Monday, May 30, 2011

UPDATED - ENTRY #676: MAJLIS AKAD NIKAH SALIH YAKOB


Berseri abang aku ni.

Tak sempat nak upload gambar lain sebab have to rush for his sanding later.

Anyway, dua kali lafaz, Salih Yaacob sah memperisterikan Samihah Sheikh Ali, 25 tahun di Masjid Jamek Kampung Melayu Kulaijaya tepat jam 3.50 petang tadi.

Hantaran RM25,000 bersama sebentuk cincin dan mas kahwin RM23.

Keduanya dinikahkan Kadi Daerah Kulaijaya, Ustaz Haji Fahmi Samad. 

Apapun, hari ini bersejarah buat Salih. Cukuplah empat isteri mengisi hidupnya.

Tiga lagi isteri Salih ialah Norlizah Mamat, Norraha Hamat dan Norfara Wahida Sulaiman.

Wartawan yang hadir, wait, wartawan cuma aku jelah kan. Haha. Ok, bersama Harian Metro, bagaimanapun tidak dibenarkan menemuramah isteri Salih.

Malam ini jam 8.30 malam, pengantin ini akan disandingkan di sebuah hotel di bandaraya Johor Bahru.

Apapun, yang penting, masa abang Salih sampai, dia sempat turunkan ilmu pada aku. Aku pasti, gambar bawah ini akan mengakibatkan miss bini cuak besor dan tetiba aku takleh keluar malam dah. Abislah.




Aku nak balik nak sembunyikan butang baju melayu siap siap. Leceh nak beli nanti.

* * * * * * * *

Foto semasa majlis makan beradab di sebuah hotel terkemuka di Taman Abad, Johor Bahru bermula jam 8.30 malam.



"Saya bersyukur dan terima kasih kepada keluarga sebelah isteri saya, bagi pihak pak sheikh, dah boleh panggil bapak ya kerana sudi menerima.saya sebagai menahantu (lafaz Salih berlawak ketika berucap di majlis makan adab)."






Memang susah sikit nak nengok isteri baru Salih senyum tapi sekali senyum, memang harus luntur cik Salih kita. Haha. Ok, dunia memang tak adil. Aku tahu.

Apapun, bila ditanya ke mana nak pergi honeymoon, Salih jawab:

"Pergi China. Semua pergi. Kebetulan cuti sekolah."

Aku tanya: semua?

"Ya, semua isteri saya pergi sekali."

Indahnya donia.


Macam best jek jawab macam tu kan - cuba korang practise depan bini - semua isteri saya pergi sekali. Buat banyak kali. 

Sunday, May 29, 2011

Selamat Pengantin Baru!

Siapa kahwin?

Not me of course, itu hari ada hasrat gak tapi tak kesampaian. Hahaha. Berangan kau ni hazrey.

Esok, 30 Mei akan termeterailah ikatan satu lagi masjid buat artis ini.

Banyak diperkatakan dalam akhbar yang turut menjadi idaman ramai lelaki tapi soalannya - bolehkah kita meneladani sifat mendamaikan, beradilan artis ini?

Apapun, mesti berseri seri wajahnya hari ini sebelum diijabkabulkan esok (Isnin).

Selamat pengantin baru, abangku Salih Yakob !


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, May 27, 2011

ENTRY #674: BEING A JOURNALIST.

Do you know that, in our quest to seek for the truth, we are prone to threats too?

Investigative reporting is not as easy as it looks.

Bukan mudah. Tetapi apabila ditonton, ia akan tampak mudah dan ringkas.

Contohnya, kami pernah ke Batam, Indonesia untuk melakukan investigative reporting about prostitution on the Island. Tapi, kami melakukan dengan dua kaedah. Balance. Pertama, menemubual mereka yang terlibat secara langsung dalam perdagangan haram itu, kedua, menemubual pihak NGO yang bertanggungjawab memberi tekanan kepada pihak berkuasa tentang aktiviti pelacuran.

Investigative reporting sudah bermula berkurun lamanya.

Julius Chambers yang menulis untuk New York Tribunes berjaya membongkar mengenai operasi Pusat Sakit Jiwa Bloomingdale pada 1872.
 

Wartawan ini berjaya membongkar mengenai penahanan 12 pesakit yang tidak mengalami gangguan mental sehingga dibebaskan, rombakan organisasi pusat itu, malah ia turut menyumbang kepada perubahan kepada undang-undang pesakit mental / gila.

Melakukan investigative reporting juga mendedahkan wartawan kepada ancaman nyawa.

