Berikut adalah luahan hati ibu Amira Afiqah, who is also my sister. Read it with a sane mind please. Jangan butthurt or continue to be immature.
Salam & sejahtera untuk semua.
Setelah melalui hampir 3 hari yang amat memeritkan, memilukan & menyedihkan buat kami sekeluarga terutamanya untuk anakanda kami Amira Afiqah yang teraniaya, malam semalam kami sedikit merasa lega.Terimakasih adinda kami Hazrey. Sebagai ibu kepada Amira hanya kepada Allah SWT sahajalah tempat kami berserah, berdoa & sokongan dari ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai sajalah yang menjadi kekuatan buat kami.
Bayangkanlah bagaimana terkejutnya anak saya pada jam 5.30petang 7/12/2011 apabila mengetahui seseorang telah mereka cipta sebuah blog menggunakan nama dan fotonya yang dicuri dari laman web sosial Facebooknya?Bayangkan pula bagaimana perasaan kami sebagai ibubapa kepada Amira apabila membaca komen-komen yang cukup ‘manis’ & ‘beradab’ dari penyokong-penyokong K-POP yang menganggap blog itu benar-benar rekaan dari tangan ‘kreatif’ anak saya?
Bayangkan pula bagaimana tanggapan ahli keluarga kami ketika mengetahuinya dan membaca komen-komen yang ‘cukup sempurna’ pada pandangan pemberi komen-komen tersebut yang pada ketika itu berjumlah hampir 1000 komen. Antara perkataan-perkataan yang dipetik dari ‘kamus’ mereka :-
1. Kau pehal betine?...muka mcm ……”(tak sanggup saya nak tulis)
2. “hei pompuan bodoh…ko cermin muka kau yg hodoh tu!”
3. “kasi rogol…”(Nauzubillah…saya mengucap panjang)
4. “pompuan gedik!”
5. “muka mcm taik anjing” (Sedih saya membacanya…mereka mengutuk ciptaan Allah yg cukup sempurna ini)
6. “kita bako umah dier”
7. “ci… , lan…, “ (maaf bahasa lucah)
8. “budget lawa konon nenek aku lagi lawa”
9. “kasi cincang lumat!!! Sampai mampos…”
10. “budak berok...sampah”
11. “baik kau delete sebelom aku toreh muka kau…..”
12. “mak bapak ngan keluarga anjing…..”
13. “publisiti murahan…muka pun dah mcm pompuan murahan…”
14. “lu jgn sampai gua cari lu….kasi jahanam..”
15. "bitch! aq cari ko sampai dpt..." dll
Maaf dah tak tergamak lagi saya sebagai ibu yg membesarkan Amira dari dua jari tapak kaki sehingga berusia 14 tahun ini, dikeji sebegitu, dihina, dimaki hamun sesuka hati.
Maaf juga kerana suara kami sebagai ibubapa Amira tidak didengari oleh mereka yang mencaci hina itu.
Maaf juga kerana saya tidak dapat menghentikan kutukan demi kutukan dari peminat yang kegilaan K-Pop itu dari terus menghentam anak saya yg tidak bersalah, WALAUPUN saya telah berusaha secara baik memohon kepada mereka melalui catitan di dinding Facebook Amira dan saya. Sebaliknya mereka menuduh dengan pelbagai tohmahan, mencabar kami dan kredilibiti pihak polis dan mempertikaikan Undang-undang Negara.
Namun di sebalik itu ada hikmahnya…kami sanak saudara, keluarga dan rakan-rakan serta anda semua yang memahami telah memberi kami kekuatan untuk menghadapinya TETAPI tidak buat anakanda kami Amira Afiqah.
Mereka kini ada yang memadam komen-komen di blog, memohon maaf tapi adakah mereka rasakan saat anak saya menghadapi trauma, ketakutan, tidak tidur, hilang selera makan selama 2 hari, murung dan menangis? Paling menyedihkan sewaktu kami membawanya ke IPD Kulaijaya dia enggan makan setelah selesai Inspektor Nora mengambil statementnya. Dia hanya mau pulang ke rumah, pulang ke rumah dan pulang ke rumah. Perkataan itulah yang diulang berkali-kali sewaktu kami singgah makan di sebuah kedai makan di situ. Dia tidak menjamah walau sebutir nasi pu.
Mereka bersatu hati menghentam anak saya SEORANG !
