

Kalau you pose macam ni kat pintu gol, sumpah i tak sanggup tendang bola tu. Tak sampai hati. Mesti I kena marah tau. Tapi I tak kisah.


Sekarang musim bolasepak disebabkan Euro 2012. Semua tetiba jadik terer pasal bola. Aku tak terer. Cuba sesekali kat twitter atau facebook tu, korang tanya, bola tu diperbuat dari apa. 



Selama ni kita dengar Goodyear itu adalah tayar kereta dan ia juga boleh menyebabkan kita makan maggi sebulan apabila perlu tukar tayar kereta kita apatah lagi kita miang pergi tukar dari 15 inci kepada 16 inci.

Bergaya punya pasal, terpaksalah kan.

Ni dia sedikit kisah pasal bola:

"In 1836, Charles Goodyear patented vulcanized rubber. Prior to this, balls were dependant on the size and shape of the pig's bladder. The more irregular the bladder, the more unpredictable the behavior of the ball was, when kicked. However it would not be untul the twentieth century until most balls were made with rubber bladders."

More about it here.

Berbalik cerita kecik kecik dulu. 

Nak beli sebiji bola dulu mahal. Di tempat ketika aku masih budak budak, kalau sesiapa ada bola brand Adidas, Nike itu kira tahap dewa dewa dari kayangan dan airliur pasti ditelan banyak kali.

Dulu mudah nak main bola. Tak payah cari padang. Asalkan ada laman rumah luas sikit, belasah buat liga sendiri. tiang gol pakai batang ubi. Kalau tak ada, pakai kasut atau selipar buat tingkat tingkat.

Jersi kami mudah. Baling syiling, kepala atau ekor? Bila syiling jatuh ke tanah, yang mengadap itu pilihan kita, maka team lagi satu kena bukak baju. Dulu mana ada kisah perut boroi. Tapi ada jugak kekawan yang perut boroi sebab gemuk maka sebelum game start, kami akan kenduri dulu. Kenduri ketawakan perut, dada dia nampak macam ada tetek. Padan muka ketawakan orang, sekarang suruhlah aku bukak baju, memang kena tumbuk muka.

Tak jauh dari kawasan rumah kami, ada satu family Cina yang anaknya sebaya dengan kami selalu main bola dengan rakan-rakannya.

Padang mereka di laman rumah family Cina itu. Setengah padang bola jugaklah rumah tu sebab bapaknya seorang doktor. 

Entah siapa entah gatal mulut, ajak mereka lawan dengan team budak kampung. 

"Kau gila ke? Diaorang tu lari laju. Siap ada kasut bola. Kita main bola kaki ayam," kata salah seorang pemain kami ketika kami berbincang. Kami berbincang bukan locker's room kami sebaliknya di tembok berhampiran kedai sambil share minum aiskrim Malaysia inti kacang merah feeling kami sedang hisap cerut.

Ramai yang mengangguk bersetuju lagipun yang bersuara tu belanja kami aiskrim Malaysia maka secara automatik dia ada kuasa eksekutif. 

Namun memandangkan semangat anak Melayu pantang dicabar tertanam dalam diri kami, kami sebulat suara menyahut cabaran team itu. Itupun selepas dah cerita banyak kali disebalik aiskrim Malaysia inti kacang merah. Dan kami tetap memuji muji tukang belanja tanda mengampu.

Kalau ngampu kena cara, kami dapat sorang satu aiskrim Malaysia. Kalau tak kena gaya, dapat sorang suku sebab satu batang dipotong tiga. Daif tul. Yang dapat sebelah bawah aiskrim Malaysia tu untung sebab kacang merah semua port kat situ. Macam bengang sikitlah. Tawar muka. Makin sakit hati bila yang dapat bahagian bawah tu nyonyot feeling macam celaka kasi jeles macam esok kiamat dan itulah aiskrim terakhir dalam dunia.

 Pic from Izzaiynas Blog.


Hari-hari kami training. Siapa nak jadik goalkeeper, siapa nak duduk kat forward, middle, defence. Kami juga melantik kawan kami yang perut boroi dan ada tetek tu sebagai penjaga air. Dia sedikit kecewa sebab tak diturunkan dalam kesebelasan utama tetapi kami semua yakinkan dia, tugas dia lebih penting dari kesebelasan utama itu. 

"Takkan reserve pun aku tak boleh," kata kawan kami itu. Nama terpaksa dirahsiakan sebab tiga empat tahun lalu aku ternampak gambar dia kat fb, dia dah kurus dan sasa. Aku pulak ambik alih tempat dia. Setan. Ok, aku gunakan nama dia Jeff Gemuk (bukan nama sebenar).

Semua terdiam bila Jeff Gemuk tanya macam tu. Jeff Gemuk kami kasi join group kami sebab kekadang senang nak paw dia. Itulah modal dia untuk menyertai group kami yang ramping ramping dan berketak ketak dada.

Akhirnya tukang belanja yang mempunyai kuasa eksekutif membuka mulut. Aku namakan tukang belanja ni dengan nama Satdi (bukan nama sebenar).

"Bukan tak boleh Jeff. Ni game first kita. Mesti diaorang akan mintak repeat punya sebab kita sure menang," katanya berkobar kobar. 

Masa itu, semua yang mendengar mulut moncong sebab tengah nyonyot aiskrim Malaysia dia belanja dan hanya mengangguk-angguk tanda setuju. Kuasa eksekutif jangan ditentang, sebagaimana FAM.

Jeff Gemuk mendiamkan diri. Nampak sedikit raut kecewa di wajah Jeff Gemuk biarpun pipinya yang gebu macam nak dicubit-cubit macam baby. Gebu!! 

Semua terdiam. Hanya sesekali bunyi nyonyot mengisi kesunyian itu diselangi bunyi cengkerik.Tapi waktu tu siang. Rupanya bunyi plastik yang dinyonyot kuat sebab nak habiskan sisa sisa yang tinggal dalam plastik aiskrim Malaysia tu.

Akhirnya, Jeff Gemuk bersetuju. Kami gembira.