Wartawan Turki, Ugur Mumcu dari akhbar Cumhuriyet yang menulis mengenai kes berprofil tinggi dan sensitif termasuk pertalian antara Parti Buruh Kurdish dengan perisikan serta sokongan kerajaan Iran terhadap pergerakan Hezbollah; latarbelakang pembunuh Pope John Paul II - Mehmet Ali Agca, turut dibunuh pada 1993.

Pengubalan wang haram sudah lama aktif di mana wang yang diperolehi dari aktiviti haram seperti penjualan dadah, cetak rompak 'dicuci' menggunakan legitimate business front.

Semua ingat akan Al Capone yang disabitkan dengan kesalahan lari dari cukai pada 1931, seorang lagi samseng, Meyer Lansky menyalurkan wang dari Florida ke akaun di luar negara. Malah, Lansky turut membeli sebuah bank Swiss untuk membolehkan dia menyalurkan wang dari perolehan haram melalui syarikat 'halal'.

Di Malaysia, anggapan bahawa penjualan DVD cetak rompak sebagai satu jenayah kecil dan tidak berbahaya adalah salah. Dengan membeli DVD cetak rompak, anda mungkin tanpa disedari turut membantu penjenayah yang mungkin terlibat dengan pelbagai jenayah berat seperti penyeludupan, dadah, senjata dan pengubalan wang haram.

For the fact, ill-gotten gains can fund illegal activities.

Bahaya penjualan cakera optik cetak rompak ini sudahpun dibuktikan apabila ada antara mereka yang turut menjual dadah melalui premis yang sama.

Di Ampang, satu sindiket pengedaran dadah di daerah ini dikesan berselindung di sebalik penjualan cakera padat digital (DVD) dan video cakera padat (VCD) untuk mengedar dadah kepada penagih, sejak tiga bulan lalu.

Baca mengenainya di sini.


Di Amerika Syarikat, aktiviti cetak rompak atau copyright theft dianggap satu jenayah serius. Malah, ia menjadi bidang kuasa Federal Bureau of Investigation (FBI) untuk menyiasat dan mengambil tindakan kerana ia adalah kesalahan persekutuan (federal offence).

Di negara ini, bidang kuasa pembanterasan penjualan DVD cetak rompak dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan, Bahagian Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri serta polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Aktiviti jualan cakera optik dipercayai dilakukan melalui penglibatan sindiket. Dan apabila disebut sindiket, tentu sekali ia adalah satu kumpulan yang terlibat dalam aktiviti haram.

Ini disahkan dengan lumpuhnya lima sindiket terbesar yang terlibat dalam kegiatan cakera optik cetak rompak pada 2010, sebagaimana dinyatakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe di sini.

Di Johor sendiri, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif pernah dipetik sebagai berkata, seorang lelaki dalang sindiket DVD cetak rompak dicekup pada 2 Mac tahun lalu.

Lelaki berusia 30 tahun itu memiliki 20 premis DVD cetak rompak di sekitar Johor Bahru dan ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad 1933.

Pada 2009, seramai 281 individu dikenakan tindakan sama kerana terlibat dalam aktiviti / sindiket penjualan DVD cetak rompak.
Tentunya, mereka sanggup berbuat apa sahaja apabila kegiatan mereka didedahkan kerana dalam keadaan terdesak, mereka boleh berfikir apa sahaja untuk menidakkan hakikat bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah di sudut undang undang.

Jika tidak, tak mungkin ada pengusaha premis cakera optik cetak rompak yang sanggup berhabisan wang untuk melakukan pengubahsuaian pada premis mereka untuk membina bilik rahsia dan pelbagai lagi.

Dan ada juga yang sanggup melakukan tohmahan dan melempar fitnah bodoh disebalik hakikat - mereka terlibat dalam kegiatan haram yang perolehannya berkemungkinan disalurkan kepada pelbagai jenayah berat yang lain seperti yang berlaku di Ampang.


Thursday, May 26, 2011

ENTRY #673: NAIK KATEBANG

For the past couple of weeks, aku banyak travel.

Penat drive kereta ni. Serious. Pada umur yang muda ni memang sangat tak larat.Sometimes boleh jadik tiga jam, sometimes can be 4 hours drive from JB to KL.

Tapi sorang kawan aku ni drive dari JB ke Penang sorang sorang, cuma dua jam jek. Gila kan. Bawak Proton Saga jek.

Satu jam tangan, satu jam kereta. Ya, tak lawak. Suka aku lah nak tulis benda tak lawak.

Recently, I decided NOT to drive to KL.

Kebetulan tokeh ohbulan.com datang JB dan sebagai seorang manusia yang mudah dipergunakan, aku mempergunakan dia untuk menumpangkan aku for one way trip to Kolumpo.

