Thursday, January 5, 2012

#803: JAWAPAN LENGKAP NUR AMALINA CHE BAKRI.

Semalam, bermula jam 5.17 petang, sekumpulan wartawan tempatan berada di rumah ibu pelajar cemerlang 17A1 pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri bagi mendengar sendiri jawapannya terhadap semua isu yang tersebar di media sosial.

Perbualan melalui sidang video Skype lebih sejam sangat mesra malah penuntut Universiti Edinburgh, United Kingdom itu menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya.

Kini berusia 24 tahun, gadis yang lahir pada 7 Disember ini sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar tempatan semalam; genap setahun selepas kisahnya dipaparkan mengenai dakwaan dia gagal dalam pengajiannya di luar negara (read here) dan pulang senyap-senyap ke rumah ibunya.

Khabar angin itu bagaimanapun tidak benar. Sekali lagi, minggu ini, kisah gadis pintar ini hangat diperkatakan.

Media sosial sejak beberapa hari lalu hangat memperkatakan tentang isu gambar Nur Amalina mengenakan 'legging' yang diambil dari arkib foto akaun Facebook miliknya.

Mungkin ini harga yang perlu dibayar menjadi seorang ikon yang cemerlang dalam pendidikan sehingga menjadi rutin tahunan yang perlu dihadapi keluarganya.

Sebelum mendengar penjelasan Nur Amalina, perkembangan terkini gadis ini harus diberi perhatian kerana kini turut terlibat dalam menyediakan kertas penyelidikan untuk dimuatkan dalam jurnal perubatan di Eropah.

Apa yang membanggakan, selain pengajian perubatan, Nur Amalina yang memperolehi keputusan cemerlang, turut ditawarkan mengambil ijazah tambahan dalam bidang farmakologi dalam tempoh setahun berbanding empat tahun.

Pastinya bukan mudah untuk bergelut dengan dua ijazah apatah lagi di negara asing. Berikut adalah cerita Nur Amalina:



Perkembangan Terkini



Sesuai dengan anugerah sebagai pelajar cemerlang, Nur Amalina juga bijak menangani isu yang menyelubunginya dan tak mudah melatah. Langkah pertama dilakukan ialah menghubungi ibunya, Sabariah Hasaan bagi mendapatkan nasihat.




Reaksi Terhadap Cemuhan





Ini pula penjelasan Nur Amalina terhadap isu foto 'legging' dan bersama rakan lelaki yang tersebar luas di internet. Antaranya foto yang tersebar adalah koleksi peribadi dan diambil tanpa kebenarannya dengan niat tidak baik termasuk untuk mengaibkannya:







Isu Legging dan Foto




Menganggap dirinya sebagai seorang yang ekspresif dalam fesyen, ia tidak pula dianggap sebagai lesen untuk dia melampaui batas. Legging itu tampak seperti mendedahkan kulitnya, walhal ia dibeli oleh ibunya.

Saya Tahu Batasan Saya





Nur Amalina turut dikecam kerana didakwa melucutkan tudung sebaik menjejakkan kaki di perantauan. Ramai menganggap Nur Amalina sengaja menanggalkan tudung bagi menyesuaikan diri dengan negara Barat. Seeloknya, kita dengar apa justifikasi Nur Amalina:  




 
Isu Pemakaian Tudung





Menurut Nur Amalina, dia bersedia untuk menerima teguran yang diberikan untuk dijadikan panduan serta bimbingan hidupnya namun biarlah ia dilakukan secara berhemah. Dia turut memohon agar semua foto milik peribadinya dibuang dari internet kerana ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi mengaibkan apatah lagi jika yang melihatnya tidak menerima gambaran sebenar dan lebih jelas.




 
Saya sedia terima teguran

 

Nur Amalina melanjutkan pengajian ke United Kingdom sejak lapan tahun lalu bagi menduduki peperiksaan A Level melalui tajaan Bank Negara Malaysia.

Disebalik khabar angin berniat negatif mendakwa pelajar itu sudah pulang ke Malaysia kerana gagal dalam penganjiannya pada 2009, Nur Amalina terus memperolehi pelbagai kecemerlangan dalam bidang yang dipelajarinya. Antaranya:

June - sekarang:
Medical Research Intern
Edinburgh Breast Unit WGH & Cancer Research UK, Edinburgh

Feb - May 2010
ERASMUS Research Intern
CHDR, The Netherlands

Aug - Sept 2009
District Medical Officer                                 
Meru District Hospital, Tanzania
Bertugas di wad bersalin, pediatrik, HIV dan kecemasan.


