Thursday, May 10, 2012

#849: KEHIDUPAN SEORANG GRO - REALITI.



"Saya pernah dapat RM13,000 sebulan."

Itu kata seorang wanita berusia 23 tahun, berbangsa Melayu yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan atau GRO (Guest Relations Officer).

Sebelum aku elaborate lagi, penggunaan makna GRO tu sebenarnya tak tepat. Ia lebih kepada Gatal Raba, Ofcourse.


Mungkin pada yang sudah membaca blog ini sejak 2010, tahu akan kes gadis di gambar ini. Ia mengenai gadis berusia 17 tahun dan didapati hamil 5 bulan ketika ditahan dalam satu serbuan Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibupejabat Polis Kontinjen Johor pada Mac 2010.

Gadis berbangsa Melayu ini berjaya kami selamatkan biarpun dia berkali-kali membantah dan dia diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Butirannya ada di link berikut: Klik Sini.

Baru-baru ini, kami melakukan penyamaran terhadap penawaran tarian bogel dan seks di sebuah pusat hiburan di Johor Bahru oleh GRO. Aku sempat berbual dengan wanita yang bekerja di situ.

Berbalik kepada perolehan RM13,000 awal tadi, aku bertanya kembali kepada wanita berusia 23 tahun itu. Aku berikan nama dia Fida dan itu tentulah bukan nama sebenar. Harap maklum. Dan foto di atas bukanlah Fida.

"Banyaknya!! Kayalah awak kan!" aku menyahut, pancing.

"Memanglah bang," sambut Fida ringkas, sambil bibir terukir senyum dengan mata bersinar-sinar.

"Wah bestnya, tapi kan, cukup tak duit awak dapat tu?" umpan dilempar ke lautan penuh jawapan.

Fida terdiam sebentar. Tersayup renungannya. Bukan pada aku, tapi pada sesuatu yang kosong tanpa tuju.

"A'ah bang," katanya sedikit malu.

Fida akui, wang yang diterima sentiasa tak cukup buatnya. 

"Kenapa tak cukup?"

"Sebab boros," jawabnya.

"Rasa salah tu jawapannya," sahut aku.

"Ermm sebab pendapatan tak halal," katanya selepas terdiam seketika, mungkin bagi memahami soalan aku.

Ditanya harta yang sudah dibeli, Fida pantas menjawab:

Rumah? Takde.

Kereta? Takde.

Fida bekerja sejak 2009 bermakna dia sudah berada di kancah itu selama tiga tahun. 

Dia bekerja 25 hari sebulan dan secara teorinya, dia sudah di dalam kancah itu selama 900 hari. Setiap hari dia bekerja selama enam jam, bermakna dia sudah 'menginstitusikan' dirinya selama 5,400 jam sebagai GRO.

Sentiasa rasa tak cukup.
Paling sedikit, gaji yang diterima Fida adalah RM1,300 sebulan namun memandangkan Fida antara yang hot di pusat karaoke eksklusif itu, dia akui dia laris di kalangan pelanggan maka gaji boleh mencecah hingga RM3,000 sebulan.

Kalangan pelanggan tak kira bangsa. 1Malaysia. Namun, majoritinya adalah Melayu. Aku sempat berlawak, ramai tak yang perut buncit? Dia ketawa kecil dan menjawab, jarang jumpa tak buncit bang. Bermakna, ramai kalangan pelanggan yang sudah berusia. Itu maksudnya.

"Customer macam mana best?" aku ajukan soalan tanpa selindung.

"Customer yang tak gatal," katanya, yakin.

"Ada ke customer yang datang ke pusat hiburan macam ni, ambil 'girl' dan tak gatal," soal aku sambil ketawa kecil, bagi memberikan sedikit keselesaan pada Fida menjawab soalan.

Dia terdiam sekali lagi. Kali ini dia tidak termenung. Dia hanya memandang aku dan airmukanya bagai mengira apakah jawapan selamat untuk diberikan.

"Taklah, kan karaoke untuk nyanyi, bukan untuk menggatal," katanya.

