Tuesday, January 31, 2012

#813: KETENANGAN JIWA DAPAT DIKECAPI DI PUSAT HIBURAN?


Aku dah berkecimpung sebagai wartawan agak lama. Tak perlulah nak sebut berkali-kali kat blog ni berapa lama dah. 

Selama aku membuat liputan, aku merasakan penulisan mengenai jenayah atau crime reporting termasuk investigative reporting 'masuk' dalam jiwa aku.

Apabila terlibat dalam crime reporting, banyak juga operasi pihak berkuasa yang aku sertai. Antaranya serbuan terhadap pusat hiburan. Ada jugak aku mendapat peluang membuat investigative reporting dengan memasuki premis terlebih dahulu sebelum serbuan dilakukan.

Hakikatnya apabila memasuki pusat hiburan, aku dapati aku tak sesuai untuk duduk duduk mahupun 'berjimba' atau berdansa (saya tak pandai tarian tiang ya, dan kalau ada orang cakap, saya nak nafikan sungguh sungguh) dalam pusat hiburan, disebabkan faktor berikut:

1. Keadaan dalam pusat hiburan yang membingitkan.

2. Walaupun aku perokok, tetapi berada dalam satu premis yang penuh dengan asap rokok sangat menyeksakan. (ya, aku tahu kau nak cakap, macam tulah bila kau hembus asap kau kat aku). Ohh, lupa cakap, nanti rambut I bau rokok, ai tak sukeww.. Ase cam nak uno wiwi taw.

3. Ramai pengunjung termasuk bangsa Melayu, merasakan arak yang ditogak bukanlah arak sebaliknya adalah saatu jenis tonik menggunakan resipi rahsia hingga membolehkan mereka menjadi lebih kuat dari Incredible Hulk dan mampu menjadi orang terkuat dalam dunia.

4. Pusat hiburan BUKANLAH satu tempat untuk menenangkan fikiran malah mungkin mengganggu fikiran (dan lain-lain organ) bila melihat gadis gadis mengenakan skirt lebih pendek dari seluar katok anak sedara aku Khalish yang berusia 2 tahun. Baju mereka juga lebih sendat dan kecik dari baju anak sedara aku sorang lagi, Naufal yang berusia setahun. Maka, macam nak melompat keluarlah segala yang ada. Tapi mungkin mereka memiliki sebab untuk pakai macam tu, pusat hiburan panas, stuffy dan mungkin mereka nak beritahu teman mereka - "i ikhlas (tanyalah dada i)."

5. Faktor usia. Orang tua cam aku tak sesuai masuk pusat hiburan. Rimas. Kang mati kat dalam pusat hiburan, amacam? Pernah tak fikir camtu? 

Kalau nak dikira, jumlah pusat hiburan yang aku masuk (untuk bekerja sebagai wartawan) mahu tak mahu dah beratus jugak.Dan dalam semua beratus ratus tu semua, aku tak pernah dapat ketenangan apatah lagi kerja aku sangat stress dan memenatkan.

Panjang intro aku, dan seperti biasalah kan, hazrey.com kalau tak menceceh intro tak sah. 

Hari ini, Selasa 31 Jan 2012 aku lihat satu paparan di akhbar Harian Metro dan aku rasa sedikit teruja hendak mengulas sedikit dan mungkin dijadikan iktibar pada artis lain. Benda macam ni dah lama sebenarnya, dan seperti menghalalkan perbuatan kita.


Epik tak paparan page Harian Metro ni? Tasha Shilla dengan 'Saya tak buat' manakala Sham Kamikaze mahu terus berdakwah walaupun dikutuk.

Ok kita kena ikut page tu, mana story yang headline-nya besor. Kita cerita pasal Tasha Shilla. 

"Saya tak buat." Apa yang Tasha Shilla tak buat? 

Kita recap sikit kisahnya. Pelakon meningkat naik ini didakwa menari ghairah ketika meraikan hari kelahirannya di Rootz yang terletak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Rootz bukan tempat makan ayam goreng seperti KFC ya kekawan sekelian. Itu hanya untuk makluman.

Berikut penjelasan Tasha:





You are welcome, Tasha.