Pada ketika kita mencemuh tentang betapa tidak Islamnya Nur Amalina, dia turut melakukan khidmat masyarakat mengajar Bahasa Inggeris bukan di kondominium mahupun banglo berkolam renang, sebaliknya di Orphanage, Tanzania dan Zanzibar, pada 2009.

Dia juga mengajar bahasa yang sama sejak 2008 hingga kini di Bergamo Scuole Elementare, Itali.

Bagi kerja kerja penyelidikan, Nur Amalina kini giat menyiapkan draf bagi bab terakhir kertas “Reproductive: Obstetrics and Gynaecology” in ABC of Medically Unexplained Symptoms 2011/2012
di bawah seliaan Dr Andrew Horne, Consultant Gynaecologist,  Royal Infirmary of Edinburgh, University of Edinburgh.

She is writing a book chapter on medically unexplained symptoms in obstetrics and gynaecology, which involved chronic pelvic pain, dyspareunia and vulvodynia.

Sementara kita semua hanya hebat menulis di blog/twitter/facebook seperti aku, Nur Amalina juga dalam proses menyiapkan manuskrip untuk satu terbitan dalam Journal of Clinical Oncology bagi kajiselidik "The resection of lymph nodes and the consequences in survival rate of patients with breast cancer (2011/12)" di bawah pengawasan  Prof Mike Dixon, Professor of Surgery and Consultant Surgeon, Edinburgh Breast Unit, Western General Hospital.

Hakikatnya, disebalik sifat rendah diri yang ditonjolkan Nur Amalina sepanjang video chat itu, aku terasa kita seharusnya menyokong dan sentiasa mendoakan kejayaan dia kerana dia adalah harapan untuk generasi akan datang.

Dan pada Nur Amalina, aku sendiri berharap dan berdoa akan terus tintakan dalam hati dan ingatan - ajaran agama serta budaya kita dengan menjadikan kes-kes terdahulu sebagai teladan.

Dan pada yang terus mencemuh gadis ini, adakah anda semua tahu akan pencapaian gadis ini? Makan atau tidak gadis ini di perantauan? Siapa yang menjenguk dirinya bila sakit? Bukankah kita semua belajar itu semua sebagai sebahagian dari adab kita?

Nur Amalina, I know you are reading this - my doa for you and cekalkan hati serta ingat untuk terus menjaga nama baik keluarga dan agama kita. Thank you for the wonderful chat that we had yesterday !



51 comments:

Ajoi said...

Mari kita lihat apa komen orang bijak pandai yang mencemuh ituuu

Tijah said...

tipikal org kita...cepat melatah!

ibnu marzuki al firdaus said...

bai, maknya masih janda lagi kah? wa ingat nak masuk lah... epf berkepuk tuh, beb!

saujana berapa? n no rumah serta jalan jugak plz, bro... aku tau pasal smk tmn jhr jy 2 jah! huhu

MSS said...

aku rasa yang kasi komen kutuk2 ni sebenarnya yang culturally shocked. Check your own backyard first before "venturing" into others'.

ayunda maajis said...

pape pon..mak dia plg sporting..sbb leh bli kn baju legging yg sgttt style tu tuk ank dia..go mokcik go..

(kalo mak aku pasti menggeleng x berhenti...haha)

Wawa Zolkepli said...

tak tumbuh tak melata,
tak sungguh org tak kata.

Zara Zainudin said...

Kagum dengan kejayaan Amalina.

gadisBunga said...

islam sangatkah kita nak mengata orang lain?

good entry hazrey!

msfit said...

like she said, she welcomes good advice. jangan mengata, mengutuk. that will only turn anyone off. she has the intelligence, she can accept good advice. people change. the good can turn bad and likewise the wrong can turn right. so ur good words can make her realise her mistakes and she will wisely consider all good advice. right, amalina?
and respect her personal choice. our role is only to advise.

Matjoe said...

+1 Hazrey. Love it.

