Thursday, May 10, 2012

#850: VIDEO DERA ANAK - KESIMPULAN AKU - RAMAI DAPAT SUBKONTRAK DARI TUHAN.

Aku dah tengok video tu, sejak pagi semalam. Tetapi aku tak sebarkan. Aku ingin tahu dulu apa yang sebenarnya berlaku dan tidak terus buat kesimpulan. Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada sebab.

Maka, sejak awal petang semalam, aku memulakan misi mencari maklumat termasuk dari beberapa kenalan yang bertugas dengan Polis Diraja Malaysia.

Akhirnya aku berjaya bercakap dengan source paling reliable.

Sumber sumber aku di IPD Petaling Jaya dan ibupejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Keduanya mengesahkan ia kejadian tahun lalu dan pelbagai maklumat lain yang tak boleh aku tulis di sini kerana ia akan mengaibkan si ibu.

Aku lihat banyak blog dan forum secara hebatnya menyiarkan semula video itu biarpun pihak Youtube sudahpun memberhentikan penyiaran video itu. Kenapa Youtube memberhentikan penyiaran video itu? Fikir tak? 

Ini hakikat yang kita nafikan: wanita berusia awal 20-an itu dan masih tidak bersuami sudah menjalani hukuman.

Hukuman.

Itu hukuman di dunia. Hukuman di akhirat itu pasti. Tetapi tidakkah kita dididik, Allah itu Maha Pengampun? Kitakah yang mencipta manusia lain sehingga kita berhak mencerca si ibu itu dengan sehebat cercaan?

Kehebatan kita mencerca si ibu itu lebih hebat dari Tuhan. Itulah kita. Ingat kisah Dirang? Baca di sini.

Tahukah kita, Allah SWT - biar berulang kali kejahatan kita, biar berulang kali dosa kita, tetapi Maha Mengampuni kerana Allah SWT itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui? Allah sentiasa memberi peluang kepada kita. Tetapi kita, tidak.

Secara teorinya, si ibu dipenjarakan sejak Mei 2011. Maka, jika hukuman dijalani sepenuhnya, si ibu bakal melangkah keluar dari penjara November nanti.

Namun, cuba fikirkan, si ibu mungkin dibebaskan kurang dari 18bulan. Bagaimana nanti dia mahu berdepan dengan masyarakat, apatah lagi jika dia penuh dengan keinsafan dan kekesalan akan apa yang sudah dilakukan. Hukuman sudah dijalani. Mampukah cercaan kita semua mengubah apa yang sudah berlaku?
 
Kita tak tahu apa yang bakal berlaku hari esok. Mungkin dia akan insaf. Sebaik dia melangkah keluar dari penjara dengan keinsafan di hati dan mahu memulakan semula kehidupan dengan anaknya, dia terus dicemuh. Hati wanita, lembut. Si kecil itu tetap anaknya.Tetap darah dagingnya.

Aku ngeri membaca cercaan di pelbagai blog dan forum terhadap ibu muda ini.

Kita tak semulia mana pun. 

Aku pasti ada juga yang meninggalkan komen itu bergelar ibu. Aku pasti sesekali tu terlepas juga tangan memukul anak 'demi mengajar'. Itu justifikasi kita. Ya, kita sentiasa ada justifikasi kalau kena pada diri kita. 

Bayangkan, kalau dikumpulkan cercaan tu semua, boleh dijadikan jambatan hingga ke Gunung Everest. Dan Allah Maha Mengetahui. Kita tahu ke, walhal kita mencerca ibu muda itu, tatkala itu jugalah si ibu sedang kusyuk menginsafi perbuatannya yang mengikut perasaan dan sujud kembali kepada Allah memohon keampunan kerana memperlakukan rezeki dariNya?

Pasti tak pernah terfikir kan.
 
Bila si anak itu besar nanti, jika Allah SWT dah tetapkan si kecil itu nanti seorang yang lebih baik dari kita, bagaimana? Apatah lagi dengan doa dari ibunya sendiri. Dan dia tetap menjaga ibunya hingga ke akhir hayat, bagaimana? 

