Tuesday, March 20, 2012

#834: YES, I WON AND THEY GAVE ME A TROPHY BUT..

Seumur hidup aku, ini kali kedua aku dapat trofi, seingat akulah.

Dulu, tahun 90an, aku pernah masuk pertandingan nyanyi tapi bukan AF sebab masa tu, Astro pun takde lagi, maka peluang aku dinafikan masa tu. Kau jangan nak ketawakan aku, aku sumpah kau jadik pen #DrawSomething nanti.

Aku dapat nombor dua sebab standard suara aku. Yang first tu, kalau tak salah aku, nyanyi lagu Ziana Zain. Aku ingat lagi, dia tarik lagu Ziana tu macam makan gula tarik jek. Korang tahu tak gula tarik?

Jangan tanya aku nyanyi lagu apa, sebab aku takkan beritahu. Aku dah tahu hati busuk korang, karang kalau aku tulis, mahu kau jadikkan bahan menghanjing aku. Kenapa sejak sejak ni banyak perkataan Azwan Ali aku gunakan ni? Harap dia tak bagi statement - kita jumpa kat padang Mahsyar sebab gunakan perkataan dia. Maafkan saya bang Azwan.

Anyway, it was a a nite to be remembered. Banyak sebab. Sebab pertama - aku datang lambat sebab terpaksa menyelesaikan satu urusan yang paling penting dalam dunia pada masa yang sama.

Aku bangga sebab disenaraikan sebagai penerima hadiah bagi Kategori The Most Vocal Blog di World Bloggers and Social Media Award di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 16 Mac lalu.

Hakikatnya, aku perlu berterima kasih pada ramai orang. Individu yang mencalonkan aku ialah Kujie dari Kujie.com manakala undian yang diperolehi tak putus-putus sehingga meletakkan blog ini pada kedudukan yang aku tak pernah impikan. Eleh, tetiba pulak aku nak feeling. Apa hal kau Hazrey.

Yang paling penting, aku perlu berterima kasih pada my Honey sebab dia 'meredhai' minat aku menulis. Kekadang, dia pulak tanya - bila nak update blog. Dan kekadang dia pun tanya (read: membebel) asyik mengadap jek. Itu bukan dia marah tu, tapi manja. Manjaa lah u nih tau tau tau!

Dan memang. Memang aku perlu berterima kasih pada yang mengundi. Aku tak tahu siapa, tapi aku tahu korang ada membaca blog ni dan bersusah payah mendaftar untuk mengundi. 

Aku percaya, Kujie nominated me for this category for an apparent reason - I am a bit vocal about everything except politics.

Macam aku tulis sebelum ni, it is our blog. Not mine solely. 

Dan yang paling menarik, aku dengar ada rakan rakan dari Angkasapuri yang berada di PWTC tempohari, turut sama-sama baca blog ini. Terima kasih!!

The Most Vocal Blog adalah salah satu dari 31 kategori yang dipertandingkan dan sebanyak 803 blog dicalonkan. 

47,045 undi diterima bagi kesemua kategori yang dipertandingkan.

Berikut adalah sebahagian dari foto yang sempat diambil ketika majlis penyampaian hadiah kepada pemenang diadakan. Terima kasih Ell dari blog hiburan ohbulan.com yang sudi menghambakan diri untuk tekan butang kamera. Kamera aku punya, untuk makluman. Biasalah, dah menang, unsur unsur riak kena selit.

Hadiah disampaikan Yang Berhormat Datuk Seri Utama Rais Yatim.


Aku tak tahu, tapi kalau orang lain post gambar pegang trofi camni, sure aku buat bahan. Takpelah, aku anggap karma jerlah, kasi chance korang bahankan aku. Tiga hari jek eh limit nak bahankan aku.Tapi kalau korang tenung betul betul, boleh nampak sinar Nur kat wajah ai tu. I makan tempe tau.

