Wednesday, March 14, 2012

#832: APA KATA PERGI SAHAJA KE RUMAH ARWAH DIRANG DAN CEMUH MAK DIA?

Kelmarin, kami masih lagi ke rumah Allahyarham Nurul Nadirah Abdullah bagi mendapatkan perkembangan terbaru di mana Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif bersama pegawai kanan polis dan ahli Persatuan Keluarga Polis (Perkep) melawat keluarga mangsa serta menghulurkan sedikit sumbangan ikhlas.

Datuk Mohd Mokhtar turut memberi jaminan kepada keluarga mangsa untuk memastikan pasukan khas yang ditubuhkan lantaran kehilangan Nurul Nadirah pada 1 Mac lalu dipercepatkan bagi memastikan penjenayah yang melakukan perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu, dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Pemergian dia (Nurul Nadirah) amat tragis dan menyayat hati. Hanya manusia berhati haiwan, kejam dan tidak berperikemanusiaan tergamak menyiksa insan kerdil yang tak berdosa ini. Polis akan siasat serapi-rapinya, mereka yang terlibat akan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin," tegas beliau.

Pada masa yang sama Datuk Mohd Mokhtar juga menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka dan mengawasi pergarakan anak-kanak mereka dan menjadi kejadian itu sebagai iktibar.

Apapun, bukanlah masa yang sesuai untuk menunding jari terutama kepada si ibu yang tak henti-henti menangis, tak henti henti teresak.

Aku sempat menjenguk dereten komen yang banyak mencemuh si ibu di atas pengakuannya tanpa menunding jari pada sesiapa sebaliknya pada diri sendiri dek alpa hingga membiarkan di kecil keluar bersendirian tanpa teman.

Tanpa identiti, kita mudah untuk mencemuh. Tanpa dikenali, kita mudah melampiaskan kata-kata nista bagai apa yang sudah kemas tersurat akan ajal si kecil itu salah si ibu semata-mata. 

Ya, pelbagai undang-undang tersedia untuk digunapakai. Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001 antara yang boleh dikuatkuasakan terhadap si ibu.

Tanpa sesaat aku lihat raut wajah ibu Allahyarham, Roselyn Alan, 25, tenang. Tak sesaat ku lihat raut wajahnya mahu membuka kata menyusun ayat, ini semuanya perlu menjadi beban orang lain.

Dia tetap mengakui kekesalannya tak sudah-sudah. Dia tetap meratapi akan pemergian Dirang.

Sangat hebat cemuhan penulis di forum Cari hinggakan aku bagai merasakan Tuhan dah bagi subkontrak pada mereka menjadi malaikat, yang tiada cacat cela, lantas mencela, mencemuh si ibu.

Siang tadi, the remains of Nurul Nadirah sudahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pertanian, Masai, Johor.

Kalau kau tanya aku, macho macam mana pun pasti akan sebak dengan apa yang dilihat di depan mata. Si ibu menangis, si nenek merintih, si bapa tertunduk penuh kekesalan, si datuk tak henti henti turut menyalahkan diri sendiri, dan hampir semua bergenang airmata.

Mungkinkah, ya, mungkinkah yang mencemuh itu ketahui apa yang ditanggung ibu? Apa yang dipikul ibu, mampukah kita tertanggung akan kehilangan seumpama ini?

Kalaulah boleh dipinjamkan di dalam hati si ibu, boleh dipinjamkan akan airmata ibu, ada yang mahukan?

Tidakkah kita fikirkan pada akal siuman kita, si ibu sudahpun dihukum dek kealpaannya? Mampukah kita melampaui akan hukuman itu? Hukuman yang aku pasti, tiada ibu yang mahu melalui tragedi seperti itu.

Hukuman yang diterima si ibu lebih hebat dari segalanya. Dia kehilangan Nurul Nadirah. Dan kita pula sibuk mencemuh, mencerca apa yang sudah berlaku. Kalaulah kita semua memiliki kuasa itu, kuasa untuk memutarkan masa, aku pasti, si ibulah yang pertama mahukannya.

Kita tak merasai lagi kehilangan seumpama si ibu, mungkin. 

Agaknya, kalaulah kita yang merasainya, mampukah kita dicemuh semula akan kata kata nista kita? Mampukah kita menahan diri?

Tidakkah kita terfikir, apa yang berlaku, mungkin berlaku pada diri kita? Ya, kita akan berkata kita akan sentiasa berwaspada. Itu aku ucapkan terima kasih. Tetapi bak kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di dunia, yang digari adalah tangan, dan bukan sifat mereka.