Kami juga gembira sebab dia sendiri yang akan bawak bekas untuk diisi air sirap dan ais bersama 5 cawan plastik yang dikongsi semua pemain. Nasiblah kalau ada yang jarang gosok gigi. Masa itu kami tak kisah kalau ada yang tertinggal sikit buttercup pada mulut cawan. Itu perisa.

Untuk tidak membuatkan Jeff Gemuk rasa kecewa yang amat, kami lantik dia sebagai team manager. 

Dia suka. Kami bukan apa, kalau dia main jugak dalam kesebelasan utama kami, kami berhenti ketawa nanti sebab tengok tetek dia bergegar-gegar kejar bola. Kesian dia. Selalu diperkotak-katikkan. Hati dia baik dan biasanya dia akan ketawa sesama. Tapi yelah, mana kita tahu memalam dia kat rumah, dia nangis. Takperlah, janji ada bahan. Sorry Jeff. Kami sayang Jeff.

Hari yang ditunggu tiba. 

Kami berjalan beramai ramai ke rumah keluarga Cina itu yang terletak di seberang kampung. 

Jersi kami warna warni. Ada yang pakai gambar pink panther. Ada yang tshirt gambar coklat Nini, ada juga yang dalam poket ada coklat Ding Dang. 

"Kenapa kau bawak coklat Ding Dang?"

"Aku tengok iklan, makan Ding Dang, dapat power."

Yang hebat sikit pakai sleeveless. Dulu mana ada bulu ketiak. Dara lagi ketiak kami. Cuma kalau dah berpeluh, segala haiwan dan unggas boleh mati sesak nafas.

Padang sudah set. Bola disediakan tuan rumah. Rumah keluarga Cina itu berpagar. Kami masuk bersama-sama memasuki rumah dan bersalaman dengan mereka, ala ala Piala Dunia. 

Syiling dibaling. Kami ditakdirkan tak pakai baju. Nasib baik Jeff Gemuk tak main. Kalau tidak.

Jeff Gemuk ada bersama kami di belakang gol. 

Perlawanan bermula. Tiada pengadil, tiada penjaga garisan. Semuanya bersandarkan kesefahaman kedua-dua pasukan bertanding.

Walaupun ia adalah away game, kami beruntung sebab padang yang disediakan berumput. Sedap kami jatuh jatuh badan. Biasa kami main di padang botak. Sehelai rumput pun tak ada. Kalau jatuh, bukan siku dengan lutut jek luka, telinga pun luka sebab balik kena piat dengan mak bapak kami.

Permainan berlangsung dalam keadaan sangat muhibah. Ohh itu kerana pasukan tuan rumah terdiri daripada bukan Melayu kesemuanya. Cukup. Cina ada, India ada, Singh pun ada. Kami pulak team Melayu semua. Kalau sekarang mesti orang cakap racist. Ibrahim Ali mesti keluar statement.

Perlawanan persahabatan itu penting. Boleh diandaikan seperti perlawanan Malaysia melawan Indonesia. Sorakan Jeff Gemuk yang turut bertindak sebagai ketua sorak sedikit sebanyak membantu menyemarakkan semangat kami, biarpun kami berharap masa dia sorak tu dia bukak baju supaya kami boleh gunakan sedikit imaginasi kami.

Akhirnya, disokong sorakan tak putus putus Jeff Gemuk dan permainan ala Jerman di Euro 2012, kami berjaya menewaskan team tuan rumah. Waktu tamat permainan mudah. Sebelum dengar azan Maghrib, permainan perlu ditamatkan. Itu sudah dipersetujui kedua dua pasukan.

Kami gembira yang amat masa tu. Berpelukan dalam peluh. Masa tu juga kami masih tak sarungkan kembali baju kami sebab baju kami semua dijaga Jeff Gemuk.

Kami bersorakan di tengah padang tuan rumah. 

Jeff Gemuk berlari ke arah kami untuk memeluk kami. Kami lari sebab tak sanggup tersepit di dada Jeff.

Dalam keadaan termengah mengah itu, kami berjalan perlahan ke arah baju kami yang dilonggokkan Jeff Gemuk di belakang gol. Senyum kami semua.

Pemain team tuan rumah pula, terdiam dan bercakap sesama sendiri dalam bahasa Ingerris. Kami budak kampung genuine memang tak ambik port bila ada orang tak memartabatkan bahasa kebangsaan. Sebenarnya tak faham. 

Kami nampak salah seorang dari pemain berjalan ke arah belakang rumah. 

"Eh dia masuk dalam rumah ambik air untuk kita kot," kata salah seorang dari kami.

"Bagus jugak. Air tak cukup ni," jawab seorang lagi sambil semua menjeling ke arah Jeff Gemuk. Masa dia bawak tadi, air penuh. 

Tiba-tiba kami terdengar bunyi anjing. Mana pulak datang bunyi anjing ni?

Wooff wooff wofff woff heh heh heh wooff woff woff heh heh heh, tercungap cungap kami dengar napas anjing tu.

Kami toleh. Kami terus bukak langkah seribu. 

Celaka.

Anak tuan rumah sudah main kotor.

Dia pergi belakang bukan ambik air. Dia pergi belakang untuk kasi kami hadiah.

Dilepaskan anjingnya dua ekor suruh pi kejar kami.

Masa tu, kami semua panik. Satu-satunya jalan keluar dari rumah itu, dari situlah juga arah anjing itu datang. 

Nasib baik tukang belanja aiskrim Malaysia cepat berfikir. Dia terus berlari ke arah pagar jaring rumah itu dan terus melompat memanjat. 

Melihatkan dia sudah berada pada ketinggian selamat, kami tanpa berfikir panjang terus mengikut jejak panjatannya.

Melengkung pagar tu tak dapat tampung 11 orang. 

Keadaan masa tu sangat getir. Kami dah bayangkan kalaulah digigit anjing tu, mahu mahu dilapah daging kami yang masih teruna ni semua.

Kami sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Pagar tempat kami jadikan tempat sandaran nyawa kami rupanya tak lama. 

Jeff Gemuk tetiba turut melompat naik.

Jika sebelum ini lendutan hanya 40 peratus, Jeff Gemuk berjaya menyumbang 50 peratus lagi.

