Wednesday, January 4, 2012

#801: NUR AMALINA CHE BAKRI

I have nothing but praise for her. 

Why can't we leave the genius alone to thrive in her quest for success?

Aku sebenarnya agak pesimistik dengan pelbagai 'fatwa' menghukum dari pelbagai pihak yang sudah menjatuhkan hukuman 'hudud' mereka terhadap gadis ini.

Aku tak mahu bercakap mengenai apa yang sudah ditulis. Cuma, aku agak tertanya sedikit, apabila mereka memberikan pandangan mereka itu, adakah mereka tahu pencapaian terkini Nur Amalina di Edinburgh? 
Berapa ijazah yang sedang diambil gadis ini? Di manakah dia sedang menjalani latihan praktikalnya? 

Tahukah mereka Nur Amalina bakal memasuki Oxford University?

Mungkin tidak.

Hari ini, Harian Metro dijangka memaparkan jawapan dari ibu Nur Amalina yang tinggal di Kota Tinggi, Johor.

Aku sendiri sempat bercakap dengan kedua-dua wartawan Harian Metro dan Berita Harian yang menemubual ibu Nur Amalina semalam. Aku tak sempat untuk menyertai kunjungan mereka kerana berada di Segamat, Johor.

Apapun, aku dapat berbual lama dengan ibunya di telefon dan dengan suara lembut, aku ada bertanya mengenai segala cacian dan hinaan masyarakat terhadap foto anak gadisnya itu, lantas dia menyambut soalan aku itu dengan mudah: "Hanya Allah yang menentukan siapakah maksum dan siapakah penghuni syurga."

Dan kira-kira jam 5 petang ini (Rabu), aku akan berkunjung ke rumah ibunya dan akan bersama-sama beberapa wartawan tempatan untuk menemubual Nur Amalina secara live melalui Skype video chat. Insyaallah ia akan dirakamkan dan jika ada kesempatan, aku akan turut lampirkan di laman blog ini. 

Aku sudah menerima beberapa soalan di twitter yang mungkin mahu diajukan kepada ikon genius ini, dan anda masih ada kesempatan untuk berbuat demikian melalui hashtag berikut: #AskAmalina di laman twitter.

Diharapkan apabila temubual itu dijalankan, ia bakal merungkai pelbagai persoalan. Sementara itu, eloklah kita berhenti berspekulasi sebab kita sendiri banyak kekurangan.

Till then.







25 comments:

Abang Zul said...
This comment has been removed by the author.
Abang Zul said...

What's Up , Bro ?

Ketinggalan lanca nampaknya aku nih ... (garuk kepala beruban)

azieazah said...

Mungkin selama ini rakyat Msia terlalu berharap setelah terlalu berbangga dengan beliau. Lalu sesuatu yang drastik itu sukar pula kita terima.

Hmmm... menanti perkembangan selanjutnya.

mega senja said...

Aku punn tunggu entry ko ptg ni bro..

Chenal said...

aku tunggu entri akan datang nie.. nak jugak tau perkembangan dan jawapan daripada Nur Amalina..

@cu SaYaNg said...

tak sabar nak tau cerita sebenar

kapitan said...

salam bro,

saya agak terkeut kenapa isu amalina ni boleh dijadikan bahan cerita di fb mahupun di blog2 yg lain. setuju dgn u, leave her alone. lagipun kalau yang comment tu, bila dah tulis semua mengikut perasaan dan too judgemental seolah2 kita ni terlalu baik. saya ni bukan la peminat dia, tapi apa motif sesetengah bloggers yang lain mengeluarkan entry siap post pic dia lagi seolah-olah ingin memalukan dia.

wish her all the best and be strong*cerita orang famous byk kutukan kan?*

MiszNoRuL said...

assalam bro hazrey,

sy mempunyai pendapat yg sama la dgn bro sbbnye tk tahu hujung pangkal citer ni n tibe2 kecoh dlm blog& fb pasal pemakaian nur amalina di edinburgh.. why must bother it first when u did not notice or care to know her condition..terjaga ke dia? study dia ok ke bila dh jauh dgn family? makan pakai camane?

pada yg terus 'assume' dia tu jahat tk sedar diri blablabla, baik lah kita tau ape perasaan dia kt sana..sy tunggu entry bro bkenaan wawancara tu

p/s.. Dear Allah, please help her n the rest of us here..

Shahrizat said...

alah..budak kl pakai lagi teruk...
my 2 cents

Shahrizat said...

tu belum lagi bebudak kita pakai tudung buat muka kembung ambil gambar berlaga pipi , hidung dan semuanya dengan jantan...itu yang tak berapa nak banyak A lah kan...
yang dikisahkan dak Amalina tu buat ape...? saya mati-mati ingat gambar dia munim arak sambil berbogel ke mender ke tukar agama ke...? terlebih prihatin kepada perkara yang tidak sepatutnya...adehhh

Fazreen Misbae said...

true...dia remaja dan mmg sdg byk keinginan yg nak dilakukan dalam hidup..walau macam mana pun org ckp tentang dia, dia still budak pintar..

Linda the Octoberist said...

Student yg kat tanah air sendiri nih pun tak terkire byk yg lg teruk dr dia nape kite tak kecoh pun?

me* said...

org msia melayu khususnyer ade high expectation kat Si Amalina nieh...kanker idola katenyer...sbb dia bukan sepupu sepapat aku-tak kesah lah dia nak pakai suar cam jala ikan ke, rambut cam mandi air telaga berkeladak ker...tp bg mereke yg berpikiran lebey conservative-ai terkojuit beruk la...btw-org msia nie kejap jer kecoh nyer...sok luse reda lah...

