Tuesday, March 13, 2012

#830: IBU, DIRANG PERGI DAHULU DAN TUNGGU IBU NANTI DI FIRDAUSI.

Kira-kira jam 6.00 petang semalam, aku dan dua rakan wartawan, Salman Hamat dari Harian Metro dan Mohd Iskandar Ibrahim dari Berita Harian yang sedang elok meneguk minuman di restoran mamak, menerima panggilan telefon mengenai pengesahan identiti mayat yang ditemui 8 Mac lalu.

Mayat itu disahkan adalah Nurul Nadirah Abdullah, 5 tahun yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac 2012 kira-kira jam 11 pagi. Ia hasil ujian DNA yang dijalankan Jabatan Kimia dan sampel dari ibu kandungnya, mengesahkan mayat rentung itu adalah Nurul Nadirah.

Berikut adalah kronologi kejadian:



1 Mac 2012 :

Kira-kira jam 11 pagi - Nurul Nadirah Abdullah 5 tahun mengadu lapar, ibunya, Roselyn Alan memberi wang RM4 bersama sekeping nota tertulis dua bungkus mi segera dan telur RM2 untuk dibeli di kedai di blok bersebelahan di rumah mereka di Blok A, Flet Seri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Bahru.

12 tengahari, Nurul Nadirah atau panggilan manja Dirang, 5 tahun disedari tidak pulang ke rumah.

Jam 3 petang hari yang sama, ibu Dirang, Roselyn Alan buat laporan polis selepas gagal menemui kanak-kanak itu.

Sebaik menerima laporan, sepasukan polis melancarkan gerakan mencari dan menemui sebelah kasut kuning dipakai Dirang dalam kebun kelapa sawit berhampiran flet.

Sebelah lagi ditemui hampir 500 meter dari situ dengan telur yang dibeli pecah dan mi segera bertaburan.

Tiga suspek terdiri dari dua lelaki dan seorang wanita berusia 30an hingga 40-an ditahan polis pada hari yang sama.

Ketiga suspek turut didapati positif dadah jenis syabu.

Gerakan mencari terus dilakukan polis IPD Seri Alam manakala keluarganya turut mengedarkan 80 poster gambar Dirang dan dipasang di sekitar Bandar Seri Alam.

6 Mac 2012:
Ibupejabat Polis Seri Alam turut memohon bantuan kepakaran Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak Bukit Aman, dan sehingga hari berkenaan, lebih 20 lokasi sudah diperiksa polis.

8 Mac 2012: 
Kira-kira jam 9 pagi, polis menemui serpihan rangka manusia dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai.

Rangka manusia yang rentung itu ditemui dalam sebuah lubang oleh orang awam.

Pada hari yang sama juga, polis menahan seorang lagi lelaki iaitu bapa kandung kepada Nurul Nadirah bagi membantu siasatan.

Sejak 1 Mac hingga petang semalam, ibu Dirang tak putus asa meninjau kawasan sekitar dengan harapan dapat menemui anak sulungnya itu.

11 Mac 2012:
DYMM Raja Zarith Sofiah berangkat mencemar duli melawat keluarga Nurul Nadirah, kira-kira jam 10 pagi.

12 Mac 2012:
Selepas 12 hari dilaporkan hilang, Jabatan Kimia mengesahkan rangka manusia yang ditemui rentung di kawasan kelapa sawit di Nusa Damai milik Nurul Nadirah.

Ia disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Roslan Zainuddin semalam hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat terbabit dan sampel diambil dari ibunya.

Lanjutan itu, polis turut mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini ia diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Polis turut mendapatkan lanjutan reman terhadap keempat empat suspek.

Mayat Allahyarham Nurul Nadirah dijangka dituntut keluarganya petang ini untuk dikebumikan.


* * * * * * *

Aku tahu ramai yang marah apabila disiarkan tempohari kehilangan Allahyarham berikutan kelekaan ibu mangsa melayari laman sosial Facebook.

Aku pun marah.