Punggung comel kami yang berseluar pendek hanya dipisahkan angin nipis, senipis kulit limau kasturi dengan mulut anjing tuan rumah.

Celaka betul.

Kami semua menoleh. Ada yang sudah menangis. Tapi aku tetap tahan airmata aku biarpun sudah bergenang sedikit mungkin disebabkan habuk masuk mata.

Aku tak tahu siapa, tetapi aku dengar herdikan dari salah seorang pengayut pagar professional yang menyuruh tuan rumah ikat anjing dia atau dia akan beritahu bapak budak tu. 

10minit kami bergayut di pagar. 10minit yang paling panjang dalam hidup kami. Rasa macam sudah berakhir hidup kami masa tu.

Selepas anjing diikat semula, kami semua muka bengang. Merah muka kami walaupun sebenarnya muka pucat lebih tepat menggambarkan wajah kami masa tu.

Kami serik selepas itu. Dua tiga minggu kami bengang tengok muka diaorang. 

Tapi selepas itu kami main semula sebab padang dia best. 

Dan setiap kali itulah kami dah bersedia untuk panjat pagar. Bila dah berkali kali, pagar itu runtuh. Anak tuan rumah kena marah dengan bapak dia. Itu kali terakhir kami main di situ. Tapi kami tetap berkawan sehinggalah kami berpindah. Tak tahu kat mana diaorang sekarang. Kalau dalam iklan Petronas, mesti diaorang jumpa balik kami dan beraya makan ketupat.

Tetapi hasil dari dugaan itu semua, ada di kalangan kami yang berjaya jadi juara 100 meter dan 400 meter berganti-ganti di sekolah.

Dan ya, tahun ni, cerita ni boleh buat iklan raya Petronas.






Wednesday, June 20, 2012

#858: KITA PERLU HALANG ARTIS LUAR ROMPAK HASIL INDUSTRI SENI NEGARA KITA


Baru-baru ni, Presiden Seniman, Encik Zed Zaidi kita yang handsome dan kacak melalui Melodi Episod 24 dan disiarkan pada 10 Jun lalu antara lain berkata, "jangan biarkan artis luar rompak hasil industri seni di negara kita."


Aku setuju.

Kita perlu bersatu dan sokong artis tempatan yang bersusah payah mencari sesuap nasi seperti abang kita ni hingga 'tak boleh bangun pagi kerana mungkin terkena buatan orang.'

Aku yakin, bomoh itu diupah mereka yang cemburukan kejayaan pelakon ini yang banyak menerima tawaran berlakon serta mudah bangkit pepagi untuk Solat Subuh, sebelum ini.

Aku turut simpati dan pelakon seperti inilah yang perlu disokong dan dipertahankan seperti kata Zed Zaidi. Kita perlu sokong supaya orang luar yang bangun pagi tak ambik kesempatan.



Tuesday, June 19, 2012

#857: TARIAN GHAIRAH OLEH GADIS 16 TAHUN.




Sekali pandang macam screen grab dari tarian di luar negara. Tapi tak, kita sudah berjaya mengimport budaya seperti ini malah ia melibatkan gadis bawah umur.

Sekatan umur bagi memasuki sesuatu pusat hiburan adalah 21 tahun ke atas. Itu usia minimum. Itu antara syarat utama lesen pusat hiburan, iaitu tidak membenarkan pengunjung berusia di bawah 21 tahun memasuki / berada di dalam premis terbabit.

Awal pagi  2 Jun lalu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap, Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor melakukan pemeriksaan di sebuah premis hiburan di Stulang Laut, Johor Bahru.

Dua malam sebelumnya, aksi pada gambar di atas dirakamkan. Gadis pada gambar pertama yang menonggek sebenarnya adalah freeze grab ketika gadis itu sedang membuat penggerudian di atas pentas diiringi sahutan, siulan dan tepukan pengunjung serta lagu rancak.

Dan gadis itu disahkan berusia 16 tahun. 
Pusat hiburan itu mengadakan pertandingan tarian ala Hawaiian pada malam itu dan terdapat tujuh gadis comel dan tak kurang bisanya merebut hadiah tunggal iaitu barangan bernilai RM1,000. Itu sahaja.

Aku tak mahu mengatakan mereka di bawah pengaruh dadah atau tidak sebab aku tidak memiliki kepakaran untuk membuat penilaian sebegitu apatah lagi jika di mahkamah, ia memerlukan ujian makmal untuk mengesahkan sebarang pengambilan dadah.

Tapi, gadis ini semua 'daring'. Dan mungkin ia sesuatu yang lazim dilihat di pusat hiburan?

Apabila gadis semuda itu terdedah kepada environment seperti itu, akan timbul pelbagai persoalan.

Namun, kita tidak boleh membuat andaian sendiri. 

Tetapi kita juga tak boleh mengelak dari berfikir, apakah akan jadi jika gadis terus terdedah dengan environment seperti ini?

Apa yang menarik dan mengejutkan, ketika pemeriksaan dilakukan, pusat hiburan itu didapati tidak memiliki lesen hiburan yang dikeluarkan Pejabat Daerah Johor Bahru mahupun lesen perniagaan. Namun mereka beroperasi seperti biasa dan turut menganjurkan pertandingan seumpama itu melibatkan gadis bawah umur.

Sekarang, selain pihak polis yang menjalankan serbuan, tentunya kuasa untuk tidak membenarkan mereka beroperasi juga terletak pada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Pejabat Daerah malah mereka juga boleh memohon kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk tidak membekalkan elektrik ke premis berkenaan.

Tindakan seumpama ini sudah pernah dilakukan pihak berkuasa sebagaimana dilaporkan Berita Harian seperti di link berikut:


Bagi pengunjung bawah umur, pihak berkuasa boleh menjalankan penguatkuasaan undang-undang melalui peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika kita lihat pada peruntukan sedia ada, ia membolehkan gadis bawah umur seperti kes di atas yang dikategorikan sebagai kanak-kanak:

Pengertian kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemulihan:

Seksyen 38, Akta Kanak 2001:
'Seseorang kanak-kanak memerlukan perlindungan dan pemulihan jika kanak-kanak itu -- 
(a) sedang didorong untuk melakukan apa-apa perbuatan seksual, atau berada dalam apa-apa suasana fizikal atau sosial yang boleh membawa kepada perlakuan perbuatan itu.