Ya, kita lebih suka sesuatu yang lebih buruk dari yang baik.

Kita Tuhan ke? Kita dapat subkontrak dari Tuhan ke untuk mencerca begitu hebat sekali?

Mungkin aku tak nampak, tetapi aku yakin tiada satupun komen di blog mahupun forum yang menyiarkan video itu melafaz: Alhamdulillah, si ibu sudah menjalani hukuman dunia dan Alhamdulillah, si kecil masih hidup dan selamat.

Aku juga sedikit kecewa dengan sesetengah blog dan forum yang memiliki followers berjuta juta berbanding blog aku yang sekelumit pembaca. Daripada menjadi penulis bertanggungjawab untuk mengajak pembaca mendoakan si ibu untuk menjadi lebih baik, mereka menggalakkan pembaca untuk mencerca, mencaci, memaki. 

Aku tak tahu apa motif mereka tetapi aku sempat menghantar mesej melalui FB kepada salah satu blog terkenal memberikan justifikasi aku, memohon agar tidak terus dibiarkan galakan kepada pembaca mencaci, mencerca, memaki hamun manusia lain yang sama bersolat 5 waktu dan sama dihitung kebajikan dan kejahatan kita kelak di Padang Masyhar. 

Aku rasa sudah sampai masanya, penulis dan pemilik blog lebih bertanggungjawab apabila berlaku kes-kes seperti ini. 

Bayangkan - 1,000 pembaca meninggalkan komen.

Jika galakan sudah diberikan untuk mencaci, mencerca dan memaki hamun, tentulah ia mengundang itu semua. 

Tetapi, bayangkan jika galakan diberikan untuk mendoakan agar si ibu insaf dan kembali menjadi seorang ibu yang baik, wow, 1,000 orang berdoa!!  Lepas tu bersolat jemaah, ditambah empat dalam satu keluarga, itu sudah 5,000 doa. 

Aku yakin jika blog mahupun forum yang merasakan mereka terkenal dan popular akan lebih terkenal malah disanjungi kerana tetap mendidik pembaca biarpun kes itu menimbulkan kemarahan masyarakat. Tidakkah kita fikir, cara seumpama ini bakal mengundang chain reaction? Aku tak mahu tulis apakah chain reaction itu kerana aku yakin ramai yang bijak di sini.

Apapun, mahkamah dunia sudahpun menjatuhkan hukuman terhadap ibu muda ini dan Allah sahaja yang berhak menghukum ibunya nanti di akhirat kelak.

Doakanlah ibu muda ini.

My 2 cents.





41 comments:

nong said...

u're 1 in the million.. :)

Marvic .. said...

honestly i like ur 2 cents.. aku pon x tgk video tu sbb aku x kuat nak tengok. xder nak mencaci si ibu sbb tau kejadian itu berlaku setahun yg lepas dan si ibu sudah berada dlm penjara.even dlm lif smlm pon people actually menghina sumpah seranah si ibu dlm video itu(saya x kenal org2 ini.. and YES byk sgt Nabi, ustaz, ustazah or ulama wanna be kat FB, Twitter or any social network..

The Red Rambutan said...

SMTI-Sama sama kita doakan kebaikkan untuk ibu muda dan mereka yang yang seperti beliau, dimurahkan rezeki, dikuatkan iman, dibukakan hati agar menerima hidayah yang lebih lagi, di terangkan hati aqal dan fikiran agar sentiasa berfikiran dengan lebih baik lagi dimasa hadapan dan semuga masyarakat sentiasa dapat menerima ibumuda ini dengan hati terbuka dan kita doakan juga semuga ibumuda ini dapat mendidik bayi tersebut( jika dapat) dengan nilai nilai yang sepatutnya mengikut ajaran Islam dan seterusnya membentuk insan yang jumud, begitu juga dengan diri kita dan keluarga kita serta kawan kawan. Semuga ini menjadi satu teladan dan kita dapat hikmah daripada kejadian ini. InsyaAllah. Amin

pondok putih said...