Maka, penjenayah tetap ada di mana mana. Tidakkah kita fikir segala tenaga untuk menunjukkan kekuatan, kehebatan dan cakap cakap kencang di forum seperti di cari itu ditransformasikan untuk mengukuhkan kehebatan bagaimana dapat membantu pihak berkuasa seperti polis terutamanya?

Kita memang pandai bercakap. Itulah kehebatan kita. Kita pandai menaip, berebut rebut mahukan kehebatan kita dipapar di forum seperti itu, tetapi cubalah tanya, di kalangan mereka, adakah yang menyimpan nombor telefon rakancop di tempat masing-masing? Ada? Anda? Tak perlu malu untuk mengakui hakikat, anda sendiri tak tahu rakancop itu wujud. Pergilah cari nombornya. Simpan. Dailkan. Kalau kita boleh menyumbang kepada kehebatan penyanyi penyanyi di Malaysia, apa salahnya kita sumbang sedikit melalui panggilan kepada rakancop apabila ternampak sesuatu yang mencurigakan.

Tukarkan kehebatan anda semua dan gunakan segala tenaga hebat anda itu untuk sama-sama membantu pihak berkuasa. Polis tak mampu berdiri dan menjaga setiap sudut dunia ini. Tanyalah mana mana negara di dunia ini. Itu bukan sahaja tak mungkin, malah mustahil.

Bak kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar yang berulang kali diucapkan, tiap kali pertemuan kami, "The best weapon to fight crime is public cooperation." Senjata paling terbaik memerangi jenayah adalah kerjasama dari masyarakat. 

Itu bukan omongan kosong. Itu hakiki. Pernah ke mereka yang melahirkan pendapat mereka bagai sudah dijanjikan segala urusan di dunia ini akan sentiasa dipermudahkan itu, pernah menelefon pihak polis selama hidup mereka?

Aku tahu aku pernah. 

Biar aku berikan contoh: Kakak aku mendengar jeritan wanita di belakang rumahnya yang kebetulan dapur sebuah restoran masakan Thai, lantas tanpa lengah terus menelefon pihak polis meminta disiasat. Alhamdulillah tiada yang buruk berlaku, hanya pergaduhan sang suami dan isteri keduanya. 

Apa yang kau lihat? Dia busy body? Dia ngada ngada nak dengar suara abang polis? Dia mahukan publisiti murahan di ruang hiburan suratkhabar esoknya kerana menelefon polis? Apa?

Pihak polis tidak akan mendedahkan identiti mereka yang memberikan mereka maklumat, tetapi biarpun kita tahu hakikat ini, kita masih lagi kencang bercakap tapi habuk pun tarak.

Pernah ke kita menelefon polis bila ternampak anak kecil menangis sekuat hati diheret masuk ke dalam kereta? 

"Degilnya anak orang ni," mungkin itu sahaja lafaz dari mulut kita.

Tidakkah kita terfikir, sedikit kecurigaan itu kadang-kadang mampu membantu pihak polis mengekang laku kejam penjenayah?

Pernah aku berhentikan kereta aku, menegur seorang makcik sedang berjalan di tepi dengan beg tangannya menghadap jalanraya. 

"Assalalamualaikum makcik, bahaya makcik jalan macam tu, karang ada jek hantu ragut. Alihkan ke sebelah depan makcik. Hati hati makcik," nasihat aku.

Ya, peragut tidak dilahirkan manusia. Mereka dilahirkan hantu dan iblis. Surat beranak pun tak ada sebab mereka hantu dan iblis.

Tanya pada diri kita, mungkinkah makcik itu tadi akan marah kat kita? Mungkinkah makcik itu tadi akan jerit "Woiii budak, kau apa hal nak sibuk sibuk beg tangan aku jenis Coach ni?"

Kemungkinan seperti itu sangat tipis. Kalau kau tanya aku, aku akan merasa satu kebanggaan kerana dapat sama-sama membantu biarpun tidak diketahui wartawan hiburan untuk disiarakan dengan tajuk: "Hazrey, artis baru sangat prihatin nasihatkan makcik pakai beg tangan coach elak dari diragut." Kalau tajuk camtu, pasti akan berlambak lambak masuk forum Cari. Dan berkejaran kita nakkan sedikit penglibatan dengan memberikan komen kencang kita.

Mungkin kita takut untuk memulakan. Apa kata kalau nampak aweks comel comel tu, kita tegur dengan baik. Tapi janganlah pulak macam mat rempit nak mengurat.