Anak saya bukan artis, selebriti, ahli politik atau tokoh yang terkenal. Dia hanyalah seorang gadis berusia 14 tahun, menurut dan mendengar kata kami, seorang pendiam, disayangi teman-teman di sekolah, meminati siaran kartun dan salah seorang peminat K-Pop juga tetapi bukan terlalu taksub dengan laman web sosial facebooknya jauh sekali memiliki blog! Apatah lagi email dan password anak-anak saya turut saya ketahui untuk dipantau.
Apa lagi kata-kata mujarab yang boleh kami berikan kepada anakanda kami hanyalah supaya dia bersabar, bersabar dan terus bersabar dengan segala dugaan dan ujian ini. Berdoalah kerana doa orang yang teraniaya dimakbulkan Allah SWT.
Wajarkah kemaafan kami berikan kepada mereka yang membuat hidup anak saya menderita?
Wajarkah kami melupakan begitu saja pada semua komen yg menghentam (lebih dari 1000)itu?
Wajarkah kami menutup sebelah mata…oh kerana mereka itu semua anak-anak yg rata-ratanya berumur 9 tahun – 18 tahun?
Wajarkah saya hanya mendiamkan diri sahaja dan berharap semuanya akan reda nanti?
Wajarkah saya menutup kes, tutup cerita?
Saya yakin, kebenaran itu akan tiba. Allah itu Maha segalanya.Kami memang cukup bersabar dan redha. Sebagai seorang Islam dan seorang ibu juga saya amat sedih dengan sikap anak-anak ini. Mungkin keluarga mereka pun tidak tau. Ya, biarlah Undang-undang mengadili mereka sebagai pengajaran kepada semua.Selebihnya di sini, biarlah Pihak Polis melaksanakan tugas mereka kerana kami masih yakin dan percaya kepada pihak Polis dengan kesungguhan mereka.
Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata…….TIDAK TERKATA-KATA DIBUATNYA.
* * * * * *
Hazrey: Sejak kes ini dipaparkan, terlalu banyak komen TIDAK RELEVAN yang tak lebih menunjukkan mereka juga pembuli siber dan cuba menarik perhatian dengan asas asas yang kosong. Aku pun tak perlu nak sebut satu persatu nama pemberi komen ini semua sebab they don't deserve any recognition to this blog.
Trust me, when they trolled our comments, sebenarnya mereka mencari perhatian dan mengharapkan kita semua akan pergi pada mereka dan memeluk mereka serta menyanjung mereka atas komen komen yang tidak relevan dan defensif yang sangat lembik dan turut memaki hamun.
Contoh yang terbaik ialah seorang pembaca/peminat kpop yang pada mulanya turut copy paste Surah AlQuran tetapi apabila ada pembaca yang lebih matang mempersoalkan hujah kosongnya, dia mula memaki hamun dan memanggil nama. Sebab tu aku cakap, aku menganggap mereka yang suka copy paste di internet ini adalah golongan sampah. Yes you know who you are. Tolong jangan menitis airmata ya, Fidoz. And yes, that is for you. Dan ya, anda boleh saman saya kerana memanggil anda sampah.
Dan ikut analisa aku, mereka mencari perhatian di blog ini. Sampah memang macam tu. Apabila kita menjawab komen mereka, dengan tujuan memperbetulkan sampah sampah ini, mereka rasa sangat seronok kerana menganggap hujah sampah mereka bernas. Sebenarnya tidak, kita hanya berniat memperbetulkan hujah sampah mereka. Yelah kalau salah masuk tong, tak boleh nak recycle dah. Dan ya, sampah ini adalah lifeinside86. Ini juga sampah.
Dan sampah sampah lain adalah mereka yang lari dari isu, termasuk mendakwa posting aku menghentam genre kpop ini. Lantak kaulah nak melingkup ke, nak mengandungkan anak orang dengan kpop kau ke, aku bukan peduli pun tapi when you bully this niece of mine, you messed with the wrong guy.
Like Abang Zul said on Mazidulakmal's blog, we deal with the real world, while you, yes you sampah sampah semua, feels that you are hero only on the net. Nothing more. But in real life, you are a sampah.
Tetapi ada juga peminat kpop yang sudah menitipkan rasa kesal mereka tetapi yelah, we need to create precedent. Say NO to cyber bully !! This shall be a good example. But not to those sampah sampah sebab mereka akan terus berlayar di internet untuk menulis sampah sampah mereka.
I have got nothing against Kpop. Neither do Amira Afiqah or our family. It is just music. Because of all the stupid and sampah komen, it is just adding salt to the wound.
To everyone else, that continue to support us, thank you from the bottom of our heart!