Saturday, August 27, 2011

#734: SAYA MINTA MAAF.




1. I am sorry for having so much fun by making fun of pondans.

2. I changed stations when there is a malay movie on tv. I am sorry, I promised I will turn off the tv instead.

3. I am sorry for saying drivers that may cause accidents are setan. Now I will call them iblis.

4. I am sorry for having only four apologies to write. I will write more later.


#733: APA ERTI KEMERDEKAAN?

Ini soalan lazim buat kita:

Apa erti kemerdekaan? Subjektif? 

Ramai yang kata, kita belum merdeka selagi akal fikiran kita masih di takuk lama malah kadangkala lebih teruk dari cara pemikiran orang dulu dulu sebelum kemerdekaan. Ia dianggap teruk, apatah lagi jika diukur pada keselesaan hidup kita sekarang berbanding sebelum zaman kemerdekaan.

Allow me to quote, an industrialist Henry Ford (just in case, he is not anyhow related to Harrison Ford):

If money is your hope for independence you will never have it. The only real security that a man will have in this world is a reserve of knowledge, experience, and ability.

Yes, knowledge.
What is our knowledge about Merdeka? 31 August 1957? Our forefathers paved the way for our independence, but how much do we know the struggle and the story behind the man who fought for our Merdeka?

Mazidul Akmal Sidik, seorang blogger dan penerbit di TV3, bakal menyajikan kepada anda satu kisah ala History Channel, di mana dia mengungkap pelbagai kisah tentang Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

Antara paparan menarik ialah pemandu Allahyarham Tunku yang bertugas selama 40 tahun dan melalui program "Raya Bapa Merdeka" ini, pemandu itu berkongsi kisah yang jarang diketahui kita.

Mazidul sendiri melakukan penyelidikan yang banyak bagi mendapatkan pelbagai informasi untuk dipadatkan dalam program setengah jam ini.


Itulah antara kelebihan wartawan jenayah, kerana setiap perincian maklumat dalam skrip serta storyboard perlu accurate dan tidak melencong.

Banyak lagi paparan menarik, dan pastikan kita tak terlepas malah buat pelajar, ia mungkin satu dokumentari menarik untuk ditonton.


Dokumentari "Raya Bapa Merdeka" bakal disiarkan pada 31 Ogos 2011, jam 1 tengahari. 

Bagi membaca Behind The Scene pembikinan program ini, anda boleh membacanya di blog Mazidul di capaian berikut:


"Dokumentari Raya Bapa Merdeka - Program terbitan Mazidul Akmal Sidik"









Thursday, August 25, 2011

#732: JANGAN LUPA AISYAH.


Cerita berikut aku tulis dua tahun lalu, pada 18 September 2009 sebelum raya. It is here. I am reposting the story for you to read and ingatkan pada diri kita, tatkalal kita bergembira, ada anak anak kecil yang tiada tempat bermanja, untuk mencium tangan, untuk bersama mereka yang digelar ayah dan ibu.

Kejap lagi akan terdengar takbir raya. Takbir tanda akan berakhir bulan penuh keberkatan. Setahun menanti, bagai tak puas bermanja beribadah dengan PenciptaNya, bulan penuh dengan pahal berlipa kali ganda sudah sampai ke penghujung.

Aisyah melihat takwim. Mulutnya kumat kamit bagai berkata sesuatu. Mungkin menghitung. Mungkin membisikkan sesuatu.

"Ohh, ibu Rohani kata, Ramadan dah nak abis. Esok dah raya. Bestnya!" terdengar suara kecilnya. Bibirnya menguntum senyuman. Comel senyumnya, lengkap dengan sepasang lesung pipit di sebalik rambut halusnya.

Tahun ini, kali kedua Aisyah menunaikan ibadah puasa. Keletihan tahun lalu kerana berlapar dan berdahaga tidak lagi dirasai. Gigih sungguh Aisyah biarpun hanya berusia 6 tahun.

Ibu dan ayahlah yang mendidik Aisyah berpuasa. Menceritakan nikmat berpuasa. Menceritakan ganjaran di akhirat kelak. Menceritakan betapa puasa itu bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga semata-mata. Dan ibadah diberi bonus pada Ramadan ini. Lebar mulut Aisyah ternganga mendengar ibu dan ayah.

"Adik, adik tau tak, nanti di akhirat nanti, bau mulut orang yang berpuasa wangi sangat, lebih wangi dari segala jenis minyak wangi kat dunia ni," kata kata ayah masih terpahat dalam ingatan.

Ibu hanya tersenyum.

Aisyah anak kedua dari dua beradik. Usia abangnya selang dua tahun sahaja. Akrab keduanya bagai tidak boleh dipisahkan.

Bagai sebuah pasukan, mesyuarat keluarga selalu diadakan biarpun untuk membeli sebuah perabut baru mahupun jika ayah berhasrat membawa mereka bercuti.

"Ibu, ibu, kenapa ayah selalu nak cakap cakap dengan adik ngan abang. Benda benda yang ayah cakap cakap tu kan untuk orang besar. Adik kan budak kecik lagi," soal Aisyah pada ibu. Berkerut kerut dahi Aisyah. Ibu hanya tersenyum.

Kata ibu, ayah mahu menerapkan nilai kekeluargaan, nilai keakraban serta pembentukan kematangan dalam diri anak-anaknya.

Ayah pernah meminta Aisyah dan abangnya, Musa untuk memberikan pendapat warna tema bagi baju raya. Aisyah memilih merah jambu, lantas digelakkan Musa.

"Pink untuk owang pompuan lah adik. Takkan abang nak pakai pink," celah Musa sebaik Aisyah mengutarakan cadangan.

Ayah dan ibu turut tertawa.

Aisyah hampir menitiskan airmata. Sampai hati abang cakap macam tu. Kecewa hati Aisyah. Musa bangkit. Ketawanya masih kedengaran. Terus Musa hampiri adiknya.

Dipeluknya kuat kuat adiknya.

Dibisikkan pada adiknya.

"Tapi pink mesti cantik kalau adik pakai. Nanti kalau adik pakai pink, abislah kita orang semua sebab semua orang mesti asyik tengok adik," pujuk Musa.

