Thursday, April 12, 2012

841: KENYATAAN RASMI AARON AZIZ MENGENAI STATUS PENDUDUK TETAP.

Berikut adalah kenyataan dari Aaron Aziz yang dihantar melalui isterinya, Diyana Halik sebentar tadi bagi menjawab entry aku sebelum ini di sini.

Salam Hazrey,

Pertama sekali, Alhamdulillah kerana sempat bertemu Hazrey di Sri Pentas tempohari dan tak sangka, ada wartawan yang sporting dan kita sempat bergurau biarpun waktu membatasi kita untuk berborak lebih lama. Tentunya banyak isu menarik boleh dikongsi jika masa mengizinkan.


Apapun, harap kita akan dapat bertemu sekali lagi!


Aaron ingin mengucapkan terima kasih kepada Hazrey kerana menyiarkan mengenai hasrat Aaron melalui blog
Hazrey.com tentang kenyataan Aaron terhadap permohonan taraf Penduduk Tetap di tanah bertuah ini. Sememangnya, sejak mula berkecimpung dalam industri seni ini, Aaron sentiasa teruja untuk berkongsi bakat, menuntut ilmu dari mereka yang arif dalam industri di Malaysia ini.

Malah, kita sendiri tahu, Malaysia dan Singapura hanya dipisahkan oleh Selat Tebrau dan tak pernah terpisah oleh pertalian darah kita, persaudaraan kita dan ini diperkukuhkan lagi melalui jalinan pelbagai industri termasuk industri seni ini sendiri. Dan Aaron bersyukur, isteri dan anak-anak gembira berada di Malaysia sepanjang saya terlibat dengan kerjaya seni saya ini. Pada saya, tiada sempadan dalam industri seni kita ini. Dan saya bersyukur diberi peluang oleh saudara saudara saya di Malaysia untuk aktif dalam industri yang saya pandang satu industri yang sangat hebat!


Tujuan saya mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Malaysia adalah bagi memudahkan saya menjalankan aktiviti seni saya dan saya tak sampai hati melihat isteri dan anak-anak terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Singapura bagi mengecop passport kerana mereka datang ke sini menemani Aaron. Mereka adalah kekuatan saya, merekalah motivasi kepada saya dan kehadiran mereka menguatkan semangat saya untuk bekerja.


Dalam pertemuan saya dengan Hazrey Selasa lalu di bilik berita TV9 adalah satu pertemuan yang sangat saya hargai apatah lagi dapat bertemu dengan ramai lagi rakan wartawan yang tak jemu membantu Aaron dalam industri.


Sebenarnya, Aaron tak menafikan apa yang dilafazkan sebagaimana ditulis Hazrey melalui blog hari ini namun Aaron akui, Aaron tersilap kerana apa yang diucapkan adalah gurauan semata-mata kerana ketika itu kita sedang rancak berbual mengenai komen Zed Zaidi dan sempat menyelitkan gurauan.


Saya minta maaf kerana Hazrey membuat intepretasi berbeza di atas semangat Aaron yang setiap hari berdoa dan mengharapkan permohonan Aaron dapat diluluskan kerajaan Malaysia.


Untuk makluman Hazrey, permohonan Aaron belum diluluskan dan mungkin Aaron terlalu excited hingga membuatkan interpretasi berbeza diterima Hazrey dan rakan-rakan wartawan lain ketika itu. 

Saya tidak menyalahkan Hazrey dan rakan-rakan kerana mendapat intepretasi yang berbeza kerana secara jujurnya, Aaron masih lagi excited untuk mendapat taraf Penduduk Tetap di negara ini. Saya akui, kadangkala keterujaan kita memungkinkan kita untuk melafazkan sesuatu di luar intepretasi mereka yang mendengar.

Apapun, Aaron sentiasa berdoa permohonan Aaron ini tidak bermasalah kerana Aaron ingin menyumbang bakat tak seberapa Aaron ini untuk saudara saudara Aaron di Malaysia ini. Ya, tak pernah Aaron anggap mereka sebagai peminat tetapi mereka adalah saudara saudara Aaron dan keluarga kerana mereka sendiri sudah menganggap Aaron dan keluarga sebahagian dari mereka.


Untuk makluman Hazrey, anak-anak Aaron yang menjadi pillar of strength Aaron dan isteri, Diyana sudahpun bersekolah di Malaysia dan mereka sangat gembira dengan persekitaran serta rakan-rakan baru mereka di sini dan ini sangat menggembirakan kami berdua.


Sekali lagi, saya mohon maaf jika kenyataan saya pada Hazrey tempohari menerima intepretasi berbeza dek rasa teruja Aaron untuk menjadi sebahagian dari saudara saudara Aaron di Malaysia ini. Dan harap Hazrey akan terus menyokong aktiviti seni Aaron pada masa akan datang!!


Salam dari saya sekeluarga.


