Sunday, February 26, 2012

#825: DILEMA KITA SEBAGAI LELAKI.

Ramai tak mengetahui dilema kita sebagai lelaki. Hari-hari kita tengok sama ada di twitter atau facebook, asyik-asyik perempuan dok tulis: Eiiii, gemoknya kitaaaaa, pastu letak gambar walhal badan sekeping takleh gi tempat angin kuat, dan mengharapkan orang akan komen kat status dia: eh mana ada gemokkk..

Mereka gemuk tak ada masalah sebab mereka ada kedai khusus untuk beli baju. Kita sangat susah. Kita kena pergi cari kedai jual baju American Size, walaupun muka kita langsung takde muka American termasuk kuku kita dab bulu hidung kita yang selalu keluar dari hidung bagai mencari sesuatu.Itu misteri yang masih belum dapat dirungkaikan sebenarnya. 

Tapi kita tetap ada golongan yang rasa mereka American dengan pelbagai cubaan buat slang Amerika, kelip mata ala Amerika, buat mata biru ala Amerika, tukar warna rambut ala Amerika tapi last-last tekak tetap nak makan Nasi Goreng USA, sambal belacan lebih ya abeh.

Ada juga yang even jalan pun bajet Amerika. Kepit, lenggok ala model walhal punggung kalau duduk, mau kena standby grease, yelah takut sangkut bila nak bangun nanti. 

Itu belum lagi yang bajet macam persian cat. Tak mahulah kononnya cekik makanan kita. Walhal, karipap sardin tulah yang besarkan diaorang.Orang macam ni tak susah dijaga sebab mereka boleh share Friskies dengan kucing kita. Nanti rambut mereka pun berkilat. Hahahah, dan paling penting, takyah gi rebonding dah pastu.Barulah manjaaaaaa. Sukaaaa tawwwww

Ah, itu belum lagi 24jam update status kat facebook dan tulis dengan English yang satu kat Simpang Pulai, satu perkataan lagi kat Ivory Coast. Cuba pekena diaorang ni, tanya camni: english you ni bagus lah, dulu you belajar kat oversea, kat negara omputih, kat Ivory Coast eh? Bestlah awak ni!! Jeles kitewww lewww.

Ya, itu kebebasan. Pasti kau akan jawab - sukahati akulah aku nak colorkan rambut aku purple ke, pink ke, kau nak nyibuk apsal? Aku tak nyibuklah, tapi aku nak jawab - aku punya sukahatilah nak tulis apa, ni blog aku. Hahahah.

Ohh itu belum lagi yang sanggup menyiksa batin kami menghantar foto bercium lidah untuk dilihat semua manusia di mukabumi ni yang ada capaian Internet. Batin kami tersiksa. Sangat tersiksa sebab kami bertanya, selera ke? Hahahahah. 

Apapun, eh aku rasa perkataan apapun ni macam signature aku kalau buat entry. Tukar lain leh tak? Lain kali aku pikirlah. Apapun, kebanyakan dilema yang sudah menjadi satu kelaziman untuk semua lelaki adalah:

Untuk makluman, gambar kiri itu adalah gambar aku dari koleksi lama. Jangan jeles ya. Memang aku ada iras sikit dengan penyanyi terkenal tu. Siapa eik nama dia, lupa lah. 

Tapi, inilah gambar sebenar kami, sebelum dan selepas. Sedih tak? Korang tengoklah gambar kanan tu, seluar dalam pun dah takleh nampak, sure tak ingat color apa. Kalau pakai tiga empat hari straight pun tak sedar ada seluar dalam kat situ. Comel jek kan. Itu kalau ada orang tegur 'kau pakai gstring ke," mahu kenapa hempap sampai terberak.

Itu baru seluar dalam, kalau kencing nanti, nampak apa? Sedih tak? Silap haribulan kena pasang sidemirror.

Kalau pakai balik seluar kat gambar kiri tu, gerenti sebelah lengan jek boleh masuk. Kaki jangan haraplah kan. 

Kesian kami, banyak dah baju body fit takleh nak pakai lagi dah sebab sangkut sampai dada jek. Sedih tak? Kalau pakai gak, orang ingat kami pakai tube, mahu kang ada orang fewiitt kat kitaorang. Mau lari gelek gelek sikit sebab nak coverline. 