"Hi awak, lawalah awak ni. Nak pergi mana tu sesorang? Boleh ai teman fiwit fiwit fiwit ! Hati Hati ya awak dengan handbag awak tu."

Kalau akulah perempuan tu, aku cari batu baling kat kau. Yelah, ayat persis peragut pun ada jugak tu.

Kita suka gelak kan. Tapi ingatlah, sedikit kecurigaan dapat membantu. Sematkanlah sedikit perasaan curiga itu. 

Berbalik kepada kisah Allahyarham, aku amat bangga kecekapan polis Johor terutama di Ibupejabat Polis Seri Alam diketuai Ketua Polisnya, Superintenden Roslan Zainuddin. Dah lama aku kenal Supt Roslan ni.

Apa yang aku harapkan, dan aku pasti semua mengharapkan perkara yang sama, dalang yang melakukan perbuatan paling kejam dan zalim ini bakal berakhir kehidupan mereka di tali gantung.

Fyi, Seksyen 302 Kanun Keseksaan hanya ada satu hukuman - mati mandatori. Aku berharapkan sangat seksaan buat dalang itu, mati mandatori.

Alfatihah buat adik Nurul Nadirah Abdullah. Alfatihah.

Jangan lupa, perincian penuh pembunuhan Nurul Nadirah di 999, TV3 Khamis jam 9 malam. Insyaallah.


18 comments:

ka6_jeram said...

Forum Cari biasalah react macam tue, kalo dah kene kat dirik sendirik, baru ah nak gune forum untuk fungsi sebenar.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Keyboard warrior - masa benda2 menyedihkan macam ni berlaku pun nak menghentam ke?

Bila nak senyap agaknya?
Bila dah kena kat batang hidung sendiri gamaknya. :'(

SM said...

aku risau, sekali lagi akan ada kedengaran cadangan dari menteri wanita yang mahu hukuman juga dikenakan terhadap ibu bapa yang `cuai' sebegini. macam kes adik nurin dulu. jadi, apakah???

tiger-mother said...

Ada siapa2 yg tahu alamat keluarga Dirang?
Ada kelapangan mungkin weekend ini saya ke sana untuk mencemuh mak dia yg cuai tu

ishallnotreveal said...

rasanya,baiklah weekend ni, spend time dengan anak masing-masing and didik anak sendiri jadi insan berguna.

daripada nak pergi ke rumah Dirang and cemuh mak bapak arwah.

Mulut(dan tangan) jangan lancang sangat. daripada nak mencemuh orang, baiklah berdoa supaya hal camni tak jadi dekat batang hidung sendiri.

Farah Harith said...

mungkin mereka di forum cari boleh dianggap keyboard warriors yang sekadar mencemuh. tapi di sebalik cemuhan terhadap mak nurul nadhirah, ada kebenarannya. just because mak nurul nadhirah tu sekarang merasa kesal and has to live with the fact that her negligence caused her child to die, tak bermakna that's enough. i say she has to be charged for negligence. so that people will use this as an example to be more mindful of their kids. we have heard one too many cases of children going missing because their parents were careless. so should we just sympathise with her and say it's fair now that she has to live without her child? should we be the "caring" malaysians that we are and just sympathise? i say authorities should investigate her, and if she is found guilty of negligence, lock her up and throw away the damn key. who on God's green earth allows a 5 year old to go to the grocery store alone?? i say enough with this misplace sympathy. the only person yang layak disimpatikan dalam kes ini ialah arwah nurul nadhirah. definitely NOT her mother.

The Conversationalist said...

Sangat setuju yang kita patut simpati dengan ibu adik Nurul Nadhirah. Sedangkan orang luar boleh menitiskan air mata sekadar membaca beritanya sahaja, inikan pula dia sebagai seorang ibu. But fact is fact, we should punish the parent for negligence too, coz how many times do we need this tragedy to happen? It seems like parents never learn from what had happened in the past. Remember Nurin? Sharlinie? And now Nurul Nadhirah.
Dah sampai masanya kita ada undang-undang yang menghukum ibubapa yang cuai. Memang semua orang ada tanggungjawab, tapi tanggungjawab terbesar masih lagi terletak pada ibu bapa. Anak anugerah Allah, janganlah kerana kesilapan kecil akan ada lagi anak yang tak berdosa menjadi mangsa.

Huda Ramlee said...

semoga kealpaan seorang ibu ini menjadi peringatan keras buat ibu-ibu yang lain. rasanya itu yang terbaik..

