Tuesday, October 30, 2012

#888: FILEM GANGSTER DI MALAYSIA

Salam Selasa dan Rabu dan Khamis.

Kita tentu sekali sudah mendengar pelbagai judul filem di Malaysia yang mengakibatkan kita akan berkata:

"Apa jadah nama filem macam ni? Siapa yang bagi judul ni?"

Ia bukan omongan. Masuklah ke twitter atau facebook, selain gathering untuk pemain pekebun Farmville dan posting "I look fat, I look ugly" yang nyata mendambakan orang memberi komen "eh taklah gemok, eh taklah comot," terdapat juga perbincangan mengenai judul filem kekadang dimomokkan hingga menjadi bahan ketawa.

Tetapi tentu sekali pengarah mahupun penerbit filem tidak ketawa ketika memberikan judul filem mereka, walaupun, ya, walaupun, kita sendiri ketawa tengok mereka. Untuk itu, kita memohon maaf sebab kita memiliki sifat natural yang mudah tergelitik pabila terlihat sesuatu yang lucu.

Berikut antara judul filem yang mungkin kita sendiri pun terfikir, diaorang ni betul ke pembikin filem?

(Senarai dari Cinema Malaysia bagi tahun 2010 hingga 2019).

1. Aku Masih Dara
2. Aku Tak Bodoh
3. Andartu Terlampau, 21 Hari Mencari Suami
4. Atuk Poie Pokan

Agaknya, ya agaknya jika di barat, filem Aku Masih Dara - Im Still A Virgin sebuah filem porno sebab ia sangat menjurus kepada itu.

Manakala, I am not stupid - ia akan menjadi filem low budget yang dibintangi Steven Seagal yang berjaya menumpaskan sebuah kumpulan mafia seorang diri. Ya, Steven Seagal memang hebat.

Andartu Terlampau, 21 Hari Mencari Suami - Ini susah sikit untuk ditranslate. 21 Days To Find My Soulmate?

Yang paling win ialah Atuk Poie Pokan. Kalau omputih tanya, kata jek ni filem French.

Itu sebahagian sahaja. Itu belum lagi filem robotik lakonan Tomok berjudul Mantera yang secara ketara meniru filem Transformers yang dianggap sebagai satu anjakan perfileman tempatan. Berapa duit depa dapat itu hari? Ramai tak pergi tengok filem ni?


Kita bercerita pula tentang filem yang menyelitkan unsur gangsterisme.

Seorang rakan twitter, Amir Hamzah (@overlord_666) menyenaraikan nama filem berikut:

1. Taikun,
2. Kl Gangster,
3. Bini-biniku gangster
4. Castello
5. Kepong Gangster

Aku bukan seorang yang optimistik untuk menonton filem Malaysia. Sungguh. Aku tak tipu sebab aku tak mahu ditipu dan diperbodohkan oleh pembikin filem Malaysia sendiri.

Tempohari aku sempat menonton filem Kongsi lakon Shaheizy Sam, bukan melalui DVD cetak rompak, tetapi melalui Astro dan bukan secara percuma kerana setiap bulan aku bayar yuran langganan.


Oh, kebetulan Editor portal hiburan ohbulan.com bertandang ke rumah aku, dan aku sempat memberi komen aku yang tak seberapa tentang filem itu.

Aku tengok kutipan filem ini adalah RM8.09 juta mengikut web Cinema Malaysia. 

Jika tanya pada aku, aku tak nampak nilai estetika pada filem ini. Ia satu filem yang mundur. Mundur kerana mengetengahkan fitrah serong manusia apatah lagi kita beragama Islam kerana ia sebuah filem berunsur gangsterisme. 

Satu lagi, cara skrip diolah begitu murah dan memperbodohkan penonton. Aku tak tahu apa yang menjadi tarikan pada filem ini tetapi my take on this flick is - its a lousy movie. 

Pada kala kita didedahkan dengan pelbagai filem Hollywood, kita dimomokkan dengan filem seumpama ini. Pasti ada yang pertikaikan ayat aku ni, kenapa nak bandingkan filem kita dengan filem Hollywood? Habis nak bandingkan dengan filem apa? Nigeria? Somalia? 

