Friday, January 27, 2012

#811: HADIAH PALING BEST UNTUK ANDA DI BLOG HAZREY.COM

Lambat benor Kujie.com nominate aku. Realitinya, aku ada dengar dengar pasal Social Media Awards 2012 ni, tapi langsung tak ambik kisah sebab aku bukan seorang yang selalu ambik kisah pasal diri sendiri. Aku mana ada perasaan. Kau suka kan ayat tu.


Truly, as Kujie said on her twitter, aku paling vocal. Aku ingatkan dia nak puji suara aku pandai nyanyi ke apa. Kalau dia puji, sah dia tipu sebab suara aku nyanyi boleh sebabkan halilintar membelah bumi. Kalau masuk AJL, mahu jek runtuh pentasnya. Boleh pecah gitar Ana Raffali. Boleh menyebabkan rambut Hafiz seperti baru pulang dari Saloon mendapatkan khidmat rebonding. Sebenarnya, bukan saloon tetapi saya menggunakan shampoo sahaja.

Ya, di blog ini aku sangat vokal sama seperti in real life. We fight for our rights.

Antara posting paling longkang dan raja segala parit tersumbat yang sukar dibersihkan sehingga banjir kilat melanda seperti di KL, pantas menyalahkan orang ramai buang sampah walhal yang sumbatkan parit tu ialah lalang serta tanah ialah Fasha Sandha, Ana Raffali, Surat Terbuka Kepada Menteri Kesihatan dan banyak lagi. Aku dah tak ingat dah. Ohh cerita Celcom pun ada. 

Tetapi episod Surat Terbuka kepada Menteri Kesihatan adalah satu eye-opener kepada banyak pihak kerana ia menerima respons dari Pengarah Jabatan Kesihatan Johor. Namun ia gagal menjawab pelbagai persoalan yang diutarakan. Lihat jawapan Pengarah Jabatan Kesihatan Johor di sini.

Ia juga menjadi agenda mesyuarat pihak pentadbiran hospital berkenaan mengenai mutu perkhidmatan HSA. Harap ia menjadi titik tolak kepada pelbagai penambahbaikan mereka.

Aku juga pernah mengutarakan persoalan mengenai profesionalisme pegawai perubatan hospital awam sebelum itu melalui tajuk Kalau Kena Samun, Tumbuk, Ragut - Jangan Pergi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Itu antara contohnya. Sebenarnya aku bukan the most vocal, tetapi ia lebih mengetengahkan apa yang kita semua lalui dan memerlukan perhatian mereka. 

Apapun, aku menghargai nominasi rakan aku di Kujie.com yang merasakan blog ini adalah The Most Vocal Blog bagi Social Media Awards 2012. Dapat apa eik hadiah? Kalau pelancongan 30 hari 28 malam seluruh Eropah macam best jek kan. Alah, nanti aku belikan korang fridge magnet ok?

Nominasi itu dilakukan pagi tadi ketika aku sedang menghadiri pendakwaan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dituduh melakukan penipuan dengan menyamar sebagai Pegawai Tugas Tugas Khas Perdana Menteri di Mahkamah Majistret Tangkak, Johor.

Setakat ini dah ada enam undi. Fuh banyak tu untuk blog longkang ni. Dan selepas aku kira, aku perlukan lagi 5,254,789 undi. No pengundi hantu ok. Kena register.

Seriously, ini first time aku masuk award award ni sebab aku ni ala ala Anuar Zain lah, takleh masuk pertandingan. Kah kah kah kah. Bongok punya statement. Tapi betullah, kekadang kalau aku sengetkan muka masa ambik gambar, muka macam Anuar Zain lah. Tak baik ketawakan aku. Suka calarkan perasaan aku. Eh aku mana ada perasaan.


Cuba kau klik gambar atas ni. Kau tengok aku kat mana. Mana aku nak letak muka kalau Anuar Zain tanya? Itu belum Datuk Siti Nurhaliza tanya nanti.

Tarikh tutup untuk mengundi ialah pada 6 Februari 2012! Weii tinggal berapa hari jek lagi. Jangan salahkan aku ok. Aku pun baru tahu tadi. Hargailah usaha Kujie.com tu. Susah payah dia nominate.

Ada tujuh saingan setakat ini dan aku jangkakan kemenangan mudah buat hazrey.com. Hahahahahah. Riak, bongkak, tak sedar diri, tak diterima kubur punya statement. Hahah. Yang lain semua popular. Aku jek paling tak popular. Eh tukar kategori kepada Worst Blog Of The Year tak boleh ke Kujie? At least dapat hadiah gak.

Siapa yang vote, aku yakin mereka dapat pahala sebab menggembirakan hati insan yang lemah seperti aku ni. Nak aku letak gambar rumah usang usang, atap bocor, lantai berlubang ke macam masuk AF bagi meraih undi simpati?