Fndy said...

amalina cool je. orang kat sini yang mengelabah

uDean said...

copy from my fren -

Sebagaimana pula kata-kata oleh Syed Habib Ali al-Jufri, "Jangan dibenci kepada orang yang kafir, tapi bencilah kekafirannya. Jangan dibenci kepada orang yang membuat maksiat, tapi bencilah maksiat yang dibuatnya.


to Amalina, continue majukan diri.. we need more people like u.. =)

jan said...

gila pandai..die famous pon sbb die pndai.kalo die xpndai,ade x org peduli?same jg mcm keadaan kat malaysia nih yg pki baju serupa kat lua negara..huhuhu

mizzjo said...

pergh.. erasmus team tu! that's like, Nobel-worthy for scholars, ok. Among the highest-ranking science foundation in EU.

Smart girl decides to live her life. So what else is new? Oh wait.. mabe it IS new to people who have never ventured out of their coconut shells.

❀ JLaa KiMStER ❀ said...

love this hazrey! it means that kita semua manusia, xlepas buat salah. amek mana yang baik jadik tauladan, buruk jadikan sempadan.

AQisH said...

semoga Allah memberikan hidayah kpd Amalina utk kembali berubah kpd fesyen menutup aurat..

mmg kagum dgn pencapaian akademiknya..alangkah indahnya kalau kita juga boleh berjaya di akhirat..

insyaAllah..be good ye amalina..yg baik jadikan tauladan..yg buruk jdkan sempadan ;-)

BaNaNaS! said...

ai harap amalina & kuarga sabar banyak2, tukang keji mmg banyak padahal idup derang sendiri tak gah mana..

amalina nanti da suksess jgn lupa mak tau, cian dia mempertahankan you sampai ngan dia2 di keji..

Diana said...

salam.

kagumi lah kebijaksanaan dan kecekalan dia.
hormatilah pendirian dan cara dia membawa diri.

dan jangan lupa...

doakanlah agar dia tetap kekal di landasan agama.
manusia boleh berubah.
entah esok lusa, dia kembali bertudung, kita tak tahu...

Global Products & Services Review said...

.


Nak melabur ??? Saya rekomen kan Uinvest ni. Maximum ROI ialah 20% sebulan.

Minimum pelaburan bermula dari USD $ 20 sebulan, max untuk sekarang ialah USD $ 3100.

Syarikat ini berdaftar dengan California State, USA. Memang legal dan sah !!!

http://tinyurl.com/StableIncome-Investment


Pelaburan ni sesuai untuk mereka yang mencari static income bulan bulan. Saya beli 2x unit share yg berharga USD 3100. Bulan bulan dapat dalam RM 3800. Goyang kaki.

Yang di atas tu versi bahasa inggeris, untuk bahasa melayu punya ialah :

http://PelaburanHartanah.blog.com


Click daftar / Click register didalam blog berkenaan, Pendaftaran adalah percuma. Tak perlu campak duit dulu, daftar dulu, tengok tengok dalam account dulu, pastu dah tau nak melaburan dalam share apa, baru letak duit. OK ?

.
Hosting Murah, Hanya RM 38 per/year (basic package), atau RM 250 for 2 years (unlimited package).

Visit :

http://tinyurl.com/GreenHostUS

.

QasehSuci said...

terima kasih kepada abg hazrey sebab talah membuka mata ramai pihak

mungkin pakaiannya tidak melambangkan keislamannya..tetapi siapa lah kita untuk menentukan kebaikan dan keburukan seseorg hanya melalui penampilan..

thanks sekali lagi...akhirnya segala persoalan telah dijawab.

Fahmi Ismail said...

Salam...saya ada baca status Ustaz Zaharuddin tadi..agak mendalam pandangan yang beliau berikan.

norinaomar said...

saya memang tak setuju awal2 dengan mereka yang kutuk dan menjatuhkan hukum kpd Amalina ni..yes,dia memang dah berubah sebab pakai seksi,tak pakai tudung etc tapi lebih baik kita lihat benda baik yang dia lakukan dan doakan dia supaya dirahmati Allah.

azam tahun ini supaya lihat kebaikan orang lain dan bukan menilai kejahatan yang orang itu lakukan kerana kita juga mahu diperlakukan sedemikian rupa..

syabas Bro Hazrey..u ni beauty with brain lah =)

Azhar Abdullah said...

Kebelakangan ni dah ramai yang jadi ustaz di pesbuk...

