Saturday, February 11, 2012

#819: KES BAYI TERSEDAK SUSU - JABATAN KESIHATAN JOHOR AKAN TUBUH JAWATANKUASA SIASAT

 
"Tak mampu menangis lagi. Hendak menangis pun airmata dah kering."

Itulah secebis luahan hati ibu muda yang kehilangan anaknya yang tak sempat bermanja bersama selepas dilahirkan kira-kira jam 7.49 pagi Sabtu lalu.

Dan berikut adalah susulan kisah bayi meninggal dunia yang didakwa berikutan kecuaian kakitangan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Entry ditulis di sini.

Semalam (Jumaat) kira-kira jam 4.20 petang, bayi yang dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) sejak tengahari Rabu lalu, meninggal dunia dipercayai akibat pelbagai komplikasi.

Sebelum itu, ibunya, Cassindra Anak Juntan, 24, menemui bayi perempuannya kaku ketika datang untuk membawa pulang anak pertamanya itu. 

Ibu muda ini turut mendakwa terdapat kesan muntah susu terkeluar dari mulut dan kesan kering dari muntah itu.

Cassindra dan suami, Jacbelin Anak Jemmy, 23, sempat mendaftar nama bayi perempuan mereka dengan nama Angel Cassandra.
Apa yang memilukan, nama itu akan hanya terpahat dalam ingatan selepas ini, apabila Angel menghembuskan nafas terakhir beberapa jam selepas itu.

Semalam, ketika berada di Jabatan Perubatan Forensik HSAJB, aku sempat menghubungi Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr Mohd Khairi Yakub dan beliau menjelaskan satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan segera bagi menyiasat kes itu.

"Ia akan dipengerusikan seorang pakar pediatrik kanak-kanak bersama beberapa pakar berkaitan dari hospital atau institusi perubatan luar dari negeri ini.

"Kita akan lihat sama ada ia berpunca dari kecuaian kakitangan di wad berkenaan atau tidak. Tetapi untuk ibubapa, mereka boleh buat laporan polis atau mereka boleh saman kerajaan. Bagi kami ini adalah 'public service,' we will have to see di mana kelemahan dan kita akan cuba memperbaiki," jelasnya. 

Sambil berulang menegaskan apa yang berlaku adalah satu kejadian yang perlu dipandang serius, pihaknya akan menyegerakan keputusan siasatan jawatankuasa itu termasuk memanggil kedua ibubapa bayi terbabit untuk memberi keterangan.

Jenazah Angel Cassandra disemadikan di Tanah Perkuburan Kristian, Taman Selesa Jaya, Johor Bahru sebentar tadi, kira-kira jam 2 petang.
 
Aku sangat berharap apa jua tindakan kali ini, akan lebih kolektif dan tidak hanya tertumpu pada satu jabatan di HSAJB, kerana aku sendiri sudah melalui pengalaman sangat sukar dan aku tak dapat membayangkan betapa isihati dan perasaan ibu Angel Cassandra yang kehilangan anak pertama.
Cassindra dan suami adalah pasangan yang tabah. Mereka bercakap dengan aku tenang, biarpun wajah mereka tampak sugul dan beberapa kali aku lihat Cassandra termenung sendirian dan menitiskan airmata. 


Aku dapat merasakan betapa remuknya hati dan jiwa mereka kehilangan bayi yang dinantikan pergi buat selamanya selepas enam hari dilahirkan. Aku dapat rasakan kesedihan yang mengalir bersama airmata tak henti-henti pasangan ini.

"Biarlah ini jadi pengajaran kepada hospital agar tidak terjadi pada ibubapa lain, kami redha dengan pemergian Angel Cassandra namun kami mahu tahu apakah yang terjadi," kata pasangan ini ketika ditemui malam tadi.

Aku senada dengan harapan mereka dan mungkin lebih ramai lagi di luar sana menitipkan harapan yang sama. Hospital milik kerajaan perlu diperbaiki mutu perkhidmatannya. Sudah cukup pelbagai kenyataan yang dilemparkan pabila ada kes seumpama berlaku. Sudah tiba masanya, sesuatu perlu dilakukan.

Kementerian Kesihatan juga perlu melihat semula fungsi sebenar Lembaga Pelawat Hospital yang aku rasa masih ramai tidak tahu apakah peranan sebenar lembaga ini. Atau ia sekadar satu 'lembaga' semata-mata?
Lembaga Pelawat Hospital ditubuhkan antara lain bagi memantau segala operasi hospital khususnya dalam aspek keselamatan pesakit selain menjadi saluran untuk pengguna menyuarakan aduan untuk perhatian pentadbir hospital.

