Salam uols.
Semalam Hafiz Awan Nano sudah menang Anugerah Juara Lagu ke-26. Tak disangkal lagi walaupun aku sebenarnya menjangkakan Yuna akan rangkul kejuaraan itu melalui lagu Penakut.
Apapun, vokal terbaik memang seharusnya milik Hafiz. Vokal dia strong dan memikirkan sifu M Nasir nak bagi lagu kat dia dah cukup mengesahkan keyakinan aku tu. M Nasir cerewet. Sangat.
Ok cukup cerita pasal AJL26. Oh, by the way, twithandle aku @Hazrey masuk dalam senarai Top 20 Most Popular Tweethandle untuk hashtag #AJL26. Ya, aku terasa hebat, dan sedikit riak bila tengok cermin pagi tadi. Hahaha.
Ini cerita pasal Social Media Awards.
Rakan ngumpat - Kujie.com beberapa hari lalu menghantar mesej melalui twitter dan Blackberry, yang dia menghantar nominasi untuk blog hazrey.com bagi kategori Most Vocal Blog! Lihat entry terdahulu aku di sini.
Kujie juga telah sudi membuat satu posting mengenai pencalonannya itu di link berikut: 'Saya Bukan Calon, Tapi Tolonglah Undi.' Sangat suwit Kujie ni! Sungguh. Yang tak tahan dia sempat nyakat dengan mengaitkan aku dengan Najwa Latif. Aku redha. Hahaha.
Berbalik kepada undian, Alhamdulillah, ia bergerak dengan pantas menduduki tempat kedua dan kini mengejar kedudukan pertama. Harap ia akan dapat tempat pertama dan lebih selesa.
Apapun, hazrey.com kini menjalin subahat paling jahat dan keji dalam dunia bersama rakan kami - Ohbulan dan Rotikaya, dua blog gergasi hiburan. Ya gergasi dan kami mampu mengalahkan Ultraman pada bila bila masa.
Berikut adalah senarai pilihan kami dan mengharapkan anda terus menyokong melalui undian:
Blog hazrey.com ini sudah cukup sinonim dengan kelongkangan dan bau bau parit, maka adalah afdal jika anda dapat mengundi. Kalau tak undi, sekali lagi, I KNOW WHERE YOU LIVE. Hahahahah.
1. Most Vocal Blog - www.hazrey.com . Klik gambar untuk mengundi atau link undian kategori ini.
Tanpa diragui, dengan grup wartawan yang bersepah ada di mana-mana, portal hiburan ohbulan.com ni antara yang pernah menjalin kerjasama dengan aku, dan aku dapat lihat integriti yang dipaparkan melalui tulisan dan cara mereka bekerja.
Biarpun dipanggil 'entertainment' atau hiburan, mereka sentiasa memastikan profesionalisme kewartawanan diberi perhatian dan keutamaan. Untuk itu, undian bagi Best Entertainment Blog mesti diberikan pada ohbulan.com. Wajib. Sebagai ingatan - I KNOW WHERE YOU LIVE. hahahaha. sewel.
2. Best Entertainment Blog - www.ohbulan.com . Klik gambar untuk mengundi atau klik link undian kategori ini.
Manakala, rencah dunia hiburan tak akan cukup melalui tulisan ohbulan.com tanpa sedikit cuit mencuit, lantas kehadiran satu lagi blog - rotikaya.com memperlengkapkan kemeriahan dunia hiburan kita, dan aku patut katakan, kalau tak ada dua dua blog ni, wajib aku tak kenal siapa artis baru. Kedua-dua blog ohbulan.com dan rotikaya ni sentiasa ada story baru dipaparkan. Itu yang bagusnya. Tak perlu tunggu paper dah. Save RM1.20
3. Best Gossip Blog - www.rotikaya.com . Klik gambar untuk mengundi atau klik link undian kategori ini.
Dan kami juga memohon sokongan anda kepada satu blog yang sedang meningkat naik - www.resipiemak.com yang menawarkan pelbagai kuih. Ya, ini blog kroni. Support lah ya.
4. Best F&B Blog - www.resipiemak.com.my / Klik gambar untuk mengundi atau klik link undian kategori ini.
Dah itu jek. Tolong undi. Tarikh tutup undian adalah 6 Februari ini. Mesej kami ialah: undilah kami bagi menjamin masa depan anak anak kita. Hahahahaha. Takde kena mengena.





14 comments:
ala, kena lah vote untuk saya juga.
XD
anyway, semoga menang ENcik! Saya dah vote lepas baca link2 kamu di Twitter.
Saya tetap sokong kamu!
tahniah.. semoga mendapat undi terbanyak.. anyway kita jumpa disana yekk.. sbb majlis tu adalah anjuran Jabatan saya yang akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri dan Menteriration
Penerangan
thank you zara. :)
Terima kasih Diarihatiku1976. Insyaallah. Tak tentu lagi saya menang. Haha.
good luck...
voted. best of luck! ;)
aku dah undi dah bang!
Done! Menang nanti kasi open nasi arab..keh keh keh
kita dah undi le semalam
da undi da.. walau byk hal tok nenek nak ke reg bagai.. ku gigihkan jua sebab nak abang super senior ec menang this award.. pastu boleh belanja makan mekdonel okeh... all the best abang zulhazri.....!!!
aku orang nombor 9 undi dia ni
kalau menang sila belanja aku melantak kat 7 spices Danga Bay tu
hahaha
PennyRoyalTease,
kau punya comment tetiba ilang. aku cuma nampak perkataan hahaha tu jek. Rosak ke apa blogger ni. Kena repair dulu ni.
pu3:
biasalah nok. kt rumah saya banyak chilli sauce mekdonel. nanti saya courier. itu belanja gak kan.
putubambu
nanti saya belanja putubambu gula merah lebih
zan
korang ni semua makan rasuah tau.
suria
tq suria. hehe
capt keon.
tq
terima kasih bebanyak kepada hazrey.com kerana sudi mempromosikan Resipi Emak. Jumlah awal 21 vote telah mencecah 170 vote dalam masa 24 jam. Terima kasih banyak juga kepada yang sudi Vote!
Post a Comment