Yang mana yang dah memang ada title ustaz, kat pesbuk dah jadi macam nabi, semua statement dia orang nak share dan tak leh sesiapa sangkalkan...

Ek eleh...apa ke hebatnya Nur Amalina ni belajar bersungguh-sungguh dan macam-macam degree kat sana tu...

Lebih baik lagi mahasiswa-mahasiswa kat sini yang sanggup tido atas jalan dan melalak terlolong tengah malam demi manusia yang mereka kasihi...

Kan?

Tak caya? Tanya ustaz pesbuk.

Hakimi said...

Itu fahaman melayu zaman dulu..taqlid buta..
Ingatkan dah pupus rupanya ada lagi..
Semua ustaz kata umpama fatwa dan wajib dipercayai, tidak boleh bertanya lanjut kerana siapa yg byk bertanya itu lemahla imannya.

C'chanteque Manes said...

Zaharuddin.net:
Setiap anak lahir dalam keadaan suci, ibubapa akan berperanan besar untuk menjadikannya seperti Yahudi, Nasrani, Majusi atau menjadi Muslim yang sebenarnya. Ibubapa DERHAKA kepada Allah dan anak apabila mengabaikan takrif kejayaan sebenar yg boleh membantunya & anak untuk melepasi alam dunia ini. Bukan sekadar kejayaan atas kertas. Wahai ibubapa, insaflah kita, telitilah tugas kita, didiklah mereka dengan sifat malu bersalut AGAMA. Jangan sesekali dibelikan seluar @ baju 'berlubang untuk si anak gadis', kelak nanti musibah bertambah pedih. Nabi sabda :"Jika kamu sudah tiada malu, (pasti kamu akan) lakukanlah apa shj...

For me..kejayaan dia kita patut kagumi..tp penampilan dia..biarlah blandasan Islam..Bijak belajar bukan la key tuk dia sebagai orang islam berpakaian seksi..

sy sendri pon xmampu menutup aurat dgn sempurna tetapi tidak plak mendedahkn bahagian yg tdak sepatutnya..

Semoga dia mendapat hidayah tuk berubah menjadi lbh baik dr skrg..maka martabat dia akn dpndg lbh tggi..;))

Hazrey said...

Chanteque: dengar apa penjelasan Nur Amalina pasal legging tu di video ini ok. Perhaps u can share with Ustaz Zaharuddin sekali and barulah kita tahu seluar tu berlubang lubang atau? http://www.youtube.com/watch?v=N_KxD8pHpoc&feature=youtu.be

RastaMat said...

Chanteque :

gigih kau kopipes ayat ustaz..

mintak tolong tanya ustaz tu, apa beza tak pakai tudung dengan tak tutup aurat dengan sempurna?


Bro Hazrey :

Usaha kau aku puji melambung..
Terima kasih sebab tutup mulut pakar-agama-pesen-kopipes-ayat-quran-kat-internet

SM said...

pokok bicara yang diperdebatkan adalah, kenapa berubah kepada mendedahkan aurat?

...itu je.

me said...