Pada 2008, FOMCA pernah menyuarakan kepada Kementerian Kesihatan agar Lembaga Pelawat dianggotai pelbagai peringkat masyarakat, khususnya dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan dan bukan sekadar melantik mereka yang terdiri dari kakitangan mereka sendiri kerana ia akan tidak sempurna atau biased. 
Jika Lembaga Pelawat ini sendiri tak dapat berfungsi dengan baik malah ramai yang masih tidak mengetahui peranan mereka, tentunya keluarga pesakit akan cenderung untuk pergi kepada media bagi mendapatkan perhatian. 
Apa jua jawatankuasa boleh ditubuhkan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan tetapi adakah ia sekadar ditubuhkan demi menutup mulut atau sekadar menyedapkan bunyinya  apabila dipaparkan di akhbar?  Apa yang berlaku ini mungkin secebis dari banyak lagi masalah yang dihadapi pesakit mahupun keluarga mereka. 
Ia tidak boleh lagi dilihat sebagai 'isolated case' tetapi dijadikan teladan bagaimana Standard Operating Procedure (SOP) atau kata mudahnya - cara bekerja dikemaskinikan dan diperbaiki.
Ia perlu dilakukan. Ia tak perlu menunggu lagi banyak nyawa melayang di hospital kerajaan. 

Jika di negara matahari terbit, kegagalan sesuatu organisasi akan menyebabkan pentadbir meletak jawatan serta merta akibat desakan masyarakat. Tetapi kita di sini tidak mungkin melakukan desakan seumpama itu. Kita lebih mahukan desakan kita didengar untuk mutu perkhidmatan kesihatan yang disediakan kerajaan dipertingkatkan SEGERA.

Kita tak boleh lagi menganggap bayaran rawatan subsidi dikenakan itu sesuai dengan mutu perkhidmatan dan jika berlaku kecuaian, kita akan berkata 'tak apalah, dah ajal' walhal pelbagai usaha pencegahan boleh dilakukan sebelum ajal menjemput.

Sekurang-kurangnya ia mengurangkan liabiliti kerana SOP sudah diikuti. Kisah Angel Cassandra sudah jelas membuka mata kita semua tetapi meranapkan impian ibubapa bayi itu untuk melihat anak mereka merengek, merangkak, berjalan dan berlari di depan mereka.

Itulah harapan kita. Aku sangat berharap. Aku pasti ibubapa Angel Cassandra akan lebih mengharap.

Aku berharap ibubapa Angel akan tabah menghadapi hari hari mendatang tanpa bayi comel mereka.

Rest in peace, dear Angel Cassandra. You will be dearly missed.






8 comments:

cik puan olympus said...

my pray for the parents... sedih bila anak yang ditunggu pergi macam tu je...

yes, people can say that this is takdir... but, its something that we can avoid kalo kematian ni berpunca dari kelalaian...

norinaomar said...

meninggal rupanya baby tu...pity for them

Lady In Lavender said...

Ada tengok kat Tv3 td.kesiannya... May God bless her soul...amen.

iburafiq said...

baby yg ditahan untuk rawatan memang diberi susu menggunakan cawan kecil kerana hospital sendiri melarang penggunaan botol susu. nurse akan dukung & bagi susu every 2hrs, seorang demi seorang baby, sendawakan & diletakkan semula ke dalam cradle. baby yang di dalam incubator pula diberi susu melalui tiub terus ke perut. routine & spot check akan dibuat kalau ada baby menangis - sama ada kebasahan (nurse akan tukar diaper), atau muntah (yang ni kena bertindak segera untuk mengelakkan muntah menutup saluran pernafasan baby). aku bercakap ni berdasarkan pengalaman babyku (usia 5hari) ditahan wad neonatal care unit hospital segamat selama 10hari sebab kuning & darah dijangkiti virus. dalam kes ni, aku rasa baby tu tersedak muntah susu hingga mengakibatkan kehilangan nyawa. maybe masa tu, baby terlalu ramai & jumlah nurse tak cukup. eh... tapi biasanya nurse pelatih comel-lote ada ramai merayau dalam wad untuk membantu nurse2 ni buat pelbagai kerja. mana pergi semua orang ha... baby tersedak muntah pun korang tak sedar?

The Conversationalist said...

Instead of suing the government in general on this tragedy, I think the parent should sue individuals in charged of the baby i.e. nurses and doctors involved (if any). Bagi diorang rasa accountability sikit. Takdelah asyik nak menyorok je bila jadi benda macam ni. Let them taste their own medicine.

M.F.J said...

terus terang ckap.. kebanyakkan GH punya service mmg teruk.. dh ler lembab nk mamp.. layan customer mcam samp.. siap marah2 lagi.. pergh.. kalu x mau keja, kasi letak itu jawatan la kawan.. Ingat sikit.. sapa bayau korang punya gaji..

the hun said...

"Jika di negara matahari terbit, kegagalan sesuatu organisasi akan menyebabkan pentadbir meletak jawatan serta merta akibat desakan masyarakat."

dude, mana ada desakan masyarakat. diorang letak jawatan atas dasar rasa tanggungjawab ke atas kerja dan maruah ke atas diri sendiri.

orang kita? sendiri mau ingat la.

fina fento said...

tabahnya ibu dia..

btw, tahniah sebab menang World Bloggers & Social Media Awards tu..

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.