Maka tindakan boleh dilakukan mengikut Seksyen 39, akta yang sama boleh dikuatkuasakan.

Seksyen 39(1), Mana-mana pelindung atau pegawai polis yang berpuas hati atas alasan-alasan yang munasabah bahawa seseorang kanak-kanak memerlukan perlindungan dan pemulihan boleh memerintahkan supaya kanak-kanak itu dipindahkan ke suatu tempat perlindungan dan kanak-kanak itu hendaklah ditahan buat sementara di tempat perlindungan itu.

Terdapat juga peruntukan bagi Kanak-Kanak Yang Tidak Terkawal mengikut Seksyen 46, akta yang sama di mana atas syor atau saranan Pegawai Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dihantar ke suatu sekolah yang diluluskan, tempat perlindungan, asrama akhlak atau pusat mengikut mana-mana yang sesuai.

Dalam operasi yang dilakukan (rujuk permulaan artikel), pihak polis turut disertai pegawai JKM di mana seorang gadis berusia 17 tahun turut ditahan dan diberi perlindungan mengikut Seksyen 39, Akta Kanak-Kanak 2001.

Selain penguatkuasaan pihak berkuasa, perlu ada self enforcement di kalangan pengusaha pusat hiburan untuk menghalang mereka yang berusia bawah 21 tahun memasuki premis sebagaimana yang berlaku ketika ini, namun apakah faktor perolehan dan business survival lebih diutamakan mereka?

Rumusannya, penguatkuasaan Akta Kanak-Kanak 2001 di negara kita masih suam suam kuku dan timbul persoalan adakah Unit Perlindungan Kanak-Kanak sudah ada di negara kita? Apakah fungsi sebenar mereka? Berapa ramai keanggotaan dalam unit ini?

Jika sudah wujud unit seumpama ini, ia perlu diperkukuh serta diperkemaskan peranan mereka agar masyarakat dapat melihat keberkesanan penguatkuasaan terutama pada peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001. 

Untuk rekod, Malaysia sudahpun menjadi  sebahagian daripada 193 negara yang memeterai 'The Conventian On The Rights Of The Child (CRC),  1994 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditandatangani pada 28 Disember 1994. Maklumat mengenai CRC di link ini.

Antara yang perlu diberi perhatian ialah Artikel 19 CRC:

"Article 19 of the Convention on the Rights of the Child requires states to take "all appropriate legislative, administrative, social and educational measures to protect the child from all forms of physical or mental violence, injury or abuse, neglect or negligent treatment, maltreatment or exploitation including sexual abuse, while in the care of parent(s), legal guardian(s) or any other person who has the care of the child..."

Dan tak lupa, sebagai penutup, penguatkuasaan Akta Kanak-Kanak 2001 seharusnya sudah dilakukan lama dahulu dan LEBIH TEGAS bagi melindungi kanak-kanak yang dieksploitasi menjual produk di jalanan sebagai disebut dalam Seksyen berikut:

Seksyen 34(k)(i), Akta Kanak-Kanak 2001, di mana ia SANGAT JELAS dalam memberikan pemeliharaan atau perlindungan terhadap kanak kanak.

Seksyen 34(k) "..kanak-kanak itu dibenarkan berada di mana-mana jalan, premis atau tempat bagi maksud --
(i) mengemis atau menerima sedekah, sama ada atau tidak dengan dalih menyanyi, bermain, membuat persembahan atau menawarkan apa-apa jua untuk jualan.

Diharapkan, memandangkan Perdana Menteri sendiri kini menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), inisiatif lebih tegas perlu dilakukan bagi melindungi kanak-kanak terbabit.

Sunday, June 10, 2012

#856: People Going Against Our Effort - NoToChildSlavery

Ahad, 27 Mei 2012 aku  menulis mengenai Perhambaan Kanak-Kanak. Golongan yang dipergunakan demi memungut 'derma' bagi 'mengisi tabung' pelbagai pusat berunsurkan keagamaan. Baca di sini.

Kami, sekumpulan kecil pengguna twitter yang tidak signifikan, tidak popular dan tidak besar merasakan sudah tiba masanya untuk memainkan sedikit peranan melalui dua inisiatif - #NoToChildSlavery dan #SponsorAChild , kedua hashtag ini digunakan di laman media sosial - twitter.

Alhamdulillah, ia mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn selepas menerima twit mengenai keprihatinan kami yang inginkan tindakan lebih berkesan dilakukan terhadap eksploitasi kanak-kanak ini.

Aku harus akui, Datuk Seri Hishamuddin diam diam ubi. Pada masa yang sama selepas menerima saranan berkenaan, beliau tanpa lengah berbincang dengan beberapa personaliti untuk memastikan usaha yang diambil dapat dilakukan secara berterusan. Dan aku sendiri mengesahkan perkara ini melalui sms dengan pelakon pujaan anda semua, Aaron Aziz.

Malah Aaron dan isterinya juga mahu terlibat secara langsung bagi menyelamatkan kanak-kanak kelahiran Malaysia ini. Aku lihat ini satu kesungguhan mereka untuk 'to give back to the community', dan ia untuk komuniti di negara kita.



Ia sangat signifikan untuk kita semua. Terima kasih Diyana. Terima kasih Aaron. Aku pasti mereka bukan lakukan ini untuk bertambah populariti tetapi untuk sama-sama menyelamatkan kanak-kanak dari terus dipergunakan oleh sesetengah pihak yang langsung tidak mempunyai justifikasi memperhambakan mereka.

Aku dan rakan rakan lain seperti @klubbkiddkl, @sultanmuzaffar, @nyonyacyber, @nana_tiger sangat tahu ia satu usaha yang tidak popular tetapi percayalah, ada kalangan kanak-kanak yang dipergunakan itu adalah anak yatim. Bagaimana rasanya jika kita mempunyai seorang adik yang masih mentah, yang masih berhingus, berusia di antara 11 hingga 14 tahun dikerah tubuh kecil mereka menjual pelbagai produk di jalanan?