Maka, kalau aku tak boleh bandingkan dengan Hollywood, apa benchmark kita? 

Apakah benchmark kita diaraskan pada filem yang sudah memperolehi kutipan tinggi? Begitu?

Lihat Top 10 dari Cinema Malaysia:

KL Gangster - RM11.74 juta
Ombak Rindu - RM10.90 juta
Hantu Bonceng - RM8.53 juta
Ngangkung - RM8.18 juta
Kongsi - RM8.09 juta
Khurafat - RM8.08 juta
Hantu Kak Limah Balik Rumah - RM7.90 juta
Adnan Sempit - RM7.66 juta
Hikayat Merong Mahawangsa - RM6.50 juta
Lagi-Lagi Senario - RM6.33 juta

Dalam filem kongsi, perkara paling ketara bagaimana aku diperbodohkan ialah, ketika Shaheizy Sam melarikan diri dengan keretanya, dia terserempak satu sekatan jalanraya. Dia memandu sebuah kereta menggunakan nombor pendaftaran tempatan.

Dia berhenti seketika sebelum merempuh sekatan jalan yang dibuat pihak polis.

Pada ketika itu, kedengaran satu dialog ".. seorang lelaki Thailand memandu sebuah kereta ..."

Bila masa polis tu tahu Shaheizy Sam warga Thailand? Apakah produser atau pengarah mahu gambarkan polis memiliki kuasa psikik boleh meneka dalam kesamaran kulit sawo matang yang hampir sama dengan orang Malaysia mudah dicam sebagai warga Thailand?

Masa dialog itu keluar, aku gembira dan melompat tepuk tangan sebab ini satu lonjakan paradigma buat PDRM. Mungkinkah tercetusnya dialog itu, penonton terpengaruh dan pada masa akan datang berkata "encik polis, saya tengok filem Kongsi, polis tengok sekali jek dah tahu orang tu warganegara mana."

Apakah perasaaan encik polis di realiti hidup kita? Meluat? Menyampah? Harap tak ramai anggota mahupun pegawai polis menonton filem ini kerana pasti mereka akan berkata-kata dalam hati. 

Sepanjang filem itu, aku tak nampak apakah yang ingin disampaikan. Ia bukan filem. Ia satu hiburan semata-mata, tiada mesej, tiada apa langsung dalam filem itu kecuali paparan pelakon wanita dan lelaki yang menjadi gilaan ramai. Itu sahaja. 

Kita tanya, apakah tujuan kita mahu menonton filem tempatan? 

1. Kerana saya mahu melihat aktor berbadan sasa yang membuatkan saya cair, berlakon?
2. Kerana saya selalu letak gambar aktor ini sebagai avatar saya maka wajiblah saya tahu lakonan terkini dia.
3. Saya blogger dan saya suka benda free, kebetulan saya dijemput, dapatlah saya menulis betapa hebatnya  filem itu walhal sepanjang menonton tu, kepala saya dok pikir "lepas ni kalau aku letak gambar aku dengan artis ni dan itu, mesti ramai melopong. Baru kau tau aku ni bukan sebarang blogger tetapi blogger bergambar dengan artis!"
4. Kerana itu hari saya nampak aktres tu bergambar berkemban dalam filem tu dalam blog dan akhbar, saya nak tengoklah betul ke dia berkemban, putih ke idak.
5. Sebab saya temankan girlfriend saya. Kami tak tahu kisah apa jadik dengan hero filem tu sebab saya sibuk jalankan usaha untuk close deal dengan girlfriend saya dalam kegelapan pawagam. Saya ingatkan handphone jek sesentuh, dia pun. Saya janji saya kahwin dengan dia, itu saya kata kat dia sebelum saya pergi jumpa girlfriend lain.
6. Raya itu hari saya malas sedara ramai sangat datang takut diaorang tanya bila saya nak kahwin walhal saya ni pengkid, jadi saya belilah tiket wayang. Bigot - kata @dellidrus. 

Semacam ada satu pesen di Malaysia ni. Kalau filem gangster laku, semua orang buat filem gangster. Gangster, gangster and gangster. Ia semacam its the way of life. Kalau mahu jadi cool seperti pelakon ini, aku mesti jadik seperti karektor dalam filem itu.