Hanya itu mampu Aisyah pahatkan dalam ingatan. Tahun ini tiada lagi gelak ketawa ayah, ibu dan Musa.

Mereka sudah tiada di depan mata. Hanya mendiami hati, ingatan Aisyah. Mereka pergi menemui Ilahi selepas terlibat dalam kemalangan. Kemalangan yang menyebabkan Aisyah koma selama hampir sebulan, terlantar anak kecil ini di atas katil bagai menanti hari muka.

Ayah, ibu dan Musa sudah pergi meninggalkan Aisyah. Aisyah kini penghuni rumah anak yatim, dan ibu Rohani menjadi ibu dan ayah kepada Aisyah untuk mengadu, untuk merintih, untuk merengek, untuk nakal dan dimarahi dan untuk berlari lari dikejar.

Tapi Aisyah tidak faham apa yang berlaku. Kata orang, ayah, ibu dan abang pergi jauh. Tapi kenapa tak balik balik. Kenapa tak ambik Aisyah?

Puas ditanya ibu Rohani.

Hari ini pula, hari terakhir Ramadan. Aisyah tidak begitu gembira. Resah hatinya menunggu ayah, ibu dan abang.

Begitu juga dengan Johan, Amirul, Zamani dan Zulaikha yang menjadi teman Aisyah, kawan Aisyah bermain, rakan Aisyah ketika ketawa di rumah anak yatim itu. Merekalah adik beradik Aisyah.

Sepanjang Ramadan, terasa seperti seorang yang begitu penting. Disambut, dirai, dipeluk, dicium. Terubat rasa rindu, terubat akan pelukan seorang dewasa. Terubat akan sentuhan seorang ibu, seorang ayah. Disuapkan makanan, ditatang bagai minyak yang penuh sepanjang Ramadan.

Tanpa disedari, airmata Aisyah mengalir menuruni pipi.

Ayah, ibu.. kenapa tinggalkan Aisyah. Kenapa bawak abang sekali. Kenapa tak ambik Aisyah sekali? Apa dosa Aisyah? Aisyah janji tak akan nakal lagi. Ayah, ibu, ambillah adik balik. Adik nak balik.

Aisyah seakan tak mengerti, semakin hampir Ramadan ke penghujung, semakin hambar akan sentuhan, pelukan dari orang dewasa. Semakin hilang akan sambutan besar besaran. Kenapa pakcik makcik tu semua tak datang lagi?

"Ibu, kenapa kita tak pergi makan kat hotel lagi?"

"Kita buat salah ke? Kenapa pakcik dengan makcik semua tu takde lagi? " Ibu Rohani tak mampu untuk menjawab soalan Aisyah.

Ayah dan ibu pula tak kunjung tiba.

Esok Syawal.

Siapa yang akan Aisyah cium tangan, peluk dan memohon maaf?

Pengalaman pertama buat Aisyah menyambut Syawal dibaluti kesunyian. Apa yang akan Aisyah lakukan esok pagi? Takbir sudah bergema.

Aisyah melihat keluar.

Mana kereta ayah? Kenapa ayah tak sampai sampai? Ayah? Ayah?

Ibu ? Ibu? Ibu, janganlah bencikan Aisyah. Ibu, Aisyah nak cakap sorry pada ibu. Ibu taknak marah Aisyah lagi. Aisyah janji tak nakal lagi. Aisyah janji tak malas lagi. Aisyah janji tak kotorkan rumah.

Mesti ayah banyak kerja, Aisyah cuba memujuk hatinya. Tentu kejap nanti ayah akan sampai. Mesti tak lama lagi ibu datang. Melirik senyum Aisyah membayangkan akan baju baru yang bakal dibawa ayah, ibu dan abang untuknya. Aisyah terbayangkan warna pink kegemarannya.

"Nanti mesti dapat duit raya dari ayah."

Allahuakbar.. semakin bergema takbir, Aisyah masih termangu merenung keluar, menunggu cahaya lampu kereta. Lampu kereta ayah yang akan membawa ibu dan abang, datang untuk membawa Aisyah pulang. Jam berapa nanti ayah sampai? Jam berapa mahu pulang?


Gambar Hiasan.

#731: LAWA TAK?

Lawa tak?

Lawa kan header baru aku ni. Cakaplah lawa, cakaplah. Cakaplah. Cakap LAHHHH. Penat tau aku buat. Merah mata aku buat ni. Penat aku plagiat design orang pastu aku adjust macam aku punya. 

Ok, cerita raya.

Aku suka raya. Dulu kecik kecik, bila time nak raya, kami melompat sebab suka. Alah, kau jangan nak gelak, korang pun dulu sama gak kan. Sebenarnya, kamilah pencipta lompat lompat tu yang kini dijadikan satu perkara WAJIB dan makruh kalau tak buat bila ambik gambo kahwin, keluar dengan kekawan dan saja nak testing DSLR baru yang dibeli kat Courts - pakai dulu, start bayar tahun 2012 !

Tapi bercakap pasal Courts ni, aku tengok depa ni sungguh sungguh kan iklan. Bayar runcit runcit, dengan objektif biar orang kita - asal papa biar bergayeeeee. Lepas raya, belakang itu tukang kutip barang sudah datang, budak kicik, lu tala bayar, wa mau angkat lu punya el chi dee tibi woh. Lu tala mayar itu wang, laya sulah abis mah. 

Tapi takpe, itu kendian boleh pikir ya cik Hamdan, cik Hamzah, cik Zazali semua. Yang penting kita melaram dulu. 

"Fuhhhhhhh, umah lu dah pakai el see dee tibi wohhhhh," pasti kekawan yang datang akan ternganga tengok kat ruang tamu kau dulu pakai tibi kotak yang remotenya dah sompek sompek dan diikat getah, dan baterinya tak pernah kau tukar dan kau selalu hamun remote tu dan diketuk ketuk bila kau picit, channel tak tukar. 

Ohh, apabila ada rakan rakan anda yang ternganga tu, peratikan betul betul pada bahagian gigi. 
Kenapa gigi? Haaaa... cuba tengok color. Kalau color kuning, kau patut marah kawan kau tu:

"Celakalah kau! Tengok, hari baik bulan baik ni aku dah terlepas cakap tak elok. Kenapalah raya baru kau timbul haaaa?"

