Sunday, August 26, 2012

#878: PANGGIL AI DADDY. YOU PULAK I PANGGIL MAMA.



Biasa dengar?

Bukan benda baru kan. Tapi pedih telinga sampai boleh bernanah adalah disebabkan yang memanggil tu lelaki rambut bercacak, jerawat pun belum berani nak keluar, ubun ubun pun lembik macam agar agar, sunat pun belum baik sepenuhnya. 

Manakala si perempuan pulak, bra pun belum ada saiz lagi. Masih tak boleh mendada lagi. Kalau yang tumbesaran lebih sikit, itupun mami dengan daddy yang tolong belikan bra. Duit raya dah abis buat topup nanti senang nak sms kekasih hati.

"Inilah bakal menantu mama," kata seorang budak lelaki pada ibunya, sebagaimana diceritakan oleh anak saudara aku.

Budak lelaki itu sekolah pun belum habis. Si gadis atau pada aku - budak perempuan itu baru berusia 15 tahun dan bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Ibu si budak lelaki tu gembira. Mama dan papa si gadis pun gembira. 

Baguslah dah siang siang lagi merancang. 

Ditunjukkan gambar gadis itu - aku hampir tersedak kek buah yang setiap kali orang datang, aku yang melebih makan mengalah orang datang. Rasanya penyusutan kek buah tu bukan sebab tetamu makan, tapi tuan rumah yang makan.

Tersembul buah dada yang masih tak seberapa siap berbongkok sikit, bersandaran pada kekasih hatinya yang aku pasti, bulu anu pun belum berani nak tumbuh.

Mengalah orang dah kahwin.

Kita salahkan internet. Kita salahkan twitter. Kita salahkan televisyen. 

Kalau kita mak bapak tak control anak, nak salahkan semua benda di sekeliling? 

Selalunya konotasi ibu bapak pabila dah jadik sesuatu pada anak anak ialah menyalahkan benda di sekeliling.

"Sekarang dah cium cium pipi," kata anak saudara aku lagi.

Eloklah. Esok lusa, dah boring cium pipi, nak cium mulut. Pastu dah boring cium mulut, cium benda lain pulak. Gunalah imaginasi korang sendiri.

Apabila dah terdesak esok, barulah nak kelam kabut menyalahkan semua orang. Diri sendiri tak mahu salahkan.

Adakah kita menyalahkan keadaan sekeliling? Contoh lagu Eminem, kasar, kadangkala lucah. 

Kalau kita tahu apa yang anak-anak kita dengar, adakah kita salahkan orang nyanyi lagu tu? 

Sama jugak. Kalau kita tahu anak gadis sunti kita yang baru nak memahami erti period dah pandai cium pipi dengan seorang lelaki bukan muhrim, kita salahkan drama, salahkan filem, salahkan internet?

Bebudak sekarang semua nak berangan dewasa. Walhal kita yang dah tua, rasa rugi cepat tua.

Bebudak sekarang pantang dijolok sikit. Yang sanggup berbunuh pun ada. Itu hari, siap bakar bakar lagi. 

Kita tanya, apa nak jadik, kita kata setannya budak tu, kita hembus - jahatnya. Kat belakang kita, anak anak kita berpeleseran. Ada jugak yang jadik samseng. Sampai besor jadik samseng. Sana sini nak pukul orang.

Fikirkan. Kalau taknak fikir tak apa, bukan anak aku pun tapi aku sedih sebab mereka anak orang Melayu. 

Melayu, diketahui agamanya Islam.


18 comments:

Sumandak Kinabalu said...

one word. NICE. (Y)

Amin A. R said...

Bebudak zaman skarang kan, macam2 gelaran. Mami-papi, pa-ma, baby-honey, etc. Yang paling x menahan bila berani mati guna "ummi-abbi" tapi berkelakuan tak senonoh di depan khalayak dan tersembunyi. Memalukan.

Granny Hani said...

Agree. 100% setuju dgn apa yg di kata.

Norliza Aminuddin said...

betul2.. cuba kita tegur.. melenting xmau2.. kadang2 saya yang dah kawin nie pun rasa malu ngan gelagat diorang tu.. nie lah manusia akhir zaman.. risau jugak nak membesarkan anak dgn keadaan mcm nie..

NenetPenne (NP) said...

ha ha ha..geli betul dengar kalau masih sekolah guna gantinama mama papa... alahaiii....

Audra Sazreena said...

Tu belum yang pakai "B... B..." nak panggil gelpren/boipren.. apa yang B tu pun ntah ler!!

Dah memang lumrah manusia - jarang yang nak mengaku salah sendiri - mesti orang lain yang salah. Bak kata pepatah - tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket.

Memang budak-budak sekarang sangat berani. Dan anak-anak buah saya yang dah bujang-bujang, dara-dara tu tau dorang gerenti kena libas dengan saya kalau dorang buat perangai tak semenggah macam ni. Hiks...