Ini pula penjelasan dari pelakon masih bujang ini di Harian Metro yang sedikit menarik perhatian aku:



"Saya akui gemar meluangkan masa bersama rakan di kelab malam, tetapi hanya untuk menghilangkan tekanan selepas penat menjalani penggambaran drama. Tambahan pula kunjungan saya ke kelab malam Rabu lalu hanya untuk meraikan hari jadi, itu saja," katanya.

Kejap. Aku nak tumpang tanya, sekarang McDonalds dah tak ada eh service untuk kita sambut birthday? Atau mungkin sebab kita sedang boikot McDonalds disebabkan anti Zionis kita? Kalau ada sesiapa yang tahu sama ada McDonalds masih lagi sediakan khidmat sambut birthday, tolong inform ya.

Jika kita lihat statement dari Tasha Shilla, gadis comel berusia 25 tahun ini  yang disiarkan melalui Harian Metro, kita boleh asingkan ia menjadi:

1. Tasha gemar luangkan masa bersama rakan di kelab malam.
2. Tasha berbuat demikian untuk hilang tekanan selepas penat shooting drama.
3. Berkunjung ke kelab malam untuk raikan harijadi (sekali lagi, McDonalds dah takleh buat birthday lagi eh?)

Pada aku, sebaik gossip mengenai pelakon ini tersebar melalui laman media sosial mendakwa dia melakukan tarian tiang (pole dancing), aku nampak ia satu gossip yang sangat damaging. Seriously damaging.

But to justify yourself dengan cara di atas seperti dipaparkan melalui Harian Metro dan FB menambah damage kepada reputasi Tasha Shilla.

Tetapi memandangkan aku bersangka baik terhadap Tasha Shilla, aku menjangkakan apa yang ditulis pada perenggan di atas (gambar) adalah 'misquote' penulis. Tetapi sangkaan aku meleset. Lihat perenggan terakhir:


Untuk makluman Tasha, pada pendapat saya, perenggan terakhir itu jelas menunjukkan Tasha bukan seorang yang hipokrit tetapi riak dan menghalalkan berada di kelab malam. Sangat salah, Tasha. Sangat.

Tasha melahirkan rasa kecewa terhadap blog hiburan yang mereka-reka cerita kononnya dia melakukan tarian tiang tanpa segan silu dan tidak memperdulikan orang sekeliling. Kata Tasha, aa jelas menjatuhkan kredibilitnya.

Aku setuju. Membuat fitnah bahawa Tasha melakukan tarian tiang adalah satu perbuatan sangat dikesali. Tetapi Tasha tidak kesal untuk menenangkan fikiran di kelab malam?

Apapun, pertanyaan aku, adakah kelab malam sesuai disebut artis yang sedang popular dan diminati ramai seperti Tasha Shilla - tempat untuk menenangkan diri?

Apabila meningkat naik, kita memiliki satu tanggungjawab yang besar apabila kita bukak mulut atau menulis sesuatu. Mesej yang disampaikan Tasha sangat terkhilaf, ketika menafikan dia menari tiang, dia menyatakan - ke kelab malam adalah untuk 'menenangkan diri.'

Apakah berbeza kedua kenyataaan itu? Aku rasa sama jek. Being there is already wrong. It is further damaged when she says - saya ke sana selepas penat shooting dan meghilangkan tekanan.

Pada aku, artis zaman sekarang ni perlu berhati-hati dengan apa jua penjelasan mereka. Boleh defensive tetapi biarlah elok sikit.

Aku mengharapkan Tasha menjawab seperti berikut:

"Saya meminta maaf jika ada yang percaya dengan gossip yang disiarkan mengenai Tasha menari tiang. Sesungguhnya, Tasha tak pernah terniat untuk berbuat demikian apatah lagi Tasha dididik untuk tidak melakukan perbuatan seperti itu. Tasha terpaksa ke pusat hiburan itu untuk tidak menghampakan undangan rakan rakan biarpun Tasha penat dan sudah menolak beberapa kali dan mahu pulang ke rumah untuk mencari ketenangan. Apapun, Tasha mohon maaf pada semua jika ada yang sudah mempunyai tanggapan negatif terhadap Tasha. Percayalah, Tasha masih seperti dulu dan Tasha tetap harapkan doa dan sokongan dari peminat Tasha semua, yang Tasha dah anggap seperti sahabat karib Tasha."

