Saturday, January 14, 2012

#807: UMUR 14 TAHUN, DAH PANJAT RUMAH ORANG UNTUK MENCURI.

Tak padan dengan usia. 

Lokasi: Rumah kakak aku di Bandar Uda Utama, Johor Bahru.

Masa: Kira-kira 2.30 pagi.

Scene: Sedang elok aku berborak dengan mak comel aku, kakak, adik lelaki aku, Azhan bersama isterinya, Farhana dan isteri hot aku, kami terdengar bunyi bising. Masa tu kami tengah bercerita hal hal negara, tetapkan tarikh pilihanraya dan siapakah yang bakal dilantik jadi menteri ganti Shahrizat. Hahaha. 

Kami memang suka berbual awal pagi sebab bajet macam kat oversea, ikut time London.

Tengah sedap berbual, tanpa air kopi, a'ahlah kakak aku tak buat air lah semalam. Nanti aku bahasakan dia ya. Derhaka tak masuk syurga! Kering tekak aku berbual semalam, kakak aku tak hidang air. Yelah, siapa suruh datang rumah orang pepagi buta.

Panjang pulak intro.

Tengah sedap berbual, kami terdengar bunyi bising seperti besi jatuh. Melalui instinct Spider-sense aku, aku merasakan ada sesuatu yang tak baik sedang berlaku di luar rumah kakak aku. Menggunakan kuasa larian kilat, aku terus keluar dan ternampak satu adegan paling best.

Aku ternampak satu tubuh kecil sedang melakukan lompatan dari tiang pagar rumah jiran kakak aku! Di belakang aku, adik aku Azhan mengekori. Aku yakin ia seorang budak sebabnya, aku sempat nampak muka dia! Haa ambik kau.

Inilah tiang pagar yang menjadi landasan latihan budak tu untuk melakukan lompatan selepas menceroboh rumah jiran kakak aku.

Di depan tiang pagar ini, sebuah basikal ditinggalkan selepas tak sempat dicuri budak itu.



Dengan pantas, aku terus kejar dengan Azhan tetapi aku terpaksa berhenti disebabkan faktor berikut:

1. Aku terlupa nak pakai selipar. Dan demi menjaga kulit tapak kaki takut kasar, aku terpaksa berhenti kejar.

2. Faktor usia. Takutlah pepagi buta ambulans datang kat rumah kakak aku.

Memang macam pelesit budak ni lari.

10 minit aku dan Azhan cari. Tak jumpa. Terer budak ni.

Kami pun berjalan kembali ke rumah kakak aku. Di depan rumah semua ahli mesyuarat dah keluar. Jiran kakak aku pun dah keluar terpinga pinga, bergaya dengan fesyen baju tidur mereka. Aku elakkan dari berdiri dekat, takut terbau mulut. Hahahah. Jahat statement aku ni.

Dalam pada masa yang sama, entah dari mana muncul, ada dua budak belasan tahun elok jek jalan berlenggang lalu depan kami. Selamba jek bebudak dua orang ni. Kami pun taklah syak apa apa. Tapi at that hour, isteri hot aku dan kakak aku menggunakan skil Sherlock Holmes meneliti bebudak dua orang ni. 

Sorang bawak selipar dan seorang bawa satu bungkusan plastik.

Tetiba isteri hot aku, kali ini menggunakan close up vision ala Superman, berjaya mengesan budak yang larikan diri tadi bersama dua lagi rakannya di hujung Jalan Uda Utama 6/1. Terer dia ni. Kami memang superhero yang dijodohkan bersama. Kebetulan aku pun suka memanjat, sebab tu aku jadik Spiderman.

Aku tak suka Superman sebab seluar dalam warna merah dia sebenarnya takde brand. Tak indie langsung. Tak suka, nanti takleh riak. Spidey pakai seluar dalam orang tak nampak.

Aku dengan Azhan diekori tuan rumah yang diceroboh tadi terus berlari ke arah diaorang. Tiga remaja yang aku kira berusia dalam lingkungan awal belasan tahun berjalan di kawasan penduduk itu waktu itu? Sangat mencurigakan!

Bila aku panggil mereka, sah salah seorang budak tu adalah the same boy that I saw jumped off from the house tadi.Bila aku tengok tuan rumah dah pergi kat budak ni, aku lekas lekas mintak dia cool dulu.

Aku cakap elok elok.

"Dari mana dik pepagi ni," aku tanya walaupun aku dah tahu dah dialah hero Olimpik yang buat lompat pagar dan 100 meter tanpa ganti.

"Saya dari rumah kawan saya nama Acun kat bawah sana," jawabnya pantas tanpa sedikit pun bunyi kecut. 

"Ohh rumah kawan eh. Meh dik, kita pergi rumah kawan adik, nak tanya betul tak adik pergi rumah dia." Real jek aku ajak dia. Bila dengar aku ajak, cepat cepat dia jawab, taknaklah pakcik, kawan saya dah tidur. Aku terus marah, bukan sebab dia taknak, tapi sebab dia panggil aku pakcik. Konspirasi ni semua. 

Bila dia enggan pergi, aku terus pujuk, marilah kita pergi, saja nak tanya jek. Dia tetap berdalih memacam walaupun aku dah tahu memang dia yang lompat dan lari pecut tadi. Saja nak kasi thrill.