Aaron Aziz

12 April 2012
Kuala Lumpur


Aku menerima panggilan dari both Aaron dan isterinya mengenai isu ini dan aku perlu akui dan aku jangkakan, mereka berdua sangat baik seperti yang aku jangkakan. 

Mereka sedikit pun tak melatah dan memberi penjelasan satu persatu apa yang sebenarnya berlaku. Malah tak putus putus ucapkan terima kasih walhal aku tak ada buat apa pun untuk mereka cakap terima kasih. Dah lama tak dengar orang beradab macam ni.

Wait, nampak tu? Mereka call aku. Yelah aku ni orang jarang call, sesekali dapat call, dapat pulak dari Aaron Aziz. Ok ini sekali lagi untuk aku riak pada korang.

Apa yang pasti, populariti tidak menyebabkan Aaron rasa bongkak atau tinggi diri. Itu yang buatkan Aaron bertambah sweet dan aku pasti korang pasti semakin suka dengan kenyataan ini apatah lagi aku ni jarang puji orang. But in Aaron case, he deserved the credit sebab aku sendiri bercakap dengan dia.

Apapun, sifat rendah diri Aaron seharusnya menjadi contoh dan seperti yang aku tulis sebelum ini, ia perlu dijadikan benchmark kepada artis lain. Kita bukan menyembah orang lain tetapi kita menggunakan kematangan kita apabila berdepan dengan krisis. And they are good in handling the crisis.

Dan aku mengharapkan Kerajaan Malaysia akan menilai segera dan meluluskan permohonan mereka untuk menjadi sebahagian dari kita. Aku yakin, kita semua mengharapkan itu kerana Aaron dapat menyumbang kepada industri.

Terima kasih Aaron dan Diyana dan apa yang ditulis memberi penjelasan yang sangat jelas and we should stop at this dan berdoa kelulusan akan diterima pada masa terdekat.  Insyaallah. 

Nanti kita pekena kopi mahal ya Aaron and Diyana. Bring your lovely kids too!




9 comments:

ArtForAuction said...

alhamdulillah. isu pun dah cool down begini.

dan honestly saya tak kisah pun tentang kemasukan orang seberang ke negara kita, selagi dia membawa kebaikan kepada negara kita.

nyonyacyber said...

okehh ini mmg i jeles tahap gaban ngan hazrey! part aaron call tu! btw.. insyaallah semoga permohonan Aaron dapat diluluskan .

norinaomar said...

waduh..lagi mencemburui seyyyyyyyy

aisyaumar said...

alhamdulillah...aris mcm ni la patut puji sket..tak cepat melatah..respect wartawan..gile ar makin tabik spring aku ngan dia..n her wife..dua2 sgt bijak tangani kontroversi ni..zed zaidi u better minta maafla kat dia kot..dahla tukar gambar aaron jadi mr bean.inike org yg nak pimpin artis2 kat malaysia.lagipun kita sama2 melayu maa...singapore pon jiran kita ape..kita ptt bantu melayu n islam kat sana ..neway hazrey jeles tahap gaban ngan gambo ko neh..tapi apesal kabur je gambaq ni..hehehe..(masih ada ketidakpuasan hati disini)...thumbs up bro sbb wat aku paham gak sitausi sebenar..walaupun aku bukan sape pon pada aaron..hanya sekadar peminat yg beratur bli tiket wayang tgk movie dia bkn donload free kat internet..hehehe

Sharidawati Shahrudin said...

mungkin bukan mudah utk kerajaan malaysia utk luluskan permohonan Aaron. Melainkan Aaron nak forego citizenship singaporean dan keakal sbg malaysia shj....may be? itu hanya pendapat sha je...

Hazrey said...

Sharidawati, bukan warganegara, permohonan adalah untuk penduduk tetap. Baca dengan teliti.

nieta said...

Mcm nak join ja sesi kopi mahal tu..aaron call lagi tuh.gila jeles gigit jari kaki baca..tp kagum dgn sikap humble aaron and wife yg bersungguh perbetulkan keadaan..tuhla beza org bijak dgn tidak..

peej said...

jangan lupa ajak aku sekali untuk pekena kopi mahal. hahah

The Red Rambutan said...

Salam bro, di sini saya juga ingin merakamkan ucapan juta an terima kasih saya kepada bro di atas layanan tahap 10 Bintang tajap DiRaja semasa saya ke JB tempoh hari. Saya sendiri amat terharu dengan budibicara Dan sopansantun bro. Walau saya jauh di seberang Laut China Selatan namun itu tidak dapat memisahkan silaturrahim antara kita. Saya doakan semuga. Bro Hazrey terus mencapai kenayaan dan mencapai impian. Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan.


Nota: isteri saya menunggu 7 tahun untuk dapat PR Malaysia. Lagi satu, kalau gi minum kopi mahal, jangan lupa aku yek.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.