Lihat frasa dialog Lu Langsi Lu Mati. Ia turut menjadi mainan di bibir remaja terutama pelajar sekolah. Tak percaya, pergilah tanya mana-mana pelajar. "Bro lu tau tak Lu Langsi Lu Mati?" 

Kalau dia tak tahu, itu mesti peminat filem Twilight. Maafkan dia. 

Kalau kita ingat tentang KL Gangster, ia mengundang kemarahan pertubuhan Pekida. Filem itu berkisah tentang survival segelintir anak muda yang hidup di tengah kepesatan ibu kota, akhirnya memilih jalan hitam sehingga terjebak dalam kancah sosial dan gangsterisme.

Pekida marah sungguh masa itu. Sampaikan terpaksa melakukan satu perjumpaan antara pembikin filem dan orang kuat mereka. Aku tak mahu sentuh mengenai Pekida tetapi pada aku, ia sekaligus melonjak curiousity penonton untuk melangkah ke kaunter tiket pawagam.

Hasilnya? Hampir RM12 juta kutipan! Kaya kau.

Fahami ini - pelakon kecintaan kita berlakon dalam filem gangster. Kita suka dia. Tapi dalam filem itu dia jadi jahat. Jahat sejahatnya. Dan seperti lazimnya, sebagai justifikasi pembikin filem, pada akhirnya, si jahat jadi baik, balik ke pangkal jalan. 

"Masyarakat perlu faham jalan cerita ini di mana kami ada paparkan bagaimana si jahat jadi baik pada penghujung filem itu," mungkin kita kedengaran akan justifikasi seperti ini di kalangan pembikin filem. Dan ohh, jangan dikritik, nanti kita dikata dengki, busuk hati, busuk kaki, cagu, kurap, kudis. Template.

Aku nak tanya, berapa peratus si jahat tu jadi baik dalam filem dua jam lebih tu? Berapa peratus pula kejahatan si pelakon pujaan itu dalam filem itu?

Apa yang aku katakan ini bukan omong kosong. 

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye pernah menegur filem KL Gangster selepas ia dilancarkan.

Dan beliau pun bukan bercakap kosong. 

Pada 2002, yayasan berkenaan membuat kajian bertajuk 'Delinkuensi Juvana' mendapati program televisyen mempunyai pengaruh besar terhadap remaja.

“Ini menunjukkan remaja mudah terpengaruh dengan media massa, malah kira-kira dua kali ganda responden mengakui terpengaruh dengan watak di televisyen,” katanya dalam kenyataannya.

Sehubungan itu, MCPF mencadangkan filem yang bakal diterbitkan diberi perhatian khusus, terutama membabitkan unsur positif yang boleh membantu mendidik remaja.

Lee berkata, sebagai contoh, filem KL Gangster arahan pengarah muda, Syamsul Yusuf dibimbangi memberi implikasi negatif kepada penontonnya. “Tajuk filem itu sudah memberi satu persepsi negatif terhadap keseluruhan filem, apatah lagi ketika kadar jenayah membimbangkan,” katanya.

Tentunya, pandangan orang kuat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia itu dipandang sepi, jikakan tidak, tentu pembikin filem akan lebih berhati-hati kerana selain $$$, mereka juga perlu ambil kira tanggungjawab mereka kepada masyarakat.

"Delikuens Juvenil dipecahkan kepada dua kategori oleh Klaus Boehnke and Dagmar Bergs-Winkels (2002). Kategori pertama yang diutarakan adalah kewujudan kumpulan penentang atau 'oppostional groups' dalam masyarakat. Konflik wujud antara kumpulan ini yang terdiri dari juvana dan masyarakat dewasa akibat dari keinginan golongan muda untuk menunjukkan status dewasa mereka." (Author: Nagathisen Katahenggam)

Nagathisen turut menulis setiap aspek pemberontakan yang ditunjukkan oleh juvana adalah disebabkan faktor-faktor yang dialami mereka dalam kehidupan harian. Transformasi dari kehidupan kanak-kanak ke alam dewasa memberi cabaran kepada juvana, perubahan dalam diri dan pemikiran akan menyebabkan remaja mengalami konflik dalam kehidupan.