Tu dia, penulis paling tak Justin Bieber di hazrey.com. Aku rasa aku dah gemuk. Ok, ayat itu sekali lagi cubaan aku kononnya nak feeling macam orang perempuan kalau letak gambar kat Facebook dan kata, "eh I dah gemuk lah" - mendambakan kekawan akan komen: "Eh mana ada, ok jek you, kurus jek." Sedarilah, mereka tulis komen camtu sebab taknak kau kecik hati, walhal kau memang gedabak. Tau tak apa itu gedabak? Gedabak ialah satu keadaan di mana Air Asia tidak membenarkan anda naik sebab takut sangkut kat kerusi kalau duduk. Eh ada eh?


Tu dia!! Gambar over kami dan feeling baru menang Grammy Award, terutama mamat yang pegang dua trofi tu. Dia tu lagi gila kuasa. Dua trofi dia angkut malam tu. That is Reze, Ohbulan editor, yang menang Best Entertainment Blog dan mewakili rakannya, Paul Tan bagi kategori The Best Auto Blog. Tapi dia tetap gila kuasa.

Honestly, it was a grand nite dan tahniah pada penganjur yang bersusah payah untuk mengadakan Gala Dinner bagi penyampaian ala Grammy Award di PWTC tempohari. Dress code was black tie, tetapi biasalah aku kan, degil, cuma pakai jacket and black tshirt inside. Aku bukan apa, dengan muka aku ni, takut bila aku dressed up, orang order air dari aku. So baik toksah. Pengalaman pahit nanti.

Aku rasa I am the only blogger from Johor that received one of the award that nite. Bangga aku.

Selesai majlis, aku sempat berjumpa dengan beberapa wakil penganjur yang sangat peramah. Bagus mereka ni. 

Dan aku juga sempat lepak dengan social media powerhouses yang juga sahabat aku seperti Klubbkiddkl dan SultanMuzaffar. 


Sila tepuk tangan untuk gambar di atas ini. Untuk makluman, aku pun terkejut bila nak post gambar ni kat sini tetiba ada sesuatu atas kepala aku. Ia bukan photoshop. Percayalah. Sebenarnya, aku dipaksa mencangkung untuk gambar ni bersandarkan kepada kasta aku yang rendah di dunia blog. Maka aku wajib di posisi itu walaupun ia sekaligus mengundang rasa membuak untuk berak. Lupa nak check ada keluar sikit tak!


Aku tak tahu apa kena dengan Joe aka Klubbkiddkl ni. Tapi nasihat aku, awasi anak-anak anda dari mengambil Panadol berlebihan. Ia mungkin memudaratkan. Dan kepada ibubapa, elakkan anak anda dari melihat foto di atas ini kerana ia aksi berbahaya - untuk kesihatan mental. 

Aku ada mengharapkan dalam hati, biar tersangkut kepala Joe Lee kat situ, biar dia berangkut bawak balik cut out board tu. Eh jap, dia buat camtu macam tellytubbies.



This unique pose is as a tribute to Ninie Ahmad who won the Best Health and Well Being Blog, category.

See, mana ada competiton lain macam Social Media Award Gala Dinner ni. Happening kan? Again, kudos to the organiser for the effort. Sepatutnya ada satu lagi award untuk organiser for a job well done!!

Ohh, lupa, mana award nya Hazrey? Ok meh kita tengok trofi nya.


Gempak tak? Ini trofinya. Berat!! Kalau nak tengok apa yang ditulis pada trofi, klik pada gambar. Macam Academy Award sikit pun ada kan. Bertambah riaklah aku lepas ni dah dapat trofi. Rasa tambah lagi 19 inci riak aku.

Berikut adalah close-up pada trofi yang hebat ini:

Kau hado? Kau mampu? Hahaha.

Aku juga diingatkan oleh wakil penganjur untuk berhati-hati bagi mengelak sambungan pada dialog cloud di bahagian atas trofi ini tidak patah. Aku ingat pesanan itu.

Tetapi.. ya tetapi.