Tetapi beranikah kita untuk mengaku kesalahan kita untuk dicemuh masyarakat? Tidakkah kita fikirkan, pengakuan itu penuh kekesalan ibunya? Ibu Allahyarham tidak hipokrit, malah kita mungkin tak seberani wanita ini untuk mengakui kesalahannya, leka dengan Facebook.

Tahukah kita, sebaik kehilangan anak sulungnya itu, tak putus airmata si ibu bercucuran? Tahukah kita, tak pernah rasa jerih, tak pernah rasa penat si ibu mengorak beribu langkah mencari si kecil?

Roselyn baru sahaja melahirkan anak ketiga dan masih dalam pantang namun digagahi jua tubuhnya untuk mencari si kecil, sebaik suria menjengah hinggalah pergi berganti malam. 

"Kenapa mati anak aku, kenapaaa..," itulah raungan, ratapan si ibu sebaik menerima berita pengesahan dari pihak polis. Mampukah kita merasai kekesalan si ibu? Mampukah kita merasai kehilangannya? Mampukah kita berada di jauhan, mengusap airmata si ibu yang tak lekang dari pipi dan tiada henti mengalir?

Aku berada di situ. Aku mendengar ratapan si ibu. Aku dapat lihat betapa keinginan si ibu mahu putar kembali waktu itu, waktu Nurul Nadirah masih bersama, waktu Nurul Nadirah merengek, menangis, bermanja.


Hanya tangisan bersulam ratapan penuh kekesalan mengisi ruang rumah yang sudahpun suram sejak kehilangan Nurul Nadirah, 1 Mac lalu. 

Aku yakin pasukan khas yang ditubuhkan Polis Johor ini mampu menyelesaikan kes ini secepat mungkin dan kita semua mahu tahu, apakah motif disebalik pembunuhan anak kecil tak berdosa ini.

Kita berdoalah agar yang patut dihukum di dunia ini dapat disegerakan hukuman mereka, dan sisipkan doa kepada si ibu agar dia dapat sedikit kesabaran, menempuh hari hari mendatang pasti dengan kekesalan.

Cukuplah pada dia, akan hukuman ini. Cukuplah pada si ibu, segala kekesalan tak mungkin dapat mengembalikan semula Nurul Nadirah dalam dakapan manjanya, tak dapat lagi mencium dahi luas si kecil ini, segala senyuman tawa sendu si kecil ini hanya dipahat dalam ingatan, berlapiskan kekesalan.

Cemuhlah si ibu jika kita tak dapat merasai akan hiba dan tangisnya. Cemuhlah, hinalah. Si ibu pasti redha akan segala cemuhan kerana itu semua tak dapat mengatasi rasa kesal, rasa kecewa akan kehilangan anak yang dikandung dan membesar depan matanya.

Apapun cemuhannya, yang membunuh bukan si ibu. Yang mengandung pasti si ibu ini. Rasakah kita akan pahitnya nanti, tercelik mata, tiada lagi rengekan si kecil ini?

Alfatihah adik Nurul Nadirah. Kami bersama-sama ibumu meratapi pemergianmu dan marah akan laku kejam terhadap dirimu adik. Kami dapat merasai saat-saat akhir adik sebelum nyawa adik diragut. Maafkan ibumu adik. Maafkan dia. Setiap titik airmata ibu bersulamkan kekesalan untukmu adik.

Maafkan kami juga adik, kerana kami juga alpa, kami juga tak mampu meneladani semua ini. Kami pun bersalah, hanya memikirkan diri kami sendiri, tak peduli akan mereka yang asing. Tak peduli mereka yang tak lazim pada mata kami. Maafkan kami dik.

Torehan pada hati si ibu dek kealpaan, tak mampu diubati.

Moga Adik Nurul Nadirah tenang di sana. Pimpinlah ibu nanti ke Firdausi, ya adik. AlFatihah.



42 comments:

jenny ezra said...

menitik air mata baca :(

Anna Rhu said...