"Fewittt, ayuuuuu nyaaaa," mungkin itu usikan nakal yang kita akan dengar.

"Oii kau nak mati eh?" kalau kita bersemuka dan jawab macam ni memang nahas sebab orang akan tahu muka kita.
Baiklah lari jek. Lagi afdal, jangan pakai. Bila bukak gobok, lama tak dengar perkataan gobok ni, senyum jerlah kat baju body fit tu. Kalau tak tahan, nitiskan jek airmata.

Kesedihan kami ni selalunya kami pendamkan sahaja, tiada tempat nak mengadu. Aku faham. Kita harus bukak satu fanpage - Lelaki Inginkan Perut Kempis Seperti Dahulu.

Malah, kita sendiri membiarkan diri kita dipersendakan oleh diri kita sendiri dan kekawan kita. Bila dah lama tak jumpa, first sekali topik perbualan adalah perut. Korang takde topik lain ke weii? Semua orang nak cubit perut. Korang ingat manja ke? Gangguan seksual tau tak.

Dan kalau dulu kita suka tengok pada cermin yang panjang, sekarang kita lebih suka tengok cermin muka. Kalau boleh, kita nak pakai cermin kecik yang pompuan pakai tu 24jam. A'ah kan, diaorang ni 24jam ada cermin. Tapi bila bawak kereta jarang lak tengok cermin sisi. Hahahahahahahahah. Hahahahaha.

Ok, sekian untuk entry hari minggu. Ingat, mulakan hari Isnin anda dengan senyum pada boss terutama boss perempuan yang belum kahwin (diaorang cepat meroyan), dan katakan pada mereka: boss cantik hari ni. Lebih cantik dari minggu lepas. Kalau korang kena pecat jugak, jangan salahkan aku ya.

Dan ohh, jangan guna gambar orang lain dan mengaku diri anda - sebagai profile anda di mana-mana pun. Dosa!


14 comments:

nadz ruslan said...

post sarkastik hazrey, is back.

awww yeahh

*guna broken english sebab nak merosakkan bahasa penjajah. lol

Lady Windsor said...

Bhahahaha...Sengal la entry ni..tab leh tahan dengan pic kanan...g stringgg!! Hazab...

AkaZukii ChaCha said...

Abg hazrey...u mana ada demokkk mahupun buncit...hahaha perenggan pertama sgt sukaaa!!! Walhal badan sekeping...satu lagi...ske tulih "ala saya comot hari ni " nak kita komen "eh mana de cantik je" ye pompuan agak psycho hahaha

azieazah said...

Weyyyy...!

Hahahaha... aku cuma mampu tergolak. Bagi aku perut lelaki tu lambang kemakmuran. Terimalah sebagai suatu pujukan.

hahahahaha

Azrul Hisham said...

adoi...pagi2 dah buat saya gelak ngan entri ni...kah3x..

risau lak dah kahwin nanti perut ke depan..huhu

Eri-chan said...

cerita perut ni perempuan suka juga jadikan topik. nak buat senaman abs tu punyalah rasa pitam lepas 3-4 kali je buat. camner?

norinaomar said...

justin bibir namanya~eja pun tak betul

perut ke depan?itu sudah pasti..kalau perut leper tu maknanya bini tak masak untuk laki..(tak pasal je saya dapat dosa kering sebab buat tuduhan melulu)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Yeay!

Dah kembali sarcasm!

:D

Papa[at] said...

Jap!, ni Simpang Pulai Johor ke Simpang Pulai Ipoh ni?

PemilikMataCoklat said...

hahahaha, nanti buatlah seat up patribu kali sehari, supaya perut anda kekal jelita, ahaha

Hazrey said...

papa[at]

Simpang pulai tu kat California. Tak tahu eh? Alaaaaaa

Mila@Rimbun said...

kepada kaum wanita yg bergelar isteri, sila gantung periuk belanga anda semua yer, mulai hari ini kita makan buah sahaja hehehe (sebab nak jaga perut suami, kasi ada 6 7 or 8pax hehe)

NenetPenne (NP) said...

ayat last tu mengata pompuan yer..
pompuan nak masuk lane tak pakai side mirror yer??
ooo tapi i pakai...ha ha ha..

ibnu marzuki al firdaus said...

di era jew lagi best, dapat jina free... selamat rm10k wa gara2 jadi tupai. LOL

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.