Aku cuba untuk buat buat tidur masa tokeh ohbulan.com tiba kat Plaza Tol atau stesen minyak tapi tak berjaya sebab dia pun buat buat brake emergency. Dengki. 

"Sori bro, tadi ada kucing lintas kat hiway," kata tokeh ohbulan sebelum sempat aku bukak mulut.Aku baru tau dia suka kucing. Harap dia bukan gay. Hahahaha. Ok tak.

It was a day trip sebab cubaan aku untuk tumpang tidur di surau, gagal.

So baliklah aku naik katebang. Aku jarang terbang from KL to JB. 

Ok, being a cheapskate I am, I took Airasia. Murah. Terbeliak mata bila dapat RM86 jek masa booking and it was a day before my departure. Kira murah lah tu. 

Jangan terpedaya. Campur ajinomoto, asam keping, tauchu, daun saderi, tambang jadik RM100 lebih. 

Dan sebagai orang kampung yang jarang naik katebang, mestilah aku excited, tapi control macho dan ala ala sentimental kononnya. Hahaha. 

Ada satu perangai yang aku selalu perati kalau orang naik katebang ni. Pertama, berebut nak naik. Macamlah katebang tu nak gerak dah. Macam main musical chair. Kalau boleh tolak, depa tolak.

"Aku pernah naik katebang balik KL, tetiba katebang rempuh awan hujan, apa lagi, goyanglah katebang tu. Ada pulak pakcik sebelah aku ni berdoa kuat kuat 'Ya Allah, janganlah terhempas katebang ni'. Mula mula tu aku control abang ketak, bila dia doa camtu, tinggal tak keluar jek suara perempuan aku," kata tokeh ohbulan dalam cubaan untuk tak kasi aku tidur dalam perjalanan ke KL itu hari.

Aku cuma ketawa sikit sikit dengar cerita dia sambil merenung ke arah keluar, walhal aku tengah cover nak membuta. 

Malam tu, it was the last flight to JB. Boleh tahanlah ramainya. Tinggal sikit lagi aku boleh duduk kat dapur katebang tu. Aku suka sebenarnya sebab kebetulan cabin crew comel. Aku tahu diaorang pun nak ngurat aku, sebab, selang dua minit tiga minit, asyik lalu lalang kat sebelah aku. Ke, memang kerja diaorang camtu? Ya eh? Ohhh.

Aku dapat satu idea, patutnya Tony Fernandez buat satu promo 'Balik Kampung' masa cuti sekolah and get some of the well-to-do children with the consent of their parents or guardian, to sell nasi lemak and karipap dalam cabin and the proceeds will go to charity. Mesti best kan. Kacang rebus jangan lupa.

Dapatlah kurang kurangnya, bebudak yang kaya raya tu rasa macam mana susahnya rakan sebaya kat kampung.

Berbalik pada flight aku tadi, it was ahead of schedule. Janji nak sampai kul 9.50 malam tapi 9.40 dah sampai kat Senai. 

Masa kapitan katebang tu announce akan sampai 9.40 malam, aku berdiri dan bagi standing ovation sambil menunjuk ke arah pintu kecemasan dengan memakai life jacket. Harus kena tangkap aku.

Tapi kan, masa depa tunjuk safety demo tu, ada ke orang tengok? Aku tengok sebab nak tengok aweks aweks jek. Kesian diaorang kalau takde orang tengok kan. Orang perempuan ni selalu kita bagi perhatian.

Sampai di Senai, as the plane taxing in, orang semua bangun dan kecelakaan yang melampau berlaku. Dan benda ni selalu berlaku dan aku tak tahu apa kejadahnya manusia manusia ni semua tetap nak buat benda benda celaka tu semua.

Aku siap kena tolak masa nak bangun untuk berdiri kat aisle katebang tu. Aku tengok muka brader ni, rasa macam nak tumbuk jek. Hahah. Tapi bila aku pikir kot dia ada adik perempuan cun, terus aku tak jadik. Hahahah. Ya pikiran macam tu berjaya sejukkan hati aku.

"Weii, yang kau ni nak berebut macam ungka ni kenapa?" aku cuma berjaya cakap dalam hati jek. 

Lelaki itu memang ada prospek untuk melakukan benda tu semua berdasarkan pakaiannya. T-shirt masuk dalam, seluar slack, kasut sports. Rambut belah tepi berkilauan minyak rambutnya. Itu headrest seat dia mesti basah dek miyak rambut dia. Memang ada prospek. Rasa macam nak tackle kaki dia masa turun tangga tu. Hahah.

Apapun, sumpah, aku tak order beehon sup atau kuey teow kerang dalam flight tu.