Kenapa ada manusia tergamak berbuat begitu? Kasihan ibu Dirang,meratapi kehilangan. Kasihan Dirang,menghadapi saat sukar sendirian.Nasi dah jadi bubur dan dah basi. Tiada apa boleh di lakukan kecuali redha..bersama kesal yg tidak berpenghujung.

AkaZukii ChaCha said...

al-fatehah dirang. semoga tenang di sana.....
kepada yang pandai cemuh, rasanya bukan seorang ibu...takde ibu tak sayangkan anak...dan kalau yang cemuh itu ibu, pk2 lah balik...tak guna kata orang...sbnarnya ramai parents yang train ank kecil pi kedai sendiri, lagi2 duduk flat mcm kes dirang ni, sbb yakin tmpat selamat , kedai pun dekat ...dalam kes ini ibunya pun dalam pantang kan...mungkin ini bukan kali pertama dirang pergi sendiri beli barang di kedai (atau mungkin first time abg hazrey?) saya tahu, sbb pernah tgk ramai parents yg buat mcm ni especially bila ank2 ramai/ susah/ ank2 umur rapat2 plak etc....entry yang sangat sedih, ending yang sangat tragik kepada berita kehilangan dirang sebelum ini...semoga roh dirang dicucuri rahmat..dan kepada yg lain, kisah ini dijadikan iktibar sekali lagi ...orang ramai pun boleh main peranan kut tgk budak2 kecil pi kedai/jalan sorang2 ..pi la tanya ke perati ke ...semoga ini kes terakhir seumpamanya yang kita akan dengar..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Al-Fatihah buat si comel itu. Ternyata, manusia sekarang kegilaan melampau tidak terkira

=(

MaryaYusof said...

As salam,

Saya setuju dgn pernyataan ini...'Apapun cemuhannya, yang membunuh bukan si ibu. Yang mengandung pasti si ibu ini. Rasakah kita akan pahitnya nanti, tercelik mata, tiada lagi rengekan si kecil ini?' Ingatan buat diri saya dan juga para ibu diluar sana... Harap si ibu tabah... Tak tertanggung rasanya kalau ia terjadi pd saya :(

SM said...

jangan takut dan panik semua, malaysia negara yang selamat.

Lady Windsor said...

Terbaeklahhh pasukan polis kita, aku harap sooner or later akan tertangkaplah manusia kejam yang memperlakukan Dirang begitu..

Ooh Dirang ini sama usia dengan anak buah aku yang sambut hari jadi yang ke 5 hari ini..

mommynana said...

Semoga menjadi teladan dan jadikan iktibar. Manusia semua buat silap, tak terlepas. Moga adik Dirang di tempatkan di syurga dgn penuh kegembiraan.

maskaret_cinta said...

SMTI

semoga keluarga Dirang tabah dengan ujian ini. Allah lebih menyayanginya. salam takziah.

paehinc said...

Antara negara paling selamat di dunia... Al Fatihah untuk arwah Dirang

gadisBunga said...

salam takziah kepada ibu dan keluarga dirang.

sekarang ni nak tgk pembunuh tu ditangkap je!

:: nia rashid :: said...

al-fatihah...

nyonyacyber said...

alfatihah...

Rinah said...

Al Fatihah..

@jenny ezra sama T_Tskkk

marimar said...

Al Fatihah.. bersabar la wahai si ibu. Berdoa la supaya pembunuh itu ditgkap secepatnya sesungguhnya doa seorang ibu sangat2 mujarab&insyallah Allah akan makbulkn..saya kagum pada ibu yg sanggup mengakui kealpaan&kesalhnya sendiri..xsmua owang mempunyai keberanian sebegitu. Takziah sekali lgi. Sesungguhnya saya&jutaan rakyat malaysia juga merasai kesedihan itu.. (T__T)

@zaH said...

Al fatihah......sedey baca ...

Nu-are said...

al-fatihah buat arwah..moga ibu dia tabah & redha atas pemergian arwah dirang..mmg lahanatullah ar sapa yg bunuh budak yg tak berdosa ni.