Ya, kawan kau pasti bertambah ternganga sebab tak pasal pasal kena marah dengan kau. Sebelum jadik gaduh, yelah, hari baik kan, baiklah kau explain:

"Kau tau tak, masa bulan posa itu ari, susah orang nak buat kek lapis sebab ada mentega Jakim kata ada babi."

"Kalau kau datang awal, banyak pahala kau dapat tau tak. Sebab boleh kikis gigi kau buat mentega." Pastu kau lari pergi kat carpet yang baru beli tu, dan guling gulingkan badan kau sambil ketawa. Oh, pastikan songket kau tak terlucut. 

Tahun ni, rumah aku takde makeover ke, renovation ke, tukar bumbung baru ke, tambah perabut baru ke, tambah bini ke.. eh salah selalu tershashul. Keyboard rosak. Geram tul keyboard ni.

Aku sebenarnya sikit fobia bila raya ni. Tahun 2007, tengah sedap aku bersalam dengan sedara mara wifey yang aku sangat berharap ada yang hot (tapi takde, eh ada, tapi jarak macam Datuk K dengan Siti Nurhalija), aku dapat call dari big boss.

Memula nampak nombor tepon dia, banggalah jugak sebab boss tepon. "Ini mesti nak ucap selamat hari raya ni. Sms jek tak boleh ke bos?"

"Assalamualaikum rey. Selamat Hari Raya," kata bos aku suara happy happy gitu.

"Waalaikumsalam bos. Fuh bos, macam tak percaya boss telefon ni, rasa cam nak uno wiwi jek bos," ok yang part last tu takde sebab masa tu aku tak tau lagi pasal uno wiwi. Rasa taching pun ya gak.

Nasib aku tak cakap kat boss aku:

"Bossss, boss uwitnyaaaaaa..."

"Rey, tolong check ada 100 orang mati feri karam kat Mersing," kata boss aku.

"Boss jangan buat lawak uno wiwi leh tak? Raya ni boss," kata aku.

"Betullah. Ni baru dapat tahu ni," kata dia.

Bila aku check dengan polis, betullah ada 100 orang lebih dikhuatiri mati lemas. Kejadian berlaku pada 2007.

Tapi yang pentingnya, aku terpaksa beraya berulang alik dari JB ke Mersing setiap hari sehingga raya ketujuh!! Gila apa nak beraya dah masuk raya kelapan. Orang dah start kerja dah. 

Pagi pagi keluar, malam jam 12 tengah malam, 1 pagi baru sampai rumah. Setiap hari nok. Mengalah orang pasang pelamin. Tu karang kalau kena pengantin yang bayar ciput pastu nak fresh flowers biar nampak macam garden style gitu padahal buat kat dewan takde aircon, mau maut. Eh bila aku jadik mak andam lak ni.

Anyway, mayat terakhir ditemui pada hari terakhir. Ya, ini untuk korang yang berniat nak jadik wartawan. Kalau takleh tengok mayat, wait until you smell mayat yang lemas dan perut dah pecah. Power bau dia. Mau mau dua minggu baru hilang bau.

Apapun, kepada yang terasa kat blog ni, aku mohon maaf dan ampun kalau tersilap cakap atau terlebih cakap sebab yang setan itu datang dari setan semata-mata.

Kepada artis artis yang terasa, udahlah tu ya baby. Wah baby gitu. Uwit laaa you ni. 

Dan pada orang pompuan, raya pakai baju kurung atau kebaya ya, jangan pakai legging.

Pada lelaki, jangan amik brooch mak korang tau. Begitu jugak yang miang taknak pakai songkok, tapi pegi pakai serkup mak kau buat solat, kononnya nampak hip hop. Hip hop your head !

Pada yang jual kuih dan janji nak hantar tapi tak hantar, masih ada masa lagi untuk mengelak dari dilahar. Kita ada twitter, kita ada pesbuk tau. Kalau dah janji, hantar jerlah. Tak berkat nanti bisnes. Mulut orang ni kejap jek sampai. Yang buruk biasanya lebih halilintar dari yang baik.

Yang order kuih pulak, dah order macam ya ya kelapa, berkodi kodi, pergilah ambik kuih tu, kesian mak mah buat bersengkang mata.

Oh lupa, pompuan pompuan sekelian jangan bajet retis ya pakai gelang zhullian satu lengan. 

Tapi posing lah puas puas kat tepi tangga, tepi gate, tepi pokok, tepi kereta, tepi sofa baru, tepi tv el see dee baru. Mulut jangan lupa moncong, pastu buat tanda peace ya. Kalau tak buat, tak jadik raya tau.

Oh pastu upload kat pesbuk ya espearseli gambo moncong tu. 

Sekali lagi, kepada pembaca blog dua tiga orang kat sini, selamat beraya, dan kalau memandu tu, janganlah macam setan masuk badan. 

Haaa, sebelum lupa, pada yang pergi beraya menggunakan hiway tu, TOLONGLAH jangan duduk macam kau duduk kat tepi sawah sambil minum kopi dan kunyah jemput jemput bila kat R&R. Orang lain nak duduk jugak.

Tapi yang peliknya, pergi beraya takkanlah takde benda nak makan, tapi aku tengok R&R tetap ramai manusia. Ok, mereka sebenarnya nak pergi berkelah dan nak pergi zoo tengok Timon dan Pumbaa. 


Eh temah, ko jangan pakai macam ni tau. Dosa tak nutup aurat tu. Kalau kau pakai jugak, aku panggil kau TIMON. Kuku jangan color macam Timon ni tau. Tapi boleh ikut gigi dia. Putehhhh.

Lastly, jangan lupa bayar duit Courts lepas raya!!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir. Batin untuk bini aku jek.






Tuesday, August 23, 2011

#730: UPDATED - TIGA KANAK-KANAK DIBUNUH, DIPERCAYAI OLEH BAPA SENDIRI

Kira-kira jam 6 petang semalam, tiga kanak-kanak berusia dua, tiga dan lima tahun dihumban ke dalam sebuah kolam sebelum mati lemas oleh seorang lelaki dipercayai bapa sendiri.

