Friday, February 10, 2012

#818: UPDATED VERSION: BAYI TIDAK BERNYAWA SELAMA BEBERAPA MINIT.

Updated at 5:26pm - Bayi yang belum sempat diberikan nama ini disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5 petang tadi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Mayat bayi malang ini kini menjalani bedah siasat bagi menentukan punca kematian dan kami akan mendapatkan lebih banyak maklumat mengenainya selepas ini dan akan di update di sini.

Takziah buat keluarga bayi ini.


* * * * * * * * * 


Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.


Hospital ini perlukan transformasi segera pada profesionalisme dan disiplin.  

Semalam, aku menerima satu panggilan dari seorang lelaki, mendakwa anak saudaranya dalam keadaan kritikal. Aku terkejut mendengar ceritanya melalui telefon dan membuat keputusan untuk menemuinya di Hospital Sultanah Aminah selepas Maghrib semalam.

Gedling Anak Juntan, yang menghubungi aku semalam mendapat nombor telefon aku dari rakan di Sri Pentas. 

Adik perempuannya, Cassindra Anak Juntan, 24 tahun, dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Sabtu lalu (4 Feb) untuk bersalin anak pertama.

Tentunya, aku dapat bayangkan kegembiraan ibu muda itu bersama suaminya Jacbelin Anak Jemmy, 22 tahun, bakal menimang cahayamata.

Cassindra dijangka melahirkan anaknya bulan depan, namun sudah ditakdirkan untuk menerima kehadiran orang baru lebih awal.

Berikutan kelahiran lebih awal, bayi perempuan Cassindra terpaksa ditahan di wad bersalin hospital itu untuk dipantau.

"Doktor kata kena tahan dulu sebab tak cukup bulan. Lagipun doktor kata ada demam kuning sikit so kena tahan sampai Selasa lepas," kata Cassindra ketika aku temui malam tadi.

Tiba Selasa, Cassindra ke hospital itu untuk membawa pulang si comel ke rumah mereka. 

"Pada 7hb (Selasa), doktor kata baby kena tunggu satu lagi malam biar demam kuning dia sembuh," katanya.

Cassindra tampak sugul dan kadangkala termenung sendirian. 

"Semalam, 8hb saya datang untuk ambil baby saya balik. Bila saya sampai dalam 11.30 (pagi) macam tu, saya tengok muntah susu baby terkeluar dari mulut dia, ada kesan kering muntah susu baby," katanya.

Sebaik ternampak bekas susu sudah berkerak di pipi bayi, Cassindra tak menyangka bakal menghadapi saat paling getir dalam hidupnya.

"Bila saya tengok jantung, nafas takde turun naik, saya rasa macam tak sedap hati. Saya usik kaki dia dengan tangan dia tapi takde respons," saat ini, Cassindra mula sebak dan sesekali terhenti perbualannya. 

"Saya terus panggil nurse. Bila nurse tengok macam tu, terus pergi bawak pergi kat doktor. Doktor maklumkan pada saya baby yang saya dah tak ada (degupan) jantung. Pastu doktor buat CPR, lepas 10-15 minit macam tu baru boleh dapatkan anak saya," jelasnya.

CPR adalah terma Cardiopulmonary resuscitation bagi prosedur kecemasan terhadap kes seperti cardiac arrest atau jantung terhenti.

Sepanjang wawancara itu, Cassindra tak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya menceritakan kembali detik getir 'kehilangan' anaknya selama beberapa minit. 



Beberapa kali ibu muda ini terhenti patah perkataannya. Beberapa kali airmata berguguran. Beberapa kali terpaksa dia mengusap airmatanya. Beberapa kali nafasnya sebak.
Pastinya, jam 11.30 pagi, Rabu lalu menjadi coretan hitam dalam hidup Cassindra dan suami apabila 'kehilangan' bayi pertama mereka selama hampir 20 minit.
Apa yang dikesali pasangan ini, pasti musibah menimpa jika Cassindra tidak tiba di hospital itu pagi Rabu lalu.
"Kalau saya tak sampai, kalau saya terlambat, memang saya tak tahu apa yang boleh berlaku. Saya yang perasan. Lepas doktor buat CPR, diaorang ada terjumpa susu tersekat pada tekak baby. Lepas pam keluar, baby dibawa ke ICU., hidup guna alat bantuan pernafasan.




"Saya tak tahu sampai bila keadaan macam ni," keluh ibu muda ini dan masih tak dapat menyembunyikan sebaknya.