Zahirah Shamsuddin said...

Al-Fatihah buat Nurul Nadirah..

yup, setuju dgn segelintir manusia yg sgt cpt menjatuhkn hukuman.. dorg tak tau cerita sbnr, semudah itu nk judge org dr tajuk utama akhbar yg mmg slalunye provoke sesuatu (utk melariskn jualan mngkn!)

igtlah! manusia.. kalau seseorg tu ada bt seribu kebaikan, kebaikannya akn diingati selagi ada, tp bile skali dia tersilap dan bt satu kesilapan, kesilapan yang satu tu je dh bleh hapuskn seribu kebaikan yg dia pernah buat...

Astaghfirullahal'azimmm!!!

Sue-Rya AQ said...

sedih! hanya itu yg mampu saya ungkapkan..airmata ni menitis tanpa disedari..krn saya juga seorg ibu..krn saya juga pernah mengandung dan melahirkan..semoga kita semua mengambil iktibar dgn apa yg terjadi..semoga arwah nadirah ditempatkan di syurga firdausi..amin..kpd ibu dan keluarga mangsa, semoga tabah menghadapi ujian yg maha hebat ini..berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul..al-fatihah..

aj said...

siak, sedih aku baca hazrey.
kau memang pandai bikin orang nangis

NenetPenne (NP) said...

tak payahlah nak hina ibu Dirang tu..
cukup2lah dengan apa yang telah dia lalui...
kita semua pun penah buat silap
at least dia mengaku dia leka dgn facebook..
kadang2 orang lain pun leka juga dengan menda lain
lain orang lain pula musibahnya...

apapun alfatihah untuk adik dirang dan takziah untuk ibu dirang..

kayna said...

Sedih. Menitis air mata baca. Hati ibu.

Cemmomile said...

Minta izin copy paste ke blog untuk sebaran dan sedaran.

Azizi Zain Hetfield said...

...hati tersentuh, mata berkaca, segala puji bagi Allah yg Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang. Mohon seluruh kasih sayang kita untuk menangkap sang iblis itu kerana dendam dan benci cuma akan melekakan kita pada masa hadapan.

blog-tips-kurus said...

ikhtibar untuk semua..

munna said...

Al-Fatihah buat arwah Adik Dirang... tempat mu di syurga .... semoga kita semua jadikan ini pengajaran....

TheBentPencil said...

sedih mendengar benda ni. Harap mak dia sabar dgn kematian Dirang. Allah menjamin syurga untuk anak kecil suci sepertinya.

Oh ya, nak tambah sikit. golongan middle class, low middle class (pendapatan sederhana dan ke bawah) memang biasa menghantar anak mereka ke kedai beli barang. Zaman dulupun, mana ada facebook, tapi mak saya tetap juga menghantar saya melintas jalan besar pergi kedai beli barang. Mungkin sebab pada zaman dia pun, benda tu dah biasa.

cuma bezanya dulu dan sekarang ialah orang dulu lebih peka dengan sekeliling. kalau jiran-jiran nampak budak menjerit mesti keluar kepoh nak tahu kenapa. Sekarang bila orang nampak budak meronta menjerit dibawa lelaki/wanita dewasa kita fikir;

"Ah, kesian mak/bapak tu, buas benar anaknya..."

nyanyisunyi said...

aduh..meleleh air mata baca kisah Arwah Dirang....sedih sgt sejka dgr berita ini..mudah2an ibu Dirang tabah hadapi dugaan yg sgt berat ini..

Insyallah Dirang akan memimpin tangan ibundanya ke syurga,

Audra Sazreena said...

Hazrey
Aku harap ada kaunselor yang boleh bantu Roselyn, ibu arwah Dirang ni nanti. Kesian baby tu nanti.

miss nona said...

kecik2 dulu mmg selalu beli barang sorang2.. waktu sekolah rendah.. bila pikir balik, berani plak aku dulu.. skrg ni, takyah cakap la, paranoid ooii!!

iylia said...