Kejadian berlaku di sebuah ladang di Lambak, Kluang dan suspek utama kejadian sudah dicekup polis kurang lapan jam selepas pembunuhan itu.

Suspek berusia 30-an dipercayai turut merancang untuk  membunuh diri namun bertukar fikiran lalu pulang ke rumah.

Motif kejadian masih lagi tidak dapat disahkan.

Polis sudahpun menemui kesemua tiga mayat kanak-kanak itu dalam satu operasi mencari yang turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kluang.

Satu sidang akhbar dijangka diadakan Ketua Polis Kluang, ACP Mohd Fawzi Arshad jam 10.30 pagi ini.


Updated:


Kami kembali ke tempat kejadian di Ladang Lambak, Jalan Mengkibol, Renggam, Kluang awal pagi tadi bagi melihat sendiri kolam di mana ketiga tiga mangsa termasuk dua perempuan dicampak untuk dibunuh.

Lelaki berusia 30-an itu dipercayai menghadapi perselisihan faham dengan isteri berusia 24 tahun sebelum mengambil tindakan kejam itu.

Isterinya turut dipanggil ke Ibupejabat Polis Daerah Kluang untuk membantu siasatan.

Kolam sedalam 10 kaki ini, digunakan sebagai takungan bagi membekalkan air minuman ke kawasan ladang ini.

More updates later from Kluang.



Monday, August 22, 2011

#729: VIDEO TERBAEK DARI OHBULAN.COM

Aku ada tanya ohbulan.com:

"Ni aku letak video digi ni kat blog aku, dapat henpon free tak?" Ya, soalan itu serius.

Dia jawab:

"Hahahahahahahah"

"Takde bro, tak paksa nak letak."

Hahahahha, jiwa belia lah ohbulan ni kan.

Ok. lets take a look at the video.

I am in video production business and from the way I see it, it is a good attempt considering this is the first time this fella is producing such an awesome video. Not that because I know him but the message is there.



Continuity and shots simple tapi bagus, tak bercelaru. 

Pemilihan tema monochrome sesuai dengan dialog yang diceduk dari filim Pendekar Bujang Lapuk, di mana ia diolah menjadi Pendekar Bujang Lepuk. Ia setidak tidaknya meninggalkan sedikit konsep nostalgia, dan pemilihan filem klasik yang diketahui ramai adalah bijak.

Dengan sedikit pengolahan pada skrip, ia menjadi sebuah web-mercial untuk sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka.

Apapun, syabas ohbulan!

Ok dah boleh courier handphone pada aku. Hahahahahah.


#728: BAJU RAYA BAJU COLOR APA?

Every year, FREQUENTLY ASKED QUESTION will be:

Baju raya tahun ni color apa?

Atau, ia boleh ditukarkan kepada pertanyaan warna langsir sebab kalau nak cerita design, kau kena cari kertas dan pen untuk lukis. Dan pastikan tidak jadik macam aku pada 2009 sebab baju aku sangat blend dengan langsir rumah in law aku. Terasa seperti X-Men masa tu.

Tahun ni aku dilarang Miss Bini untuk beli baju kurung Melayu sebab kata dia dah berderet kat dalam lemari yang masih boleh dipakai. Itulah yang aku suka pasal bini aku tu. Dia sentiasa menitikberatkan betapa pentingnya perbelanjaan berhemah dan menyimpan untuk masa depan.

Touching kan? 

Ku sangkakan cerah sampai ke petang, rupanya hujan serta ribut petir lengkap dengan pokok tumbang kena petir di tengahari. Aku terperdaya. Dia suruh aku jimat, dia beli baju berpasang pasang. Ambik kau. Tak apa, kita lelaki ni bukan nak melaram sangat pun masa raya. Kalau ada pun nak beli, sama jek aku tengok design. Takkan aku nak pakai ala ala Azwan Ali pulak kan.

Hakikatnya dia tahu, aku kalau pakai baju Melayu, dua jam dah rimas. Dan songket aku sentiasa melondeh. A'ah, kenapa diaorang tak jual songket yang ada getah tu untuk orang dewasa? Kan senang dan praktikal.

Dan aku suka tengok baju yang dia pilih (read: dan aku kena bayar). Yelah, kalau kita tak berbelanja untuk bini sendiri, siapa lagi kan. Kenapa sejak sejak ni, ayat aku cam mengampu jek. Kau ada buat salah ke Hazrey. Takde takde (flip hair).

Tinggal berapa hari jek lagi kita nak raya kan. 

Anak sedara aku, bila aku kira dah masuk 21 orang. Tiap tiap tahun, depa dah sound aku siap siap: Abang eh salah, uncle tahun ni naik eh duit raya. Ringan jek mulut aku nak beritau - a'ah kat rumah abang eh salah, rumah uncle ada mesin cop duit. 

Dan diaorang sangat ingat berapa aku bagi raya tahun lepas. Siapalah yang mulakan budaya bagi bagi duit ni.

Boleh tak aku pulak mintak duit raya dari mak bapak anak anak sedara aku ni? Tak salah kan.





Friday, August 19, 2011

#727: PROGRAM IFTAR DAN INFAQ BERSAMAMU

Minggu ini adalah satu minggu yang sedikit tak awesome. Kan? Kalau kau tak faham tak apa sebab kekadang aku sendiri tak faham apa aku tulis. Hahahah. 

Alhamdulillah, esok, sebagaimana dirancangkan, Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor (DPMM) menjemput kami untuk meraikan keluarga di Johor ni yang pernah dipaparkan melalui program Bersamamu dan ia mendapat sokongan pelbagai pihak. Kenapa ayat ni macam orang politik ni? Boleh, kalau nak calonkan saya, saya bersedia. Nak resume saya?

The idea of this programme came from Pengerusi Dewan Muda, DPMM Negeri Johor - Mohammed Farhan Basher.

Insyaallah, setakat ini semuanya berjalan lancar sebagaimana dirancangkan. 

Hotel New York, Jalan Abdullah Tahir, Johor Bahru sudi menjadi hos kepada majlis Iftar dan Infaq yang pertama kali dianjurkan di selatan ini.