Saturday, May 21, 2011

DOAKAN ANAK ANAK KITA YANG MASIH LAGI TERTIMBUS.

Subhanaallah.

Negara dikejutkan dengan satu berita yang sangat menyedihkan.

Tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat amat dirasai kita semua.

Ya Allah, ku mohon padaMu Ya Allah agar Kau berikan anak anak kecil ini yang masih tertimbus akan perlindungan dariMu.

Aku sangat sedih. Sangat sedih. Anak anak ini sudah kehilangan tempat bergantung dan kini hanya menumpang kasih, berkongsi kasih sesama mereka, ditimpa dugaan yang sangat berat ini. Ya Allah, berat dugaan ini.

Marilah kita semua berdoa.

Alfatihah kita sedekahkan buat anak anak yang pergi menemui Ilahi.

Alfatihah.

Wednesday, May 18, 2011

ENTRY #671: ORANG KAHWIN MASA CUTI SEKOLAH

Buat majlis kahwin memang besh. Eh salah, buat majlis tunang memang best, sebab apa?

Sebab: jaman sekarang buat majlis tunang grand abih, dah mengalahkan majlis kahwin. Gila kentang, tomato dan keledek.

Yang paling senyum sampai mata ialah mak andam dan separuh-mak andam. Depa yang paling gembira.

"Ai dah berapa ari tak jumpa abang tiarap ai sebab sibuk mekapkan orang tunang ai nok," terdengar keluhan seorang separuh-mak andam mengomel di sebuah restoran.

Tak lama ni, cuti sekolah. Aku dah dapat banyak jemputan majlis kahwin. 

Pertama sekali, aku tak tahu kenapa orang suka buat majlis kahwin waktu cuti sekolah. Aku dah tak nampak relevannya. Adakah kalau cuti sekolah, membolehkan bebudak ni semua datang ramai ramai? Atau jemputan mereka adalah bebudak sekolah semata mata?

"Alah si Hazrey ni jemput kita ke majlis kahwin dia time bebudak sekolah pulak," keluh Timah mengusap ngusap perutnya yang semakin nampak Goodyear, Silverstone dan Michelin. Ya, semua tayar F1, takde bunga. Baik punya! 

"Karang tak pegi, dia bising pulak. Kalau pegi karang, rumah bersepah lagi ni macam tongkang pecah," Timah mengeluh lagi sambil menjeling lakinya, Hamdan yang turut bertanding untuk bergelar champion perut boroi. Hanya mereka berdua berjaya ke peringkat akhir. Ala ala amazing race gitu.

Timah tetiba ketawa kecil sebab dia teringat dulu lakinya yang dulu dipanggil Abang Ham dan kini hanya tinggal panggilan Oii Orang Tua sebab dah lama kahwin, ensem mengalah Shah Rukh Khan. Itu dulu ah. Sekarang boroi. Kenapa aku pun terasa ni?

Perlahan Abang Ham aka Oii Orang Tua menoleh ke arah isterinya Timah yang dulu pernah menang Ratu Cantik Hypermarket Giant dan membawa pulang hamper sarat dengan air coke, biskut kering, coklat murah, wang tunai RM300, tiara senang patah dan piala ala ala menang pertandingan bolasepak Umno.

"Si Hazrey tu berapa kali nak kahwin weiiii?" jerit Abang Ham aka Oii Orang Tua pada Timah.

"Ntahlah, mungkin orang suka kat idung dia kot," ekeh ekeh ekeh, kohh kohh kohh itu bunyi Timah ketawa tiga kali terus batuk. Lazimnya batuk lebih lama dari ketawa. Dan lazimnya jugak, Oii Orang Tua buat tak tahu jek.

Itu adalah gambaran semata-mata ok. Apa? Salih Yakob? Ai suka dia.

Berbalik pada cerita kahwin pada musim cuti sekolah ni, aku sering bertanya, kenapa tak buat masa musim durian? Masa musim rambutan? Kan best! Boleh bawak bakul.

Ohh, lupa cerita, adakalanya aku tolong buatkan emcee untuk kekawan kahwin dan biasanya aku turut sebut pasal panggilan manja pasangan dah kahwin.

Memula panggil ayang anje buah hati aiiiii.. (buat suara sengau shikit).

Lepas kahwin, panggil avangggg (abang).

Dah dapat anak, panggil bapaknya.

Anak dah besor sikit, panggil Oii Orang Tua.

Dah lama sangat - panggil Oii jek (kemungkinan lupa nama laki sering berlaku).

Apapun, aku tak tahu kenapa asal cuti sekolah jek, orang berebut nak buat majlis kahwin. 