Tubuh kecil mereka jika kita yang dewasa terlanggar pun akan terjatuh, tersungkur. Apatah lagi tanpa diberi makan yang secukupnya dan berdasarkan investigative reporting yang pernah aku lakukan pada 2007, mereka hanya diberi RM5 sehari untuk mengisi perut.

Anak-anak kecil ini disuruh menjual atas nama sunnah, atas nama mendidik mereka berniaga walhal banyak lagi caranya boleh dilakukan tapi kita membutakan mata atau tak mampu berbuat apa apa kecuali melafazkan 'kesian budak tu.'

Cukupkah itu semua?

Alhamdulillah, Datuk Seri Hishamuddin sudah menetapkan janjinya untuk bertindak.

Malah, kami turut menghantar satu saranan sebagai timbal balas kepada tindakan penguatkuasaan agar kanak-kanak terbabit mendapat perhatian sewajarnya melalui inisiatif  #SponsorAChild. Ia mendapat perhatian daripada menteri berkenaan.



Bagaimanapun, malam tadi seorang pengguna twitter membuat keputusan yang sangat mengecewakan apabila menghantar satu twit yang mengundang kemarahan ramai pengguna twitter lain:


Aku sendiri tak tahu apa masalah pada pengguna twitter bernama Sellbee ini. Tetapi selepas saya menyiasat lebih terperinci, rupanya pengguna twitter ini adalah grup pengkid.

Ianya bermula jam 12.44 tengahari semalam.


Jam 12.44 tengahari, aku sempat menonton Upin Ipin dan aku merasakan satu watak dalam animasi itu perlu dikeluarkan kerana menggambarkan karektor pondan dan memandangkan ia favourite program yang ditonton ramai kanak-kanak, kita sebagai orang dewasa perlu lebih bertanggungjawab dalam memberi mesej yang tepat pada mereka.

"Children are great imitators. So give them something great to imitate." - Anonymous.

Maka, apabila karektor seumpama itu dipaparkan, tidakkah kita fikir ia mampu diterjemahkan kanak-kanak bahawa apabila mereka membesar nanti, tak perlu risau untuk merealisasikan karektor itu? Gender confusion tak perlu disuntik pada kanak-kanak. Seperti quote di atas, give them something great to imitate.

Kita akan kata, ohh habis Ben10 tu semua, siap tendang sepak. Kita kena fikir secara psikologi pula, adakah Ben10 menendang manusia baik? Ia melawan alien jahat.

(baca dari bawah ke atas)


Pada petang semalam, respond dari pengguna twitter bernama Zulaikha yang pada mulanya disangkakan lelaki, tampak waras dan menunjukkan kedewasaan. Dan aku juga menjawab secara santai.

Selepas mengakhirinya, aku fikirkan perbincangan dewasa sudah selesai.

Tetiba, jam 12 tengah malam, hantu dah masuk badan perempuan ini dan mula menggelar aku 'bigot' atau seseorang yang akal pendek, perjudis dan tanpa toleransi memberi satu 'devotion' kepada 'pendapat' aku itu. Fyi, apa yang aku sampaikan bukan 'pendapat' aku. Itu yang sudah ditetapkan Allah SWT. Of course I am devoted to Allah SWT. Itu Tuhanku.

Dan Upin Ipin disampaikan melalui karektor tradisional yang sangat rapat dengan masyarakat kita lantas pengaruh negatif boleh disuntik tanpa disedari.

Baca dari bawah ke atas. (Disclaimer - Diana Danielle makan durian aku kirim. Lupa nak kemenyankan durian tu. Rugi !! Haha! )
 

Zulaikha merasakan tak salah untuk membesar sebagai pondan dan dalam konteks ini tak salah sebuah animasi memberikan pengaruh / mesej membesar sebagai pondan langsung tidak salah malah ia salah satu pilihan hidup. LGBT sungguh.

Zulaikha ini bukan follower aku tetapi membuat reaksi sedemikian selepas twit aku disalinhantar semula oleh pengguna bernama @dellidrus. Dan ini reaksi dellidrus terhadap Zulaikha yang secara tiba tiba meroyan tak tentu pasal tepat jam 12 tengah malam. Aku sedikit musyhkil kerana ia berlaku tepat jam 12. #BebaikTau !


It takes two to tango. Jika Zulaikha boleh berbicara secara dewasa, tentunya dia akan dilayan seperti seorang dewasa. Memanggil manusia lain tidak toleransi dan membantah saranan untuk menghentikan karektor pondan tanpa sebarang justifikasi. 

Aku tak suka nak berbalah dengan golongan seperti ini maka aku terus mengalah sebab kita semua tahu, mereka ini semua golongan champion. Kalau bagi 10 trofi pun tak cukup. Gila banyak modal kena keluar semata nak belikan diaorang ni piala. 

Seorang wanita Islam yang mengamalkan perhubungan sesama wanita merasakan apa yang aku sarankan untuk mengeluarkan watak/karektor pondan dalam animasi Upin Ipin sebagai risiko kepada kanak-kanak yang bakal membesar sebagai pondan. Gila ni. Nanti kat memana borang, untuk pilihan jantina ada kotak pondan ke?

Anyway, budak ni panggil gang Euro untuk menghentam aku. Aku ok jek tetapi perbuatan melampaui batas dilakukan rakan kepada Zulaikha ini apabila terpesong dari argument mengenai gender confusion kepada twit berikut:



Lihatlah sikap mereka. Kan aku dah kata. Golongan pondan dan pengkid kalau mahu mereka menang dalam sesuatu argument akan menggunakan segala bentuk dan jenis taktik. Mereka memang tidak pernah matang. Golongan ini memang patut dicerca. Apakah kaitan di antara gender confusion dengan perjuangan terhadap perhambaan kanak-kanak? Ya, ini tak lebih dari membalas dendam pada aku selepas aku ignore dan block mereka dan inilah hasilnya.

