Thursday, November 8, 2012

#890: JURU UKUR BAHAN DITUDUH DI MAHKAMAH HINA SULTAN JOHOR


Seorang juruukur bahan, Ahmad Abdul Jalil, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru bagi menghadapi dua pertuduhan menghina Sultan Johor di laman sosial Facebook (FB).

Ahmad, 27 tahun, berasal dari Klang, Selangor, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua dua pertuduhan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagi kedua-dua pertuduhan, Ahmad didakwa menggunakan nama akaun 'Zul Yahya' bagi memuatnaik status menghina Sultan Johor.

Pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memuatnaik satu status pada jam 3 petang, 21 Oktober lalu yang tertera perkataan menghina Sultan Johor.

Pertuduhan kedua, Ahmad didakwa melakukan perbuatan dan kesalahan yang sama kira-kira jam 6 petang, 10 Oktober lalu melalui akaun FB yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan, Ahmad didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3), akta yang sama.



Tertuduh berdepan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga setahun atau keduanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga boleh dikenakan denda hingga RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan yang diwakili Ketua Unit Pendakwaan Johor, Umar Saifuddin Jaafar memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Peguam mewakili tertuduh, Mohd Radzlan Jalaludin dan Mohd Haijan Omar bagaimanapun merayu jaminan dikurangkan.

Mohd Radzlan dalam hujahnya berkata, tertuduh baru berkahwin dua bulan lalu dan sedang melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur.



Hakim Zamri Bakar membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Ahmad sebelum itu ditahan di sebuah premis di Wangsa Maju Kuala Lumpur, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.

 

Media sebelum itu turut melaporkan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Johor dan Pemuda Umno Bahagian Pulai membuat laporan polis terhadap akaun FB tersebut yang didakwa menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

* * * * * *

Nota: 1. Komen berbaur fitnah dan cacian tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Updated at 00:56 / 9 Nov 2012: 

2. Pertuduhan yang dibacakan kepada tertuduh lengkap dengan apa yang ditulis/dimuatnaik tertuduh ke laman sosial Facebook. '

3. 'Tiada rahsia' apakah yang dimuatnaik tertuduh mengikut kertas pertuduhan pendakwaan malah ia turut disebut dengan jelas dan turut difahami tertuduh ketika dibacakan jurubahasa mahkamah, namun sebagai rakyat Johor yang menghormati institusi DiRaja Johor yang dipegang sekian lama, blog ini tidak akan menyiarkan bahagian status berkenaan yang disebut dalam kertas pertuduhan. Harap maklum.



12 comments:

Matjoe said...

apa ayat dia?

abdooss said...

Oh, ini ada kaitan dengan haiwan yang pantang disebut oleh orang Melayu, cuma disebut ketika marah.
(Mana boleh sebut terus-terang, nanti tak pasal2 aku pula yang naik court.. huhu)
Orang tua-tua ada berpesan; "Sebab Pulut Santan Binasa, Sebab Mulut Badan Merasa"

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Selalu terfikir, kenapa walaupun tahu akibat jika buat perkara sedemikian, orang tetap nak buat eh?

Melepaskan tekanan ataupun sengaja mahu cari populariti?

Sigh.

Amin A. R said...

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian nan hado gunanya.........

Amin A. R said...

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian nan hado gunanya.........

GematriA™ said...

bro hazrey, kalau boleh. tunjuk la screenshot fb dia. apa yang dia tulis tuh.

sugeh said...

Demi kesejahteraan Malaysia, sudah sewajarnya kerajaan bertindak tegas terhadap tindakan tindakan biadap rakyat yang menyalahgunakan kebebasan bersuara ...
Demokrasi kita mestilah demokrasi terpimpin ... tiada kebebasan mutlak dalam dunia sebenarnya ..
Sudah tiba masanya kerajaan membendung perlakuan perlakuan sedemikian bagi mendidik rakyat agar menghormati undang undang dan perlembagaan negara ..

The Red Rambutan said...

Hidup Johor!

Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

Khamis Ilyas said...

Tulah..x ada masalah..cari masalah..

Joe Ismyl said...

Apahal mamat ni? Ishh

Jiji said...

hek elehhhhh siap taruk lagu lagi. hahaha mcm mcm perangai orang

usin said...

apalah yg sultan johor dh buat kat mamat ni sampai dia hina sultan johor dgn istilah hina mcm tu. terjentik batu dia barangkali!!!bangga sgt kalau melayu boleh hina ketua melayu mcm mamat tu buat. apa la akan jd pd melayu 20-30 thn akan dtg ye!!!

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.