Cik Puan Nurul said...

jujur sy antara yang hadap forum tu setiap hari dan jujur sy akui komen2 dorang tu memang agak keterlaluan ntah apa yg xpuas hati pun tak tahulah selagi mak pak arwah tak dihumbankan ke penjara atas sebab kelalaian selagi itulahh juga dorang dok komen memacam..benar salah ibu arwah yang memberikan kesempatan pd penjahat di luar sana tapi sesuaikah dlm keadaan sekarang ni di mana emosi ibunya dlm keadaan tidak stabil kita sbg masyarakat yg kononnya sempurna sgt,menjaga anak2 lebih baik drpd manusia yg ade di muka bumi ini berhak memaki hamun si ibu.jika si ibu telah bertaubat dan memohon keampunan dgn ALLAH dosanya barangkali sudah terampun tp bagaimana dgn dosa kita saban hari meratib melahar si ibu??
tak usah heran sgt..kebanyakkan yg bagi komen pedas berdesit tu pun bknnya semua dah ada anak pun ada yg bujang blm kahwin bknnya tahu gimana rasa sakit melahirkan dan rasa kehilangan anak kandung sendiri apatah lagi rasa sakit menanggung bebanan rasa bersalah.

eiffa akmal said...

yg buruk jadikan sempadan..just make sure that we will not do the same...ibu mana yg tak sayang anak (maybe yg gile zalim sanggup buang anak tu je kot)..kekhilafan dia dah dia tanggung sekarang akibatnya..so jangan kita tambahkan lagi beban dia..just pray yg terbaik utk dia dan keluarganya...InsyAllah anakandanya dah pun tenang di sana...

bzz said...

Yg mana menyalahkan mak dirang cuma pandai bercakap. Tapi belum tentu pandai buat.

Cuma tanya, mereka2 yg byk komen, byk menyumpah ni. Mereka tak masuk FB? Twitter? baca blog? Forum?

Dalam masa diaorg melayari internet ni. Di mana anak mereka? Apa mereka buat? Apa adik beradik dia buat? Mak bapak macam mana etc etc?

Jgn blame org lain tak tentu pasal. Kita bukan malaikat. Lagipun korang ada berpuluh tahun lagi untuk hidup. Selangkah kita terlebih cakap dan menyakitkan hati org lain. Belum tentu kita takkan dapat balasan. Kalau bukan esok... Maybe 20 tahun akan datang.

Menyalahkan orang lain takkan dapat ubah keadaan. Yg penting cari solution.

Bila kita TUNJUK... satu jari kehadapan. Tiga jari lagi tunjuk pada diri sendiri. So... sudahkah korang2 ni cari solution tadi???


Ermm... setakat memekak kat forum tu... ko simpan je lah...

Mila@Rimbun said...

kesalahan dan kealpaan dia biarlah dia minta ampun dgn Allah, kita yang hanya dapat melihat dan membaca cerita mereka ni banyak2 lah ambil iktibar.
samada nak heret parentsnya ke mahkamah or tidak biarlah pihak berwajib menentukannya.
sesekali cuba letak diri kita ditempat mereka, tak pernahkah kita alpa dan lalai selama hidup ini. mungkin kita bertuah kerana kealpaan kita itu tidak menggadaikan nyawa, syukurlah.

Kuala X Breed said...

Kenapa kita mesti mencemuh orang kerana kesalahan, kadang-kadang kesalahan seperti itu, ada juga kita lakukan cuma pengakhirannya tak seteruk itu. Kita kena ingat, takde sesuatu yang terjadi tanpa sebab dariNYA. Semoga kejadian ini menjadi iktibar buat semua, untuk keluarganya salam Takziah..

meme said...

