Tuesday, June 19, 2012

#857: TARIAN GHAIRAH OLEH GADIS 16 TAHUN.




Sekali pandang macam screen grab dari tarian di luar negara. Tapi tak, kita sudah berjaya mengimport budaya seperti ini malah ia melibatkan gadis bawah umur.

Sekatan umur bagi memasuki sesuatu pusat hiburan adalah 21 tahun ke atas. Itu usia minimum. Itu antara syarat utama lesen pusat hiburan, iaitu tidak membenarkan pengunjung berusia di bawah 21 tahun memasuki / berada di dalam premis terbabit.

Awal pagi  2 Jun lalu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap, Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor melakukan pemeriksaan di sebuah premis hiburan di Stulang Laut, Johor Bahru.

Dua malam sebelumnya, aksi pada gambar di atas dirakamkan. Gadis pada gambar pertama yang menonggek sebenarnya adalah freeze grab ketika gadis itu sedang membuat penggerudian di atas pentas diiringi sahutan, siulan dan tepukan pengunjung serta lagu rancak.

Dan gadis itu disahkan berusia 16 tahun. 
Pusat hiburan itu mengadakan pertandingan tarian ala Hawaiian pada malam itu dan terdapat tujuh gadis comel dan tak kurang bisanya merebut hadiah tunggal iaitu barangan bernilai RM1,000. Itu sahaja.

Aku tak mahu mengatakan mereka di bawah pengaruh dadah atau tidak sebab aku tidak memiliki kepakaran untuk membuat penilaian sebegitu apatah lagi jika di mahkamah, ia memerlukan ujian makmal untuk mengesahkan sebarang pengambilan dadah.

Tapi, gadis ini semua 'daring'. Dan mungkin ia sesuatu yang lazim dilihat di pusat hiburan?

Apabila gadis semuda itu terdedah kepada environment seperti itu, akan timbul pelbagai persoalan.

Namun, kita tidak boleh membuat andaian sendiri. 

Tetapi kita juga tak boleh mengelak dari berfikir, apakah akan jadi jika gadis terus terdedah dengan environment seperti ini?

Apa yang menarik dan mengejutkan, ketika pemeriksaan dilakukan, pusat hiburan itu didapati tidak memiliki lesen hiburan yang dikeluarkan Pejabat Daerah Johor Bahru mahupun lesen perniagaan. Namun mereka beroperasi seperti biasa dan turut menganjurkan pertandingan seumpama itu melibatkan gadis bawah umur.

Sekarang, selain pihak polis yang menjalankan serbuan, tentunya kuasa untuk tidak membenarkan mereka beroperasi juga terletak pada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Pejabat Daerah malah mereka juga boleh memohon kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk tidak membekalkan elektrik ke premis berkenaan.

Tindakan seumpama ini sudah pernah dilakukan pihak berkuasa sebagaimana dilaporkan Berita Harian seperti di link berikut:


Bagi pengunjung bawah umur, pihak berkuasa boleh menjalankan penguatkuasaan undang-undang melalui peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika kita lihat pada peruntukan sedia ada, ia membolehkan gadis bawah umur seperti kes di atas yang dikategorikan sebagai kanak-kanak:

Pengertian kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemulihan:

Seksyen 38, Akta Kanak 2001:
'Seseorang kanak-kanak memerlukan perlindungan dan pemulihan jika kanak-kanak itu -- 
(a) sedang didorong untuk melakukan apa-apa perbuatan seksual, atau berada dalam apa-apa suasana fizikal atau sosial yang boleh membawa kepada perlakuan perbuatan itu.

Maka tindakan boleh dilakukan mengikut Seksyen 39, akta yang sama boleh dikuatkuasakan.

Seksyen 39(1), Mana-mana pelindung atau pegawai polis yang berpuas hati atas alasan-alasan yang munasabah bahawa seseorang kanak-kanak memerlukan perlindungan dan pemulihan boleh memerintahkan supaya kanak-kanak itu dipindahkan ke suatu tempat perlindungan dan kanak-kanak itu hendaklah ditahan buat sementara di tempat perlindungan itu.

