Sunday, September 30, 2012

#882: REMAJA DAN ROGOL


Setiap hari apabila kita membuka akhbar, kita terbeliak mata dan menggelengkan kepala akan berita yang dipapar.

Well, selain kisah selebriti yang memiliki seorang kekasih baru menjadi paparan muka depan dan lebih penting dari kisah Bajet 2013, kita juga diberikan kisah rogol, rempit tak sudah sudah, pembunuhan menggunakan parang yang sangat kejam melangkaui natijah kemanusiaan. 

Dan mereka ini tak perlu lagi dipanggil manusia sebaliknya sepatutnya meletak jawatan sebagai manusia.

Kita juga lihat, apabila diajukan soalan soalan akan kebimbangan kita, kita akan diberi jawapan jawapan bersifat jangka pendek dan sementara.

Kita kurang berfikir untuk melaksanakan solution di peringkat akar umbi atau puncanya agar dapat dihasilkan satu tindakan penyelesaian yang bersifat kekal.

Kalau dulu, hukuman terhadap pelaku kesalahan adalah cara penyelesaian bagi mendidik pelaku kesalahan dan memberi iktibar kepada orang lain. 

Contoh kepada jenayah rogol. 

Kita lihat dan kita mahukan satu hukuman atau penalti yang secara jelas dapat menghukum pelakunya agar ia memberi iktibar atau pengajaran kepada mereka yang mahu melakukan jenayah yang sama.

Di Malaysia, seksaan terhadap pelaku rogol mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, adalah penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah dikenakan sebatan.

Manakala memasuki subseksyen mengenai rogol perempuan di bawah usia 16 tahun, hendaklah diseksa dengan penjara tak kurang dari 5 tahun dan tak lebih dari 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Dan ya, kita juga marah akan keputusan mahkamah yang membenarkan rayuan seorang pemain bowling, Noor Azifal Azizan bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 5 Julai 2011 yang memerintahkannya berkelakuan baik selama 5 tahun dengan ikat jamin RM25,000.

Mahkamah mengambil kira beberapa faktor termasuk kewujudan hubungan seks atas persetujuan bersama antara tertuduh dengan gadis berkenaan.

Untuk rekod, pelaku dalam kes ini, mengaku bersalah terhadap tuduhan terhadapnya.

Manakala satu lagi kes, Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu,membebaskan seorang juruelektrik dengan ikat jamin RM25,000 dan bon jaminan berkelakuan baik atas tuduhan merogol gadis bawah umur.

Dalam kes tersebut, Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, yang dihakimi mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol teman wanitanya berusia 12 tahun, tahun lepas, setelah mengambil kira faktor usia tertuduh yang masih muda dan ini merupakan kesalahan pertamanya

Bagi kedua-dua kes di atas, banyak pihak menyatakan kemarahan dan kekesalan terhadap keputusan ini. Tetapi kita tak nampak lagi mana-mana pihak yang menyatakan pandangan, perlunya kita lihat kepada punca atau source kepada kejadian seumpama ini. Teruskan membaca.

Sebelum kita bercerita lanjut, berikut definisi rogol mengikut wikipedia.

Definisi rogol berbeda-beda dan walaupun rogol lazimnya bergantung kepada sama ada ia atas kerelaan atau tidak ketika perlakuan itu, perkataan 'kerelaan' berbeda beda. Orang bawah umur, lazimnya dianggap terlalu muda untuk membenarkan perhubungan seks dengan orang lebih dewasa (rujuk seks statutori). Kerelaan juga dianggap tidak sah jika diperolehi ketika didesak, atau diperolehi dari seseorang yang belum memiliki kemampuan untuk memahami perlakuan itu atau kesannya, berikutan faktor usia muda, gangguan mental atau dipengaruhi dadah.

"In the 50s BC, the Epicurean poet Lucretius condemned rape as a primitive behavior outside the bounds of an advanced civilization, describing it as "a man's use of violent force and imposition of sexual impulse."

Beberapa kes selepas itu, sedikit menganggu kehidupan kita apatah lagi ia melibatkan gadis yang berusia 13 tahun. 