Dan ya, setakat ini, semua kerja kerja mengatur majlis ini aku buat sendiri. Senang jek. Ya, itu ayat riak sebab ini blog aku, maka aku dibenarkan untuk riak. Hahahaha. Nope, aku tak buat seorang. I am assisted by wonderful people like Zarinor Mohammed Noor (twitter: @zarinor) yang buat this superb design, produser Bersamamu, Kalijahwati (twitter: @kalijahwati), UiTM practical student - Mas Shurry, wifey honey (@honeyhazrey) and people from New York Hotel, Dewan Muda DPMM. 




For the arrangement of this inaugural programme, I am being assisted by a UiTM broadcasting student - Mas Shurry that helped to coordinate with the families.

Bersamamu producer, Kalijahwati Kassim is expected to grace the iftar and infaq programme with DPMM's president, Syed Ali Alattas and. 
Kelab kereta, Kelab Exora Wilayah Selatan had agreed to ferry the families from their homes all around Johor to the venue without asking for petrol or anything in return. Sangat baik diaorang ni. Same goes to other sponsors as well. 

It will be a straight forward event. Tak ada protocol, tak ada VVIP as the guest of honour for the event will be the families, and NOT us. Keutamaan adalah untuk mereka. 

There will be abundance of giveaways expected to be received by the families and hope that they can celebrate Aidilfitri in a more joyful yet moderate ways this year.

Insyaallah.

Good luck Hazrey!








Thursday, August 18, 2011

#726: AHLONG SEMAKIN GANAS OR SHOULD WE SAY - SENTIASA GANAS?

Malam tadi, anggota peronda syarikat pemegang konsesi pengiklanan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Southern Ads Sdn Bhd, nyaris cedera apabila dua pekerja ahlong, membaling batu sebesar penumbuk ke arah mereka.

Anggota terbabit ketika itu sedang menjalankan tugas menurunkan iklan haram, di mana kebanyakannya adalah poster atau kain rentang mengiklankan pinjaman wang haram.

Kejadian berlaku di Taman Mutiara Rini, kira-kira jam 10.45 malam tadi.


Batu sebesar penumbuk itu dibaling ke arah kenderaan peronda ini ketika mereka berhenti untuk menurunkan iklan haram.

Tindakan itu dipercayai sebagai amaran terhadap anggota peronda terbabit yang ditugas meningkatkan penguatkuasaan penurunan iklan haram terutama iklan ahlong.

Anggota yang masih berada dalam kenderaan terbabit bernasib baik kerana batu itu tidak melepasi cermin yang retak, jika tidak pasti terkena kepala mereka. 

Satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Mutiara Rini semalam.





#725: NEWS WRITING TALK AT INSTEDT, DESARU

Earlier this week, I was invited to speak to a group of Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (Instedt) students, to speak to them about news writing for two hours.

This will be my second talk within eight months, after a course on Communication Skills for a large group of voluntary police in December in Kota Tinggi.

I was sharing with these 30 aspiring students on the know how and how-to in becoming a good and effective reporter.

The usual 5W, 1H thingy, the ways of getting information, sharing of my experience, and some classroom activities.

I must thank Instedt's counsellors- Encik Baba Arba and Cik Noraisyah Maulan for the invitation.

These are some of the photos taken by my colleague - Zarinor Mohd Noor during the session. 

I hope they got some basic knowledge from this session. Hope they had fun too.













Tuesday, August 16, 2011

#724: GOLDEN CHURN HARAM - KATA JAKIM

"KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini."

Itu kenyataan dari Jakim selepas blog ini menulis pelbagai persoalan dalam tulisan sebelum ini.

Ia boleh dibaca di sini: PERSOALAN BERUS BRISTLE SIMPLY SITI.

Alhamdulillah, antara soalan berjaya dijawab Jakim dalam entry itu adalah:

Soalan: Jika kelompok di Johor berlaku kontiminasi, di Sarawak juga berlaku demikian, maka apakah jaminan Jakim bahawa mentega Golden Churn di seluruh negara TIDAK berlaku kontaminasi?

Soalan: Perbezaan pengimport? Biarpun berlaku perbezaan pengimport, ia tidak menjelaskan sama ada pengimport turut terlibat dalam melakukan pembungkusan mentega Golden Churn yang turut menggunakan pembungkusan tin yang sudah di 'sealed'. Jika mereka (pengimport) tidak terlibat dalam proses pembungkusan, ini bermakna, pembungkusan dilakukan pengeluar. Apakah jaminan Jakim tiada kontaminasi di peringkat pengeluar?

Soalan: Di Semenanjung Malaysia, hanya satu pengedar iaitu Sejahtera United Sdn Bhd bertanggungjawab terhadap pengedaran mentega Golden Churn. Jika tak silap, Johor berada di dalam Semenanjung Malaysia, maka bekalan di negara ini termasuk di Johor datang dari pengedar yang sama. Apakah bekalan di semenanjung datang dari kelompok yang sama? 

Terima kasih Jakim biarpun mengikut apa yang dikemukakan di Mahkamah Majistret Kluang baru-baru ini, keputusan Jabatan Kimia sudahpun dikeluarkan pada April 2011 mendapati wujudnya DNA babi dalam mentega itu selepas sampel dihantar Jabatan Agama Islam Johor.
Agak lambat kan kenyataan ini? Better late than never?

Ok, sekarang sudah dijelaskan. Kini, soalan seterusnya, adakah pihak pengeluar mengetahui wujudnya 'kontaminasi" tersebut? Apakah penjelasan pengeluar mengenai kewujudan DNA babi dalam mentega berkenaan? Setakat ini, kita hanya mendengar dakwaan pengeluar tiada entiti seumpama itu dalam produk mereka, tetapi apakah penjelasan terbaru mereka? Adakah mereka akan meminta maaf kepada semua pengguna Islam di negara ini? Apa pula akan terjadi kepada pengguna Islam di negara lain?

Jika ya, mungkinkah KPDNKK mahupun Kementerian Kesihatan mendakwa pengeluar mengikut undang-undang sedia ada di negara ini di atas kesalahan kesalahan label mengelirukan pengguna Islam dan bukan Islam? 

