Thursday, March 22, 2012

#835: PENERBIT DRAMA / FILEM PERLU LEBIH PEKA DAN JANGAN SYOK SENDIRI

Aku tahu. Masa kini banyak sungguh pengeluaran drama bermutu, berkualiti untuk hidangan hiburan kita.

Tak kira apa jua mesej, ia tetap wujud, biarpun secara sindiran namun naratif yang disampaikan tiba di pada ruang pemikiran penonton. Itu satu kemajuan dan anjakan dari kelesuan yang selalu menghantui santai tontonan kita, apatah lagi kurangnya kelahiran filem yang mampu menarik kaki kita ke panggung.

Malah, adakalanya watak yang dipaparkan lahir dari mimesis budaya kita sendiri biarpun terkadang agak tersasar seperti orang kaya mestilah duduk di tepian kolam beiringan dengan segelas fresh orange dengan kaki dikapit kemas dengan dialog bersusun-susun diselangi batuk kecil sekali sekala.

Kita perlukan evolusi pada karektor karektor ini semua dan tidak terus berada dalam ruang lingkup yang sama bagaikan karektor itu semua hanya esoterik atau hanya difahami, diketahui sebilangan kecil orang sahaja.

Kerap juga,karektor yang dibina sebagai isi diegesis drama mengempar dari zahir realiti. 

Contohnya, anggota dan pegawai polis mestilah berjaket dan bertopi, dan ini naratif yang agak keterlaluan buat penonton yang sudah dihidangkan dengan pelbagai program realiti seperti 999 mahupun paparan melalui motion news.

Ia satu empirisisme yang perlu diubah. Ia boleh dianggap sebagai satu epidemik dalam karektor. Ia tidak lagi mendasari karektor sebenar apatah lagi penonton hari ini tidak lagi terkatup dengan ilmu pengetahuan.

Terbaru, kisah Atas Nama Cinta yang disiarkan jam 7 malam lakonan Shahrizal Jaszle, Fiza Halim, Tasha Shilla dan Shah Iskandar. 

Semalam aku sempat menonton drama terbitan Zeel Productions Sdn Bhd ini. 

Satu babak yang aku anggap kurang atau tiadanya epistemologi pada karektor yang diisi dalam babak di mana Balqish lakonan Tasha Shilla ditahan seorang lelaki dan seorang wanita berjaket dan bertopi - mungkin mahu digambarkan sebagai pegawai dan anggota polis. Mahu.


Pada babak ini, seorang lelaki dan seorang wanita bertopi dan berjaket menghampiri Balqish ketika watak lakonan Tasha Shilla itu mahu membuka pintu kereta.

Lihat pada foto, seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak menulis anggota mahupun pegawai polis. Baca seterusnya.

Wanita bertopi dan berjaket yang tidak mempunyai sebarang dialog dan berdiam diri memegang tangan Balqish sebaik dia memegang pembuka pintu, lantas dialog dilafazkan lelaki bertopi dan berjaket itu dalam nada tegas:

"Balqish binti Sulaiman, kamu ditahan dibawah Akta 322 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh Ghaz bin Sulaiman dan juga pembabitan awak dalam kes kematian Ahmad bin Yahya.."

Sedikit imbasan, Balqish pada episod lalu mengupah seseorang untuk menyuntik Ghaz bin Sulaiman ketika Ghaz berada di hospital namun diupah itu gagal lantas bergelut dengan Ahmad bin Yahya hingga membawa kematian Ahmad bin Yahya.

Yang pertama, jika diegesis yang cuba disampaikan terhadap dua watak bertopi dan berjaket ini sebagai anggota mahupun pegawai polis, ia adalah satu cubaan tawar. Sangat tawar. Dan kita lihat, watak pegawai atau anggota polis digambarkan memakai jaket dan bertopi. Tidakkah itu mengempar dari realiti? Perlukah pegawai dan anggota polis setiap masa dalam pembikinan filem mahupun drama dituntut mengenakan pakaian seumpama itu, apatah lagi pada waktu siang, tika mentari memacak terik?