(harap dapat baca smpai habis dulu komen ini ye)
Saya rasa tak ada salahnya apa yg disampaikan ust.zaharuddin itu. Yang pertama,kita perlu faham definisi sebenar menutup aurat. Sy rasa semua org islam pun sebenarnya tahu definisi menutup aurat dlm islam itu bkn sekadar menutup kulit,tetapi juga menutup susuk bentuknya (tapi masih ramai umat islam yang masih buat2 tidak faham definisi ini).berpakaian sama ada berlubang or skin colour,asalkan ia membalut ketat mengikut susuk,ia tetap diharamkan dlm agama.’skin colour’ juga bukan alasan menjadikan pakaian itu dibolehkan/tidak melampau/tidak menjolok mata kerana secara zahirnya tiada bezanya ‘skin colour’ itu dengan kulit sebenar, ia tetap boleh dikira sebagai ‘berlubang’. telitilah kenyataan ustaz zaharuddin juga menggunakan tanda bacaan ‘____’ untuk menyampaikan mesejnya.
saya tak bermaksud nk kondem amalina sbb dia juga manusia biasa yang tidak terlepas dr kesalahan, TAPI TIDAK JUGA BERMAKNA KITA PERLU MEMBENARKAN PERBUATAN/PERNYATAANNYA seolah2 dia tidak melakukan kesalahan dalam berpakaian. TIDAK JUGA KITA BOLEH UNTUK TERUS MENGUTUK/MENGEJINYA kerana itu bukan cara teguran yang baik. Apa yg sepatutnya, kita sama2 berdoa agar amalina akan terbuka hati dan menerima hidayah seterusnya memperbetulkan penampilannya sebagai seorang muslim dalam erti kata sebenar. Buat amalina, sekiranya anda membaca komen ini, maaf kerana sebahagian dari kami mungkin tidak dapatlah bersetuju 100% dengan sebahagian kenyataan balas anda. Berfesyen dlm islam tidak salah tetapi mesti berpandukan syariat, &sekiranya melebihi apa yg dibenarkan syariat, tetaplah ia dikira melangkaui batas..pendapat peribadi saya,agak kurg sesuai kalau dikatakan kita masih mengikut batasan sedangkan terang-teragan kita melepasi sempadan yang dibenarkan.
TETAPI, tidaklah kesalahan itu sampai menutup kebaikan amalina&kebaikkan juga tidaklah menutup kesalahan. kami yakin selaku seorang bijak pandai malah tidak kisah menerima teguran,kami tahu ada sinar dalam hati amalina.teruskanlah ibadah solat anda,insya’Allah, ibadah itu akan perlahan2 mengubah anda untuk menjadi muslim sejati.kami doakan kejayaan anda dunia dan akhirat...
1more, secara peribadi sy lebih senang dengan kenyataan amalina tentang isu tudung. Jgn salah faham,bukan saya bersetuju tidak bertudung itu sebagai tidak salah, tapi cara amalina memberikan alasannya sy rasa lebih simple&direct berbanding alasan legging. Dia tak pakai, habis cerita. Tak perlu alasan2 tipikal yang suka diberi oleh kebanyakan org lain seperti ‘belum terbuka hati,bertudung perlu ikhlas,tak bertudung tak semestinya tak baik’ dan mcm2 lagi kenyataan yg seolah2 boleh mengenepikan kewajipan bertudung. Sekali lagi, kami tetap doakan 1 hari nnt amalina akan lebih memahami konsep fesyen dan aurat dalam islam serta terbuka hati juga untuk berpenampilan muslimah sepertimana diwajibkan.insya’Allah...
saya juga pernah terbaca ulasan pjg lebar tentang 'beza tak pakai tudung dengan tak tutup aurat dengan sempurna' tu. pjg huraiannya&saya tak ingat link nya.boleh cuba google, insya'Allah anda puas hati dengan penerangannya..

TheBentPencil said...

from a student point of view, i'd like to say this: different people have different method of coping.justsaying.

TheBentPencil said...

btw: I like Hakim's comment. cant say better myself!

@rep said...

ermmm.. ada URL or Journal article amalina tak?

Hakimi said...

Yes bila dia membukak tudung (or lebih tepat tidak menutup aurat) adalah salah (dosa). tetapi manusia akan dinilai nanti di akhirat bukan hanya dosa tak menutup aurat
"siapa yg berat amalan baiknya, maka dia ke syurga.siapa yg berat amalan buruk, maka ke neraka la dia"

dosa tak tutup aurat adalah antara dia dgn Allah. kita tak perlu nak sebarkan (kecoh lebih) pasal dia. masalah org melayu adalah kita terlalu sibuk pasal aurat org lain.

bagaimana dgn famili kita?
bila kita balik kampung, adakah isteri/ anak2 kita tutup aurat di hadapan sepupu & ipar kita?
adakah kita sendiri tutup aurat di hadapan sepupu & ipar kita?

kapitan said...

dengan penjelasan itu diharap dapatlah menutup molot-molot yg tak habis2 nak judge org berdasarkan pemaikain dan pergaulan....

A Simple Guy said...

to amalina, pedulikan semua caci maki orang..they x knw who r u..mereka hanya tahu berkata2..tutp mulut2 tu semua dengan kejayaan u..

Doa kami sentiasa mengiringi kejayaan amalina.. God Bless u..

Qaseh Lina said...
This comment has been removed by the author.
Qaseh Lina said...