Kita tahu bahawa persijilan halal yang diterima pengeluar mentega itu adalah dari New Zealand. 

Adakah produk lain dari New Zealand yang turut menerima persijilan halal dari sumber yang sama perlu dihantar ke makmal untuk diuji sebagai mengelak kesangsian pengguna?

Setakat ini, kita hanya mendengar Jakim akan lebih tegas dalam mengiktiraf persijilan halal yang dikeluarkan di luar negara, tetapi masih tidak kedengaran adakah badan badan persendirian itu akan dibatalkan pengiktirafan mereka?

Jika dibatalkan, apa akan jadi pada produk produk yang sudah berada dalam pasaran di negara ini dan menggunakan pengiktirafan halal dari badan berkenaan?

Soalan seterusnya: pengguna yang yakin dengan pengiktirafan halal sebelum ini dipersalahkan apabila produk mereka yang menggunakan mentega ini turut didapati mengandungi DNA babi?

Hanya Jakim mampu menjawab soalan soalan di atas ini. 

Apapun, terima kasih Jakim tetapi kita mahu melihat lebih banyak ketegasan dan keseragaman dalam isu halal seumpama ini.







Monday, August 15, 2011

#723: NAJWA LATIF KAMU WOH OH UWOH UWOH

"Hai kawan kawan yang super awesome!"

Ok nyanyi sekarang:

Satu, dua tiga.... 

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
Woh oh uwoh uwoh

Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Woh oh uwoh uwoh
Kenakah rasa itu..

Pes taim aku dengar Najwa Latif pagi tadi kat HotFM, macam best budak ni. Aku tahu lagu dia dah lama kat radio tu, ya ya. Aku ni dengar Klasik Nasional lagu ada background bunyi cengkerik, so maafkan lah aku ya.
Aku ada tengok di youtube lagu lagu yang dirakamkan Najwa banyak yang best. 

Dan she has a blog too!

Klik here to jump to her blog or http://najwalatifs.blogspot.com

Yang penting, imej bertudung is great as long as she does not terkinja kinja macam peserta AF bertudung tapi tergedik terkangkang kiak macam tak cukup terkinja kat rumah. 

She is, by the way, 16 years old. Ya muda lagi. I bet she can go further with her singing sebab suara dia sangat comellllll lewwwwwww.

Cuma, kenapa mamat dalam video clip ni macam tua sangat? The video director should have look for a more boyish look nak sesuaikan dengan karektor dan usia Najwa. Takpelah, dah keluar pun. 

I was told that Najwa started her journey in music from Yamaha Music School in Johor. Ehem. Orang Johor memang suara sedap ok. Terimalah hakikatnya. 

Yes, again, she hails from Batu Pahat Johor and now she is heard over the radio everyday. 

Bagus budak ni. 

Nanti aku nak panggil dia datang JB lah. And I will shoot a video of her singing and post it here.

Hopefully she will say yes for the name of charity. 

In the meantime, bak kata blog gosip mulut longkang ohbulan.com - enjoice  the video:


The song is written by Najwa's sister (kakak) and she writes the lyric herself ! Awesome !!!



Sunday, August 14, 2011

#722: "Saya Dapat Ilham Dari Filem Nasib Labu Labi"

From The Star:

"BESUT: A 15-year-old girl shopping for groceries was abducted before her father’s eyes by a group of three men, one of whom later proposed to her."

Read more here.

Apa pasallah kau pergi culik budak tu? 15 tahun kau nak ajak kahwin? 

Kan dah tak pasal pasal kena cekup. 

Pada yang rancang rancang nak buat benda yang sama, ini aku nak beritau - Akta Culik 1961 kalau sabit kesalahan kat mahkamah nanti, hukumannya sangat best:

"Hukuman mati atau penjara seumur hidup!"

Ya, hukuman mati. Tak pun merengkok dalam penjara seumur hidup - baiklah mati jek kan. 

Dah duduk dalam penjara, takdelah ko dapat tengok Ketuk Ketuk Ramadan lagi. 

Takdelah kau tau goalkeeper mana yang putus tunang.

Tak tahulah nanti yang Lisa Surihani kahwin dengan aku. Eh.. salah taip ke? 


Friday, August 12, 2011

#721: PROGRAM BUKA PUASA

Dah dua belas hari kita menjalani ibadah puasa.

Insyaallah, kalau dilanjutkan umur kita, kita sempat melengkapkan sebulan. 

Apapun, tak lama lagi kami akan menganjurkan satu program Iftar bersama keluarga yang pernah dipaparkan melalui program Bersamamu di Johor Bahru.

Untuk itu, kami sedang mencari ahli kelab kereta (keutamaan diberikan kepada kenderaan MPV), untuk turut menjayakan program ini pada Sabtu, 20 Ogos nanti.

JIka berminat, email me superhazrey at gmail dot com.

Oh, jika ada berminat untuk turut menderma dalam bentuk barangan (bukan berbentuk wang tunai), silalah.

Terima kasih.


Thursday, August 11, 2011

#720: MY FAV MERDEKA TV AD.







Aku suka sebab ada orang nak kahwin terjun sungai and that's epic ! We all miss this kind of life where we are equal. We can lompat sungai together, we can curi rambutan together, sit by the river bank together.

Kenapa sekarang so much of hates in our community among races? Why? Kenapa biarkan the minority to sing a rap song and curses us? Why we let them?

Wednesday, August 10, 2011

#719: LETS TALK ABOUT CATS.

Ini cerita yang sangat tertunggak. Sorrylah cik cik, kakak kakak, makcik makcik, aku ni bila usia makin meningkat, cepat ngantuk. Bukak komputer buruk pakai Intel Pentium II ni, nak tunggu dia load, terus tertido. 

Kesian. Bantal macam sentiasa memanggil - hazrey hazrey. Ok, aku tipu. Aku ada dua bantal. Kau jangan jeles ok. Bantal aku wangi, sentiasa spray dengan Mark and Spencer. Hilang segala air liur tapai. Eh kenapa bila aku tulis pasal spray tu aku terasa macam blog bajet retis ni? Hahahaha. Ok kita cerita pasal mekap, nak? Hahahaha. Rosak bulu mata ai keluar airmata ketawa tauuuu. 