Ingat satu anak adalah amanah allah :)

♥CIK SHA♥ said...

yes! akhirnya ada yang mendengar kata hati saya..terima kasih en hazrey..

sejak pagi semalam sehingga ke malam saya menulis status supaya rakan fb saya berhenti menyebarkan video tersebut dan berhenti caci maki..sayangnya hanya segelintir saja yg memandang..lagi makin ramai yg galak berkongsi ada la..mungkin saya bukan sesiapa agaknya..jadi tiada siapa yg peduli..

hai la manusia..kenapa la begitu suka menjatuhkan hukum dan mencerca..kemudian suka menyebarkan tanpa mengetahui fakta dan mencari maklumat terlebih dahulu..sedih melihat fenomena begini..

anyss said...

Assalamualaikum,
Fuhhhh! Akhirnya...kat sini saya jumpa sesuatu yang berbeza. Terima kasih. Ini entri anda yang paling saya suka

Dah penat lah baca status pelbagai jenis fauna dari zoo dibaca masuk ke blog dan FB... kesian wall saya penuh dengan sumpah seranah maki hamun, buat sakit minda je baca

Saiful Nizam said...

Salam, SMTI..
Emosi dgn mudahnya membuatkan manusia (baca: kita) menuding jari dan menuduh sesuka hati.. hinggakan si perakam pun turut dapat saham di maki hamun..

Kesimpulannya, inilah sikap yang akhirnya membawa kepada tindakan protes (baca: demonstrasi) beramai-ramai tanpa tahu hujung pangkal..

Terima kasih atas pencerahan.

AzmaAzhar said...

yes. terkejut dengan fenomena tsunami video ni smlm. sy dpt tgk dr video asal. 2 jam lepas tu cari balik video asal dh didelet. tp bersepah lg video yg sama dgn tajuk lain-2 yg diupload. sampai ke hari ni 11.37am 10 Mei 2012 still ade lagi yg share dan masih penuh dgn penghinaan terhdap ibu muda itu !

my 10sen jumpa depan 7e :)

http://mystellamia.blogspot.com/2012/05/review-kes-bayi-dipukul-ibu.html

Hazrey said...

Dan ohh, saya tahu ada yang menggunakan anugerah Tuhan menjadi lebih bijak dari kita untuk download dari youtube dan letakkan di portal download. memang best sebab orang akan tahu kehebatan kita berjaya download sebelum youtube remove tapi malangnya, it is morally wrong.

Seronok ke sebarkan orang dera anak? Anak orang Melayu, disebarkan oleh orang Melayu. Oh kita sangat cekap buat benda ni semua. Tahniah.

Niza Romli said...

Saya berasa puas baca entri ni...
semoga mereka yang lain akan mengambil ikhtibar.

mama aleen said...

saya tgk tapi tak buka sound.. tak sanggup nak dengar suara baby tu.. saya sendiri tak sanggup nak dengar anak saya meraung.. tapi saya pun simpati gak kat ibu tu.. dia mungkin stress.. mangsa keadaan.. tapi bila tgk betul2.. dia tak pukul budak tu dengan barang.. dia just hempuk dekat2 baby tu je.. cuma dengan bantal je dia pukul kuat..

amiey lee said...

tq so much hazrey for the lovely entry ni...teramat bersetuju..

ramai yg post kat fb pasal ni..tapi tak tergamak nk tglkan komen.. bila baca di sini..barula rasa senang hati...

positive thinker... syabassss

exqurinssa said...

hati sy tidak tenang slps mlihat video tsebut..bila tgk anak sy yg seusia dgn baby tersebut air mata terus mengalir..sy teramat sgt ingin tahu bagaimana keadaan baby tersebut sekarang..sesiapa blh bantu?...