saye seorang perempuan yang dah berusia 20an.dan saya rasa saya layak untuk memberi pendapat.saya,adik dan jiran hampir diculik sewaktu kecil.kami berada di taman permainan yang mempunyai ramai orang.pe yg berlaku..pd hari sabtu sekumpulan lelaki bangsa asing observe taman permainan tuh dan mereka menaiki van putih.dan pd hari ahad,mereka mengejar kami bertiga dari setiap sudut dan kami menjerit meminta tolong tapi tidak diperdulikan oleh sesiapa.saya masih ingat ada beberapa remaja dekat situ yang hanye melihat namun tak membantu.apa yang berlaku.kami melarikan diri masuk ke rumah orang yang kami tak kenali.dan penculik yang da kejar kami tuh melarikan diri.selang beberapa lama.saya nampak penculik tu ingin menculik jiran saya.dan tidak berjaya.kerana ada jiran yang dewasa keluar dr rumah.namun dier berjaya menculik seorang budak di taman saya.(atau itu rumors sy tak pasti) sbb sy kecik lagik..jdk sy bgtau ibubapa..diorang tak percaya..orang dewasa anggap kami hanya berkhayal.
selang beberapa lama sedara saya diculik di depan rumah sendiri.namun nasib menyebelahi dia.orang tu berhenti di sungai buluh.dan kebetulan die lupa kunci pintu.jadi sepupu saya melarikan diri masuk ke tandas sebuah kedai.dia duduk di sane sepanjang malam,sehingga pagi esoknye apabila orang kedai buka kedai,dan menelefon pihak polis.nasib baik sedara saya selamat.dan budak(yin) yang hilang di sogo suatu ketika dlu juga merupakan saudara saya.apa yang saya boleh simpulkan malang tak berbau,orang jahat berada dimana2.

saya bukan nak mengutuk@mencerca ibunya.saya perempuan.dan saya ingin tegaskan seorang budak perempuan tidak sepatutnya dibiarkan tanpa diawasi walaupun di kawasan yang kononya selamat.saya mempunyai ramai kawan perempuan yang diabuse sexually oleh orang2 yang rapat(seperti jiran/saudara) sendiri.dan umur mereka sewaktu diabuse rata2 5-10 tahun.dan mereka kebanyakkan nye merahsiakan perkara itu kerana kebanyakkan yang melakukan perihal itu adalah dikalangan saudara,dan jiran tertangga.jadi saya tidak bersetuju dengan tindakkan ibunya meletakkan anaknya di situasi yang berbahaya.20 tahun dahulu,sewaktu malaysia kurang kadar jenayah(agaknya)sy penah hampir diculik..dan kawan2 sy ada yg diabuse sexually.jdik skrg ibunya ptt lebih peka.mmg salah penjenayah.tp sbagai ibu kita kena meletakkan anak dlm suasana yg selamat.kita bercakap berkaitan dengan budak perempuan berumur 5 tahun.

bkn salahkan ibu 100 peratus.tp perkara ini pon sepatutnye bukan diluar jangkaan.i mean..dia tak create safe environment untuk anak dia.macamana nak tawakal kalo lgsg taknak berusaha??apa pun sy kasihan kan nadhirah.cuma jgn salahkn masyarakat apabila ibubapa sendiri lalai.

i have been there 20 years ago..mintak tlg diorang(masyarakat) pgl polis..dan penculik da menarik kami.tapi rata2 hanya pndang dgn clueless tanpa berbuat apa2.kami berlari lebih 200 meter.nasib baik ade sebuah rumah pintu gatenye terbukak,dan pintu rumahnya terbukak.jdk kami terus masuk ke rumah orang itu.

sesetengah benda kita mmg tak boleh kawal..kalo kte da create sesafe mane pon..kalo nk jadi,jadik juga..tp apa yg dikesalkan sikap ibu itu sendiri lgsg tak berusaha..TQ

mommynana said...

Mmm. Apa pun semua dah terjadi. Yang baik jadikan teladan. Yang buruk buanglah jauh2. Harap masyarakat dapat timbang baik dan buruknya suatu kisah yg terjadi. Amik iktibar. Bekerjasamalah dlm segala hal. Bkn sekadar lihat dan tunggu sapa nak tolong atau tepon pihak berkuasa. Kt pun xlayak nk hukum / judge sesapa. Kt pun bukanlah sempurna mana.

mira sayang said...

Al-Fatihah . Kita takleh salahkn 100% kat mak dia . Ada hikmah disebalik setiap kejadian . Wallahualam . Kpd yg nak sangat mencemuh mak dia tu , korang tu dah bagus sangat ke . Jangan nak belagak sangat , esok lusa jadi lagi teruk kat korang baru la nak cakap takdir takdir takdir . Hampehh !

Audra Sazreena said...

Macam yang aku cakap dalam your past entry - aku harap ada pihak yang boleh bawak keluarga arwah Nadirah ni especially mak dia ke sessi kaunseling untuk memulihkan semangatnya. Kesian nanti pada adik beradik arwah yang tinggal.

ibnu marzuki al firdaus said...

p balai lapor mak #dirang cuai ATAU saran dia tubuhkan PKMJM.blogspot.com bersama others esp "celebrity" mangsa jenayah...

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.