Sebaik tiba di Johor Bahru, dan dikeluarkan daripada kotak yang turut disediakan pihak penganjur, iaitu dua hari selepas acara diadakan, inilah yang berlaku kepada trofi ini:


Tengok pix di atas. Kenapa jadik dua? Haaa, aku sebenarnya pernah belajar magic, macam mana nak tambah trofi. Terer tak aku? Dari satu trofi jadik dua! Tepuk tangan sekali lagi please.


Inilah yang berlaku kepada trofi yang diterima tak sampai 72 jam. Kesian tak aku? Baru nak feeling hebat nak letak sebelah televisyen dan nak meriak kat tetamu. Tulah kau Hazrey, niat dah riak, patutlah kena camni.

Aku agak hairan, satu majlis yang agak besar, menggunakan kualiti seperti ini. 

Aku sedikit kecewa apabila melihat bahagian 'base' hanya dilekatkan dengan ikon berbentuk manusia bagai melepas batuk di tangga.

Malah, salutan sejenis bahan berwarna emas yang digunakan turut tertanggal bersamanya. 

Adakah trofi ini bakal menjadi paper weight semata-mata atau disimpan semula ke dalam kotak dan dibiarkan bersawang? 

Aku pasti penganjur akan menghubungi aku semula. Yelah, kot boleh touch-up balik, saya ok jek, tapi kalau nak saya pergi KL semata-mata nak hantar trofi tak mungkinlah kan.

Apapun. terima kasih semua yang mengundi! Dan pada penganjur - tahniah cuma.. next time carilah kedai yang berkualiti sikit (read: banyak).





26 comments:

linda said...

Alahai, blk dr amik award bawak kete dlm jammed pun leh jadi camtu? Pah guane???

Azrul Hisham said...

pic kedua tu macam Ajai lak yg terima award...keh3x...

tengok kualiti trofi lak...hmmm... tepuk dahi je la...patah dua tu...

sila guna gam cap gajah bang...huhu

Anna Rhu said...

Awak orang Johor yang jujur, banyak orang nak jadi ala-ala 'vocal' lah konon, tetapi lebih kepada emo sebenarnya. Awak tak, awak memang jujur. Salah satu sebab, kalau orang lain belum tentu berani komplen pasal trofi standard cap ayam ni, tapi awak jujur dan berani. Tahniah!!

Ehhh..awak Johor kat belah mana ya?

Dayz J said...

Baru perasan encik Hazrey seiras Ajai T_T

Zakiah Ponrahono said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHA

gelak guling-guling...

untunglah... dapat 2 trofi.

hahahahahaha

uDean said...

aku ingatkan ajai td yg wakilkan ko amek award..fuh~

norinaomar said...

hahaahaha saya pun fikir pasal ajai

sedih nya trofi tu..agak2 kalau lekat sendiri guna gam kasut berjaya tak??

msfit said...

hensem jugak. teruskan vokal berquality. bukan yg sumbang seh

gadisBunga said...

tahniah. mmg layak menang blog paling vokal pun!

mommynana said...

Tahniah! Will read ur blog more often. ;)))

Telor Power said...

sekali lagi TAHNIAH BRO

mrkay said...

mak aih sampai macam tu sekali jadinya award tu. Salah satu award aku pon bengkok bubble dialog dia yg atas sekali. logo blogger award dkt bubble dialog tu pon jatuh. =.="


--MrKay

zulpjj said...

aku memang x ado....piala patah....huah3x...jgn mare bro. gurau jer:-)

peace!!!

Marvic .. said...

xnak komen byk cuma nak kata ---> hensem sgt

Rinah said...

hahaha.. trophy pun tak sanggup kat abg yang "vokal".. try lekat dengan gam gajah..

PemilikMataCoklat said...

untunglahhh,dapat satu sampai johor jadi dua, ahahahaha

Anna said...

Tahniah..tu la salu bahankan org..skg hambik ko kena bahan..pe pun..picture2 suma buat ku gelak..terutama yg ada bulat ateh pala tu..ala2 Bidadara pulak ye...pe pun keep up writing...

izzNatta said...