Kita tak tahu apa pengakhiran kita.. Mungkin skg lebih baik, mungkin diakhirnya tdk baik. Mungkin cara seseorang menegur dgn cara yg tidak berhemah/pun hnya mengkritik sesuatu tnpa usul periksa. Hidayah milik Allah.. Insyaallah sama-sama mendoakan.. Dalam kita bercerita mengenai kisah ini, marilah sama-sama kita mengambil iktibar tentang kisah Marwa mati kerana mempertahankan Tudung...Anda bersedia mati kerana bertudung?


"Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32

afiq. said...

inilah bezanya antara org bijak & celik akal dgn dgn org yg bodoh sombong & pendek akal yg sibuk nak mencari kesalahan org lain sampai lupa ketiak sendiri lagi "hangit" dari org yg dikutuknya.

dosa dia biar dia sendiri yg tanggung. dosa yg mengutuk & mencaci dia pulak camne? kena ingat yg korang dok mengutuk dia semua tu, dia dapat pahala. in fact, dia bersabar tanpa mencemuh balik. bukan ke itu yg dituntut dalam Islam?

so much of your Islamic view eh? buat malu kaum je diorang ni semua.

*respect*

chess in perlis\smkaa said...

1 sja sya nak nak ckp.. mu x layak jdi ikon.. x perlu la buat berita tentang dia lagi.. buat malu ja..

Rabiatul said...

okay aku penatlah orang dok kata dia berubah berubah berubah.. DIA TAK BERUBAH LAHH, MEMANG AMALINA NI TAK PAKAI TUDUNG..get your facts right lah. Semak lah. Kalau tak tau jangan sibuk2 nak mengata, betulkan diri kau sndri, adik kakak abang kau keluarga kau dlu. Sekian

LainaSofia said...

Assalamualaikum , saya nak minta izin untuk reblog entri ini kalau tak keberatan . saya akan letak credit blog nie . terima kasih . :)

Hazrey said...

LainaSofia, salam. Silakan. Selamat Berhujung Minggu.

chiliboo said...
This comment has been removed by the author.
chiliboo said...

klo dah lame tak b'tudung...tak payah la btudung dr dulu...b'tudung pakai sopan sekadar hormat majlis je..tue name nye anda hipokrit b'agama islam..walopon die kate die solat n mengaji..dlm tuntuntan agama dah sah2 mengatakan laki perempuan wajib menutup aurat..tak kate pon menutup aurat untuk menghormati majlis..nie la jd nye bile agama di ketepikan dlm kehidupan..bnda yg slh yg mmg tetap salah masih ade yg sokong..

lonelyroseblack said...

satu jari tuding salah silap orang, empat jari balik kita. ramai yang lupa tu.. :)

ambil yang baik-baik, dan betul kata amalina, boleh tegur, berhemahlah..

err, mungkin ramai yang 'terlupa',ramai yang bertudung sekarang, cuma untuk fashion. that's it.. :)

love for life said...

aku before tonton video nih aku punya la hangin kT minah ni BUT lepas tgok video ni aku rasa lega n xmarah la plak. she's doing well over there.

Bintang Timur said...

Super like this entry. I adore her- her success + the way she handles criticism, although am much older than her. Hope that she'll come back to serve after completing her study. We need lotsa good brains like her here (^_^)v

Rusdi said...

Ada brain tak ada sahsiah diri pun tak guna

Unknown said...

I am a doctor and I involved in evidence-based medicine and research in Malaysia. I think Amalina is just bragging about her publications. It's impossible for Prof. Dr. Mike Dixon to choose and undergradute student to be involved in his paper publishing and research. He would only choose post-graduate students to help him, or highly specialized surgeon / doctors.
Mustahil Amalina dah jadi District Medical Officer in Tanzania because she has not completed her studies yet! Come on, people.. jangan mudah terpedaya. Pharmacology is not an easy course and no university in this world would offer / shorten the course from 4 years to 1 year!!!! banyak seyh nak blajar!
Please Hazrey, chack balik la ape yang dia cakap.. and check with Ministry of Higher Education / MARA / JPA yang sponsor dia ke sana...

Hazrey said...

Unknown,

Good tips. I will check on this latest comment. Wait for my update. Thank you Dr.

If you don't mind, could contact me directly at superhazrey at gmail dot com. May need some information from you.

Azizah Abd Aziz said...

That make sense...i am a medical student right know...i what u talking about

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.