Wednesday, February 15, 2012

#820: AKU DAH MENANG. HMMM.. HOOO... LALALA.. MMMMMM


Semalam, kecoh satu dunia. Email bertalu talu, panggilan telefon tak henti-henti, sms melampaui kuantiti lazim (satu sms sehari), lambaian dari penumpang kereta bersebelahan di traffic light tak letih-letih.

Semalam jugak, kira-kira 10,000 twitter aku terima hanya untuk mengucapkan tahniah, sama seperti jumlah undi.

Dan semua yang aku tulis di atas adalah bohong belaka. Ko ingat aku retis ke? Tumbuk perut kau nanti.

Semalam, result World Bloggers and Social Media Awards 2012 dipaparkan di laman web penganjur. Aku tak tahu pun, sebab aku tak check setiap minit dengan menekan butang F5 setiap 30 saat. Aku tahu ada orang buat camtu, baik kau ngaku.

Aku tahu sebab ada dua wanita, seorang pembaca dan seorang pengunjung meninggalkan komen, dan beritahu aku menang. 

Aku harap penganjur tak bagi voucher KFC jek. Aku ni cerewet dan mulut jahat. Nanti seminggu aku tulis kat sini. Kalau marah membara, aku tulis dua minggu. Kalau ada tukang mengapi, aku tulis setiap minggu sampai ujung tahun.



Ya, aku melonjak-lonjak kegembiraan sambil ambil gitar nyanyi lagu Cinta Muka Buku di depan rumah aku semalam selepas melihat result ini. Aku sempat tarik langsir rumah aku untuk dipadankan dengan lagu Cinta Muka Buku ala Juara Lagu tempohari.

Aku sudah berkira-kira untuk memulakan perniagaan MLM "tak join tak aperr, dengar dulu" dan sila bayar air sendiri ya sebab komisen saya pun tak dapat lagi. Upline saya lari. Penipu. Tak apa, kita perlu ubah nasib kita, kalau orang lain sibuk mengejar duit, kita biarkan duit kejar kita. 

Kepala hotak kau berjambul. Orang lain kerja lah bongok, pakai kederat. Kau pakai airliur tak gosok gigi kau tu nak mengayat orang, dan setiap malam kau mengimpikan ayat ayat upline kau yang maha penipu tu beritau kat kau: "dalam sebulan jek, awak mesti pakai Mercedezzzz." 

Last-last yang kau mampu cuma naik bas Mercedez. Tak pulak kau ambik gambo depan bas Mercedez tu kan. Kau memang bodoh. Kau tau tak kau bodoh? Kalau kau tak tau kau bodoh, cuba tanya member MLM kau yang kat sebelah tu. Kalau dia cakap tak, dia pun bodoh. Hahahahaha

Tapi aku kalau buat MLM, mesti aku yakin dapat Datuk. Pastu kat twitter cepat cepat aku tukar twithandle aku jadik DatoHazrey. Haaa kau hado?

Tapi Siti Nurhaliza tak pun tulis camtu kat twithandle dia. Kereklah tu kau dah dapat Dato sampai kat twitter pun kau nak tulis camtu. Kah kah kah kah kah.

Ohh by the way, aku baru terima satu sms dan aku harap penghantar sms itu akan baca. Nama dirahsiakan ya kakak-kakak sekelian:

"I was one of ur frienz b4. I just look ur face at tv3 during interview afew days. So I find ur no at my old note book. Ur face same as b4...."

Jap, aku rasa nombor yang dia sms tu, aku baru pakai dalam 2 tahun, dan dia kata dia from a company that I left 10 years ago. Meaning dia simpan nombor aku sebelum aku daftar nombor ni? Nak troll aku lettewwwww.. Hhahahahahah.

Itu mesti ada dungu bagi nombor aku, pastu cakap "janji tawwww jangan akap iteww bagi awak tawwww."

Anyway, banyak pulak subplot aku ni. Hahahah. Walhal aku nak tulis pasal award tu. 

Jap, apa aku nak tulis tadi eik? Haaa, oklah terima kasihlah pada yang undi tu. Harap korang ikhlas, kalau tak, kita jumpa kat Padang Mahsyar. Selamat Tinggal Dunia Pondan.

Siapa letak komen nak mintak bebukan, nak piza lah, nak poskad lah, nak sate lah, nak mekdi lah, aku delete korang dari carta hati ku.. 