Hati mana tak rasa dirobek, hati mana yang tak hancur melihatkan anak yang lahir sempurna tiba-tiba terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Cassindra mendakwa susu tersekat di tekak bayinya itu akibat kecuaian pihak hospital mengakibatkan bayinya kini bakal menderita sepanjang hayat.

"Apa yang saya kesal, tiada sesiapa datang minta maaf pada kami selepas benda macam ni terjadi. Sebaliknya, saya dan suami yang pergi pada mereka dan ucap terima kasih sebab selamatkan bayi kami," jelasnya kesal.

Abang Cassindra, Gedgling berkata doktor ada memaklumkan kepada mereka bayi mungkin akan menghadapi masalah sepanjang hayat berikutan kejadian itu.

"Bayi mungkin hadapi masalah dalam proses pembelajaran, kecerdasan otak, mungkin dia lambat belajar bila dah masuk sekolah nanti. Dia akan ketinggalan," kata Gedling dalam nada kesal.

Berikutan kejadian itu, Cassindra membuat satu laporan polis di Ibupejabat Polis Johor Bahru Selatan malam tadi ditemani abangnya.

Mereka tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap kecuaian hospital berkenaan.

Kecuaian pada khidmat kesihatan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Ia melibatkan nyawa. Pihak hospital ini sepatutnya sudah meletakkan satu aras profesionalisme lebih tinggi, apatah lagi banyak aduan sudah dibuat terhadap tahap perkhidmatan yang disediakan.
Untuk rekod, ini kali ketiga kisah mengenai hospital yang sama di blog ini.


Aku tak tahu apa lagi yang perlu dilakukan pihak hospital selain meningkatkan integriti serta profesionalisme kakitangannya. 

Dan aku juga berharap, tiada surat 'template' dihantar kepada Cassindra, sebagaimana yang pernah aku terima sebelum ini dan boleh dibaca di sini.

Kali ini, aku nak tahu apakah tindakan yang diambil terhadap kakitangan yang mengakibatkan kecuaian itu? Aku juga hendak tahu selepas tindakan itu dilakukan, apakah Standard Operating Procedure (SOP) hospital itu akan ditingkatkan atau dibiarkan begitu sahaja?

Dan yang pastinya, semalam ada juga satu cerita yang aku perolehi mengenai hospital yang sama sehingga menyebabkan kematian tetapi aku tak mahu tulis sebab aku anggap ia hanya hearsay. Tetapi pihak hospital tentu tahu kisah kanak-kanak cirit-birit tersalah diberi ubat hingga membawa maut. You cannot hide everything, forever. People will talk.




8 comments:

NenetPenne (NP) said...

kalau penjual salah jual barang, ok lagi, barang boleh dipulangkan semula...
tapi kalau nurse salah bagi ubat sampai ada nyawa melayang..itu kes berat tu... boleh nurse tu pulangkan balik nyawa yang melayang??

zonks said...

Nurse kat hospital kadang2 ada buat kerja sambil lewa je. Pastu put blame on doctor. Bkn ckp saja2. But ni based on pengalaman. Nurse skrg da x mcm dlu. Nak suruh anta blood utk investigation even urgent pon lengah2 kan masa. Tahla. Ni teamwork. Kalau satu pihak buat nak xnk, cmne sistem kesihatan kita nak maju?

azieazah said...

Sebak dan pilu baca luahan hati si ibu. Alangkah kecewanya mereka...

Tumpang simpati.

puanbee said...

ya allah kesian , kalau susu sampai berkerak kat pipi .. apa maknanya tu ..

Nashays said...

rasa macam 50-50 jer masuk hospital sekarang..bukan takut mati sebab penyakit tapi mati sebab human factor... jangkitan kuman, salah bagi ubat, salah site operation..ngeri!!

Cik D said...

kesian..

abg baju biru, sekilas pandang mcm Ajai plak.. keliru..hihi

NurMisnan said...

kebanyakkan jururawat di hospital kerajaan
ada yang bersikap tiada bahasa dan suka2
marah pesakit. Dlm perkara ini mereka patut
minta maaf kpd beliau kerana kecuaian mereka sendiri.. Jika tidak dpt diselamatkan
tidak lebih terguris hati wanita itu..

myonewayho said...

bapa saya pergi jumpa pakar kulit di HSA pada 1.1.2013 kerana eczema serius seluruh badan. doktor itu bagi dia suntikan steroid. akibat itu dia kena jangkitan kuman dalam darah (sepsis). masuk icu di HSA pada 17.1.2013 dan mati pada 25.1.2013. kenapa doktor pakar kulit itu bagi dia suntikan sedangkan dia patut tahu suntikan adalah bahaya untuk pesakit eczema?

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.