Kenapa tak buat hari bekerja? Kan senang orang datang reramai waktu lunch. Kenapa mesti masak nasi minyak?

Korang tahu?

Lagi satu, TOLONGLAH toksah lagi bagi cupcake. Benci aku kat cupcake. Tak tahu kenapa. Tapi aku benci. Errr bagi lah Mineral Mud Removal Mask leh tak? Wiiiiiiiii.

Walimatulurus........ alahai, macam memanggil pulakkkkkkkk....



Tuesday, May 17, 2011

ENTRY #670: AKU BENCI SALIH YAKOB

Itu bukan statement aku. Sumpah.

Sejak Salih Yakob menceburi dunia seni, tak pernah terbit rasa benci pada pelawak yang kini turut terlibat dalam bidang penyampaian radio.Apatah lagi dengan 'kemajuan' yang dikecapi Salih Yakob pada hari ini, ia satu 'pembangunan' pesat yang perlu diamil iktibar, dan kalau 'boleh', dijadikan 'contoh'. 

Tak, aku memang suka letak koma kat atas tu, nampak cantik ayat tu. Kira macam hiasan cupcake lah tu.

Anyway, aku baru pulang mengikuti operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, dan banyak cerita nak aku cerita kat sini tapi aku rasa cerita Salih Yakob patut diberi keutamaan.

Aku tau, citer ni dah basi dah. Tapi banyak soalan yang tak ditanya wartawan pasal perkahwinan keempat Tok Guru Salih kita ni. 

Ya, kepada kami dia menjadi idola. Idola yang tak boleh langsung dipertikaikan lagi. Dia juga Tok Guru. Tak mahu dah Ayah Pin. Ayah Lih sekarang. Marahlah kami, tapi sesungguhnya, kami dah mula memastikan tiada blackheads pada hidung kami lagi dah. 


Ya, kami menggunakan Mineral Mud Removal Mask bagi memastikan hidung kami bersinar sinar apabila terkena pancaran matahari. Kami pasti, apabila pancaran itu landing pada hidung kami, ia akan melantun pada mata si gadis genit comel lalu memanah cinta kami. Wahlau weii.

Setiap pagi juga, kami akan berusaha memicit noda noda hitam sampai keluar airmata tulus kami. Ia lebih tulus dari lagu Anuar Zain, Sedetik Lebih.

Dulu memang kami minat Anuar Zain, tapi sekarang dah tak lagi dah. Minat kami dah berubah dah pada Tok Guru Salih.

Inilah idung Tok Guru Salih yang menjadi tajuk utama akhbar tempohari. Sedang sedang jek. Aku pun dah tekad, kalau aku jumpa dia, aku nak bawak tali ukur, pastu nak ikut saiz sama. Kalau boleh rambut pun aku nak ikut sama. 

"Nyonya, kasi potong ikut itu Salih Yakob." 

"Aiyoh, wa tatak tau mah, itu olang. Lu tak mau itu Lastin Baba kah?"

"Siapa nyonya?"

"Aiyah, lu olang, itu lastin baba, lu talak kinal. Itu ala bulak kasi nyanyiii ilu lagu mehmeh, mehmeh maaa.."

Suasana tiba tiba sunyi. Hanya terdengar bunyi gunting bertemu bilah. 

Tiba-tiba daun pintu terbuka. Wah, aku pun nak cerita hantu. Lampu tutup please.

Ya, aku gunting kat kedai nyonya dan bukan salon ahmoi rambut baru keluar banjir lumpur. Dan bukan jugak kat mamak, sebab mamak sound effect jek lebih gunting dia. Guntingnya sikit jek. Lagipun tak tahan bau ketiak depa. Hangit nok. Macam masak nasi pakai dapur kayu.

Apapun, selepas ini, aku nak tukar profile facebook aku dan letakkan gambar terkini hidung aku sebagai tarikan. Aku yakin ia mampu menjadi satu tarikan kepada gadis gadis di luar sana.

Dan gadis gadis sekelian, tunggu gambar hidung kita tau!

Malah, kalau aku YM dengan sesiapa mahupun ber-Blackberry Messenger, aku akan tanya:

"Hi awak, kita nak kenal dengan awak. Awak nak tengok gambar terbaru kita tak? Tiap tiap hari kita update tau gambar kita. Baru lah latest lewww. Ini bukan gambar kita kat pelamin tau tengah bersalam."

"Wiiiiiiii, beshnya.. nak nak nak nak!"

Hazrey is sharing with you a file Hidung-17May.jpg. Click accept to receive the file.

