Lagi dulu lagi, aku tak pernah setuju, syarikat rakaman menggunakan nama Pegawai Perhubungan Awam atau Public Relations Officer (PRO) bagi kakitangan mereka yang berurusan dengan media dan orang ramai.
Kalangan pengamal PR yang aku kenal pun tak suka. Sebab mereka tak ada values yang diperlukan bila buat kerja sebagai seorang "PR".
Apakah job description untuk seorang PR syarikat rakaman?
1. Berurusan dengan media
2. Menjaga artis di bawah naungan syarikat rakaman mereka
3. Menjadi perantara antara peminat dan artis
4. Memastikan sentiasa ada hubungan baik dengan media
5. Membantu dalam siri promosi yang dijalankan syarikat rakaman
Itu antara tugas mereka. Tetapi hari ini, aku tahu ada kalangan PR syarikat rakaman yang sudah menambah job description mereka.
Berikut adalah tambahannya, sesuai dengan "peredaran masa":
6. Sentiasa berlagak samseng dengan media
7. Boleh sesuka hati menyumpah, menjerit pada orang media
8. Boleh sesuka hati putuskan talian telefon tanpa adab
Aku pernah menjawat jawatan PR. Aku sentiasa redha dengan apa orang cakap, dan kalaupun aku nak menyerang orang, aku akan gunakan cara sarkastik dan psikologi untuk memastikan orang yang dilongkangkan tu faham dan boleh baca di antara garisan. (read between the line lah nok).
Aku tak pernah suka PR yang anggap diri mengalahkan dewa.
Mereka merasakan apabila dianggap sebagai lubang jubur, hidup mereka akan lebih indah, seperti di paradise yang penuh bunga dan kolam yang penuh dengan ikan duyung yang berenang renang anak dalam air. Berlari anak aku tahulah, berenang anak camne eik? Renang renang santai kot?
Aku tak paham. Kalau kau tak suka orang media dok tanya pasal artis kau, baiklah kau kerja melepa simen.
Pekerjaan mereka ini sangat mulia. Tengok tu. Mengorbankan diri di tengah panas bagi mencari sesuap nasi tanpa perlu dicaci orang lain. Sesekali tu adalah kalau kau melepa senget macam rumah jiran aku.
Anyway, semalam, kawan kawan aku ada mengadu kat aku, minus the tears and teresak esak sebab semua lelaki. Kalau teresak esak, confirm diaorang dah dengar bunyi phone disconnected. Dan aku rasa tak lama lagi aku nak bukak khidmat nasihat untuk orang jiwa kacau - termasuk PR sorang ni.
"Aku nak interview satu artis ni, tapi malas nak sebut nama artis ni," kata encik beliau.
"Aney (ya, aku panggil dia panggil aney sebab semalam raya), apsal nak berahsia pulak, ko ingat aku ni wartawan hiburan ke?"
"Alah nak kena sebut ke?"
"Aku rasa macam line ni macam nak putus jek ni," itu style aku ugut kawan kawan aku. Kalau bukan kawan, biasanya tak sempat diaorang dengar ayat ni, terus diaorang cakap sorang sorang macam tak cukup susu badan.
"Ok ok. Itu hari aku nak interview Najwa Latif," katanya ringkas.
"Oh budak tak cukup umur tu?" Aku tanya. Ya, dia tak cukup umur lagi sebab baru tingkatan empat. Kalau ada sesiapa terasa bahawasanya ayat tak cukup umur itu sebagai satu penghinaan, sila pergi kbmall. Dan sebagai rujukan kepada semua, bila berusia semuda tu, sesungguhnya, budak tak cukup umur tu perlukan guidance dari orang yang matang dan rasional.
"A'ah. Aku dah set nak interview dia, tunggu turn dan aku dah pesan sebab masa tu ada reporter dari stesyen TV nak interview so cam biasalah, aku bagilah laluan dulu. Kita sesama kerja kan, kita kena hormat rakan rakan kita," tetiba encik beliau ni nak bagi statement ala ala mulia pulak.
"Pastu?"
"Aku pun pergilah kat artis lain, bila aku toleh budak Najwa tu dah tak ada," suara encik beliau ala ala terkejut seperti seorang pondan yang terkejut dadanya tak kembang selepas inject silikon.
"Aku pun ambiklah nombor tepon PR dia, suruh budak aku telefon kan nak tanya mana diaorang pergi," suara encik beliau mula tersekat sekat. Aku kira mungkin dia sedih. Aku tanya dia kau sedih ke? Taklah ngok, aku tengah drive ni, line putus putus. Ohh, tak pasal pasal aku kena ngok. Celaka kau encik beliau.
"Tak lama lepas tu, budak aku datang balik kat aku, PR dia kata - 'kitaorang kena rush pergi Pahang ada show..' tutttt tutttttt tuuttttt," kata encik beliau pada aku. Yang bunyi tuttt tu aku tambah, bagi kesan dramatik sebab esok aku kena cover roadshow Festival Filem Malaysia kat JB ni. Dapat jumpa David Teoh, kot nak tanya leh tak aku berlakon dengan Fasha Sandha. Hi Fasha !! U sihat sha? Wah kau Hazrey, dah panggil nama pendek sekarang. Stendet lah nok. Intim. Itu nama grup nasyid. Assalamualaikum, tak jawab dosaaaaa.
"Abis tu, dia dah taknak kau interview dia, yang kau menceceh macam pondan tak dapat laki sasa apsal?"
"Taklah bro (pada masa ni, suara dia macam dah hangin kat aku, tapi aku faham, sebab aku sengaja kasi dia angin), kalau iyapun tak boleh, apsal masa aku mintak nak interview kau kata ok? Lepas tu, PR dia kenapa terus letak macam tu?" kata encik beliau pada aku.
Selesai encik beliau bagi penjelasan, aku terus keluarkan kalkulator. Kira.
Sah, PR dia mesti kekurangan zat serta vitamin untuk membolehkan dia beradab !!
Betullah, bak kata pepatah, hendakkan padi katakan padi, Tidaklah saya tertampi-tampi; Hendak sudi katakan sudi, Tidaklah saya ternanti-nanti.Tengok aku pun pandai tau. Kau ingat apa?
Itu bukan PR. PR seharusnya menolak dengan baik. Ini bukan masalah berbaik dengan media atau sebagainya. Ini adalah jatidiri yang perlu ada dalam setiap rakyat Malaysia. Kita perlu menyokong segala usaha kerajaan dalam program transformasi yang sedang diusahakan, khusus bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Iklan Filem Negara Malaysia, ND Lala nyanyi.
Aku tak tahulah nak cakap apa. Hakikatnya, bila aku dengar cerita ni, aku tak tahu nak nangis ke, nak ketawa.
Yang pastinya, PR bukan macam tu. Dan aku juga dengar PR yang sama marahkan seorang wartawan Astro Awani kerana menanyakan soalan pada Najwa Latif tentang krisis dengan bapanya. Aku kesian pada rakan wartawan tu, tapi aku gelak dengan perangai PR sorang ni.
Itu cara kau bekerja? You must be a joke, NOT to us, but to yourself. My advice is, change and apologise to the people yang kau dah lukakan hati. Luka tak hati baca cerita ni? Macam tulah diaorang rasa cuma perasaan mereka diiringi dengan gelak ketawa dan harapan untuk kau berjumpa dengan mereka lepas ni, mungkin lebih nipis dari kulit pakai hidroquinon.
Kalaulah diberi peluang aku jumpa PR ni, aku nak mintak izin pada dia, azankan telinga dia. Sungguh.
Dan aku akan mulakan dengan Bismillah.
