Sebelum kita pergi ke satu kes baru-baru ini, kita lihat petikan berikut:

"In the England and Wales, section 5 of the Sexual Offences Act 2003 creates the offence of "rape of a child under 13" and contains no reference to consent. After describing the sexual act the offence prohibits, the explanatory notes to the Act say "whether or not the child consented to this act is irrelevant."

Ia senada dengan peruntukan di negara kita melalui Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan, "sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak, apabila perempuan itu di bawah umur enam belas tahun."

Di Russia, peruntukan undang-undang menghukum pelaku seks terhadap perempuan berusia bawah 18 tahun untuk dipenjara antara 8 hingga 15 tahun dengan tindakan lanjut menyekat kebebasan pesalah hingga dua tahun dan berdepan kemungkinan dilarang untuk menjawat sesuatu jawatan sehingga 20 tahun.

Maka adakah kita terkhilaf? Adakah tak cukup peruntukan undang-undang di negara kita? 

Pejabat Peguam Negara tidak berdiam diri terhadap perkembangan ini. 

4 September lalu, Tan Sri Ghani Patail berkata Jabatan Peguam Negara memandang serius kedua-dua keputusan mahkamah tersebut dan berpendirian bahawa kes rogol menghendaki hukuman deteren dikenakan untuk menunjukkan kebencian dan ketidaksenangan masyarakat terhadap perbuatan jenayah hina sedemikian.
 
"Jabatan ini berpendapat bahawa kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, terutamanya kesalahan yang melibatkan mangsa kanak-kanak, yang pada hakikatnya meningkatkan keseriusan kesalahan tersebut, bukan suatu kesalahan di bawah hal keadaan yang meringankan dan bukan kes yang mewajarkan budi bicara mahkamah di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah digunakan, tidak kira sama ada pesalah merupakan pesalah kali pertama mahupun pesalah muda," katanya.
  
Abdul Gani berkata secara prinsip dan moralnya, seseorang yang melebihi umur 18 tahun, terutamanya yang dikenali dan dipercayai oleh mangsa kanak-kanak tidak wajar mengambil kesempatan terhadap seseorang kanak-kanak kerana kanak-kanak pada usia bawah 18 tahun masih belum mencapai kematangan yang sewajarnya.
  
Katanya, walaupun dikatakan terdapat keizinan daripada seorang mangsa kanak-kanak bagi sesuatu perlakuan seksual, namum kesahihan keizinan tersebut perlu dipersoal memandangkan usia dan ketidakmatangan fikiran kanak-kanak tersebut.
  
"Pada hakikatnya, adalah mustahil seorang kanak-kanak yang belum matang fikirannya dapat memahami kesan dan akibat keizinan yang diberikan untuk membolehkan suatu keizinan yang berkesan di sisi undang-undang," katanya.
 
Abdul Gani berkata kes jenayah rogol terhadap mangsa di bawah masing-masing umur 16 dan 12 tahun kian menurun.
  
Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pada tahun 2009, kes rogol melibatkan mangsa bawah 13 tahun ialah 281 kes, sementara yang melibatkan mangsa antara 13 dan 15 tahun ialah 1,767 kes.
  
Statistik ini menurun kepada 1,777 kes pada tahun 2010 (214 kes bagi bawah 12 tahun, 1,563 kes bagi 13 hingga 15 tahun), dan seterusnya kepada 1,652 kes pada tahun 2011, iaitu 202 kes melibatkan mangsa berumur bawah 12 tahun dan 1,450 melibatkan mangsa berumur antara 13 dan 15 tahun.
  
Setakat Julai tahun ini, jumlah kes rogol statutori yang dilaporkan ialah 859 kes, iaitu 109 melibatkan mangsa bawah 12 tahun dan 750 kes melibatkan mangsa berumur 13 hingga 15 tahun.
 
"Salah satu faktor penurunan tersebut ialah hukuman berat yang telah diperkenalkan pada tahun 2007 dan dilaksanakan dengan sewajarnya oleh mahkamah setakat ini," katanya
.

