Friday, February 3, 2012

#816: ANAK-ANAK KITA SEMAKIN JAHAT?

Pada entry #807, aku menulis mengenai seorang kanak-kanak berusia 14 tahun dicekup selepas memanjat rumah orang untuk mencuri basikal. Baca di sini.

Pada kes ini, aku lihat kanak-kanak ini masih boleh diselamatkan. 

Realitinya, kanak-kanak tidak akan melakukan jenayah berseorangan tetapi memerlukan pakatan dengan rakan sebaya. Seeloknya, mereka dipisahkan jika kita sudah tahu kumpulan mereka.

Namun, disebalik itu semua, kita bertanya, apakah penyebab kanak-kanak ini semua boleh terjebak melakukan jenayah ini.

Semalam aku terfikir dan menjadi topik perbualan aku dengan beberapa rakan.

"Anak aku umur empat tahun. Dia keluar naik basikal. Keluar jumpa kekawan dia. Tak lama tu dia balik, muka monyok, terus pergi dapur ambik pisau. Dia nak pergi 'return' gaduh dengan kawan dia," keluh seorang kawan ketika aku minum dengannya di Restoran Singgah Selalu petang semalam.

Mau terkejut tak?

Hari ini, tengok pada pelbagai game yang boleh diakses kanak-kanak. Tembak, bunuh, tikam, pukul.

Malah, kalau kita perhati betul betul, ada juga karektor yang dimainkan itu, jika perlu memukul, ia akan memukul berkali kali, tendang, sepak, tumbuk, lompat dan tendang. Adakah ini pengaruh yang sesuai untuk mereka pada ketika mereka meningkat usia?

Mereka akan memendam rasa kemarahan dalam jiwa mereka. Lihat betapa mereka marah jika tidak dapat melepasi satu level dan terpaksa berpatah balik. Dengar apa perkataan yang keluar dari mulut mereka. Lihat wajah mereka.

Apakah nanti bila kita sudah tiada, generasi ini akan lebih cenderung kepada perlakuan seumpama itu dalam menyelesaikan isu antara manusia?

Siapa yang salah? 

"Kita ni taknak anak-anak kita keluar, kita belikanlah game tu semua, bila dah dapat game lain pulak jadiknya," keluh teman yang sama.

"Tapi dari segi baiknya, mereka akan cepat berfikir dan selesaikan masalah sebab ia menggerakkan minda mereka," celah seorang rakan lagi.

Tetapi aku membantah, sebab pada aku, to have them be analytical at the price of exposing them to violence?

Aku sangat tak setuju.

Topik perbualan terhenti disebabkan aku terpaksa berkejar ke satu operasi semalam. Yang itu pun best. Update malam sikit.




9 comments:

nadz ruslan said...

Rasa budak makin buas lepas cikgu dah tak boleh nak 'didik' budak2 d sekolah dan bapak mak asyik nak 'ajar' cikgu yg kisahkan anak depa

Ijahans said...

tingkah laku anak anak semakin aggresif
tutur kata pun semakin lantang dan lancang

mak bapak plak bantai gelak dan suka sbb ingat anak2 mereka pandai bercakap..

my pantang is bila anak anak jadi kurang ajar... siap lah akan merasa nikmatnya cili di bibir

echah_syed said...

ijahans...betul tu,ibu bapa moden skrg bangga bila anak2 dorang bijak bercakap sehingga didepan orang pun berbahasa kasar dan kurang ajar.

sepatutnya dorang merasa malu kerana ibubapa adalah cerminan kpd anak2.mungkin itulah bahasa kedua ibubapa mereka sebenarnya... ;)

azieazah said...

Memang sulit. Naik letih dan pening kita. Belum lagi rasa bimbang tak lena tidur memikirkan perangai anak-anak.

Doa, ikhtiar, ajar... ya, memang tak pernah berhenti dan tidak akan cukup. Pengaruh luar sangatlah kuat.

Telor Power said...

susah nak duga perangai anak2, bukan perangai manusia zaman skrg nie. yang nampak baik tersembunyi sifat jahat nya.

iburafiq said...

rule kat rumah saya senang aje. time sekolah tiada internet, game & hp. weekend, public holiday & cuti sekolah saja mereka boleh berlibur, itu pun ada hadnya. setiap kali lepas solat, mengaji at least 2muka surat. kerja sekolah / ulangkaji pula mesti siap & ibu akan check sebelum tidur jam 10malam. rumah saya juga tiada astro. balik sekolah, terus curfew.

Aya Yus said...

betul azieazah, naik pening dan letih nak mikir macamana nak ajar2 anak2 zaman skrg.

budak2 la ni (kecik2 lagi) dah pandai tinggi suara ngan org tua. kalu kita dulu2, jgn harap berani.

jgn putus asa, dan doa, seterusnya tawakkal.. itu yg saya cuba buat dan amalkan.

Audra Sazreena said...

1. Kenapa perlu ada toys macam senapang, pistol, bom dsb?

2. Kenapa perlu ada Ultraman, Power Ranges, Doraemon kat TV? Oh takpe.. TV boleh tayang apa saja. Tapi siapa yang pantau? Takde sapa, sebab parents pun sakan layan benda2 cenggini..

3. Kononnya didikan yang strict dan garang yang diamalkan orang-orang tua dulu-dulu dah dikategorikan sebagai dera. Budak-budak sekarang perlu dibiarkan explore apa saja untuk melihat apa kecenderungan mereka. Sekali, tengok-tengok dorang ni cenderung merompak orang, meliwat orang, merogol orang.. so apa nak buat lepas tu? Sayang semuanya sudah terlambat (kena nyanyi sikit ni...)

4. Sesetengah orang kata budak2 sekarang ketegaq sebab minum susu lembu dari kecik.. sebab tu degil macam lembu. Tapi bukan ke anak-anak tu ibarat kain putih, kita sebagai parents yang mencorakkan kain putih tu jadi kain satu kaler ke, banyak kaler ke, kain batik ke...?


P/S: Budak2 yang problematic tu cuma kurang perhatian dan kurang kasih sayang.. bila kurang 2 benda ni, maka mereka akan kurang didikan.

Papa[at] said...

aku tak paham topic ni.serius, aku kecik2 dulu main 'Western Bar', tapi tak jadi pun Cowboy dan tembak org. dan aku rasa majoriti zaman 80's pun setuju dgn aku bab tu. Pehtu aku main donkey kong, idak le pulak masa membersor tu aku jadi penculik anak dara orang. Pehtu, aku main jugak brick games, tapi masa membesor idak pulak aku susun batu bata dan kendia masa besor ni jadi bob the builder..so, camne game buleh pengaruhi bebudak jadi jahat ni? serius tak paham.Zaman kita tu game analog berbandiang sekarang,bebrntuk digital or 3d, trapi untuk had pemikiran kita zaman dulu, itulah yg paling canggih, so ,sudah pasti le, apa yg jadi kat zaman ni (yg dikatakan terpengaruh tu) juga buleh berlaku di zaman kita dulu2.

even mcgyver pun kita kata canggih gile, padahal tunjuk kat budak zaman ni, dia kata mcm badut je dan lembeps. Tapi zaman kita dulu canggih dan kita mampu terpengaruh (kalau mahu). so walaupun ada beda antara dua zaman dari segi teknologi, kenapa resistance kita lagi kuat dari demer?so, aku tak rasa pun salah dia pada games2 tu..

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.