"Tapi awak tak jawab soalan saya tadi, adakah yang datang tu lelaki suci dan tidak tergolong dalam kategori hidung belang dan tak gatal," soal aku bagi memberi sedikit panduan.

Fida mengangguk perlahan tanda setuju.Dia juga mengakui, dipeluk, diraba dan kadangkala dicium adalah lazim buat wanita yang bekerja sebagai GRO di pusat hiburan itu.

Fida berkongsi kisahnya bagaimana dia menjadi sebahagian dari institusi pusat hiburan ini.

Dia pernah berumahtangga. Namun ia bertahan selama setahun tiga bulan sahaja.

"Saya ada anak perempuan umur setahun lebih. Sekarang mak tolong jagakan.

"Saya bercerai sebab laki kaki perempuan, bertahan setahun lebih jek," katanya.

Fida yang memiliki sijil kesetiausahaan sempat bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta namun bertahan tiga bulan sahaja kerana tak dapat menyesuaikan diri.

Dia bekerja di syarikat swasta itu sebelum berkahwin, lantas sebaik berhenti, dia diperkenalkan seorang rakan lelaki yang dikenali sejak dari bangku sekolah untuk bekerja di pusat hiburan itu.

"Dia kawan sekolah, dia kata gaji kat situ masyuk (lumayan), jadi memula dulu sebelum kahwin saya dah kerja kat situ tapi part time jek," jelasnya.

Ditanya adakah ibubapanya tahu akan kerjanya itu dan apakah reaksi mereka, riak airmuka Fida sedikit berubah. 

"Memula mak ayah tak tahu, bila dia tahu, kena marahlah," katanya.

Anak keempat dari lapan adik-beradik ini mengakui, selepas bercerai dia kembali bekerja sebagai GRO namun menyembunyikan pekerjaannya dari kedua ibubapa.

Selain memberi jawapan wang sentiasa tak cukup, dia turut memperkukuhkan jawapannya yang rapuh itu dengan alasan mahu membantu keluarga.

"Saya cuma cakap saya tolong kawan saya berniaga kat JB ni," katanya.

Ditanya apakah dia redha jika anak perempuannya melakukan pekerjaan yang sama?

"Saya akan jaga dia 'kaw kaw' takkan bagi," sedikit tinggi suaranya.

Fida akui, dia sudah seronok bekerja di situ, mengutarakan faktor waktu bekerja di waktu malam dan gaji lumayan buat dirinya biarpun mengetahui setiap sen yang diperolehi adalah dari pendapatan tidak halal.

"Duit biasanya saya akan bagi pada mak, mintak dia simpan jugak," katanya.

"Itu kan duit perolehan cara tidak halal, awak bagi makan famili awak," tanya aku.

Dia terdiam tak tahu menjawab. 

Fida yang kini tinggal serumah dengan rakan sekerja hanya menjawab 'nantilah saya berhenti bila cukup duit' biarpun hakikatnya biarpun selepas tiga tahun, wangnya tetap tak cukup.

Di pusat hiburan eksklusif ini, seorang pelanggan boleh menghabiskan wang beribu ringgit satu malam untuk sewaan bilik, minuman dan khidmat GRO.

Buat Fida, dia sudah bertekad untuk berhenti sebelum usia menjengah 30 tahun. Dia kini berusia 23 tahun. Bermakna dia masih ada lagi tujuh tahun atau 2,100 hari atau 12,600 jam bekerja sebagai GRO.

Aku sempat mencelah dalam perbualan itu, "kalau mati masa tengah layan customer macam mana?"

Buat sekian kalinya, Fida terdiam seketika.

"Mudahan taklah, abang ni macam doakan jek," cebiknya.

"Bukan saya doa, tapi kalau itu berlaku, macam mana?"

Sebelum kami mengakhiri perbualan itu, aku bertanya sekali lagi:

"Kenapa Fida (bukan nama sebenar) taknak kerja lain, yelah walau sikit gaji tapi halal dan berkat. Insyaallah"

"Saya tetap pilih kerja ni sebab gaji banyak," katanya.