Tersentuh hati tak? Kalau tak, tambah sikit, untuk scene airmata: "Tasha menangis membaca segala gosip tak benar mengenai Tasha menari tiang tu, tetapi Tasha memaafkan mereka yang membuat cerita ni semua. Apapun, Tasha tak salahkan mereka, berada di pusat hiburan itu sendiri adalah satu perbuatan yang salah, dan Tasha minta maaf pada semua peminat, Tasha redha jika dikeji, dihina di atas kesilapan besar Tasha berada di pusat hiburan itu. Jangan salahkan rakan Tasha yang anjurkan majlis harijadi itu kerana mungkin di sebalik keghairahan, mereka lupa perkara perkara seperti ini. Tasha pasti, mereka juga rasa sangat bersalah. Sekali lagi maafkan Tasha."

Lain tak bunyinya berbanding "saya gemar ke kelab malam"?

Artis perlu bijak. Serius. Kena bijak menangani krisis.




Hazrey: hazrey.com dinominasikan melalui kategori The Most Vocal Blog bagi Social Media Awards 2012. Undian anda mampu mengubah masa depan anak anak kita supaya menyambut birthday di McDonalds sahaja. Undian boleh dilakukan dengan klik pada gambar bongkak berikut:



Atau anda boleh terus ke link berikut: http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=22

Siapa tak undi, no more McDonalds birthday party for u! Or I will ask Ronald to go for rebonding. Padan muka.




22 comments:

Azlan Hasan said...

setuju ngan ko article ko hezry..sikap berterus terang tu bagus tapi statment tu tak payah laa ala2 nak tunjuk yang dia tu kaki club..aku ade baca satu statment yang mengatakan yang dia sampai kat sana pukul 2..come on laa pukul 3 dah tutup..sejam pun jadi ke??..hehehe..

Marvic .. said...

hahaha..

Cosmic_GurL said...

Cant help but laugh when I read this post. Thumbs up dude. Ure very funny!

TheBentPencil said...

Tasha, tasha...tarian tiang salah, masuk kelab tak salah ya?
Bagi saya pulak, masuk kelab salah. Tarian tiang tak salah.

Memang la tak salah, menarilah depan suami. Hikhik.

MiSs LaDyBiRd ^o^' said...

adoi penat ketawa baca entry ni...tp dalam gelak2 tu rasa sedih juga, dia seorang yang mengaku islam tapi macam tu rupanya cara dia cari ketenangan....

JUE said...

Aduiii... penafian dia ni skaligus menampak "ketidakcerdikan" diri.. pekara terbaik, bek tak yah g kelab la tasya.. Nak cari ketenangan apa kata baca quran ka, takpun duk kat umah.. hah.. tido pun ok gak..
btw hazrey, McD still ada lagi service tuk ari jadi tu... haahhah.....shila tak tau kot..

MiszNoRuL said...

assalam pakcik (trase mude kejap)

sesungguhnya, perenggan terakhir pada entry ini lebih menyayat hati dan kalau bukan semua mungkin hampir keseluruhan pembaca akan memaafkan kesalahan dia ke kelab malam ...serius..memang serius ayat di perlu di ambil berat..adakah pemahaman dalam membina ayat lalu membuat karangan makin kekurangan di kalangan pelajar di tahun 2012 ini? ye, mari kita sama-sama saksikan

merepek pulak aku ni..k bai pakcik

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Uno wiwiwiiiii~

Ok, wiwiwiiii tu memang kena panjang since dalam kelab malam kalau ikut tv adalah menyesakkan pandangan.

Statement dia tu yang akan membuatkan deretan budak2 akan guna ayat serupa kalau ditangkap, dan artis2 lain akan anggap itu jawapan selamat kalau buat perkara serupa.