Ok, mintak maap ya, tak sempat nak letak cerita kucing yang korang hantar. Aku sebenarnya bukan malas, aku rasa bila aku tengok gambar gambar kucing tu semua, aku rasa macam korang saja nak dengki kat aku sebab aku tak boleh bela kucing. Korang memang keji. 

Ini dia gambar gambar kucing yang aku dapat:

1. Pemilik -  NTgravity. Blognya http://ntgravityzone.blogspot.com

Salam...

Saya sukaaaa mengeshare gambar kucing saya.... tq... :)

(hazrey: mata stim jek kau ni eh bob. Karang makan cuci tangan eh kaki dulu).

Kucing yang putih nieh bernama Mr Bobbee (Bob) size dia sekarang 2/3 kalau duduk kat seat keta iswara... keja tido~ Dia tak boleh dengar bunyi tin (macam tin milo) di buka... datang sawan lapar dia tuh...!! LOL!

plus... (sorry tak dapat tahan nak share... hahaha)


Kucing yang warna oren nieh nama nya Chomel - apa yang menarik ngan Chomel nieh dia kalau dalam posisi kat gambar nieh.. nak minta makan ler tuh.. tapi yang wat kita sure lembut hati apabila dia akan 'cuit tangan kita dengan lembut'... kalau dia berjaya naik atas meja or lebih tinggi.. dia akan cuit-cuit bahu kita... hahahah


kalau cerita pasal kucing saya memang takleh berhenti... so thank you yer Hazrey...


2. Pemilik -Ilyana Zaini :


 (hazrey: bebe pakai teknik rebonding eh?)
 
Kucing saya umor 6 tahun.
Nama dia bébé. Dia kucing jantan.
Dia suka makan royal canin.
Itu saja cerita pendek tentang kucing saya.
Sekian.

Tuan kucing yang comel jugak:
ilyana zaini



3. Pemilik - Radzuan - haa dia ni gila kuasa sikit. Sekali dia hantar gambar, aku kena bukak satu folder khas untuk dia kat pc aku, Abis pc pentium II aku. Hahah.

Salam Bro Hezrey!!
Nie aku attachkan pic kucing seperti kat dlam blog ko....hahaha
kaler kelabu name die bunga
kaler kelabu putih name die belalang...hahahah... aku download balek darik fb....



Ni kucing ke hamster?

Kucing ni bersiap siap untuk winter. Esok dia potong misai lah tu kot, takut ais tersangkut.


Hari sabtu adalah hari tanpa plastik. Relevan?


Aku tak tahu tapi aku rasa tuan kucing ni banyak sangat tengok kisah Anwar Ibrahim. Aku rasa berdosa tengok gambar kucing ni. Hahahaha. Tapi kenapa kuda (ehh kuda ke depan tu?), senyum puas? Eh puas ke? Entahlah. 



Jangan tiru gaya ini di rumah. Pemilik kucing ni, Radzuan sedang melatih kucingnya naik roller coaster. Ke, dia ajar cara tangkap bola? Kalau belajar tangkap bola, maknanya kena pegi Universal Studio kat Singapore, pastu gelpren kena ada blog. Entahlah, aku pun tak tahu. Aku pasrah.

Asal ada kucing, mesti nak letak loceng. Doorbell takleh ke? Letak bunyi macam masuk kedai 7-11 pun best kan. 


Ini bukan kucing sebenarnya. Ini carpet design baru.  Ada jual kat kedai pakistan jek. Adikkk manisss.. Bayar ansur bolehhhhhh. Wihihihi.. manisss




4. Pemilik - Wan Wardah dan Md Anwar:

Bergambar dengan mainan hadiah daripada teman-teman yang juga menyayangi kucing ialah kucing jantan bernama Wan Cho Mel @ Butterball.  Saya dan suami peliharanya sejak sebesar tapak tangan - dijumpai di ruang rumah antara bumbung dan siling. Sekarang berat badan 7.4 kilogram...


Amik kau! Tengok perut dia. Aku tak suka Wan Wardah dengan Md Anwar. Dia sengaja sindir perut aku tu. Kejiiiiiiii. Eh jap, kucing ni kalau berjalan, dia seret eh perut dia? hahahahah. Eh jap, kenapa aku terasa jugak ni. Kejiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
 



Agak agak apa kucing tu cakap? "aku dah kebulur ni, orang tua ni buat tak tau jek" Hulurlah duit aku gi beli sendiri, ikan siakap tiga rasa ke, sweet sour ke, ikan pari bakar ke. KFC ke. Sedap kan.



5. Pemilik - Diyana Sam:


nama dia bella. dia ada 4 ekor anak. nahla n nelly (yg color hitam) cici (tompok hitam putih) ginger ( kaler oren). bella ni demand gila mkn.aku bg mkn whiskers xnk.nk mkn fresh seafood je.kdg2 bg mkn tuna. tu pn dia cpt muak. gerammm kn. br setahun lebih bela bella ni.tu pn terjmpa. tp bella ni x manja sgt. tu yg mengada2 tgk dia. berlgak je. wlu cmna pn tetap syg dia :)

Siapa nak rambut kilat macam bulu kucing ni, boleh start makan whiskers. Konpem shining mining. Kalau dalam gelap - glow in the dark rambut kau nok.



Aku ingatkan mata sebelah bengkak kena cepuk. tak eh. Tapi epik ok anak mata dia. Kalau tahu Prof Razak Mohideen ni, mau digandingkan dengan Pie buat lagi satu cerita loghat Penang. eh kucing kat penang nama apa yek? Chombi? Zazali? Maidin? Itu bukan keji, itu pertanyaan. 



Fuh, pengsan. Kenduri. Ngilu tak?


6. Pemilik - Lady Dea (yang ni orang Pasir Gudang) - pun gila kuasa.

Ya, aku tau, mesti kau dah jerit, wiii comellll nyerrrrrrr. Ntah apa apa lah kau ni kan. Tapi comel lah (control macho).



Aku tak tahu lah, korang ni sebenarnya memang suka gambar macam ni kan. Asal kucing menyusu, ko sibuk ambik gambor. Asal menyusu, ko menyibuk amik gambor. 