Kan aku dah kata, tak guna argue apa apa dengan golongan ini sebab mereka ini sudah dihijabkan hati mereka dan sentiasa menganggap apa yang dilakukan mereka adalah halal dari segi agama dan moral. Langsung tiada justifikasi untuk pengguna bernama Selbee ini menghantar twit seumpama ini. 


Apapun, selepas twit dari aku dan Ailana, this twitter user - Sellbee locked her twit to private. 

Alhamdulillah, Datuk Seri Hishamuddin sejak dari awal sangat serius dalam menangani isu kanak-kanak ini dan tentunya beliau dapat melihat apa yang dilakukan Sellbee itu sebagai satu cubaan yang dangkal dan tiada justifikasi langsung.



Terima kasih Datuk Seri. Terima kasih pada semua yang terus support tapi jangan separuh jalan ya. :)

Kami berharap inisiatif ini dilaksanakan. Insyaallah.

Support #NoToChildSlavery and #SponsorAChild.

BILA PONDAN DIKEJI...

I am reposting this sebab akan ada cerita baru pasal pondan and pengkid. Ini teaser ok guys.

(First posted on Jun 13, 2009)

* * * * * * * * * *

Sebenarnya aku amat amat malas nak update blog ni. It is Saturday and it is supposed to be a day where I distance myself from internet.

Tapi sebab tengah buat editing, aku 'ter'bukak jugak blog ni.

And Obefiend, I will remain here, for good, unless you wanna sponsor a site for me.

Ok, yang menariknya apabila aku lihat widget for the most recent comment, and masih ada lagi rupanya 'tarikan' pada entry ini.

Ramainya rupanya yang meluahkan rasa geram, benci kat other readers and myself as well. lols.

There were four entries discussing this social issue, dan aku pun jarang nak jenguk, or double back to see previous entries. Ada banyak lagi keja pekdah yang aku boleh buat selain dari jenguk balik those entries. Tapi thanks to widget to display latest comment, aku berjaya gelak besar hari ini.

And well, when I checked, thanks to google, those entries are being visited after their attempt to find kote abang askar, pondan isap kote etc etc, yang tentunya menjengkelkan.

Berduyun duyun yang datang menghentam, menukang dan mempondankan blog ini, dan ada jugak yang tulis, aku ni bapok. Haha. Damn, macam mana diaorang tahu ni nok? Hahaha. Ohh yang kata aku bapok tu, kat entry ini. Dan yang paling best ada kata muka aku macam Hamid Gurkha.

Ini komen si anonymous:

"haHaHA..AKU nak TErgelak JER bace komen2 semua..Untuk PeNGEtahuan semua pembaca skalian...Yg tulis blog ni pon BAPOK gak!!...aku kenal giler die ni..pondan coverr baek nye!!..TApi X laku!!...xdek orang nak mantat ngan die!!..muka cam HaMID guRKha sial!!..hAhaHaHaaaa"
(Ya aku akan round up semua kawan aku dan guna lie detecting machine untuk kesan siapa yang pecahkan rahsia aku ni. Hahahaha..) lols lols lols.



Cool kan posing Pak Hamid ni. Nampak macho dan very the lelaki.

Aku suka kat Pak Hamid, sebab dia antara pelawak yang boleh melahirkan lawak lawak klasik dan bersahaja bersama rakan seangkatan seperti Yahya Sulong, AR Badul dan Jamali Shadat. Kalau tak silap aku, Pak Hamid pernah marah kat aku awal tahun 90an dulu sebab aku ada menulis satu kisah tentang lawak dia yang agak keterlaluan di Johor Bahru.

Dan sebagai orang tua, aku tetap hormat pada dia. Dia best. Klasik abis. Dan the next time kalau aku jumpa dia, I will make it a point to take a picture with him and post it here.

Itu Pak Hamid Gurkha. Dan aku setuju kalau aku dikaitkan dengan seorang yang unggul seperti dia.

Aku juga pasti, ramai juga pondan yang hakikatnya nama mereka juga Hamid tetapi ditransformasikan kepada Shelly, Hamidah atau Mimy.

Tapi lawak pembaca (yang seperti biasa tidak akan letakkan nama tetapi berselindung di sebalik Anonymous kerana mereka sendiri mempunyai masalah identiti), amat aku suka. Kalau pembaca itu ada membaca entry kali ini, sila berikan alamat sebab aku nak bagi piala sebab berjaya gembirakan hatiku hari ini.

Dan dalam banyak banyak komen, lawak muka aku macam Pak Hamid lah paling best. Hilang penat setelah beberapa hari di Pontian, Johor. Best giler lawak ni.

Aku mengenali ramai lelaki yang mengaku mereka sebenarnya dilahirkan sebagai wanita. Dan mereka bercerita tentang period, period pain dan semua benda yang menafikan fitrah mereka sebagai lelaki.

Aku akan gelak dan anggap ia sebagai gurauan mereka dan tak lebih dari itu (sebab kalau lebih, mesti aku dah ketuk kepala diaorang) namun selagi mereka tak melebih lebih depan aku, mereka adalah kawan aku sama seperti aku anggap kawan lelaki lain.

Yang tidak difahami di sini ialah pondan yang menjadi kupasan kepada those four entries. Tapi tak mengapa kalau tak faham, as no one is forcing you to be a pig too.

Tetapi aku bangga, sebab kebanyakan yang sudi bersusah payah tinggalkan cetusan hati yang meruntun jiwa mereka turut menyelitkan unsur unsur agama. Syukurlah kalau sedar itu semua.

Malangnya, focus point melalui entry itu semua tak diselidiki baik baik dan terlalu nampak lelaki betul apabila meninggalkan komen. Kan 'uolz' perempuan, mana sifat sifat feminin tu semua? :)

Gunalah pengetahuan keagamaan anda untuk diri anda dulu, ok? Mungkin dapat hidayah. Insya'allah.

Pun begitu, aku tak mahu nafikan, ada juga golongan yang agak lembut penampilan mereka ini baik dan tertib sikap mereka. Dan ramai yang aku kenal dari golongan ini. Panjang senarainya.

