Sila klik gambar untuk lihat resolusi lebih besar. Sebesar kepala penganjur Bersih.
Sebelum ada yang meroyan tak tentu pasal, look, I am no cybertrooper to any labels ok? Im just telling you the truth based on my little knowledge. Kalau tak suka, please debate, tapi gunalah akal yang dibagi Tuhan untuk debate. Ohh jangan debate ala Ambiga sebab the last I read, her debate against Khairy Jamaluddin was so out of context.
First of all, kalau sebut demo kat Malaysia ni, kalau libatkan parti parti pembangkang, mesti ada kacau bilau. Now, who shall we point fingers to? Penganjur will say: "Ohh kami memang cintakan kedamaian." Statement itu dikeluarkan berkali kali seperti satu rakaman piring hitam buruk. Dua perhimpunan serupa sebelum ini sudah terbukti berlaku kacau bilau, takkan tak reti bahasa maksud serik? Kenapa tak serik?
Apabila kami, ya kami yang bukan cybertrooper untuk mana-mana label - mengeluarkan kata-kata korang memang sengaja nak kucar-kacirkan negara sebab tu taknak dengar nasihat suruh pergi stadium, salah tak kami cakap begitu dengan bersandarkan fakta, ya fakta, bahawasanya dua perhimpunan sebelum ini sudah menunjukkan kucar kacir dan budak yang belum akil baligh pun tahu, dah dua perhimpunan kecoh, mestilah satu lagi akan kecoh?
Semua orang dah bagitahu. Pergi buat kat stadium, kenapa kau pilih jalanraya jugak? Sebab nak tunjuk hebat. I think we should suggest Ambiga to Bollywood's producer.
Aku ada tengok some oppositions blog, relating the police car incident. Ada cakap perempuan Cina terpeleot bawah kereta. Aku tengok berkali-kali video tu, takde pun. Ke perempuan tu bertukar menjadi Fantastic Four, jadik flexible dan keluar sendiri? Mana perempuan tu? Suruhlah dia buat statement, suruhlah dia buat report. Tak habis habis dakyah. Aku pasti ramai yang naik muak dengan taktik - sikit sikit polis jahat. Diaorang ni memang tukang auta, tapi itulah yang orang dewakan. Baik buat jek patung, Ambiga satu, Anwar satu, Lim Kit Siang satu kat Dataran Merdeka tu, senang orang nak worship.
Lihat foto di awal posting di atas. Ungka melompat lompat atas kereta polis. Sambil itu, pelbagai objek dibaling ke setiap sudut kenderaan polis itu. Fakta ini langsung tidak ditulis blog blog pro pembangkang tak ada akal tu semua.
Cakap dengan aku, dalam keadaan terancam macam tu, apa yang korang buat? Cuba kira berapa ramai di keliling kereta itu? Ingat, mereka juga manusia biarpun dilengkapi senjata.
1. Ada lebih 20 orang menyerang kenderaan polis itu sepanjang perjalanan itu.
2. Pelbagai objek dibaling hampir ke setiap sudut kereta polis itu.
3. Seekor ungka turut melompat lompat di atas kereta polis itu namun tiada sebarang tindakbalas dari anggota di dalam kenderaan itu.Tidakkah kita menggunakan akal yang waras, terfikir, jika anggota di dalam kenderaan terbabit sebaik mendapati nyawanya terancam, melepaskan tembakan amaran? Apa pulak kata pembangkang? Polis sengaja? Of course, pembangkang akan sentiasa keluarkan satu statement yang mereka sahaja betul. Yelah, parti pembangkang kan dewa dewa dari langit. Apapun, masih tiada tindakbalas dari anggota polis terbabit.Sambil itu, perusuh di tepi kereta turut menendang kereta itu tanpa henti.
4. Lihat foto di bawah:
Sila klik untuk lihat resolusi lebih besar.
Lihat lagi sekor ungka yang dah letakkan kaki kat depan kereta polis itu. Tidakkah kita fikir, dengan menggunakan akal yang waras, ungka ini sendiri mengundang nahas memanjat kereta itu pada ketika kenderaan itu sedang bergerak? Kalau terpeleot, terjatuh, dilenyek? Salah siapa? Salah polis jugak?
Dalam keadaan ini, kita dapat lihat sendiri, perusuh ini semua sudah meletakkan diri mereka sebagai ancaman kepada anggota polis terbabit. Ingat, jika kita lihat video PDRM, sepanjang perjalanan perusuh juga membaling objek dan menendang hampir ke setiap sudut kenderaan polis ini. Pastinya anggota terbabit dapat melihat airmuka dan mendengar jeritan perusuh menzahirkan satu ancaman buat anggota dalam kenderaan ini.
5. Ramai mungkin tak sedar, pada ketika gambar pertama iaitu seekor ungka melompat-lompat di atas bumbung kereta polis ini berkali kali seperti budak kecik tak dapat aiskrim, windscreen kereta polis ini sudah retak (shattered). Pernah tak korang mengalami windscreen retak? Kalau tak pernah, pergi ambik tukul dan ketuk windscreen. Ia takkan pecah tetapi retak seribu. Ini kerana windscreen disaluti lamination. Lihat foto di bawah ini
Berdasarkan video PDRM itu, ia adalah 10 saat paling getir buat anggota polis di dalam kereta Proton Waja ini. Ohh, ada jugak si bodoh kata, kalau takut diperlakukan macam tu, jangan masuk polis. Itu statement sangat bodoh. Kami menyokong kerajaan untuk menyediakan pasukan keselamatan bukan untuk pergi jaga benda bodoh yang korang buat tu. Tetapi untuk menjaga kami dari perbuatan bodoh macam ni. Kalau dibiarkan? Lelama kita jadi Somalia.
Sepanjang perjalanan selama 10saat itu, kenderaan mereka diasak, ditendang, dibaling, dihentak, dinaiki dan dipecahkan cermin depan, kau rasa anggota dalam tu rasa seronok? Lambai lambai kat perusuh tu semua? Mereka terfikir tak ibubapa mereka, anak-anak mereka, isteri mereka? Bodohlah kau kalau fikir, mereka hanya fikir tugas jek. Mereka bukan bertugas, mereka menjalankan amanah yang kami berikan untuk jaga kami dari golongan bodoh seperti ungka ungka yang lompat atas kereta tu.
Kalau terjadi apa apa pada mereka, kau ingat ibubapa mereka tak akan menitiskan airmata? Kalau terjadi apa-apa pada anggota polis ni, kau ingat tak menitis airmata isteri/tunang anak-anak mereka?
Dalam keadaan terancam itu dan windscreen yang menafikan visibility pemandu kereta polis itu, apakah yang kita expect? Bodohlah, atau kau memang layak naik motorsikal jek sampai mati kalau kata mereka sengaja menekan minyak. Below is the video posted by PDRM.



