Mish Apple said...

Boleh lgi ke dia jdi idola? Tunggu...

ArsheedA said...

Ada artis yg berpakaian lebih teruk dari Amalina tu boleh je org jadikan idola...so ape ada hal ; rasanya ni semua propaganda nak menjatuhkan amalina je kot

fawkesd said...

bro, nak mintak tolong tnye kat amalina bole tak?

1. caner dia berwuduk?
2. caner dia mandi junub?

bkn ape, wa musykil tgk dia kaler kuku & rambut tu.

orait, tima kaseyy! ;)

aimi razak said...

kudos. i like this post

A Simple Guy said...

just leave her alone...agree with the blogger..

DeLancrettLurpak said...

Aku suka komen Shahrizat..

Err, fawkesd, aku rasa ramai dah pompuan kat Malaysia yg bertudung tapi colour rambut. Secara hukum, refer here: http://drmuna.wordpress.com/2009/07/11/mewarna-rambut-bolehkah/.

Maybe dia colour kuku masa dia tgh period. Who knows?

bersangka baik pada orang adalah lagi baik!

fawkesd said...

@DeLancrettLurpak, aku tnye kt org lain. jadi biar tuan punye diri atau tuan umah blog ni yg jwb, yer?

-ArmsRenee- said...

Sebenarnya masa orang sibuk cakap pasal amalina, terdetik dalam hati ini agak meluat dengan mentaliti orang malaysia.... Biarlah dia nak buat aper, dah dia memang budak pandai.... Masa dia cemerlang dulu, most gambar2 dia dalam news semua pakai baju sekolah..... Nak pertikai dia dah tak bertudung, kan dalam uniform sekolah tu? Haruslah bertudung... Entah-entah memang dia punya appearance memang macam tu... Who knows?
Bab sosial, or agama, siapa kita nak menilai dia? As long as dia masih cemerlang dalam pelajaran, lambat laun, dia pasti akan sedar apa yang salah dan apa yang betul.... Just wish her the best and pray for her aqidah.... (Just my two cents...)

babylove said...

As'salam seme sahabat....

Apa jua persoalannya... siapa juga dia sebelum ini dan sekarang, bagi sy hukum Allah tetap hukum.. Yang haram tetap haram.. tetap berdosa... Ajal dtg tak kira waktu... :)

Farhan Ghazali said...

"Aku sebenarnya agak pesimistik dengan pelbagai 'fatwa' menghukum dari pelbagai pihak yang sudah menjatuhkan hukuman 'hudud' mereka terhadap gadis ini.

Aku tak mahu bercakap mengenai apa yang sudah ditulis. Cuma, aku agak tertanya sedikit, apabila mereka memberikan pandangan mereka itu, adakah mereka tahu pencapaian terkini Nur Amalina di Edinburgh?
Berapa ijazah yang sedang diambil gadis ini? Di manakah dia sedang menjalani latihan praktikalnya?"

=================================
Bro Hazry,

Bila kita nak bercakap pasal halal dan haram, perlu ke kita nak amik tahu pencapaian terkini Nur Amalina di Edinburgh?

Saya berdoa Nur Amalina tutup aurat secara sempurna suatu hari nanti...Aminn

Hazrey said...

Kita selalu merujuk sesuatu perkara lebih kepada kekurangan atau keburukan seseorang walhal kita tak sedar, kematangan kita akan dapat membolehkan kita menggunakan kelebihan itu untuk memujuk seseorang meninggalkan yang kurang, memperbaiki yang buruk.

Kita lebih selesa untuk terus mempertahankan pendirian kita tanpa melihat sesuatu pada perspektif yang lebih terperinci. Mungkin juga kita tidaklah sebijak dari apa yang kita tulis, kerana dari situ kita dapat lihat tahap kematangan kita dalam nenangani sesuatu masalah/keburukan orang lain.

Hakikatnya, babylove ddan farhan ghazali tiada apa di dunia ini harus dipandang remeh terutama kewajipan kita pada agama. Tetapi agama menyuruh kita melakukannya secara berhemah apatah lagi orang yang diperbicarakan sudahpun berhemah dengan kita. Maka, gunakanlah kematangan kita untuk turut memujuk dengan cara berhemah.

Tidakkah semua terfikir, dengan tahap kecerdikan gadis ini, apabila ada berterusan mencalar hatinya, dia akan menjauhkan diri dari kita walhal inilah peluang untuk kita semua mendekatinya dan katakan padanya, apa yang wajib itu tetap wajib tetapi dengan cara yang paling berhemah?

Pernahkah anda semua mendengar: menarik rambut dari dalam tepung?

Kita berurusan dengan manusia, yang sama dengan kita - ada akal, ada hati, ada perasaan. Maka, seharusnya apabila kita menanganinya, perlulah kita menggunakan semua itu, sama seperti kita mahu orang lain menggunakannya pabila bercakap dengan kita.

Adab dibalas dengan adab. Kesopanan dibalas dengan kesopanan. Kekerasan berkata-kata sehingga merimaskan tidak akan menyelesaikan atau mampu memenangi hati orang lain. Ingat tu.

abu idris said...

arrayah.info : Ariff Gay dan Amalina Seksi - Bukti Kegagalan Produk Sistem Pendidikan Sekular

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.