Yang pasti, gadis gadis kat Malaysia ni sebenarnya tak tahu, Justin Bieber itu sebenarnya adalah Salih Yakob.  Ini rahsia. Jangan beritau sesiapa ok. Susah aku nanti.

"Dulu ingatkan dua jek, sekali dua kali dua rupanya.. ahaks.. jangan jelesss.. aiii followwwww....!!!"



Bang Salih, kaulah idolaku. 



Sunday, May 15, 2011

ENTRY #669: ipad2

Ya, aku dengan bongkak dan riaknya, mengupdate this entry using my
brand new ipad2 with wifi and 3g.

With 32GB internal memory, ia mampu menyebabkan isteri anda puas pada
malam jumaat kerana boleh download memacam resipi dan senang untuk
dibawa ke dapur untuk buat reference menu baru!

Itu, sedari dan sedara yang saya hormati sekelian, membuatkan hidup
kami bahagia dan buktinya adalah perut yang semakin membuncit.

Ya, percayalah, lelaki yang perut buncit itu semua disebabkan
penggunaan ipad2 yang menambah seloka hidup kerana boleh download
angry bird, talking tom dan banyak lagi. Gila ahhhhhh. Talking tom
adalah terbaik sebab ia adalah seekor kucing yang degil dan kuat
melawan kerana ia suka ulang apa kita cakap pada dia. Dan tom tahu
suara lelaki atau wanita sebab kalau suara aku, yang kuar pun bunyi
garau. Ilang kewanitaan ai tau. Ehh?

Kekadang bila bini tak perasan, aku akan bisik guna suara halus, hehe
comel jek suara aku kuar. Tapi biasanya aku kantul, sebab lupa nak
kurangkan volume. Ungka kan. Takpelah aku redha.

Apapun, belilah ipad2 kerana ia mampu meransang kehidupan anda.

Ada satu application yang sangat baik sesuai dengan kerja aku ialah
i-prompter live yang digunakan pembaca berita untuk membaca skrip dan
tempohari bia digunakan dalam satu projek video korporat, client yang
tengok penggunaannya di bawah kamera kami, tercengang dan berbisik
bisik sesama sendiri mengakibatkan hidung kami sakit teruk, sebab dok
kembang kuncup. Cedera tau. Nanti takde orang cakap idung kami comel.
Sedih tau.

ENTRY #668: REMPIT BISU.

Remaja berusia 19 tahun. 

Ramai rakan sebaya turut terlibat dalam lumba haram malam tadi hingga jam 3 pagi.

Bezanya, remaja berusia 19 tahun itu, bisu. Tak padan langsung dengan kecacatannya.

 Remaja bisu (berpakaian putih) dan rakannya di sebelah kiri.





Remaja bisu mengaku tidak memiliki lesen memandu.


Rakannya pula, seorang mekanik berusia 26 tahun, menunggang motosikal jenis Yamaha 125z berkuasa 125cc, mengakui memecut selaju 125 kilometer sejam!

Ini contoh motosikal yang disebut.


Jalan Tebrau, Johor Bahru yang sudah lama sunyi dari lumba haram sejak dibanteras habis-habisan pada tahun 90-an kini kembali bising dengan bunyi enjin pelumba pelumba haram yang berani mati. 

Sebelum ini mereka menjadikan jalanraya sekitar Pantai Lido berhampiran Teluk Danga sebagai medan, namun bertukar selepas kerap digempur polis trafik.

Gila pecut 150km sejam! 

Kelajuan maksimum motosikal dua lejang  ini adalah 180km jika mengikut pada odometer kenderaan ini. 

Jalan Tebrau agak sibuk kerana ia antara jalan utama di Bandaraya Johor Bahru, tetapi buat pelumba haram, ia satu cabaran buat mereka.

Aku rasa, lepas ni kalau bebudak ni semua degil sangat, haramkan jek semua jenis motosikal dua lejang, dan perkenalkan balik motosikal Yamaha Passola. Takkan tu pun nak buat lumba haram jugak kan.

Kalaupun depa nak juga berlumba guna motosikal ni, kaki kena kuat sebab kalau naik bukit kena hayun kaki kais jalanraya kasi laju.


Awek berusia 21 tahun ini turut ditahan. Dia antara penonton lumba haram di Jalan Tebrau. 


Antara foto menarik Ops Samseng Jalanan subuh tadi. Awek berbaju putih itu tidak berlumba tapi temankan abang sayang anje tengok lumba haram. Anak siapalah tu.

 
Punggung kasi naik lebih sikit. Tak, selepas ditahan, pelumba haram ini tak perlu angkat sumpah di masjid kerana posisi compromising ini.