"Remaja pada masa transformasi ini akan cuba untuk mendapat satu identiti diri untuk menempatkan mereka dalam suatu golongan masyarakat dan mempraktikkan norma-norma yang diterima oleh golongan masyarakat tersebut. Contohnya seperti remaja cenderung untuk membentuk klik-klik mereka sendiri dengan nilai-nilai sama antara mereka."

Familliar? Ya. Itulah ditonjolkan dalam filem kita. Secara tidak langsung ia mampu mempengaruhi cara membuat keputusan dalam hidup mereka agar tidak tercicir dalam kumpulan masyarakat. Bagi mengelak mereka 'detached' dari kumpulan utama atau klik klik seusia, mereka akan mula kreatif dan menganjak diri mereka ke arah itu.

Kita sendiri tahu filem Tamil banyak papar gangsterisme. Ini bukan benda baru. Cubalah sesekali tengok mana-mana filem Tamil. Kalau tak ada parang, tak ada tendang terajang, tak ada libas libas, itu bukan filem Tamil. 

Ia diakui mempunyai pengaruh negatif terhadap kaum itu.

Pada tahun 2010,  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk T Murugiah berkata JPM akan mencari mekanisme untuk memantau kemasukan filem Tamil berunsur ganas yang dikatakan mempengaruhi masyarakat India di negara ini.

Untuk rekod, bulan ini sahaja, aku sendiri berada di Mahkamah Tinggi Johor Bahru untuk mendengar keputusan kes bunuh melibatkan dua lelaki India.

Pada 16 Oktober lalu, mahkamah itu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penganggur selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki pada Oktober 2010 di Taman Seri Saujana, Kota Tinggi, Johor.

Tertuduh melepaskan dua das tembakan dari jarak dekat terhadap terhadap mangsa.  

Manakala hari ini (Selasa), seorang tukang kimpal biarpun terlepas tali gantung, dikenakan hukuman penjara 20 tahun kerana disabitkan kesalahan membunuh tanpa niat pada 22 Ogos 2010.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di depan wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah di mana tertuduh menikam beberapa kali mangsa.

Terkini, filem Farid Kamil, Pe3. Ia sekali lagi mengundang reaksi dari Pekida. Aku sebenarnya pelik, kat Malaysia ni dah takde modal lain ke selain filem gangster? 

Aku tak mahu kata Pekida toksah sibuk tetapi aku lebih mudah untuk kata, apa dah tak ada modal cerita lain ke selain gangsterisme? Apa yang berlaku dalam filem tak sama dengan realiti. Tanyalah pada mangsa gangsterisme. Tengoklah parut pada badan, tangan mereka. 

Tak sama. Apa yang dipapar dalam filem, di penghujungnya kelak, si jahat insaf. Si jahat pakai kopiah. Sekali lagi, itu ke mesej positif? Yang tak dikata berapa peratus mesej negatif dalam filem tu?

Aku pasti, Bahagian Pencegahan Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian, Polis Diraja Malaysia tentu setuju, cukup-cukuplah filem gangsterisme tu. Bayarlah lebih sikit pada scriptwriter, mesti bermutu nanti. Kalau bayar pelakon semahal rumah banglo di Damansara sekalipun kalau skrip murah, memanglah tak ada kualiti.

Maka, akhirnya nanti kita berbalik kepada: "saya tengok filem tu sebab aktor kesayangan saya berlakon." Itu sahaja. (dan oh, kita akan menipu diri sendiri dan post di facebook, baguslah filem tu walhal kalau aku tengok, mesti aku dah dihalau awal awal sebab dok kata wtf wtf wtf).


26 comments:

skulluv said...

tengok filem sebab sedang mencari filem yang terbaik di mata. boring tengok filem P.Ramlee tiap-tiap minggu sepanjang tahun. bukan kata tak best tapi menanti yang terbaru yang boleh lawan filem dia.

:)

Azrul Hisham said...

dah lama tak tengok movie Melayu...