Sigh~

ResipiEmak said...

mungkin diorg da tak nak celebrate bday kat mcdonalds sebab takut kena suntikan jarum halus ronald mcdonald...hahaha...kalau x tau apa itu jarum halus, sila baca entri ini-> http://sungaichat.blogspot.com/2011/11/bangang-ada-banyak-jenis-ni-salah-satu.html

book seller said...

tenang, di hujung sejadah...itu kata Mak saya...

apapun, dunia artis, matlamat sering 'menghalalkan' cara... :)

doa yang baik-baik buat semua..insyaallah.. :)

landaklaut said...

Nak tunggu statement dia "kenyataan saya sebenarnya telah diputar belit dan disalah ertikan oleh wartawan yang menemuramah saya. Sumpah saya tak pernah cakap macam tu". Hehe.

Pn. Liza Mahmood said...

Baca di akbar siang tadi - itulah realitinya.

Most Vocal Blog - 1 voted 4 u!

♥CIK SHA♥ said...

komen landak laut paling best! ;p

Izuan Kunang-Kunang said...

Sapa pompuan ni?? Aku tak kenal pun!! Hohoho. Yup, artis Malaysia mostly tak pandai nak bagi statement. Tu belum masuk part gaduh bergaduh kat twitter. Habis disingkap semua benda-benda tak perlu dalam kain. Apa dey? Diorang tak tahu ke benda-benda macam ni ibarat meludah kahak hijau ke langit which in the end akan hinggap kat muka sendiri??

Cuba la tiru macam Anuar Jen yang bila kena kutuk dengan Roslan Beruang Aziz tak pandai menyanyi, nyanyi over and so on...dia reply, "Biarlah, itu kan pendapat dia".

Jadi artis bukan setakat tahu berlakon or menyanyi je. Kena tahu handle press, kena belajar the art of conversation, kena tahu good communication skills and kena pandai counter attack bila kena temuramah dengan wartawan yang bermolot macam tukang tulis blog ni..EH!! *larikkkkkk~

FAD ARIFFIN said...

okeh. kompem lepas nih ada artis copy & paste statement di atas ;-P

NenetPenne (NP) said...

entry terbaekk...
tasha nak defend diri sendiri tapi akhirnya menjerat leher sendiri..
good tasha...

tenang sangat laa tu bila muzik bergema sampai nak bercakap pun tak dengar...

naqib faiz said...

artis ego dan bangga dengan status diorang kalau orang gelar kaki clubbing. tak tau nak cakap apa. makin lama makin daring artis malaysia masuk keluar kelab malam siap camwhoring gambar minum arak.

Audra Sazreena said...

Well.. ntah ler Hazrey.. pada aku, dia cuba takmo jadi hipokrit macam some other artists yang guna similar statement macam yang hang tulis tu.. walaupun memang sohih credibility dia tercalar..

Anyways, macam Wardina cakap, artis ni bukannya role model yang bagus.. ;)

The Red Rambutan said...

SMTI

Padan Muka Tasha!!!! Two thumbs up.

Kan ke alim ulamak kata, jangan pergi tempat macam tu. Banyak lagi tempat lain yang boleh memberikan ketenangan seperti Masjid, tepi laut Setulang Laut, Pantai Lido ke, Kukup, Tanjong Piai ke, atas bukit ke, Taman Botani Putrajaya, Taman Thema, scuba diving, canoeing, cycling, kalau dah tak ada duit n ak melancung tu lepak kat sejadah je.

Lainlah kalau dia tu wartawan, memang kena pergi tempat tempat macam tu sebab nak buat liputan.

English Education sikit:
"YES I when there"... tak faham aku, atau dia nak tulis 'i went there'.

broken said...

phone die auto correct kot.. thats why it's WHEN there instead of WENT there.. hahaha.. typical excuse for shitty grammar...

ArtForAuction said...

@The red Rambutan

Saya nak betulkan tatabahasa akak pula.

"melancong" bukan "melancung".

bahaya tu maksudnya kak. hihi

iburafiq said...

erk... pelakon melayu ye? cerita apa dia ni fames? last skali aku tengok cerita melayu ialah cerita Nora Danish sebagai camerawomen yg sesat kat alam bunian. oh, jarang sungguh aku menonton cerita melayu. may bad!

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.