Terdapat juga peruntukan bagi Kanak-Kanak Yang Tidak Terkawal mengikut Seksyen 46, akta yang sama di mana atas syor atau saranan Pegawai Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dihantar ke suatu sekolah yang diluluskan, tempat perlindungan, asrama akhlak atau pusat mengikut mana-mana yang sesuai.

Dalam operasi yang dilakukan (rujuk permulaan artikel), pihak polis turut disertai pegawai JKM di mana seorang gadis berusia 17 tahun turut ditahan dan diberi perlindungan mengikut Seksyen 39, Akta Kanak-Kanak 2001.

Selain penguatkuasaan pihak berkuasa, perlu ada self enforcement di kalangan pengusaha pusat hiburan untuk menghalang mereka yang berusia bawah 21 tahun memasuki premis sebagaimana yang berlaku ketika ini, namun apakah faktor perolehan dan business survival lebih diutamakan mereka?

Rumusannya, penguatkuasaan Akta Kanak-Kanak 2001 di negara kita masih suam suam kuku dan timbul persoalan adakah Unit Perlindungan Kanak-Kanak sudah ada di negara kita? Apakah fungsi sebenar mereka? Berapa ramai keanggotaan dalam unit ini?

Jika sudah wujud unit seumpama ini, ia perlu diperkukuh serta diperkemaskan peranan mereka agar masyarakat dapat melihat keberkesanan penguatkuasaan terutama pada peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001. 

Untuk rekod, Malaysia sudahpun menjadi  sebahagian daripada 193 negara yang memeterai 'The Conventian On The Rights Of The Child (CRC),  1994 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditandatangani pada 28 Disember 1994. Maklumat mengenai CRC di link ini.

Antara yang perlu diberi perhatian ialah Artikel 19 CRC:

"Article 19 of the Convention on the Rights of the Child requires states to take "all appropriate legislative, administrative, social and educational measures to protect the child from all forms of physical or mental violence, injury or abuse, neglect or negligent treatment, maltreatment or exploitation including sexual abuse, while in the care of parent(s), legal guardian(s) or any other person who has the care of the child..."

Dan tak lupa, sebagai penutup, penguatkuasaan Akta Kanak-Kanak 2001 seharusnya sudah dilakukan lama dahulu dan LEBIH TEGAS bagi melindungi kanak-kanak yang dieksploitasi menjual produk di jalanan sebagai disebut dalam Seksyen berikut:

Seksyen 34(k)(i), Akta Kanak-Kanak 2001, di mana ia SANGAT JELAS dalam memberikan pemeliharaan atau perlindungan terhadap kanak kanak.

Seksyen 34(k) "..kanak-kanak itu dibenarkan berada di mana-mana jalan, premis atau tempat bagi maksud --
(i) mengemis atau menerima sedekah, sama ada atau tidak dengan dalih menyanyi, bermain, membuat persembahan atau menawarkan apa-apa jua untuk jualan.

Diharapkan, memandangkan Perdana Menteri sendiri kini menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), inisiatif lebih tegas perlu dilakukan bagi melindungi kanak-kanak terbabit.

4 comments:

NenetPenne (NP) said...

kesian kanak2 tu.. RM1,000 jer dapat??? patut kena tambah lagi wang untuk hadiah tu.. koman2 RM100,000.00 ker baru berbaloi lah dengan usia muda remaja buat kerja mcm tu... (sinikal)

Azlan Strider said...

xsangka mereka leh terjebak seawal usia camnie..isk..isk..isk..

Regards,
-Strider-

wira said...

k pop siap nampak spender,seluar dalam pun boleh...

The Red Rambutan said...

Smti
Tipu ABU Anak Bawah Umur, buat pertandingan konon, yang tua gatal kenyang mata.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.