I was reading somewhere about Malaysians suka, wait, salah, it should be jujur dan ikhlas dengan lagu lagu patah hati.
Jiwa orang Melayu lembut. Lebih lembut dari kain sutera.
Kalau lagu mendayu-dayu, mesti laku.
Just a week ago, aku lepak dengan penyampai radio Sinar FM, Najman di Johor Bahru.
"Ada mamat ni kantul," kata Najman.
"Kantul pasal apa?" aku tanya selepas aku menyambut dia dengan bunyi pon pon mantappp.
"Dia dedicate lagu Junction pada satu awek," sungguh sungguh Najman cerita, aku pulak mata tak berkelip. Mungkin sebab guna TV LG 3D.
"Pastu, pastu? Eh lagu junction? Kah kah kah kah kah. Ok jiwang."
Inilah grup Junction.
Mereka ini agak terkenal masa akhir tahun 80-an. Dan ya, masa ni mereka tidak ditaja mana-mana jenama syampoo 'pakai jari pun boleh'. Dengarnya, yang ditandakan dalam kotak tu baru meninggal akhir tahun lalu. Alfatihah.
Rimas aku tengok rambut diaorang ni.
Sambung cerita Najman.
"Yang kantulnya, dia bagi lagu yang sama pada kakak awek tu, sebab nak mengusha jugak," kata Najman tersebak sebak bukan sebab sedih, sebab gelak. Kanina!
Jiwa orang Melayu memang tak kental. Walaupun badan kental, ketak ketak pakai blazer panas panas buta, hati mesti ada sejambak bunga. Rock lah kapak atau parang atau penyabit rumput sekalipun, tang jiwang, mereka tetap champion. Boleh bagi piala ala ala pertandingan bolasepak Umno.
Piala ni kalau dapat memang gempak, campur pulak dengan hamper ada air Cola brand ntah apa apa dengan biskut kering, kalau menang, kembang kuncup idung yang tak berapa kuncup ambik gambar. Coklat Nini dengan Sumi pek kombo jangan lupa ya. Faveret tu. Syuutttt syuuuttt sedut jeli Sumi. Muncung mulut kau kan.
Seminggu piala patah sebab langsir ditiup angin. Yang kau miang letak kat tepi tingkap tu kenapa. Nak eksen dengan orang kampung kau dapat piala KL tower?
Ohh yang kecik tu mungkin untuk pemain harapan kot. Entah. Aku tak main bola.
Berbalik pada lagu. Kalau nak tambah lagi kejiwangan, dengar Sinar FM memalam. Syahdu.
Aku berapa kali menahan sebak dan dah bergenang airmata. Kalau setakat mata aku sudah berkaca macam dalam novel tu, takyah nak kira dah.
Aku bukan sedih, aku nangis sebenarnya. Nangis sebab tak tahan ketawa bila aku dengar ucapan ucapan orang kita. Aku pulak mempunyai imaginasi tinggi.
"Lagu seterusnya saya tujukan kepada semua wanita berusia bawah 37 tahun di seluruh negara, dari diriku yang masih sendiri, itulah ucapan dari Samad Harun di Kedah."
Wah, memilih pulak kau. Ngam ngam pulak umur 37 tahun kau pilih. Apa yang lepas 37 kau tak mau ke? Sekali hot macam Rozita Che Wan, mau kau telan air liur kan!! Harun Salim Bachik tul kau ni.
Menitis airmata aku gelak kuat kuat dalam kereta sebab selain kena kerja, aku terpaksa dengar ucapan ucapan macam tu. Aku ingatkan zaman URTV jek ada ucapan macam tu.
Dan aku membayangkan Encik Samad kita sedang elok lepak pakai kain pelikat isap rokok daun dengan bulu idung selai dua terkeluar sikit untuk efek dramatik kat tangga rumah walhal si wanita pendengar membayangkan Encik Samad hot meletop.
Nasib baik radio, sekali bila kenal dengan Encik Samad, ambik kau:
Oops, sori salah gambar, macha.Bukan main lagi u jeling ai pasal letak gambar u. Siat siat nanti tau.
Ini gambar sebenar Encik Samad dari Kedah:
Amboi Encik Samad, amik gambar senget senget lagi kan. Kak Nab sihat? Tak jual kelapa parut lagi ke? Baru gunting rambut ke Bang Mad? Sam ok, sam. Jengan penggel saya beng Mad. Penggel seye, Sam. Sam.
Tapi betullah, aku suka dengar ucapan ucapan memalam kat radio. Dulu pernah aku cerita, ada satu jejaka yang aku kira ketampanannya kurang sikit dari Encik Samad ni, menjerit kat telefon "Aku cintakan kamu." pada jam 1 pagi kalau tak silap.
Aku yakin jejaka itu bukan kerja di hospital.
Aku dengar akibat dari jeritannya itu, dia dihalau dari kampung dia sebab banyak ayam kena berak berak. Dan aku dengar, awek dia tak mahu dia dah sebab jadik bahan kat tempat kerja.
"TIPAHHHHH... KAU KERJAAAA KE HARI NIIIIIII..," bahan kekawan awek jejaka itu di tempat kerja, menjerit pada Tipah walaupun jarak mereka sedepa, tanpa sentuh kulit sebab batal air sembahyang nanti.
Tengahari nanti, kau lunch, kau pegi duduk kat kedai yang pasang radio. Kau nengok muka orang bila lagu jiwang jiwang keluar.
1. Mata terkebil kebil dan teteiba termenung (bahaya tu tetiba termenung, pastu tetiba menjerit, nayaaa!)
2. Makan semakin slow
3, Hiris ayam yang boleh suap satu shot masuk mulut jadik sembilan keping
4. Kejap kejap lap mulut dengan tisu
5. Jari tegang masa pegang rokok dan hembus asap dari lorong bibir tepi tepi
6. Taknak shwit shwit mamak dah, tapi lambai sungguh sungguh
7. Kaki silang kepit (tak seliuh ke?)
8. Makanan tak abis, konon konon kenyang padahal "kalaulah aku kat rumah, aku siap hirup kuah ni"
Takpelah, ikut selera masing-masing kan nak dengar lagu, nak tuju tuju kat siapa kan.
Apapun, ingatlah daku dalam doamu ya. Fahami lirik lagu ini.
Kalau nak tuju lagu kat aku, beritau awal awal tau.