Ia cahang kerana apa yang disebutkan langsung tiada dalam Kanun Keseksaan. Tidakkah itu satu insult kepada pegawai pelaksana perundangan itu? Mungkin pihak penerbitan mahukan jalan pintas, kedua watak tambahan ini tak perlu memperkenalkan diri serta menunjukkan kad kuasa dek jaket dan topi dilandaskan dengan kefahaman mereka adalah polis?

Akta 322 Kanun Keseksaan tidak pernah wujud dalam undang-undang Malaysia. Aku yakin babak itu digambarkan berlaku di Malaysia dan bukan di negara lain.

Jika tersilap sebut yang seharusnya Seksyen dan bukannya Akta, ketahuilah, Seksyen 322 Kanun Keseksaan dibaca seperti berikut:

"Dengan sengaja menyebabkan cedera parah."
 'Barang siapa dengan sengaja menyebabkan cedera, jika cedera yang ia bermaksud hendak menyebabkan ata ketahui mungkin menyebabkan itu ialah cedera parah, dan jika cedera yang ia sebabkan itu ialah cedera parah, adalah dikatakan "dengan sengaja menyebabkan cedera parah".

Tetapi jika benarlah dua watak tambahan itu sebagai pegawai atau anggota polis, mereka menyebut:

"...atas cubaan membunuh Ghaz bin Sulaiman dan juga pembabitan awak dalam kes kematian Ahmad bin Yahya.."

Seharusnya pihak produksi lebih teliti dengan dialog seumpama ini kerana ia sangat jelik apatah lagi ia disiarkan pada waktu perdana dan mungkin ditonton mereka yang arif dalam bidang perundangan termasuk hakim, majistret, pegawai pendakwaraya dan peguam yang setiap hari berdepan dengan kitab perundangan sebagai rujukan kerjaya mereka.

Seksyen 307, Kanun Keseksaan menyebut Mencuba membunuh orang. Itu yang sebetulnya. Manakala kesalahan membunuh pula adalah Seksyen 300 Kanun Keseksaan di mana peruntukan hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu hukuman mati mandatori.

Bila sudah tersasar, apakah kesan kepada karektor Balqish? Balqish duduk di dalam penjara atau lokap? Apakah tuduhannya? Kenapa dia di dalam kurungan orang salah? Adakah dia dihukum penjara seumur hidup atau 10 tahun? Apa? Adakah pihak produksi mahu penonton membuat telahan sendiri akan mengapa Balqish dikurung begitu?

Jika itu benar, ia sangat meloyakan. Meloyakan dek dialog undang-undang yang sungguh tergelencong dan pasti membawa penonton yang miliki ilmu keliru. 

Itu drama Atas Nama Cinta. 

Tak lama dahulu, pernah diberitahu sebuah drama menceritakan akan Yang Arif Hakim di sebuah Mahkamah Tinggi masih mengenakan rambut (wig) berwarna putih. 

Kisah ini dikongsi pengguna twitter: @johnnabes yang kini masih lagi berada dalam Jabatan Kehakiman kita sendiri. Beliau menyentuh mengenai drama Airmata Nur Salina yang diarah Erma Fatima dan ditayangkan pada Hari Raya kesembilan tahun lalu

.

Itu sangat lucu kerana tahukah mereka iaitu pihak penerbitan drama mahupun filem, badan kehakiman negara kita sudah meninggalkan praktis kolonial itu sejak tahun 80-an lagi.

Biarpun pakaian mahkamah merujuk kepada pakaian mahkamah Inggeris, hakim di negara kita sudah tidak lagi memakai wig, wing collars dan bands.

Sebaliknya, Yang Arif Hakim kini memakai waterfall cravat with court coat dan black silk gown.

Seharusnya, pihak penerbitan membuat kajian sungguh-sungguh agar tidak tergelencong akan prinsip sebenar dalam dunia realiti jika mahukan karya lebih terkesan dan tidak tercacat dek unsur unsur kecil dalam drama tetapi besar buat penonton yang tak cetek ilmu. 

Tak salah sebelum melakukan terbitan karya, menjenguk ke mahkamah untuk melihat atau menonton apakah benar pegawai dan anggota polis negara kita sentiasa berselimut dengan jaket dan berbumbung topi? Ingat, iklim Malaysia bukan bermusim empat.