Faerie_Princess said...

salam.
sy setuju sgt pendapat hazrey. gangster, gangster, gangster.. berturut filem melayu gangster. tiap bulan mesti ada at least satu.. tgk trailer jer dh muak.. kalau x gangster full, sure cerita rempit.. mcm dh xde genre lain nk buat..

norinaomar said...

dah lama tak tengok movie,sebab perkara inilah..

tokey filem kata, lu bikin filem gangster2, gadoh gadoh la..sekarang semua orang suka maa..maka keluarlah filem2 yang sebegitu.

lepas ni trend genre apa pulak, tunggu jelah

ayobkelubi said...

aku tunggu filem malaysia yang macam dead poet society.

kalau ada yang berani buat lah.

una berry said...

sekarang bukan ada keluar lagi filem2 seumpama itu? aku bukan pailang lah dan tajuk2 seumpama itu.sungguh menjengkelkan

Azlan Strider said...

puh..panjang betul entry bro but worth it membacanya..hehe..pada pendapat saya untuk menerbitkan sebuah filem aksi tak semestinya ia perlu membabitkan gangsterism..kalau penerbit malaysia lebih kreatif mesti dorang dapat hasilkan filem aksi tanpa pelu banyak membabitkan gangsterism..

Regards,
-Strider-

LoveShak said...

Gangster, cinta, hantu.. gangster, cinta, hantu... Gangster, cinta, hantu... ulang sampai kiamat.

ArtForAuction said...

Actually, if you see through the trend of filmmakers in Msia--first it's horror, then it's comedy, and now it's action.

mungkin penerbit ni nampak trend orang kita suka pergi wayang tengok cerita action barat, so dia pun buat cerita action versi malaysia.

sebelum kedatangan zaman Yusuf Haslam, isteri dan anak-anak, filem action tak banyak sebab masa tu penerbit belum cukup $$ dan talent untuk develop stunt dan CGI yang setaraf hollywood. now dah boleh. I see the action scenes, are quite good lah. takde kereta buruk meletup atau api CGI yang macam taraf kelas Flash 101. haha

cuma silapnya di sini: CGI dah cantik, stuntman dah ada skill, pelakon dah ok, cuma jalan cerita tak ada variasi. balik-balik gangster "sebab itu yg khalayak nak tgk". salah. khalayak nak tengok ACTION, bukan gangster.

Cadangan saya ialah buat cerita action tapi heroic. cerita hero inspektor yang selamatkan gadis hilang ke, sarjan tengah perang dengan alien ke. scrap the gangster alltogether. not even one gengster. boleh?

Mungkin bila lambakan cerita action versi kepolisan/unit beruniform kuranglah remaja nak masuk gangster dan ramailah nak masuk polis lepas habis sekolah. ye dak?

Hazrey said...

ArtForAuction:

Saya setuju, kita dah ada teknologi (biarpun agak mahal), kita pun dah ada stuntman yang bersedia untuk melompat, terjun dan saya sangat yakin, kita ada ramai penulis skrip yang baik serta pengarah yang baik.

Bikin filem adalah satu pertaruhan, tidak seperti drama yang sudah sedia dibayar. Filem, kalau tak laku, rugi. Itulah pertaruhan mereka.

Maka, konsep di Malaysia ialah: kita buat jek apa filem yang laku. Kalau gangsterism laku, kita buat filem gangsterisme banyak banyak.

Tanggungjawab sosial bukan persoalan. Persoalan ialah pulangan.

Maka, kitalah menjadi mangsa kerana 'terpaksa' terima filem filem itu.


zennaya said...

saya memang dah banned lama filem2 melayu tak taula sejak bila. Balik2 muka yang tu je la yang jadi pelakon. Sumernya berkonsepkan gangster. Tengok trailer kat tv pon dah muak,apatah lagi nak bazirkan duit nak pi tonton kat pawagam pulak. Itu belum masuk drama TV lagi espeacially drama kepolisan kat RTM. Byk x logik daripada logiknya. Saya sarankan En Hazrey tgk drama Roda-roda KL ngan Skuad Metro...

The Red Rambutan said...