Aku tidak panggil mereka pondan sebab mereka jarang menampilkan unsur unsur laknatullah mereka di public atau di depan aku. Dan mereka ini bekerja dengan kuat, dan komited serta boleh diharap dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab mereka. Haa, itu positif tak? And mudah mudahan aku tidak lupa mendoakan mereka yang tampil lembut ini untuk tidak terjerumus dengan gejala yang dilaknat Allah SWT.

Right on. But, the negative side of this issue is, mereka yang menjajakan diri mereka bagai perempuan dan turut dilanggani kaum sejenis. And to me, there is nothing wrong for me to call them pigs sebab as the comment says, dosa, pahala dan taubat ditanggung oleh kita sendiri kan? And I shall remain with that. Yang menjual pun babi, dan yang membeli pun babi. Yang membezakan kita dengan binatang ialah kita diberikan akal untuk berfikir tetapi membiarkan nafsu menguasai diri.

And please, lets not manipulate with agama shall we? Yang salah tetap salah. And don't try to mislead all my smart readers with your lame defence.

Aku juga tertanya tanya, manakah imam, bilal dan ketua pemuda pelbagai parti termasuk yang sering keluar paper sebab berarak di jalanan untuk membantu membimbing generasi muda ini dari terus terpengaruh dengan bisikan syaitan untuk meruntun jiwa mereka menjadi wanita?

Untuk menjawab satu komen dari seorang bernama elly (aku pasti itu nama 'perempuannya') di sini bahawa jangan pinggirkan pondan dari komuniti, aku hanya mampu tersenyum sebab penulis komen itu turut menulis ayat berikut:

"kalau kita nak kaitkan dengan agama.. memang betul mereka tuh salah.. tp, mungkin ada sebab mereka mcm tuh.. bg mereka peluang.. berikan jalan terbaik.. bg peluang pekerjaan kepada PONDAN2.. tak la mereka jual diri.. kasik mereka peluang .. martabatkan mereka mcm orang lain."

Kejap, kasi aku gelak dulu. Kejaplah. Sabar boleh tak? Jap nak kesat airmata ni. Jap jap, tersedak pulak.

First, this elly (atau Ali) kata mereka adalah salah kalau kita kaitkan dengan agama. Kalau? Itu sekaligus cubaan menghalalkan perbuatan mereka yang amat amat hina. Adakah itu bermaksud kita tak perlu mengaitkan agama apabila bercakap tentang pondan dalam komuniti kita?

Sememangnya mereka ada sebab menjadi pondan, sebab nafsu. Ada sebab lain? Nafsu itu adalah musuh paling jahat dalam diri manusia dan sebab itu kita ada pegangan agama dan solat itu tiangnya. Maka dengan sendirinya menjawab bahawasanya hidup kita memerlukan agama.

Jalan terbaik? Well, I don't have to answer this question because it is too lame. Adakah maksud peluang adalah membiarkan mereka berleluasa dalam komuniti kita sehingga kita alpa bahawa mereka ini adalah perbuatan berdosa dan dilaknat Allah SWT? Ya, perbuatan berdosa lain pun begitu juga tetapi persoalan hari ini, ya anak anak, adalah mengenai pondan. Faham tak anak-anak? Kalau faham, angkat tangan.

Dan bukan pondan sahaja yang memerlukan pekerjaan. Adakah dengan memberikan pekerjaan menjanjikan perubahan karektor dalam hidup mereka? Lets do a case study. Wifey's friend works in a company in KL. (yeah, i have a wife and she is hot) She works with this man who turns himself into a woman (secara berpakaian) after a couple of months.

Lelaki itu juga mula memasuki tandas wanita sehingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap pekerja wanita. Hakikatnya dia tetap lelaki. Kalau dibiarkan sahaja, tidakkah itu defeats the purpose of having separate labatory lavatory (thanks nani)? Itu adalah untuk menghormati maruah wanita dan lelaki sudah dikhaskan tandasnya sendiri. Apa pula hak wanita? Takkan majikan, for the sake of one man who defies kelelakiannya, sacrifices the rights of every female staff in the company?

Peluang pekerjaan dah ada, tetapi menimbulkan masalah. Adakah itu salah majikan atau masyarakat sekeliling? The choice is theirs. Always. Kenapa nak menunding jari pada orang apabila berlaku bala pada diri sendiri dek besar kepala nak meng-diva kan diri? Let the women be the diva, boleh tak? Mereka lebih berhak.

Anda tidak akan dicemuh, dicaci jika tidak menentang hakikat bahawa anda tetap LELAKI. Tiada apa yang boleh merubah hakikat itu kecuali dengan kehendak Allah SWT.

Dan cara memaki dan hamun sungguh sungguh membuktikan ia adalah dari pondan yang sanggup bermati-matian mengaku dirinya wanita. Haha.

Maka, jangan jadi emo macam pondan ok? Sorry, you are A pondan.

One female blogger aya.whitetea says this on the issue here:

Quote: ".. dibuatnyer korang mati . tapi korang dah fully transform jadi perempuan . agak2 kitaorang nak suruh lelaki ker perempuan uruskan mayat korang . nak pakai telekung kat dalam x?

lu orang pikirlah , kalo kita ni dah terpejam mata selamanya, gelap dalam tu . berseorangan . . sapa nak tolong kita , persatuan pondan tu agak2 boleh selamatkan kita ker. ??" end quote.

Dan this stupid as pig elly answered this to her:

Quote"Kalau bercakap memang senang di luahkan.. tp hati dan perasaan orang sape lah tahu... dosa,pahala,kematian,Qada & Qadar semua dari Tuhan.. tak de siapa dapat menjangka.. mcm awak.. awak tahu mati awak mcm mane?? tak tahu kan.. kalau awak mati semasa berzina?? adakah awak tahu?? awak boleh ubah benda nie?? saya paham NYAH memang teruk di mata manusia str8 sebab banyak lelaki yang handsome selalu bergandingan ngan mereka.. Mungkin itu dah suratan.. supaya anda berubah.. jaga tingkah laku sebagai perempuan.. benda2 nie semua .. datang dari hati.. muhasabah diri yee... kalau mengata orang memang tak de faedahnya.. ia akan datang dalam idup kita.. percayalah..semua itu dugaan untuk kita sebagai manusia.. So.. jaga diri anda dari mengata orang.. benda yang anda umpat keji itu akan wujud dalam idup anda..!!!" end quote.