Tu la kau zery, tak belanja aku teh tarik... kan dah patah 2 piala tuh... hohoho.... tapi kau tak gemuk la... masih maintain, cuma tumbam sikit je

BTW Jangan pakai gam gajah, guna gam plastik yang orang advertising tampal kat tarpaulin utk bunting / banner.

zulfikar hazri said...

Bila kau menang award pastilah kau menjadi riak..

bagi aku yang tak menang award ni mulalah aku merasa hasad...


padan muka tropi patah, padan muka.. weeekkk~~~~

Ly said...

trophy - eeeiii tah pape je dia punye kualiti tau. sedih ai tengok

hazrey - baru i tau fave blogger i hencem. nak nombor voleyyy? wwkwkwkwk.

seriously, gratz! keep up the good work. semoga usaha murni akan diberkati Allah. Ameen.

Hazrey said...

Ly: terima kasih berbanyak. No telefon saya ada kat pintu toilet tesco.

Zulfikar
Kau mmg hasad! Kalau aku tak menang kau kutuk, kalau aku menang, kau dengki. Tapi cam sama sifat dgn aku. Hahahaahahahah

Izznata
Aku dah simpan kat dalam stor dah trofi tu sbb kecewa. Rasa mcm lelaki yg bersanding mcm nak rak, malam pertama check rupanya jantan. Mcm tulah rasanya.

Anna
Itu cubaan saya untuk jadik dewa blog sebab kat twitter dah ramai dewa.

Pemilikmatacoklat
Mata saya terus jadik coklat, biru dan jingga tengok trofi patah dua.

Rinah
Mungkin tiada jodoh antara kami. Gitulah.

Marvic
Jangan tertipu, itu saya guna photoshop. Tak caya tanya honeyhazrey.

Zulpjj
Nasib kau tulis gurau jek, aku dah set nak gi depan rumah kau nyanyi lagu najwa latif. Nasibbbb kau baik. Awassssss

Mrkay
Hahahah padan muka kau. Dan padan muka aku. Hahahahaah

Telor power
Aku baru perasan nama kau ni cam pelik dan penuh makna. Errr takperlah.

Mommynana
Ya, teruskan terpedaya dgn dakyah di blog ini. Yay!

Gadisbunga
Tahniah kosong jek? Bunga takde kew?

Mafit
Jgn terpedaya dgn kuasa photoshop.

Norinaomar
Nk kena shaman eh?

Udean
Aku tahu rumah kau kat mana ok. Awassssss!

Zakiah
Dalam reramai orang, aku ingatkan dia ni bagilah simpati sikit kat aku insan yg lemah ni, rupanya... Mendung di tengahari.

Dayz j
Kami kebetulan kawan baik. Irony tak?

Anna rhu
Saya jujur masa saya berak dan tidur dan makan nasi. Maka saya update blog ni pada salah satu masa tu. pilihlah.

Azrul
Sponsor gam pls. Duit abis bayar ol gi ambik trofi cap ayam.

Linda
Dah nasib, ginilah. Pes taim dpt lak tu. airmata dah kering dah.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Peh2. Gambar yang mencangkung tu ada macam angelic ring :p

Dan Karrotgold, Altimet & AriffShah yang aku kenal dalam gambar2 ni.

Tahniah Encik Hazrey!

Azlan Strider said...

congratulation bro..walaupun aku baru baca blog nie tapi content dia memang layak membuat anda menang trofi..hopefully next year menang lagi..hehehe

Regards,
-Strider-

yozz said...

Sorilah bro, bile aku baca part yg ko mencangkung pastu ade flying soucer kat atas kepala ko,aku tergelak gile babi....tambahan tonyok(bg menggambarkan gelak tahap gaban). Memang patutla ko dapat trophy. TApi satu je ko bagilah tau ko nyanyi lagu ape...please 3X.

eqzzz said...

kau pernah tgk teletubbies ? benda yg kat atas kpala dia akan blinking bila dpt idea... itulh yg aku bayangkan masa tgk gmbr ko tu.....

ibnu marzuki al firdaus said...

http://freebiesland.com.my/2012/03/digi-wwwow-awards-submit-your-entry-and-win-prizes.html bila ni pulok?

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.