Alifz Rrenji said...

nice entri kredit to u bro..

illaieylla said...

as salam
semalam saya disuruh tengok klip tu oleh ofismate tapi tak sampai 5 saat saya menjerit dan suruh dia tutup.

malam tadi pulak ada review kat tv. saya tutup telinga, muka tunduk ke bawah.

sebab apa. sebab saya ada baby berumur 5 bulan lebih, ada anak2 yang besar lagi dan naluri sebagai ibu tidak memungkinkan saya untuk melihat benda2 begitu.

sadis

Sis Lin said...

Aamiinnnn...moga ibu muda itu dirahmati oleh Allah....

Saya smlm pun hanya melihat dn menunggu kesahihanya video tu, takut nk bt spekulasi apa2,ternyata ianya adalah kisah lama....

Jujurnya saya suka luahan kejujuran entry ini...
Salam kenalan..*drop dr blog Mazidul.

xxxmeeenaxxx said...

I wanna shareeeee this blog piece!

There's been waaaayyy tooo maaaannyyyyy keyboard warriors or instant cyber ustaz & ustazahs lately..the way they comment & criticize - as if they have been a Saint their whole lives.

Whatever happened to constraint & tact?

zamie a.k.a az said...

smti...tiada yang lebih baik dari doa untuk kebaikan...

marstories said...

saya tengok di dlm berita mlm semalam..tapi saya lebih marah pada orang yang rakam video tu dan sekadar cakap 'sudah la ira' tu berulang kali..

Pnut said...

Awak berfikiran yang sama seperti saya, dan itulah yang saya coretkan di blog dan di FB..
cuma kata-kata anda lebih bagus dari kata-kata saya...

sama seperti yang tersurat dalam hati saya...

Mila@Rimbun said...

Tak tengok pun video tuh walaupun banyak jer kat FB orang yg kutuk2 kt posting diorg. for me.. susah nak percaya apa yg ada kat internet ni.. yg buruk dijauhi, yang baik kita ikuti..

Cik Cammy Lia said...

pompuan tu belum bersuami? bermakna anak tu ???????? okey saya phm nape dia benci pada budak tu..hmm

NenetPenne (NP) said...

i tak sempat tengok video tu tapi mungkin tak sanggup tengok kot..cuma baca2 komen dari beberapa kawan di FB yang budak tu disepak dan sebagainya...

tapi before i baca u punya ulasan ni i terfikir, mungkin si ibu benci sangat pada sibapa tapi dilepaskan amarahnya pada si anak tapi tak sangka dia masih belum bersuami

yang menyedihkan hati kenapa anak kecil itu dipukul sehebat gituh.. tapi bila kenyataan keluar menyatakan kes itu telah berlaku pada tahun lepas dan ibu itu telah pun dihukum, tak perlu lagi nak komen apa2.. harap2 dia telah berubah dan menginsafi perbuatan yagn telah dia lakukan.

hope for the best

DBI said...

perkara sama berulang ulang..

video di upload, pastu mengeji nmengutuk..pastu tau cerita sebenar..masing masing buat entry insaf.. ingat cerita dirang, juga cerita pemuda yg tinggalkan ibu di hotel..
boleh saya tau hazrey..macamana video tu boleh terlepas dari polis dan di upload ke youtube?

Booty Martinez said...

saya tertanya, menurut komen2 di laman2 blog lain, wanita yg merakam video itu ingin jdkan bukti kpd polis.

bygkan kisah ini berlaku tahun lepas.. bagaimana video ini boleh tersiar pada tahun ini?

adakah bukti ini dikeluarkan oleh org yg tak bertanggunjawab...atau bagaimana?

abg hazrey tak bertanya lanjut ke bgaimana video ni boleh tersebar. siapa puncanya?

saya cuma tertanya2 je..

riena nana said...

as salam..sy mempelajari sesuatu apabila membaca entry awk..thanks

Hanif Idrus said...

Anda berfikir di luar kotak!!!
Saya kagum...nice entri..
By the way inilah tindakan normal manusia baisa kalau menerima perkara sebegini..

tice su said...

betul kata awak...setuju sgt!