Kalau pegi rumah Lady Dea ni, diingatkan bawak tisu sendiri. Kau percaya ke dia ni? Hahahah





7. Pemilik - Diana Anak Pak Azis


assalamualaikum

saja je nk share...pix kucing ni..hehehe
lpas baca blog bro...

act the cat not belongs to mine tp sbb kucing ni nakal...tu yg saja email kat bro...:)

(dan motif? hahahaha)

Tadi hari tanpa plastik, ni apa pulak? Kempen recycle?




8. Pemilik - Nizam @ Sappil:

Salam bro. Nama kucing saya Meon. Nama penoh Sameon. Mata dia ade sikit juling.

Epik tul kucing ni. Owner siap bawak gi stadio pi amik gambar frame. A'ahlah juling. Takpe, juling air. Tapi kenapa Meon? Tak ada nama komersil sikit ke? Muka cam omputih tu kucing ni.




Best kan gambar kucing. Asyik gambar makan jek. Eh, mana gambar kucing peejburhan? Ko pegilah blog dia, hari hari dia letak gambar kucing (sebenarnya gambar makan lebih banyak dari kucing, sungguh). Hahahahah.


Ok dah. Abis cerita kucing. Kalau siapa nak bagi kucing kat aku, aku tak kecik hati untuk terima (selain kek lapis.. haha, ada orang Sabah nak hantar kek lapis ni, hari hari aku tengok postbox). Silakan.



#718: THIS BLOG IS NOW TOUCH SCREEN

In line with today's technology, I have acquired the most advanced tool for blogspot - a touch screen interface.

Technology has evolved so much these days. We have seen many gadgets and peripherals equipped with touch screen tech.Hence, I have purchased this tech a couple of week ago, for the convenience of my readers.

Now, to enable this feature, kindly tap on the picture below to calibrate your computer with this state-of-the-art feature. Only on this blog!

For ipad or any touch screen phones or netbooks, you are not required to go through this calibration process as it will automatically detect the touch-screen interface presence.

Here is the process:

1. DO NOT click on the picture using your mouse. 

2. Use your INDEX finger and place it into the centre of the picture.

3. Do not lift your finger, tap it twice and lift your finger. 

4. The screen will flicker for few moments to calibrate. Please allow it to calibrate for 5 seconds. (If it flickers more than 5 seconds, please repeat the process as the calibration process may not be completed).

5. If the screen DOES NOT flickers, please read the developer's instruction below.















































Developer's Note:

You really got nothing to do kan, kat office. Bagus. Makan gaji buta. Dah dapat bonus RM500, makan gaji buta jugak.

Samalah dengan aku, aku pun takde kerja. Ok, sekarang boleh gelak untuk diri sendiri. Sekian untuk hari ini.







Tuesday, August 9, 2011

#717: PEMBUKA SELERA SAHUR DAN BUKA PUASA ANDA. BACALAH.


Loya tak? Berdaki tak?

Ini bukan gambar hiasan.

Ini rupa sebenar peti sejuk sebuah restoran di Kampung  Tasik Permai, Ampang yang diarah ditutup selama dua minggu oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana melanggar Seksyen 10 dan 11 Akta Makanan 1983.

Seksyen 10 Akta Makanan 1983: Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh memerintahkan supaya premis makanan atau perkakas berada keadaan bersih dan suci. 

Engkar perintah, penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau keduanya sekali.

Seksyen 11 pula: pengarah atau pegawai boleh arahkan penutupan serta merta tak lebih dari 14 hari sesebuah premis yang keadaannya boleh datangkan bahaya kepada kesihatan.

Lihat laporan The Star di sini.

Kita dah biasa dah dengan restoran yang kotor ni, dan yang tulah jugak kita telan makanan diaorang. 

Panggilah kita pelahap, kita redha. Yang penting perut lapar mesti diisi. Kita tak kisah pun rupa dapur restoran tu. Kita tak kisah pun rupa toilet yang berdaki kalau kikis cukup satu baldi dan ditepinya ayam dicuci.

Dulu aku pernah buat kisah kilang tauhu di Johor Bahru yang terang terang memproses air tahu di tepi tandas yang sentiasa berair dan airnya sangat berwarna menarik. Anjing pun siap hidu hidu tauhu.

Ia disiarkan melalui 360. 

Lihat rakaman berikut:


Dengar tak bila aku tanya minah Indonesia tu apa dia jawab. Comel jek kan. 

Kekadang kalau kita pergi restoran mamak khususnya, pernah tak kita jeling kuku mereka?

Di bawah pejabat aku, terdapat sebuah restoran mamak. Pernah tengah elok aku minum coca cola, celakanya, one of the mamak tu elok jek meludah siap kumpul kahak siap siap. Amacam, kau baca pun kembang tekak kan? Jangan muntah, batal puasa nanti.
Dan pernah juga aku terlihat mamak yang mencanai roti, tetiba gas habis, dia berhenti pergi belakang, angkat tong gas, pasang, terus sambung mencanai roti. Berselera tak? Itulah dia ramuan penting, kasi cantik rasanya. Hahahah. 

Kita sebenarnya mempunyai perut yang kuat. Jarang kita keracunan makanan sebab kita dah dilahirkan untuk menangkis segala bakteria dan agen agen penyakit yang bermastautin pada kuku tukang masak atau penyedia makanan.

Maka, tak apalah kot kalau kotor sikit. Kita perlu sedapkan hati kita, alah ada lagi restoran lebih kotor dari ni. 

Oh, kalau minum di restoran, jangan minum terus dari tin tapi gunakan straw. Pernah tak korang nampak kat mana diaorang parking air air tin tu semua kalau bukan tepi tandas? Agak agak ada tak tikus atau lipas lalu kat situ atau buat picnic?

Di Johor ni pun banyak restoran yang tak bersih. Aku suka tinjau tinjau dulu area preparation sebelum aku makan. Sekarang KFC pun perah tuala. 

Abis kita nak makan apa?

Kahwin cepat, mintak bini masak. Sedap wei kalau bini masak. Tak caya tanya aku. Kalau taknak tanya, tengok perut aku.







DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.