Bro, siapa boss dia? Tauke syarikat pembuat filem tu?
Tauke tu sendiri ada bercakap di dalam Melodi dulu "Apa yang penting ialah untung rugi".

Dan katanya dia telah membantu menaikkan ekonomi orang Melayu, orang Melayu dapat puluh-puluh ribu, dia dapat puluh-puluh juta.

Apa nak dikata????

babyarisha said...

agk sukar tuk sy menonton filem melayu sbb partner wayang (laki) sy tak suke cite melayu.. katanya boring n kdg2 action-cgi nmpk sgt kartun nyer. (ade 1 wyg melayu yg sy n laki dok gelak2 sbb nmpk katun tp org lain dlm wyg kusyuk je nonton). sbb nak2 plak skg lepas 2-3mgu sure kuar astro first. so rugi je tgk kt wyg (tak tgk pun astro first tuh)
tp ade kengkawan sy yg nak tgk cite melayu sbb hero ensem, bdn sasa, actor of the year, heroin peberet etc.. buat sy terpikir (tgk wyg sbb cerita ke sbb hero/heroin?)
1 je wyg melayu yg buat sy terlekat terus kt otak/hati : Filem BUNOHAN.

Rumah Buku said...

harga DVD sekarang dah jadi RM 6 satu, itu cetak rompak punya di Batu Gajah Perak, cina DVD akan tanya ' alo kawan ini celita baru banyak syok' Hantu Bonceng!!! mati hidup balik aku tak akan tengok cerita2 yang sampah macam nie. bukan semua cerita barat tak ada yang sampah, tetapi ada yang gred A, dari pada bayar RM 6 untuk beli sampah dah aku akan buat dialong sendiri dalam hati ' Bodoh orang buat filem ini, ini macam cerekarama dalam TV3 yang free tu" lebih baik jangan tengok. lepas tu sakit hati berhari2 (kesan dari aku ambik CD hantu bonceng kat rumah mak aku) dan aku fowardkan cepat supaya cepat abis cerita itu. satu lagi hal PEKIDA nie, sudah sudah la, KGB, FBI, CIA, Harun Salim Bachik, Osama tak pernah marah pun bila orang tuduh diorang korup ka, ada jalur sama ka, panggil diorang abg ngah atau bang long ka! sudah sudah la, orang makin bijak dan faham strategik tu. kesimpulannya. mintak maaf banyak banyak aku rela bayar DVD cetak rompak untuk tengok cerita gred A dari tengok cerita yang 'menjual nilai bodoh tahap masukkan kaki kemulut sendiri' . sekarang artis kena tahu kenapa mereka dihina. kerana mereka tidak mengunakan otak ketika bekerja. Maaf artis Malaysia agak kasar bunyinya tetapi itulah hakikatnya!

i'm shin... i'm inesen said...

bukan xmo menyokong filem tempatan.. nengok tajok jer dah mcm nengok sampah tepi longkang.. tu lom lagi nengok gaya dan cara lakonan pelakon filem tersebut.. moral of the story.. dari bazirkan duit beli tiket tu.. baek masukkan singit dalam tabung derma~

Syafiqah Mohamad said...

Tak tahu nak cakap apalah tapi memang setuju lah dengan entri kali ni. Sebab rasanya tak semua berpendapat macam tu sebab kebanyakkan rakyat Malaysia suka filem macam tu. Memang sakit hati lah dgn filem sekarang dah lah tak kualiti, tahu nak untung je. Filem yang boleh diketengahkan, haram nak untung apatah lagi rakyat Malaysia nak tengok. Sampai bila lah mereka takkan sedar kalau semua pengarah nak buat filem serupa macam ni. Hantu, rempit, gangster. Deym!

tsyhll said...

Apa kata buat remake cite hollywood macam the departed ke? Even hollywood pun remake cite ni from hong kong movie.

Cite pasal corruption police pulak. Memang aa pedas, tapi benar.

uMMy_aiSYah said...

Hahaha..seyes sangat bagus bila dapat baca isi hati dgn kapla otak sendiri yg sekian lama nak diluah tapi xterluah2..huhuhu..bagusss

Rasanya deme tahu tipikal sgt ikut trend filem barat yg tgh up Sbb fulus mey..suma buat keje pn nak gaji, buat filem pun haruslah sbb nk collect as much money as they could..