~tice su~

ErnieFaizal Siti said...

Saya pun tidak melihat youtube tersebut. Takut beremosi. Alangkan mendengar cerita pun rasa marah, inikan pula nak menegok youtube tu.

Saya suka pendapat awak, melihat perkara ini dari skop yang lebih luas.

norinaomar said...

saya tinggalkan komen dan sertakan link entri ni kat satu blog yang komentarnya penuh caci maki dan akhirnya saya juga dimaki.

Kesiannnn saya =)

Azlan Strider said...

ini bukan 2sen...bagus entry2 macam nie..rakyat kita ramai yang suka jadi avengers online..pantang jadi isu skit semua nak tunjuk pandai..hehehe..sy backlink entry ni untuk tatapan yang lain..

Regards,
-Strider-

Bitt (double IS) said...

hi salam singgah...
nice entri!
tapi saya masih konpius ramai kata ibu tu memang tak siuman...

gee said...

assalamualaikum pada semua yang bergelar ibu atau pun bapa dan para mendengar......disebutkan tentang ibu dera anak memang ramai yang tidak puas hati,memang saya pun tidak suka kalau diikutkan mahu melakukan tidakan yang tidak masuk akal pendek cerita bunuh,ibu yang memdera anak.pada semua tahu menghukum seorang yang melakukan kesalahan yang berhak menghukum ada allah bukan manusia,kita semua pernah mendengar JANGAN MENDERHAKA PADA ORANG ORANG TUA.dalam kitab pun kita pernah baca jangan derhaka pada orang tua nanti di hukum pada all..kalau orang tua yang derhaka pada anak apa kah hukaman pada orang tua yang derhaka?kenapa tidak ada dalam kitab suci?bagi saya ibu yang derhaka pada anak tidak perikemunusian lebih baik jadi pelacur lagi bagus,bagi seorang pelacur ada lagi nikmat puas mereka dapat,pada ustaz atau yang beragama tolong jelas kan tentang hal ini,sekian wassalam

zulfikar hazri said...

pendapat kita sama bang!

p/s eh blog mana tu bang? bak nak tengok sikit!

Unknown said...

Saya xsalahkan ibu..bl tgk vidz tu telahan sy rupanya btl..mgkin si ibu tgh marah n hilang punca.cuma kesal si perakam tu sedikit pon xde perikemanusiaan sggup je trus merakam..itu xleh diterima akal.why not dia selamatkan baby tu..patutnya dia pon msuk jail sx for omission done..

ASMA said...

ramai juga yg salahkn si perakam. sila baca ini: http://mynewshub.my/2012/05/11/disebabkan-wanita-bernama-noor-itulah-bayi-10-bulan-selamat/

Sari Yusa Ibrahim said...

manusia mudah menghukum... kesal dengan sebilangan rakan fb yang masing-masing nak jadi lebih hebat dari wartawan... meluat pun ada sebenarnya..

Pasti ada sebab si ibu jadi begitu, kan.. saya hanya mampu bersimpati dengan si ibu & si anak yang tidak mengerti apa-apa..

ibnu marzuki al firdaus said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hazrey said...

ibnu marzuki,

aku dah banyak kali cakap kat kau dan aku menggunakan bahasa malaysia dan bukan bahasa kampung aku - bahasa Itali untuk kasi kau faham bahasa, aku tak kisah kau nak komen, tapi toksahlah kau gunakan peluang untuk tulis komen dengan memfitnah orang tak tentu pasal.

Stick to the topic ok. cuba kau baca apa yang aku tulis Offensive, racists, threatening and inappropriate comments will be trashed. Faham tak? Tak paham, gi pakai google translator.

norinaomar said...

ibnu marzuki ni dengan semua orang dia nak cari pasal.Mudahmudahan dibukakan hatinya untuk berkata perkara yang baik..

ibnu marzuki al firdaus said...

think outside the box, mah...

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.