Sungguh sungguh mamat (elly) ni jawab seorang wanita tulen dengan cara menganggap that female blogger akan turut terpengaruh dengan nafsu seperti dia dan cuba menjustifikasikan perbuatan kepondanan dia. WTF kan? Dan pikirlah sendiri cara jawabnya itu. Aku gelak jek.

Manakala ada juga yang komen menambahkan gelak aku. Tidak mudah membimbing mereka melainkan disambut caci maki dan hamun mereka dan seperti biasalah, mereka akan guna justifikasi agama dan mereka lebih mulia dari semua manusia di muka bumi ini (bagaikan skrip yang sudah disusun rapi) dan kadang kadang, aku terpikir, we need undang undang yang lebih tegas terhadap golongan yang menjaja dan membeli ini, and you dzafarrie, mesti setuju kan? Kalau takder deterrent yang lebih stern, mesti susah kan nak eliminate this social problem? Setuju?

Dan tentunya bukan kita yang menentukan taubat diterima atau tidak, tetapi kita mempunyai tanggungjawab menghalang gejala negatif ini menular sehingga satu hari nanti takder pulak 1Malaysia, tetapi 1Pondan.

And of course, be a man ok?

Salam dari klon Pak Hamid Gurkha. lols.


Saturday, June 9, 2012

#855: PERKATAAN MEMBUNUH JADI MAINAN DI LAMAN MEDIA SOSIAL



Aku pernah tulis. 

Cuba baca link berikut: 

Di laman sosial, semua nak jadik dewasa. Ya, yang merasakan diri mereka lebih dewasa pun ramai. Di laman sosial, tiada lagi batasan. Yang dah dewasa dan feeling lebih dewasa serta suka mendewakan diri pun SANGAT ramai 

Tiada lagi halangan. Jari boleh menaip apa sahaja yang mereka rasa, apa yang mereka mahu. Semuanya di hujung jari.

Kalau terlintas di kepala untuk menulis - aku nak tidur, maka tulislah ia "aku nak tidur'.

Begitu juga, kalau ditulis "aku nak membunuh", ditulislah "aku nak membunuh."

Bukan setakat peminat kpop sahaja, tetapi ia secara general. Peminat kpop adalah fanatik. Aku fikir mereka merasakan apa yang dilakukan bagi membela genre kpop ini sebagai satu 'jihad'. Kesian aku kat bebudak ni semua. Mungkin mak bapak mereka tak ambil peduli pasal anak anak mereka.

Mungkin mak bapak mereka ini merasakan apa yang anak mereka buat, lakukan sentiasa betul. 

Itu mengingatkan aku pada nasib guru hari ini. Kalau pelajar dipukul sikit, cepat cepat pergi suratkhabar, nak masuk tv, "anak saya anak yang baik." 

Mungkin mereka tak pernah dengar "pijak semut pun tak mati."

Itulah. Kita sibuk dengan dunia. Kita sibuk dengan hal nak budget duit esok nak pergi kerja, duit nak bagi anak sekolah, duit nak beli Preve, duit nak tengok wayang, duit nak beli langsir baru - raya dah nak dekat.

Semuanya dalam akal kita - duit. Kita lupa asas-asas penting - mengawal anak kita dari membuat perkara bodoh.

Twitter menggunakan lambang burung sebagai tanda niaga mereka. Ia menggambarkan kebebasan. Tetapi pengguna twitter berikut menyalahgunakan kebebasan berikut bagi mengundang kebebasan mereka dirampas.

Berikut adalah reaksi yang diperolehi dari laman sosial twitter, ekoran komen pelakon yang juga Presiden Seniman - Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi terhadap kemasukan artis luar. Bacalah sendiri.


Kalau pihak berkuasa malas, mereka boleh lakukan search di capaian ini.

 Jika dilihat mengikut peruntukan yang ada, mungkin ia boleh diklasifikasikan mengikut Seksyen 507, Kanun Keseksaan. Ia perlu disiasat pihak berkuasa. Ini bukan main-main biarpun kita anggap, "alah bebudak jek tu."

Tetapi itulah, dulu kes anak saudara aku pun Ibupejabat Polis Kulaijaya buat endah tak endah. Dan ini diakui oleh salah seorang SIO di IPD itu. IO yang ditugaskan menyiasat kes itu pun dah pindah. Dan SIO itu mengakui IO tu memang malas.

Kalau kita berterusan menganggap ini semua mainan kanak-kanak di laman sosial, tahukah pihak berkuasa, esok lusa jika berlaku ugutan yang sama dan dilakukan oleh orang dewasa serta dituduh di mahkamah, pasti peguam akan mengambil kira tiada tindakan dilakukan terhadap ugutan sebelum ini dan boleh dianggap sebagai gurauan sahaja?

Dan bagaimana kita nak bezakan mereka itu kanak-kanak dan dewasa? Baca cara mereka menulis - adakah mereka menggambarkan diri mereka kanak-kanak? Tidak kan.

Aku tetap anggap mereka itu dewasa. Kalau kita hendak tumpukan semata-mata akan golongan dewasa, maka tak perlulah kita ada undang-undang juvana mahupun Akta Kanak-Kanak 2001.

Twitter sendiri tiada batasan had umur. Begitu juga undang-undang. 

Memandangkan mereka menganggap laman sosial sebagai ruang kebebasan, maka perlulah tindakan dilakukan, jika tidak, berleluasalah kebebasan tidak terkawal ini.

Kebetulan pula, Evidence Act sudah dikuatkuasakan sejak 1 Jun lalu. Mungkin pihak berkuasa boleh mula menguatkuasakan undang-undang itu dengan menyiasat ugutan ugutan bunuh ini.

Perkataan bunuh dah jadik mainan jek pada mereka. 

Tetapi janganlah pula pihak berkuasa menganggap ini juga mainan. 

Mereka perlu melakukan siasatan dan bawa pengguna laman sosial ini semua ke muka pengadilan. Ia akan jadik satu pengajaran - ugutan bunuh bukan satu mainan.



DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.