Hari ini Harian Metro menyiarkan kenyataan pertama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (gambar) sejak isu pelakon, Farid Kamil mengenakan pakaian istiadat tentera pada majlis resepsi perkahwinannya.
Sebelum ini, blog ini adalah antara yang pertama mengutarakan persoalan mengenai tindakan pelakon itu memilih untuk memakai seragam ala istiadat ketenteraan lengkap dengan pelbagai peruntukan undang-undang mengapa pakaian ketenteraan bukan boleh dibuat main-main dan suka suka. Baca di sini.
Ia turut dipetik beberapa medium termasuk sebuah akhbar tabloid nyamuk - Kosmo secara terang terang melalui ruangan gosipnya memetik 'sumber ketenteraan' walhal penulis itu sendiri tahu, di mana rujukan dibuat. Menulis perlu ada usaha membuat kajian. Bukan menulis semata-mata hendak mencukupkan kolum sampah itu.
Apapun, berikut adalah kenyataan Jeneral Tan Sri PAT yang dipetik akhbar Harian Metro hari ini.
Berikut adalah kenyataan beliau yang ditulis akhbar Harian Metro hari ini.
KUALA LUMPUR: Tindakan pelakon, Farid Kamil mengenakan pakaian
istiadat tentera pada majlis resepsi perkahwinannya menimbulkan rasa
kecewa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menyifatkannya mencemar
‘kesucian’ pakaian berkenaan apabila dipakai orang awam
sewenang-wenangnya.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin
berkata, kejadian itu mendukacitakan pihaknya walaupun dengan niat tidak
memudaratkan keselamatan.
Katanya, mengikut Seksyen 25 Kanun Keseksaan, Farid boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih tujuh bulan atau kedua-duanya sekali sekiranya disabit kesalahan menyalahguna pakaian seragam pasukan keselamatan.
Beliau berkata, ATM akan meneliti perkara itu dengan
pihak-pihak lain sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap
Farid.
“Jika melihat baju seragam istiadat yang dipakai Farid, ia boleh disalah erti sebagai memperlekehkan warga tentera selepas pangkat serta lencana dikenakan di baju dan juga topi berkenaan dipakai secara ‘cacamarba’.
“Sekiranya Farid atau orang awam lain ingin mencuba mana-mana pakaian seragam ATM, mereka boleh membuat permohonan rasmi supaya cara pemakaiannya boleh diawasi pihak ATM sendiri seterusnya mengelakkan rasa tidak senang di kalangan warga tentera,” katanya selepas Majlis Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 41/2012 di Dewan Bankuet Wisma Perwira ATM, Kem Kementerian Pertahanan, di Jalan Padang Tembak, di sini, semalam.
* * * * * *

11 comments:
Setuju dengan apa yang diutarakan oleh Jeneral tu.
ternanti-natni jugak kenyataan dari ATm berkenaan isu GAY yang dikeluarkan Mazidul.
Tak kan isu pakaian Farid Kamil saja Panglima ATM nak keluarkan kenyataan?
Saya percaya lepas ni kes ni akan senyap macam tu je.....takkan ada tindakan diambil,hmmmmmmmm,kalau saya silap baguslah.
tu laa...tgk hri tu dia sanding pakai baju istiadat...pelik gak aku..dia ni ada join mana2 jwtn krjaan ke?hny tentera SAHAJA yg dibenarkan pkai bju istiadat...lain laa kalo dia mmg ada jwtn dlm tentera ni..bkn ape, kalo sorg dh bt cmni tkut yg akan dtg smua pakat nk ikut...
jangan ingat dia artis, he can do anything... eh kalau mcm tu i nak kahwin nanti dengan orang biasa2 nak lalu bawah pedang jugak lah... :)
Pernah hadiri perkahwinan sedara lalu bawah 'sword bearer' nie...bangga saya tengok...may be dia nie bangga kot...atau takder perasaan .....
daripada : (anak bekas tentera)
Harap ada tindakan dari pihak atm dan juga pdrm. Jangan hanya biarkan isu ini hanyut dibawa arus deras. Bawa fk ke muka pengadilan. Untuk pengajaran dan pedoman kepada yang lain dan generasi akan datang. Negara kita ada undang2. Jadi patuhi dan ikuti. Kalau semua adat dan undang2 dilanggar, apa nk jadi dengan Malaysia? Jangan terlalu meng"anak emas" kan retis.. if retis bole dpt mcm ni, why not public?apa pon tak bole
Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.
NASIB BADAN LA SI FARID TU, INGAT NAK BUAT LAIN DARI YANG LAIN..
NEXT ARTIS TRY PAKAI BAJU BOMBA PULAK..TAKPUN BAJU PAK GUARD...UNIFORM JUGAK APE..KEH KEH KEH
Untuk pengetahuan abang di atas ni, bomba pun ada pakaian istiadat perkahwinan. Bukan polis & tentera je yang ada pakaian sedemikian.w
Untuk pengetahuan abang di atas ni, Jabatan Bomba & Penyelamat pun ada pakaian istiadat untuk majlis perkahwinan.
Post a Comment