Alfatihah..

cik mas said...

alfatihah untuk adik Dirang...tabahla wahai si ibu...masa yang berlalu tak mungkin dapat diputar kembali..iringilah arwah si kecil dengan doa dan restumu akan kepergiannya..Allah lebih menyayanginya...amin

Azrul Hisham said...

seriously sgt2 sedih dengan berita kematian adik ni.. :(

Rs Iena D'Izmans said...

Salam Takziah buat keluarga Arwah Drang.. betul tu.. sekurang2nya ibu arwah tidak hipokrit. Ini semua ketentuan Allah buat kita semua yg bergelar ibu dan bapa. Ambil ikthibar dari kejadian yang macam nih. itulah yg Allah nak tunjukkan kpd kita semua. Kelalaian si ibu sudah pun diakui sendiri..dan penyesalan pasti tak terhingga. jgn lah kita bebankan lagi kesedihan si ibu yg dlm pantang dgn mngkutuk2 beliau.. nak cuba berada di tempatnya???? berani?? pasti kita smua tak nak perkara seperti ini berlaku dalam ahli keluarga kita juga kan.. So, sama2lah kita berdoa mohon agar kita dan keluarga kita dijauhkan dari sikap lalai dan minta dijauhkan dari perkara serta amal perbuatan yg mungkar.Nauzubillahuminkzoliq...
Wallahua'alam.

Lelord said...

menitik airmata tatkala membaca

al-fatihah untukmu anak

takziah buat ibu dan keluarga...semoga tabah

zamie a.k.a az said...

Al-Fatihah...
Semoga si ibu redha dengan pemergian Dirang..
Takut emosinya terganggu..
maklumlah masih dalam berpantang..
Orang tua kata takut'meroyan'pulak...
Kuatkan iman,tabahkan hati...

Fitri K. said...

jgn risau, Malaysia kan negara yg selamat.

Al-Fatihah~

ibnu marzuki al firdaus said...

salah polis bn tak dakwa mak dirang gara2 cuai... period.

Charlie's Belle said...

sedih. tapi mungkin tak seberat ibu Dirang.

Kita Malaysians, mari pakat jaga satu sama lain supaya kejadian ini tidak berulang lagi. Lantaklah kalau orang kata jaga tepi kain, it's better to safe than sorry. Kesilapan memang datang dari kita. Tapi insyaAllah, ini boleh dielakkan. To Dirang's family takziah dari saya. Semoga tabah menghadapi dugaan Allah. Al-Fatihah untuk adik Dirang.
Dan ini peringatan untuk kita semua. Zaman kita dulu, orang jahat hati tak ramai. Nak main tepi sungai sampai senja pun takde yang datang nak grab kita. Sekarang lain.

sya said...

kalaulah mak dia bersusah payah dahulu menjaga ank nya lebih baik dari bersusah payah kemudian mencari anaknya selepas kecuaian dan leka berFB.

fatlady said...

aku tak salahkan mak dia. kita ni manusia, ada buat silap, cuma pada masa itu, nasib tidak menyebelahi keluarga ini. jgn cakap kita ni perfect, sebab tak semestinya kita cukup sempurna. kalau kita ni menuduh ini silap ibunya kerana alpa, banyak lagi contoh yang lain akibat kesilapan yang mengakibatkan beribu sesalan yang tak dapat di maafkan oleh diri sendiri. jangan cemuhi ibu nya. Saya ulangi sekali lagi, cuma bukan nasib adik dirang dan keluarganya. aku tahu bagaimana perasaan kehilangan orang yang tersayang dan percayalah, perasaan itu tidak akan hilang selama-lamanya.apalagi seorang ibu yang kehilangan anak.

JaNaLuMo said...

harap semua ibu bapa di luar sana dpt jadikan perkara ni sbg teladan, daripada Allah kita dtg , kepada Allah juga kita pergi, moralofthestory: tak salah tgglkan seketika facebook utk bg anak2 makan :')

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.