Thursday, May 3, 2012

#846: 5 SEKELUARGA MATI

Agak tragis apabila kami menerima panggilan dari sumber bahawa terdapat lima sekeluarga ditemui mati dalam sebuah kereta kira-kira jam 8 malam, semalam.

Kami berkejar ke tempat kejadian di Jalan Serangkai 4, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu dan berlegar-legar dalam fikiran, jika lima sekeluarga ini adalah mangsa pembunuhan, ia adalah satu kejadian yang amat sadis.

Kejadian berlaku di sebuah bengkel membaiki penghawa dingin dan orang ramai sudahpun mengerumuni kawasan itu.



Setibanya di tempat kejadian, apa yang kami lakukan ialah mendapatkan visual terbaik manakala aku cuba mendapatkan sedikit maklumat mengenai kejadian. 




Dari garisan polis kira-kira 20 meter dan dikelilingi orang ramai yang turut ingin tahu apakah yang berlaku, kami tak dapat melihat dengan jelas. Hanya sebuah kereta Proton Iswara Aeroback sahaja dapat dilihat sedang diperiksa anggota polis dan pasukan forensik.

Seorang pakar patologi dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) turut dilihat berada di tempat kejadian.

Lazimnya jika berlaku kejadian seumpama ini, pelbagai versi akan kita dengar dari orang ramai yang berada di tempat kejadian namun ia tidak boleh disandarkan sebagai maklumat sahih.

Dari jarak yang dibenarkan, di belakang garisan polis, kami lihat satu demi satu mayat dikeluarkan dari kereta Proton Iswara Aeroback itu dan sebaik keluar, bau hanyir menyelubungi kawasan itu.


Bau mayat bagai sudah lali pada kami yang sering membuat liputan kes bunuh atau kematian seumpama ini. Baru-baru ini mayat pasangan suami isteri warga Indonesia yang dibunuh, ditemui selepas 6 hari dan bau dari mayat sangat kuat.
Sebenarnya, bau mayat lemas dalam air adalah lebih kuat dan busuk berbanding mayat yang ditemui di darat.

Ramai juga yang bertanya: "takut tak tengok mayat?" Dulu pernah aku membuat liputan kejadian kemalangan motosikal di mana mayat mangsa hancur dengan otaknya berselerakan di tengah jalan. 

Itu belum lagi kes puluhan mayat rakyat Indonesia yang ditemui terdampar di pantai Desaru pada pertengahan tahun 90-an selepas bot dinaiki karam.

Apapun, aku pernah diberitahu rakan-rakan anggota polis termasuk sahabat dari pasukan forensik, jika melihat mayat cuba elakkan memandang tepat pada mata. 

Mungkin ada yang tanya, boleh tidur tak malam lepas tengok mayat?

Sebenarnya, aku memang tak tidur, tetapi aku membuta dengan nyenyaknya lengkap dengan dengkur!!

Tapi awal dulu memang sukarlah jugak. Maklumlah, jiwa saya rapuh.

Sejak awal dulu, jika berlaku kejadian penemuan mayat, aku jarang beritahu mak aku sebab nanti dia risau. Itu belum lagi segala petua petua yang dia bagi, lima kertas kajang!! Comel kan mak aku. 

Berbalik kepada kejadian di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, kami akhirnya dimaklumkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Roslan Zainuddin, tiada unsur jenayah ditemui pada mayat kelima-lima mangsa.

Polis menemui seorang lelaki berusia 32 tahun di tempat duduk pemandu, seorang wanita berusia 34 tahun memangku seorang kanak-kanak berusia 4 tahun manakala di tempat duduk belakang, dua kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 9 dan 11 tahun.

Kesemua mereka disahkan sekeluarga.

Memikirkan ia turut melibatkan kanak-kanak, ia adalah satu kejadian yang sangat tragis. 

Mangsa berbangsa Cina dan bengkel itu baru dibuka kira-kira tiga bulan lalu.

"Tiada unsur jenayah, kita dapati tidak ada kesan pada mayat mangsa unsur jenayah.

"Check pada ignition masih on tetapi minyak sudah kosong. Siasatan menjurus pada mati mengejut," jelas Superintenden Roslan kira-kira jam 11.30 malam semalam.

Mangsa dipercayai sudah meninggal lebih 48 jam berdasarkan pemeriksaan pakar patologi di tempat kejadian.
Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk bedah siasat. 


8 comments:

Lady Windsor said...

tak kiralah apa bangsa sekalipun..sadisnya kalau mereka membunuh diri sendiri...kanak2 tu lagilah...

bro aku salutelah ko boleh berdengkur dengan nyenyak lepas tengok mayat...aku tengok mayat kucing pun terkenang2 sampai dua tiga hari tableh tdo..

FARAH deeb said...

Chinese suke bunuh diri satu keluargakan? (Ye ke? Skeati jek wat andaian) Tp selalunya dgr kes bunuh diri melibatkan keluarga dan ramai-ramai mesti dorang. Agaknya dorang ade mind set yg nak idup bersama di alam lain kot (kalau dikaitkan dgn fahaman agama dorangla) Pe pun harapnya takde la bangsa seagama kite yg terpikir nak wat camni :(
My latest Entry :)
Hari Sukan Rakyat & Usahawan SKDK 2012

NenetPenne (NP) said...

i ingatkan si suami tak nak biarkan isteri dan anak2 mereka menyusahkan orang lain yang hidup so baik lah mereka mati bersama2..

fikiran suami:
kalau tinggalkan isteri... nanti isteri sedih

kalau tinggalkan anak pulak...menyusahkan orang lain nak jaga..income tak ada, anak 3 orang pulak tu..

so daripada mcm tu, biarlah sama2 dia bawa pergi...

norinaomar said...

Nauzubillah..isk isk isk...

[sutera kasih] said...

punca kematian? huhu..kesian bdk2 tu..

sgt repsect la kt awk..bkn sng nk buat liputan mcm awk ni, melibatkan mayat2...

Ramli Ahmad said...

Laporan lengkap ya

Charlie's Belle said...

Ya Allah, sedihnya berita ni. Exactly what was going on in the father's mind before he took his family's lives? Condolences to the family and my salute to the journalists, forensics members and police. Teguh betul menghadap situation macam ni.

The Red Rambutan said...

Teori aku:- Aircon kat rumah mereka (tingkat atas kedai) rosak, sebab cuaca panas sekarang, mereka tidor dalam kereta sebab kereta ada aircon, tapi malanagnya ada kebocoran ekzos dan asap meresap masuk ke dalam kereta, akibatnya mereka lemas sekeluarga dalam kereta.

Apapun, kesian mereka sekeluarga, takziah.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.