Semuanya kerana duit.

Itu hanya sekelumit dari apa yang aku dapat kongsikan. Banyak lagi yang boleh dikongsi untuk dijadikan pedoman buat kita, dan mendoakan hati mereka tidak terus dihijab dengan keghairahan hidup untuk wang.

Sambil itu, sekelumit lagi paparan mungkin boleh disaksikan di 999, TV3 malam ini (Khamis, 10 Mei 2012).







12 comments:

NenetPenne (NP) said...

kesian, semuga fida dapat taufik dan hidayah...

Hazrey said...

Penne, insyaallah, mudahan.

book seller said...

Sama mendoakan..insyaallah.. :)

izzNatta said...

Rezeki sikit cukup, rezeki kalau banyak pun cukup... cukup bila ianya halal & kita bersyukur.

Terkenang Arwah bapak aku, kerja sebagai buruh, gaji 350... menyara & menyekolahkan 6 orang anak... perghhhh.... Terima kasih bak...

Moga si Fida bukan nama sebenar tersedar dari lamunan ulitan kemewahan yang tak pernah kekal tuh dan kembali ke pangkal jalan...

Hellioz said...

supply and demand.
economics 101.

dimana ada makanan, di situ ada tukang makan.

Chenal said...

Bulan lepas..seorang datuk dan pegawainya kedua2 bergelar haji dari Terengganu datang Kuching, minta saya carikan tempat karaoke yang ada GRO! Giler la derang nie. Rupanya mereka hanya boleh enjoy dgn GRO2 nie diluar Terengganu je..Kalo di Terengganu, buat ALIM depan rakyat! Pwhuiiihhh!

The Red Rambutan said...

SMTI-Sama sama kita doakan kebaikkan untuk Fida dan mereka yang yang seperti beliau, dimurahkan rezeki, dikuatkan iman, dibukakan hati agar menerima hidayah yang lebih lagi, di terangkan hati aqal dan fikiran agar sentiasa berfikiran dengan lebih baik lagi dimasa hadapan dan semuga masyarakat sentiasa dapat menerima Fida dengan hati terbuka dan kita doakan juga semuga Fida ini dapat didedahkan dengan nilai nilai yang sepatutnya mengikut ajaran Islam dan seterusnya membentuk insan yang jumud, begitu juga dengan diri kita dan keluarga kita serta kawan kawan. Semuga ini menjadi satu teladan dan kita dapat hikmah daripada kejadian ini. InsyaAllah. Amin

Nota:-
Gaji dia sebulan sama dengan gaji aku setahun la bro.
Komen tak seberapa dari seorang tukang angkat barang.

The Red Rambutan said...

bang, abang ni iras iras Sammy Simorangkirlah. Patutlah GRO tu sudi nak jawab soalan.

http://www.youtube.com/watch?v=QwnYdUbVkHs

Matjoe said...

aku terbayang fida sepupu tak ti. haha.

Charlie's Belle said...

Salam,

Rasa simpati sangat dengan Fida. Maybe kalau dia ade soft skills and better education as well as semangat untuk keluar dari current job, I'm sure mesti dia tinggalkan dunia tu.

Jangan hina gadis-gadis yang senasib dengan Fida. Kalau ade yang bertuah dapat jumpa, pujuk mereka berubah. Support, encouragement tu penting untuk mereka...you'll see the difference in the doer if tiap-tiap hari dia dengar nasihat.

Azlan Strider said...

semua kerana duit..alangkan bagus segala-galanya bukan duit di atas dunia nie..hopefully Fida(bukan nama sebenar )temui hidayah sebelum terlambat.. :)

Regards,
-Strider-

Haris Zuhaina said...

As Salam . Paper semalam(tak sure paper apa-online) ada nyatakan seorang jutawan nak bagi rm1.8juta sapa yg sanggup jadi isteri dia... tp dia ni sakait dan perlukan jagaan rapi. Fida dah selalu 'tut' apa kata jaga jutawan tuh. dengar cerita sebuah baglo akan dihadiahkan juga..

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.