Untuk mahkamah, court attire untuk sesuatu mahkamah itu berbeza. Pemakaian blazer oleh seorang hakim hanyalah jika kes dijalankan di Mahkamah Majistret. Bermula dari Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi dan ke atas, Yang Arif Hakim memakai robe. 

Jadi kalau anda nak gambarkan ianya perbicaraan utk sesuatu kes yang besar, i.e bunuh, jangan letak hakim pakai blazer.

Untuk rekod, kes bunuh hanya dibicarakan di Mahkamah Tinggi. 

Begitu juga akan proses perbicaraan di mahkamah jika mahu digambarkan dalam karya. Jika mahu bersulamkan emosi sekalipun, buatlah kajian dan bukan hentam semacam bagai penonton semua dungu belaka dan akan menelan sahaja segala yang dijamu.

Dalam cerita Salina, berkali-kali watak yang dimainkan Umie Aida kata dia yg bunuh suami dia. Tetapi peliknya perbicaraan terus dijalankan. Sepatutnya, jika mahukan babak perbicaraan, jangan rekodkan pengakuan bersalah. Orang Kena Tuduh (OKT) patut membuat pengakuan tidak bersalah dan mahu dirinya dibicarakan. 

Atau, jika mahu sentuhan emosi, OKT berdiam diri, menitiskan airmata, apabila jurubahasa membacakan pertuduhan. Dalam prosedur bicara, apabila pengakuan bersalah dibuat oleh OKT, dia akan dijatuhkan hukuman. Tiada perbicaraan. End of story.

Maka, sudah sampai masanya pihak penerbitan mendapatkan 'tukang nasihat' yang benar-benar arif dalam bidang yang ingin dipaparkan melalui karya mereka agar tidak menjadi lucu dan meloyakan dek sikap malas dan bodoh sombong mereka.

Dan tukang tukang ini perlulah diyakini latarbelakang mereka agar tidak gerenyot mulut kami menonton.




26 comments:

sultanmuzaffar said...

Pandangan yang bernas dan wajar dipertimbangkan oleh setiap penerbit drama. Tiada guna memperbodohkan penonton dan stesen televisyen bermegah dengan rating yang dikumpul hanya setelah memperbodohkan penonton. Kita ada tanggungjawab terhadap masyarakat.

zulfikar hazri said...

sebab tu aku tak minat tengok drama Melayu dari dulu sampai sekarang, walaupun begitu bukanlah aku mengiklankan aku kurang Melayu, malah aku amat minat Lagu Melayu Asli, Zapin, teater dan Tarian-tarian melayu yang lain.

cuma Drama Melayu banyak sangat unsur stereotype yang disalahertikan.

p/s aku pernah tengok undercover polis dekat pertama complex pakai rambut ekor, rambut depan botak, baju macam penagih dadah.. tangkap org nak curi motor.

zulfikar hazri said...

Tambahan : dulu aku ada tulis pasal ni dalam entry aku bertajuk Filem Melayu

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Kadangkala merepek tak tentu hala. Lagi-lagi kalau cerita yang melibatkan budak sekolah. Yang menonton ni rasa jelik sebab realiti di sekolah takdenya budak begitu atau cikgu begitu rupa.

Sigh~

DeLancrettLurpak said...

Ini semua sindrom malas..
Tambah pulak orang kita mmg kaki percaya bulat2, mmg sedapla diorg kencing..

The Conversationalist said...

Faktor malas tak dapat lari dalam diri pembuat filem dan drama Melayu. Bukan susah sangat nak buat research atau sediakan budget untuk dapatkan penasihat dalam bidang berkaitan. Dah tiba masanya untuk buang sifat bodoh sombong ni.

zan said...

Bersetuju dengan apa yang ingin diperkatakan.

Tapi lebih teruja dengan pemilihan ayat yang digunakan untuk entri ini. Gerenyot mulut aku membacanya.

Syabas bro!

Audra Sazreena said...

Hmm... very good entry.

Well.. kalau ingat entry dulu-dulu kan Hazrey, I think you did write about stereotype scenes in Malay drama macam scene makan.. scene dalam bilik tidur..scene tepi swimming pool, scene kat office etc.