HamizaH said...

semuanya bermula dari rumah. dari ibu bapa :p

CPI said...

serius betul!! aku rasa sebahagian mak bapak takut anak2 diorg x laku kot, tu sbb diorg tutup mata jek tgk perangai ank2 diorg skang..

ke framily urban? eh plss la..

pastu bab papa mama ni lg la.. menanah telinga bila dengar. skolah la dulu hendaknye ntah.. spm pun x lepas lg.. spender pun mak pak belikn lagi.. dah gatal eiiiiiiiiiiii



yang anti papa+mama+daddy+mummy hingusan,

CPI

CPI said...

aku rase pengaruh tv pun ia jugak..

filem mana yang mulakan perkataan

cikaro?

mama+ papa antara couple?

bohsia yang vass?

pastu rempitt tu nampak macho n cool?

bila di tegur kata masyarakat x brfikiran terbuka la ape la..


skang tengok, masyarakat skang memang dah terbuka dan terpengaruh.. so how?


Cik Zura said...

tepat !!!!

Aimmie Qistina said...

Sarcastic but true.

Misz Sakura said...

betul tu...ada yg bru naik djh 1 sudah pndai cr couple, siap pgil mama-papa..Allah, nk tmuntah hijau rsanya bila budak2 yg sunat belum kering, period blum dtg..gatal mengalahkan org dewasa (yg dewasa kalau gatal tu fhm2 sndri la..dh boleh nikah), ini UPSR pun blum tahu lulus ke tidak sudah ber mama-papa...rosak akhlak zmn skrg ni..

Aya Yus said...

Agree... 100%..

Semuanya bermula dari rumah, dari ibu bapa. Baygkan ibu bapa budak lelaki tu dah ajar dr kecik, ngan bukan muhrim tk boleh bersentuhan, dan ibu bapa budak perempuan tu, dah bg didikan dr kecik, citer2 kotor dalam tv tk boleh tgk... adakah adegan2 'ringan' itu semudah2 itu boleh berlaku... Dan bygkan semua ibu bapa memg begitu, rasanya akan byk berkurang peratusan maksiat dan anak luar nikah.

Ianya bermula dr kita, sebagai ibu bapa ataupun bakal ibu atau bapa.

dayang Citra said...

kalau mak saya siap kena parang ler kalau tak kena lempang..

book seller said...

Assalammualaikum, Encik Hazrey, mohon mencelah sikit.. :)

Berdasarkan pengalaman sendiri, saya berusaha sebaik mungkin mendidik anak saya yang remaja agar tahu membezakan baik buruk perbuatan, lebih-lebih lagi dalam konteks hubungan sosial di luar sana. Dah diberitahu pro dan kontra. Dah diceritakan sebab musabab, dah ditunjukkan contoh yang tak boleh dijadikan tauladan. Tapi masih juga dia pilih budak lelaki yang dah banyak kali ditegah dari berkawan. Kemuncaknya, keduanya ditahan polis ketika menunggang motosikal tanpa lesen. Dan hasil urine test, budak lelaki tu positif ganja. Mujur, anak saya tak sangkut.

Dan kemujuran tu, berupa tanparan hebat bagi saya. Putus asa, pernah saya rasa, sementelah bekas suami langsung tak ambil tahu. Dah dipukul separuh nyawa, dah dibisikkan doa-doa, sampai saya sendiri hampir hilang upaya. Dah berkali juga dia keluar rumah, atas alasan tak suka dikongkong.

Saya cuba ikut kehendaknya, cuba rapat macam kawan-kawan, tapi dia tak selesa. Merayu saya sampai kering airmata berharap dia berubah, pun saya ditolaknya jauh. Kalaulah kata dikongkong, bila sesekali dia minta keluar saya izinkan dengan syarat balik sebelum malam. Dengan syarat saya tahu dengan siapa dia keluar.

Dalam sendiri macam ni saya cuba penuhi tanggunggajawab kerana tak mahu dia rasa kurang kasih sayang kerana dibesarkan seorang ibu tunggal. Dugaan betul nak didik anak remaja zaman sekarang, tapi saya taknak putus asa, kerana ia amanah Tuhan.

Kemuncak segala permasalahan ini, saya biarkan dia pilih jalan sendiri- dengan syarat selepas nama dipotong dari sekolah.. dan alhamdulillah, berkat doa mungkin, berkat sabar mungkin, dia banyak berubah sekarang ni.. saya panjangkan syukur pada Tuhan, minta dikasihani, minta dilorongkan jalan pada setiap kesulitan..

Insyaallah... :)

book seller said...

Encik Hazrey, saya percaya masih banyak lagi ibu-bapa kat luar sana yang berusaha mendidik anak-anak sebaik mungkin ketika dirumah, tapi bila keluar rumah, mereka jadi 'lupa'.. dan ya, saya juga percaya pengaruh dari luar juga sangat hebat di zaman serba canggih ini...

fifie said...

Bila makbapak pun tak larang anak nak berdakap-dakapan depan diorang kenapa salahkan anak bila anak membuncit di kemudian hari ? Budak sekarang, panggil pakwe makwe pun mama papa. Aku yang tua pun setakat awak saya.

iburafiq said...

Cuba kita kira, berapa jam sehari weekday kita sebagai ibu-bapa bekerja menghabiskan masa bersama-sama dengan anak (waktu tidur tak kira la)? Lagi2 yang jenis kerja tak menentu masa tu. Sikit sangat kan? Masa anak kita banyak dihabiskan sekeliling rakan sebayanya, tv, komputer, games dan lain2. Anak2 ni mcm kain putih. Dari dia kecik lagi, kita kena corakkan. Anak2 ni juga mcm cermin kita sebagai ibu-bapa. Bagus akhlak kita, bagus la akhlak anak, begitu juga sebaliknya.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.