"Sebenarnya adik pergi mana tadi? Baik adik cakap, sebab adik nampak pakcik kan tadi. Sebelum pakcik cakap, eloklah adik cakap sebelum polis datang," aku slowtalk dengan budak ni. Skil slowtalk kena betul der. Takut nanti Suhakam datang rumah.

"Pakcik, saya mintak maap pakcik, tak payahlah panggil polis" tiba tiba terketar ketar suara budak ni.

"Haa, saya nampak awak lompat rumah tu tadi, nasib baik awak ngaku."

Dalam hati aku, kalau dia panggil aku abang, mungkin jiwa aku lembut sikit. Tulah, strategi tak betul.

Budak ini berusia 14 tahun. Pernah dibuang sekolah dan kini dalam proses untuk bersekolah semula.

Bila polis datang, rupanya tiga lagi rakan budak ni pernah dicekup sebab mencuri pada Jun tahun lalu. 

Mereka berusia 13, 15 dan  16 tahun.


Aku sempat tanya apa nama kumpulan mereka tapi tak dijawab sebab mereka sibuk menangis. Gangster tahi kucing betul bebudak ni.

Tak, tak, aku bukan sedang mengajar mereka doa masuk rumah. Budak yang ditangkap lompat dari rumah jiran kakak aku di sebelah kiri sekali berbaju kuning. Sebelahnya adalah adik beradik. Abang berusia 15 manakala adiknya berusia 13 tahun. 

Pemeriksaan terhadap remaja ini turut menemui satu bungkusan mengandungi puluhan batang rokok.

 Kesemua dibawa ke Balai Polis Perling, Johor Bahru untuk tindakan lanjut.

Now, takut tak? Malam ni kena start check adik adik korang ada kat rumah tak lepas pukul 12 malam. Takut nanti masuk blog dan TV.




19 comments:

Lady Windsor said...

perghh bro ko memang dasat aahh...dah lah dapat tangkap budak2 tu, ko psiko dia pulak..kalu ada lima orang kat kawasan rumah aku macam ni...aman!

gengster tahi kucing tu yg tak tahan tu..kehkehkeh!

mellow said...

cool lah laki bini ni , memang superb betul , haha !

blog-tips-kurus said...

bocah-bocah.... kecik2 lagi dah berakhlak tak mulia. faktor genetik ke ni??

Phyd A3da said...

amboiiii.. siap pakai t-shirt sekolah,seluar sekolah.. ni mesti tak mandi pas balik sklh ni..

norinaomar said...

memang cool lah bro!

jalan ceritanya lawak betul.

ejaescobart said...

saya suka tang bab ligan separuh jalan sebab tak pakai kasut...

Azrul Hisham said...

memang silap besar la diorang kantoi ngan bro...hehe...

dapat ceramah free tu..

Azrul Hisham said...

memang silap besar la diorang kantoi ngan bro...hehe...

dapat ceramah free tu..

telor power said...

ligat betui otak budak2 nie.....

aizamia3 said...

kalau ramai orang macam ni, aman taman perumahan.. budak2 pun kurang jadi gengster tahi kucing..

psstt: suka dengan olahan jalan cerita.. kihkihkih..

Ummie said...

Bebudak teenagers macam ni, perkara biasa diMajidi, biasanya anak jiran sekampung.
Kalau diberitau makbapaknya kerja anak2nya panjat rumah orang, curi barang orang, biasanyelah, makbapaknya tak percaya.
Serah pada polis, makbapaknya dendam pulak...

Cik D said...

terbaek punye jalan cerita...bravo!
budak2 zaman skrg...salah didikan atau mak bapak x peduli, atau mmg anak2 dorg da benak x makan ajar dah..tu la, org suh g skola, dorg nk kene buang skola..mcm2 hal

MRD said...

salah asuhan & kurang kaseh sayang budak2 ni. kalau zaman kita kecik2 dulu buat perkara tak baik mcm ni, sah2 dah dapat 'upah'.

Sue-Rya AQ said...

wohooooo..dasat woooo..hehehehe...

budak2 skang dh semakin rosak akhlaknya..semoaga family saya dilindungi dari kerja2 yg x berfaedah ini..amin..

Cik Liza said...

Jaln cerita yang mantap.. Maybe pasni Abg Hazrey + Kak Honey Hazrey kena wat baju rasmi Superhero untuk membanteras jenayah sekitar Jb!

Irfa said...

pes time mabac blog ni/suka la ngan ayat2 yg digunakan :)

sian mak ayah budak tu.ish silap kenapa la budak2 tu jd camtu

Bob and Julie =) said...

gosh wuts happening to kids these days?? O.o

on a lighter note, ur writing style is the awesomest to the maximus! lawak giler! hahaha XD

Pn. Liza Mahmood said...

Sayang betul... tengah meningkat remaja mula nak menakal.

ejaMaria said...

rumah saya kena pecah masuk... pun budak2 baya gini... bebudak area rumah juga... sbb yg hilang benda PS, PSP, laptop, gameboy pun diorg ambik... haih... apa nak jadi bebudak skrg?...
bila dah kena tangkap polis - mak dia marah ke kita... tak caya anak dia tak betul... haih... apa nak jadi mak cam tu skrg ni?

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.