Memang tak banyak sangat berubah, dari dulu sampai la sekarang. And lama-lama rasa macam terlalu overused and in the end, dah boleh agak dah ending drama tu. Bila dah macam ni, boring la nak layan kan.

Not to say that drama dari Barat tu semuanya logik or what not. But at least ada la jugak betul procedure.. cuma dari segi realistik tu maybe kurang la kan.. nama pun fiction. Contoh CSI - DNA test dapat on the spot? But in reality? The point is that, drama CSI at least tunjuk a proper technicality in compiling all evidence of the crime scene. Takde la mengarut yang bukan-bukan.

Anna said...

Agreed with Audra, drama omputih kalau tak logik pun kita tak pertikaikan sbb cara dorang buat drama tu sendiri..Like me, peminat tegar CSI (tak kira New York ka Miami ka..Las Vegas ka)..cara penyampaian tu cam sama jer..contoh, mesti jume selai rambut la..selai bulu la kat crime scene..tak pun polis check 10 ratus kali x jumpa apa2..tpi CSI team check tros jumpe memacam bleh??..mmg la tak logik tapi tetap tak boring tgk biarpun berpuluh ulang tayang kat astro...tipikal drama melayu..u named in suma pung mesti ada.....

Lizzie Chuckguire said...

Speaking of CSI, teringat suatu masa dulu di mana ada drama melayu kita cuba untuk wat drama ala-ala CSI. tak ingat tajuk dia, tapi seperti yang dikatakan, kekurangan homework membuatkan drama tu amat kelakar. bukti terpampang di depan mata hingga pelakon tidak perlu susah payah trace untuk bukti.

plug2pin said...

budak sekolah, tp mekap obvious giler bila pi sekolah. kat mata macam2 warna ada....

lakonan sbg org miskin, tp rambut kaler2...adussss

konon keje biasa2...tp umah mewah. nak2 kalau tunjuk fresh grad baru keje, rumah fully furnish bukan main. in reality, umah budak2 fresh grad yg baru bljr dok umah sewa, apa la sgt yg ada kat umah tu..

ღ cik faye ღ said...

salam...would like to add some more, mcm produksi filem/drama Barat atau even Thai/Korea, mereka ada budget dan team utk buat research ttg prop, pakaian, background dan even dialogue accent yg dituturkan oleh watak dalam produksi tersebut.

paling kecewa kalau filem Melayu terutama period film; lenggok bahasa yg digunakan adalah lenggok zaman sekarang...menyebabkan penonton tak ada feel.

antara cth klasik...
1.Tengok Hikayat Merongmahawangsa semula, baju besi yg dipakai putera Rom tu saiznya besar sampai nampak ketiak prince tu. and then, British accent utk seorang putera Rom???

2.Leftenan Adnan...jenis kereta kebal yang digunakan...ialah dari Korea Selatan, accent Umi Aida & Khairi tak imply langsung tahun 1940an...nampak tiang elektrik di tengah sawah...and the list goes on.

cerita Wayang (Zulhuzaimi sbg lelaki buta yg belajar main wayang dari Eman Manan-sepatutnya dia kecek Kelate, tapi bunyinya sangat janggal.

ahhh...banyaklah nak list down, tapi nanti org fikir saya anti filem Melayu...:-)

Marvic .. said...

and the list goes on like never ending story.. That is why I am not really into Malaysia drama or film.. agak memilih kalau nak tengok sambil 'tutup sebelah mata'..Sorry to say but sinetron indon lagi la merepek tahap gaban..lagi byk knowledge bole dpt if we watch hasil karya org Barat..currently me into "The Good Wife" :)

SM said...

soalan takde kaitan : kenapa disiarkan jam 7 malam?

nadz ruslan said...

tak buat homework. Sama jugak kalau drama kalau ada pasal medical. Org yang ada background medical akan jadi tukang gelak. Sebab tu drama medikal malaysia jadi bahan gelak dr2, even house tu pun, dr gelakkan..