Thursday, May 12, 2011

ENTRY #667: BOLEH BACA?

Boleh baca?

Ada malware lagi?

Kalau ada, email to me pls or antar tweeter dengan segera.

Terima kasih.

Tuesday, May 10, 2011

ENTRY #666: Cerita Hantu

Kat Malaysia, cerita hantu laku. Walaupun makeup effect yang depa gunakan langsung tak real.

Dan ada juga cerita hantu yang syok sendiri. Yang sepatutnya menakutkan, tapi kena gelak.

Macam cerita Khurafat. Tu pun aku tengok DVD. Aku gelak sungguh sungguh sampai kena marah dengan anak sedara aku yang beriya iya pasang DVD tu.

"Uncle ni, bising ahh. Owang nak engok ahh, tak dengar."

Aku dok komen dengan kakak aku, setiap adegan. Haha. Scene yang secara logiknya bukak lampu, tak bukak. Macam dalam opis sapa ntah. Kononnya nak wujudkan rasa suspens. Hahaha. Tak tak, korang sebenarnya terperdaya.

Scene itu dirakamkan ketika Earth Hour. Hampir keseluruhan filim itu dirakamkan ketika Earth Hour. Kalau kat Bali, dah ada Earth Hour dah setiap tahun, dipanggil Hari Nyepi.

Eh Khurafat dah menang apa apa award tak? Kalau lum, jangan lupa undi tau untuk Filem Komedi Paling Lawak atau Kategori Lampu Tak Cukup atau Kategori Bajet Lampu Terlupa Nak Masuk.

Apapun, tahukah anda, ketika pembikinan sesuatu filem, ia memerlukan penggunaan elektrik yang tinggi. Seharusnya pembuat filim tempatan mengikut jejak langkah Khurafat kerana berjaya memberikan nafas baru kepada cara menjimatkan elektrik. Suruhanhaya Tenaga boleh menggunakan scene dari Khurafat untuk mempromosikan penjimatan elektrik.

"Kalau Khurafat pun boleh jimat elektrik, inikan pula anda.. tapi jangan lupa toleh belakang tau!" Pesanan dari Suruhanjaya Tenaga.

Dan sebenarnya, hantu tak suka gelap. Susah nak main xbox. Susah nak update facebook. Hantu juga nanti susah nak gi bilik air nanti. Hantu juga susah nak balik kul 4 pagi nanti. Kalau takder karan, hantu juga susah nak race naik motor.

Hantu juga tak suka kalau elektrik tak ada, susah nak touch up misai sebab takkan nama Misha ada misai, larilah kastemer. RM5 jek bang.. Kalau nak aircon, beritau.

Ok, apa kata mulai hari ni, kita beritau bebudak kecik, kalau nampak pengkid atau pondan, kita suruh depa jerit... HANTUUUUUUUUUU.. pastu suruh nangis kuat kuat. Kuat kuat, jangan buat buat. Kalau nak dramatik sikit, guling guling sikit.

Apa ntah aku mengarut ni. Ni mesti sebab bini aku kirim beli pad tadi ni.

Monday, May 9, 2011

ENTRY #665: cerita paling gempar! exclusive !

Semalam, semasa







































saya




                                                tak





lalu



                 nanti.

Friday, May 6, 2011

UPDATED: ENTRY #664 AND A HALF: PUZZLE WITH THE ANSWER.

There are hidden words inside this entry, on this idiot blog.
 
In life, we must always value what we have.

Treasure the love you receive above all. It will survive long after your good health has varnished. A good friend who points out mistakes and imperfections and rebukes evil is to be respected as if he reveals a secret of hidden treasure.

Be happy with what you have and are, be generous with both, and you won't have to hunt for happiness.

Love. Of all the mysteries that enchant us, love may be the one most sought after. On earth we have elevated love in art and song and at other times used the word love in such a sloppy manner that it has come to mean almost everything and nothing at all. 

The word we use for the enormous power has been known to shape wars and history, create national scandals, justify crimes of passion, turn strong men and women into weaklings, and make fools out of kings. 

And perhaps because of these same things we are embarrassed by love. We blush when we talk about love, we feel weakened when in it, ashamed we have fallen, and reluctant to admit to it.
Voila - count the words, 21 and 80.

Today, if you can figure it out, I will send you a gift. Answer must be before the end of today.  And this will be the highlights for today. Good luck. May the Omega Watch force be with you. Siapa cepat dia dapat.

This is ENTRY #664 and a half. 

*******************************************************

Malam tadi, after I posted the entry above, dua twitter fren had answered it correctly. Kinda fast though. Hangin tul aku. Ingatkan susah, rupanya senang.