Kita mengambil kira faktor hukuman berat terhadap pelaku, itu sedikit sebanyak mungkin dapat mencegah perbuatan, namun statistik 859 kes sehingga Julai lalu tidak boleh dipandang remeh.

Tetapi pada satu pihak lagi seperti jabatan dan agensi terlibat melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, apakah langkah jangka masa panjang yang perlu dilaksanakan bagi mencegah jenayah ini?

Kita lihat petikan berita yang ditulis seorang sahabat di Harian Metro Johor Bahru, Salman Hamat dan turut dipaparkan di Berita TV9, Rabu (26 Sept) lalu.

Terpengaruh dengan video lucah di Internet dan gagal mengawal nafsu, seorang gadis berusia 13 tahun rela menjadi hamba seks tujuh lelaki dewasa, termasuk beberapa penjawat awam, sejak awal tahun ini.

Gadis itu dikatakan rela diratah tujuh lelaki berkenaan secara berasingan dan mengaku mengadakan hubungan seks sebanyak 5 hingga 10 kali dengan setiap lelaki itu walaupun baru beberapa hari berkenalan di Internet tanpa memikirkan risiko menimpa dirinya.

Malah, disebabkan ketagihan seks, gadis itu kerap ponteng sekolah untuk bertemu lelaki berkenaan sebelum melakukan hubungan seks di beberapa lokasi seperti hotel bajet atau rumah sewa tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Seorang guru kaunseling yang membongkar kisah gelap gadis itu menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru dan JKM berjaya mendapat perintah Mahkamah Kanak-Kanak bagi membolehkan pelajar itu dihantar ke pusat pemulihan akhlak.

Ini perlu diberi perhatian - perintah mahkamah itu mengikut Seksyen 46, Akta Kanak-Kanak 2011 iaitu bagi Kanak-Kanak Yang Tidak Terkawal.

Dan kita bertanya, apakah si pelaku perlu diheret ke muka pengadilan? Tentu sekali. 

Tetapi apakah perancangan atau pelan perlaksanaan yang boleh diterimapakai bagi mengurang seterusnya mencegah penglibatan kanak-kanak perempuan mahupun lelaki dari terjebak ke kancah negatif ini? 

Kita perlu ingat, waktu kanak-kanak itu adalah tempoh mahu mencuba sesuatu yang baru. Apakah cukup langkah langkah hukuman semata-mata? Jika itu diambil kira, ia sudahpun berlaku. Apakah cukup kita mengubat namun tiada langsung pendekatan dari jabatan mahupun agensi terbabit, bangkit bersuara untuk menyatakan - kita mahukan kekangan atau langkah pencegahan yang lebih efektif, proaktif dan berpanjangan.

Kita tak mahu sekadar iklan di televisyen. Kita tak mahu sekadar sebaran brochure mahupun flyers. Kita juga tak mahu sekadar memberi kenyataan berbentuk politik atau hanya mahu populariti dalam arena politik.

Kita mahu ia dilakukan pada kumpulan sasaran. Berterusan. 

Sudah sampai masanya. Jangan lengah lagi.






4 comments:

azieazah said...

Hmmm apa nak komen?

Yang pasti, bila dah kena rogol yang rugi adalah perempuan. Sebab dara dah takda.

speedrider said...

sama la ngan laki. hilang teruna


#sarcasm

eLL said...

salam hazrey.
sy balik kampung minggu lepas, adik sy cerita roommate hostelnya dirogol oleh 3 orang/daripada 7 orang yang pecah masuk rumahnya nak merompak. dirogol depan maknya yang diikat. bulan 11 ni STPM. kesianlah dia, masa depan dah takde. masya allah, semoga pelaku2/perogol/perompak tersebut dihukum bunuh semuanya. hukuman itu pun tak menjamin masa depan gadis tu pun sebenarnya.

Akukah? said...

seriously, it's more than hilang dara atau teruna. sexual transmitted diseases, etc..

what's the cause? many reasons perhaps... should we just sit, watch & grieve??

perubahan can only be made possible if kita sendiri mengubah persepsi & cuba membantu sedaya mampu menyediakan suatu persekitaran /pemikiran yg sihat. mampukah??

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.