Malang masyarakat Malaysia suka pulak meng'trend'kan kisah dlam filem dalam kehidupan seharian. Padahal Kes sebenar sblm difilemkan xseparah selepas difilemkan.

Pengaruh buruk. Senang cakap bahasa kurang ajor I, BUDUH.

Ami Scott said...

Filem Melayu memang lama tak tengok sejak zaman Sembilu lagi...masa tu aku sekolah menengah dah boleh beza filem bermutu ngan filem cuma nak jual muka artis je...Tapi yang paling aku pelik orang yang boleh brained filem tak berkualiti ni...dok cakap sedap la, best la...aku tengok cam sampah...mentaliti kebanyakan orang Malaysia memang fail...lagi aku menyampah golongan yang tengok soap opera Indon ngan Melayu kat TV...ntah hape yang best aku taktau ler...

Khy~Nur said...

setuju dgn pandangan yg diutarakan...

bila kita lihat iklan di Astro budak kecik duk cakap "kenape awak nangis? x boleh carik makan? blabla..." akan buat kita tertanya...

adakah cetak rompak yg membunuh industri seni, ataupun industri itu sendiri yg membunuhnya?

secara jujurnya, kalau filem yg berkualiti, setakat RM29.90 untuk satu DVD tidak akan menjadi hal, kerana kita mahu kualiti dan menyimpannya dengan lama, malah kalau keluar Blu-ray pun kita sanggup beli...

filem2 yg mencecah international box-office harus dijadikan benchmark...barulah kita boleh melihat kemajuan dalam industri perfileman kita...

kesumahearty said...

saya setuju dengan komen hazrey mengenai cerita kongsi.... mmg xde ape2 mesej pun... x best langsung...terutama kat aksi kejar mengejar kat jalan raya... tak laju pun kete tu uhuuh....lagi satu, xde ape2 yang perlu dihayati...rugi sangat kalau tgk kat wayang...naseb bek sy tgk online jer kat youtube... tu pun rase rugi gler coz tgk citer yang xde ape2 makna hampir 2 jam...ermmmmmmmmmm pasal citer lain seoerti yg disenaraikan tu, saya x tau...coz x tgk.......

soulvator said...

hiburan akan tetap jadi hiburan.. kita pilih hitam atau putih.. kalau nak dua-dua nnti mesti jadi kelabu.. dan satu lg perkara,anda adalah penerbit yang kurang bijak jika menghasilkan filem mael lambung dengan kos yang sama filem james bond..
Jauh sangat plot Mantera ngan Transfomers tu..Mmg di akui kualiti CGI n animasi sgt rendah but salute for the effort n keberanian..
Tapi salah satu punca kegagalan Mantera ni sbnrny identiti watak yang baru dicipta..

Muhamad Sazuan said...

betultu..gangster3. bini2 ku ku gangster la..nnek2 ku gangster la..atok,makcik,jiran..sume nak gangster...nk suro sume rkyat mlaysia jdik gangster ke ape..

Amirah Azri said...

SOKONG sgt yg ni! asek2 gangster sampai budak2 skolah pun ikot. heih

WatauWaToccy said...

Payah nk jumpa pilem buatan mleysia nih yg berat.. yg berilmu.. suma yang ada cam main masak2.. main pondok2 jek.. Rasa cam diperbodohkan pun ada jugak

Rei said...

nak quote ckit dari
ArtForAuction

cuma silapnya di sini: CGI dah cantik, stuntman dah ada skill, pelakon dah ok, cuma jalan cerita tak ada variasi. balik-balik gangster "sebab itu yg khalayak nak tgk". salah. khalayak nak tengok ACTION, bukan gangster.

khalayak memang nak tengok filem gangster....
kalau khalayak tak mau tgk filem berunsur gangster.... dah terang terang tajuk dia "KL Gangster" besar terpampang lagi nak pegi tgk..lain la kalo tajuk dia KL Action pastu penuh unsur gangster memang tak patut la....

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.