However on this blog, only two readers managed to find the correct answer.

And the correct answer for the above puzzle is:


 
Aku tak tahu apa method diaorang guna, but my bet is, diaorang berjaya jumpa the hidden hint inside the entry.

Congratulations Amir ALS and Yoghurt Candy. Nanti bagi alamat snail mail to me so that I may send you a little gift. Definitely bukan patung Naruto atau patung Justin Bieber.

Anyway, as not to disappoint you, this is how it is being done:


The clue for the answer is already there:

Today, if you can figure it out, I will send you a gift. Answer must be before the end of today.  And this will be the highlights for today. Good luck. May the Omega Watch force be with you. Siapa cepat dia dapat.

Right above the paragraph, ada hidden sentence that needed to be highlighted and that will be your clue. I guess Amir ALS, and the two twitter frens last nite took the effort to count the words. Haha. Naya jek kan.

And when they highlighted the hidden text, that will be the clue to get the answer. Now, go and count the words and see whether you can get the same answer as Amir ALS. 

There is also another way of doing it. But rather not tell you cause that will be the next puzzle with an external hard drive as the prize!!

Since all three of them managed to got it rite this first time, all of them will be given  hadiah.  Takyah pun letak header blog aku nak dapat hadiah. Hahaha. Not much, tapi bukan patung Naruto or patung Justin Bieber.





Thursday, May 5, 2011

ENTRY #664: CERITA PALING BEST YANG KORANG NAK BACA.

First sekali. Buat muka serius. Ini bukan cerita memain ni. 

Dah dua hari dah. Ya, dah masuk dua hari dah.

Aku pun pelik. 

Tapi yelah, kekadang kita tak boleh jangka. 

Tapi, tapi lagi, ahhh aku nak tulis jugak tapi, tapi tapi tapi, (berdehem), dua hari tu! Tak masuk akal betul. Apa nak buat, sudah suratan.

Suratannya, aku sibuk tak sempat nak tulis apa apa kat blog ni selama dua hari. 

Sekian.



Tuesday, May 3, 2011

ENTRY #663: GAMBO KAWEN.

Another blogger, Zakiah was talking to me on Yahoo Messenger. 

She was talking about gambar kahwin.

She said: 

"seriuslah rupanya kawen ni boleh jadi benda yg malukan diri kemudian hari"
"bila tgk gambar berduet pakai spek hitam."

Hahaha, aku selalu gak tengok apa motifnya pakai spek hitam kan masa amik gambor kawin.Aku takleh pakai spek itam nanti tak nampak anak mata aku yang hijau ni. Hahah berangan kau Hazrey. Hijaulah sangat kan. Keluar daun lagi ok. Heeee jauuuuuuuu. Sebut cepat. Heeeee jauuuuuuuuuu

And kawen orang Melayu ni, kalau amik gambo, WAJIB amik gambar lompat. Semua orang nak buat camtu. Lucky masa aku amik gambar kahwin dulu, takyah lompat lompat. Karang aku lompat, ada terkena bini, dah kena cancel pulak. Sampai tua pulak. Dahlah yang standby semua dah tarik diri. Kenapa ntah.

"You nak tinggalkan ai sebab perut I ke? Sebab orang dah mula panggil ai Roy?"

"Itu nama komersil ai ok. Kan sedap nama Roy."

"Yelah, perut ai boroi, nak sedapkan ati ai ni, depa panggil ai Roy. Sedih kan. Tapi kekadang macam omputih ai rasa ni tau."

Ini gambar kami selepas dah lama kawin. Sehati sejiwa. Tengok seluar. Comel kan. Wiii. Omelnyerrrrrrrrrrrr awakkkkk



Dan demam amik gambar lompat ni dah macam satu kewajipan. Semua orang nak buat. Bukan gambar kawen jek, gambar kononnya BFF mesti amik gambar lompat. Macam celaka tau tak. Hahaha.

"You you, kita mik ambor ompat ompat jom, aru BFF.. wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.."

"Ala nanak ah, I alu ahh, ai alau ompat anti bergegar satu cakerawala.."

"You niiii, ngada tauuuuuu... tapi comellah you ni... wiiiiii.. tapi, tapi kan, alau u nanak mik gambo ompat ompat engan kitew, kitew uno wiwi jer lewwww.."

Agaknya mak mak kita mesti kata, korang ni kenapa terkinja ni hah? Mengeletis eh kau ni. Dah lama tak dengar perkataan mengeletis. Hahaha. 

Dan Zakiah, esok kau kahwin, laki kau pakai spek itam frame putih. Hahahahahahhahah.. Baju warna purple. Pitammmmm pon-dam.






DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.