But as long as you are entertained.. Lol

Lizzie Chuckguire said...

bila malas buat homework, terhasil lah produk seperti adnan sempit, wawa semput, jidin sengal. cerita yang tidak memerlukan homework yang banyak. utk mmbuat cerita lebih menarik, perkataan2 yang 'superb cool' dicipta - apa celop? =_=

Ly said...

time kaseh encik hazrey!!!! time kasih kerana bring up benda nih. tolong la buat entry pasal drama dan filem negara kita ni banyak sikit. asyik2 hantu, rempit.

Sumandak Kinabalu said...

Terbaik! =)

Abang Zul said...

Then kalau orang jahat?

Mesti muka pecah rumah. Hisap rokok non stop. Gelak macam kena sampuk. Cakap kuat-kuat macam semua orang pekak.

Realitinya, ramai orang jahat - ie Criminals, muka kemain jambu. Rokok pun tak isap... Pasal tu ramai yang kena tipu ngan orang jahat di alam realiti. Pasal tak pernah jumpa orang jahat yang ala-ala dalam pelem dan drama Melayu pun...

RastaMat said...

ღ cik faye ღ dan yang lain-lain dah tengok cerita BUNOHAN?

bagi aku cerita tu cukup sempurna kalau nak dibandingkan dengan cerita Melayu yang lain..

PemilikMataCoklat said...

saya setuju, nasib baik saya bukan antara penonton dungu yang mana dah masuk waktu solat magrib pun masih lagi kusyuk depan tv tengok drama "kurang cerdik" macam tu

Nu-are said...

citer tamil si inspektor sahab lagi real dari citer polis kat malaysia ni...buat malu PDRM je.kalau citer gerak khas lagi ampeh.last2 actor drama tu gi curik buku adoilah.

Azlan Strider said...

setuju sangat2 ngan artikel nie..sama seperti kalau menggambar anak orang kaya yang berjaya..mesti jadi engineer dan bukak drawing atas boot kereta BMW kat site..sedangkan realitinya site construction mempunyai site office..hehehe

Regards,
-Strider-

Desert Rose said...

Aku dah lama rasa drama melayu yg buat adengan mahakamah tu semua nergenre kelakar, so aku gelak la bila tengok kes bunuh g dibucarakan di hadapan majistret dan paling best kes syariah pun depan majistret juga, haishhh.Tapi bila heroin nanges beriya aku pun perasan, ohhh citer heavy drama rupanya.So aku stop gelak. But heyyyy baca la kanun keseksaan tu,MPH ada la bai, doploh ringgit lebih je pun. Pastu please baca Rule of Subordinate Court and Rule of the HI Court dulu kalau pun sangsi (read : tak mampu) nak mintak konsultasi loyer.

Tapi kan bro, sejak menang anugerah, genre penulisan ko macam lecturer mass comm dalam kelas POST GRAD tuh, keluar semua wording berat yg aku tak paham satu mender pun. Penerbit drama patut belajar buat homework macam kau lah. Tabikk.

And I suker soalan kenapa pukul 7 tu. Penerbit berniat jahat, wujud mens rea di situ, nak kasi orang lambat solat mahgrib. Agen Yahudi neh.

izzNatta said...

Semenjak 2 menjak nih... kalau tak cerita cinta... cerita polis... cerita hantu atau cerita yang mengajar manusia cara-cara membuat khurafat... bomoh, santet & santau dan yang sewaktu dengannya.

Penggiat seni cakap... penonton dah matang, tau menilai baik atau buruk sesuatu penceritaan...

Tapi kalau yg nonton tu bebudak asyik-asyik diulang-ulang kisah yg mengajar khurafat, rasa-rasanya boleh terpengaruh tak?

Sebagai seorang mak bapak, berapa kerap korang menonton drama bersama anank-anak... untuk tujuan pencerahan kemuskyilan diorang?

hmmm...

Akukah? said...

@ abg zul
sparing partner aku muka pecah rumah, hangin satu badan dia kalo nak gi deposit cash kat atm, cam haruk depa (aku rase penonton tegar action drama melayu la kot) kelam kabut takut kena rompak!!

@ nadz ruslan
mmg haruk pun depa tu bila ada character doktor.. rase mcm nak hagul je kepala depa kat dinding!!

character corporate figure - alahai dungu sungguh!!

character dukun/pengamal ilmu sesat - kompom jawa! bebulus aku tau! aku jawa weiii... xde nye rope itu!!

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.