Ok, link untuk vote seperti di bawah ini, klik jek pastu senang jek cari hazrey.com sebab aku paling bawah sekali, sedih tau, rasa macam hubungan kita takde beri apa apa makna pada you. Padahal dulu masa minyak motor I abis, I takde pun call orang lain tau mintak pinjamkan RM3.50. You jek I call. Speed dial lagi tau. You klik eh link bawah ni pastu vote tau.


SIAPA TAK VOTE AKU, SIAP KAU, I KNOW WHERE YOU LIVE OK. HAHAHAHA.

Kalau dah vote, jika anda bekerja di opis besar dan ramai staff, tahan mereka di pintu office dan buat buat pitam. Pastu, buka mata pelan pelan, dan cakap dengan suara terketar ketar - tolong vote hazrey.com. Fuh kalah Ombak Rindu scene Maya Karin peluk Aaron Aziz. Eh?

Dah vote, tinggalkan komen anda supaya senang nak kira berapa ramai yang dapat pahala. Hehehe.

Oh, kakitangan hospital pun boleh vote tau. Saya tak tipu. Sungguh ni. Celcom pun. 

Ohh pasal tajuk posting ni eh, yelah hadiah paling best untuk anda ialah pahala. Comel lah awak tawww.







20 comments:

@cu SaYaNg said...

Done...acu orang yg ke-22
tiket AJL sebagai upah aaaa

fina fento said...

Comelnya saya rasa lepas vote. Undian ke-24 pulak tu. Sama ngn umo.


Eh silap tu angka 3 tahun lepas punya :P

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

I've just voted fot you on Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012
all the best ya

Plsss vote for me back for THE WORST BLOG OF THE YEAR @ http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 "click vote di link www.bicaramakdara.com ye.. tankiuuuuuuuuuuu

Kujie said...

comel je entri ni..hahahaha

aizamia3 said...

ai yang ke 37 vote..

Alam's said...

dah vote....gud luck bro...

akak eskrem said...

Ittew dah vote dahhh.. Tadi masa ittew vote, awak nombor 2 taww~ Ittew heharap awak nanti nombor 1. Kekekeke

#gedikmodeon

PemilikMataCoklat said...

ok dah vote, pengundi ke-42...

Saya doakan blog neh menang, sebab sgt suka ini blog, blog paling cool+awesome:-)

A Simple Guy said...

ok dah vote. pengundi ke 49

RastaMat said...

done..

Lady Windsor said...

aku dah vote..
bro tolong aku bergaduh dengan TM Unifi bleh dak?

(Ciss vote ada udang ni..hahaha)

Cik Liza said...

Fuuuuu... Kami dah vote!! Pengundi setia no 217.. Maap lambat 48jam pasal line strimix kena potong, smlm baru byr bil...

AvatarCun said...

suddddaaaahhhhh.. no 230... huahahaaaa... eh

Hazrey said...

AvatarCun:
Terima kasih yeerrrr.. Heheh.

Cik Liza:
Streamyx tang potong laju jek, tang kita complaint, berjaman nak datang. Anyway, tq for ur vote.

Lady Windsor:
Nak belasah ke? Meh meh. Ada info email kat saya.

RastaMat:
Lama aku tak nampak kau. Dah abis belajor lum? Tq for your vote der.

A Simple Guy:
Tq bro for being among the earliest to vote!

PemilikmataCoklat:
Fuhh. kembang jap baca statement cik. Saya nak tukar nama kepada PemilikMataBersinarSinar sbb ramai vote. heheheh

akak eskrem
Iteew epi uols dah vote. Ase cam gmbira pon adewww.. me asih vote ittewww yewww

Alam's
tq macha! Terbaek!

aizamia3
terima kasih daun keladi. Kalau menang memang kemenyan i menjadi. Hahaha

Kujie
kena comel sbb orangnya tak comel LANGSUNG.

Adza Irdawati
Done that already for u couple of days ago. :)

fina fento
Itew memey ase awk comelll.

Acu:
tengkiu acu!! padan muka tak dapat tiket. hahaahha

Iza Teratak Usang said...

Assalam...
Singgah dari blog kak jie..
276...moga berjaya..

puanbee said...

salam , pertama kali singgah melalui blog kakkujie , dah vote juga 284

RastaMat said...

sket lagi nak abes belajau..
tengah praktikal..

aku tak pernah lepas baca tulisan longkang kau kat sini..
cuma segan nak komen..
hahaha..

semoga berjaya..

Hazrey said...

Rasta:
all the best bro! pastikan kau sentiasa ohsem lepas grad.

puanbee
salam, terima kasih. Ingat tau, jgn ganggu pengkid. hahah

iza teratak
salam, best nombor 276 tu sbnrnya. heheh takde kena mengena. terima kasih ya.

RastaMat said...

orait bro!!
thanks a lot..

Ez Zahar said...

aku dah UNDI. tp jgn berani kabo dgn org lain. Tau depa aku undi blog longkang ni, bikin malu aku je. hahahaha..

Semoga Berjaya!!!

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.