Engkau duduk di situ, 
Diam tersipu malu, 
Mahu mendekati aku, 
Tapi bila aku haaar.. mulutku busuk berbau

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah
Harap pasni kau kebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Spt chikaro dapat gula

Dari mata turun ke peha
Dari teman menjadi selera
Dan berjanji untuk setia
Sehidup semati kita
 
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

hmm.. hoo.. lalala.. mmm

Aku tak tau apa motip ada hmm, hoo, lalala, mmmm. Hahahahahahahahahahaahahah. cuba korang sebut buat melodi sendiri. hmmmmm, hoooo, lalala, mmmmm. pastu gelak kuat kuat hahahahaahahah

Ok, aku tengah stress laptop aku rosak takleh detect wireless adapter. Jangan nak menghanjing aku. 

Terima kasih pada undi korang. Untuk makluman, aku bukanlah jenis yang kenang sangat budi orang. Hahahahahahahaha. Korang semua tertipu... hmmm.. hooo.. lalala.. mmmmmm






 
 













25 comments:

Marvic .. said...

hahaha... mata aku pon berpinar2 baca ni..apakah???? LOL

Lady Windsor said...

Bro..
blog ko menang eh? ok tahniah..semoga blog ko neh lebih berbau longkang..sorry aku joking..

semoga blog ko makin meletops dgn siri2 pendedahan/kebobrokan mereka yang sepatutnya berkerjasama dengan masyarakat tapi buat suka suki mak bapak derang je dengan kuasa yang ada di tangan mereka..

syabas!

PemilikMataCoklat said...

Cis!! menyesal undi menyesal puji, huh!!

anyway Congrats bro!!
berbaloi aku undi sebab dh menang:-)

msfit said...

u desrved it! keep it up! u made truth so funny! have always enjoyed your humour but never missed the point.

Azrul Hisham said...

open table bang....hehe :)

kakcik said...

Tahniah kerana menang. Seperti biasa, kakcik masuk ke sini untuk baca dan gelak sensorang walaupun terasa sinisnya itu. :)

Kak Rose said...

tahniah.... keep up the good work! suka baca ur post!

Kujie said...

spot berterabut, sekampung dia nak masukkan dlm cerita 350 patah perkataan.

zulfikar hazri said...

Untunglah kau menang, untunglah! aku bukan nak apa, aku hanya nak emas sepuhan.

ingat! bukan emas betul, hanya emas sepuhan!!! eeeemasss sepuhannnn!

PUTUBAMBU said...

muahahha..!!
naughty betullah hang ni hazrey..

but, congratz anyway!

Dayz J said...

Haha dah menang ek? Tahniah tahniah. Lepas meeting baca entri encik hazrey ni memang such a relief lah. kelakar.

Abang Zul said...

Haa ! Mekdi jangan buat2 lupa !

Congrats ! The Winner is my pren!

KemBANG nya idung aku...

Cik D said...

tak sia2 undi.
tu yg penting! hohoho
taniah..ops, den mintak mekdi ritu..
jgn delete ah! hahaha
welkam tu dunie retis...

bravo!

Telor Power said...

tahniah bro...tahniah...

semoga boleh terjah2 lagi pas ni

izzNatta said...

Ala laptop kau tu kasi CPR mesti baik wifi dia... alaa kau kan ada belajar masa kat St John dulu...

Anyway tahniah bro... kalau jumpa tak belanja teh tarik... siap ko...

aizamia3 said...

tajuk best.. isi dalam lagi best.. kalau buat karangan BM cikgu pun tak tau nak klasifikasikan kategori mana.

tapi apapun tahniahhhh..

Mazidul Akmal Sidik said...

Tahniah! Kalau dapat bergambar sekejap dengan tropi cukuplah.

Teringin sungguh, boleh ke?

stormz said...

Congrats bro!
xsia2 sy undi :)

RastaMat said...

aku tak kira, aku nak kau belanja makan..

kalau tak aku nyanyi lagu muka buku tiap2 hari depan rumah kau..

AkaZukii ChaCha said...

Nak sain abggggggggggggg :D. (tiba jadi gedik) pom pom girl nih

Nt Gravity said...

ari tuh janji nak kasi mekdi dabel....

dasar yb politik ler tuh.... sama sekolah tabika dulu tak ingat ker... jgn kata ai trolll u tawww... ai cuma nak juwal kad topup jeww...

hahahahaha....

Tahniah~!!

anyss said...

Assalamualaikum,
Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Hazrey said...

Bro Mazidul,

Hahahah, we should go to the event together!!

azieazah said...

“Hazrey said...

Bro Mazidul,

Hahahah, we should go to the event together!!”


NAK IKUT BLEH???????

MiszNoRuL said...

hahah..aku baru tau blog pakcik (itew asew mudew lewww)menang ...

kalau tak ari2 aku tweet ko hazrey..ahahaha

by the way..kalau ade ucapan terima kasih semasa amik trofi tu ..boleh gak baca semua2 ni..siap nyanyi lagu tu jgn lupe okies.. daaa

eh, actually nk cakap tahniah..1 drp undian tu drp kitewww leww !!! haha

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.