Saturday, April 30, 2011

ENTRY #662: RM1.5 million drug bust.

Dua lelaki dari negara Timur Tengah dicekup petang Rabu lalu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antaranbangsa Sultan Ismail, Senai, Johor Bahru.

Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor dan Bukit Aman yang melakukan pemeriksaan menjumpai serbuk dipercayai dadah jenis syabu.

Nilai pasaran dadah yang ditemui, RM1.5 juta.

Dadah disembunyikan di ruang khas bagasi yang dibawa lelaki terbabit yang tiba dari KLIA kira kira jam 4.30 petang.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, dua lelaki berusia 22 dan 27 tahun itu berdepan dengan hukuman gantung sampai mati mandatori.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ENTRY #661: BAJU BARU.






Siapakah lelaki ini?

Jangan marah marah ok hari ini.

Selamat Menyambut Hari Pekerja dan bercuti sakan sampai Senin.

Kalau lalu kat Tapah, kirim jambu batu dengan cecahnya ya. Alamat aku bagi. Belikan dua kilo.

Hantar pakai courier. Kalau beli yang muda, pakai Poslaju sebab by the time sampai, ngam ngam masak.

Lelaki di atas ini bukan jambu. Tetapi kachak. Baca di sini.

Aku nak naik bot hari ni. Bot orang punya. Dulu naik elikopter pun bukan aku punya. Sedih tak? Mestilah sedih sebab pilot tu tak kasi aku bawak. Pendengki.

Friday, April 29, 2011

ENTRY #660: MANUSIA PALING KEJI






Apa jadahnya google pondan jalan dobi masuk sini?

Diaorang dah pindah jalan tun abd razak lah dungu. Ketinggalan zaman kau ni. Eh macam mana aku tahu semua ni?

Aku jual aircon kan, so kekadang kena lalu kat situ. Kebetulan. Tu pun orang kat situ beritau, diaorang dah pindah. Aku bukan nak tahu sangat pun. Defensive sangat ke statement aku ni? Sungguh, aku tak tahu. Kebetulan orang beritau.

Tapi baguslah ada orang google Masjid Abu Bakar. Sejuk hati aku.

Yang paling aku takleh nak tahan gelak ialah rakam rogol aksi lampau duda.

Tak tahu which is which. Apakah?

ENTRY #659: MAXIS SENDING OUT JOKES VIA TWITTER

Last nite was a nightmare to me.

Streamyx was down the whole day yesterday. Check punya check rupanya there was no dial tone. Cekik darah tul.


As a backup, my dear readers, we have Maxis Broadband! at home! yeah, see that, enjoy greater speeds at better value with HIGH SPEED INTERNET!! YEAH!! How can one resists?

Gila ahh. Memang laju der. Aku pakai helmet semalam masa surf. Laju gila. Belum click, dah bukak page. Gila tak? And yes, that is Maxis.

Wanna know their definition of greater speeds? See the picture below!


Aku rasa Imac is NOT compatible with Maxis Broadband. Ya, aku tulis untuk sedapkan hati. Sebab 5 to 6 attempts to connect, was futile. 

Tengok berapa kbps depa bagi after connected? Laju tak? It was SOOOO blooody fast, they can't even measure how fast it was!! If it is being measure by car speedometer, the term will be - cecah dinding der, meter!! Lajuuuuuuuuuuu. The only word aku boleh cakap semalam sebab terpegun dengan kelajuan connection semalam ialah: "gila ahhhhhhhhhhhhh"

Takpe, jangan putus asa. 

Aku tweet semalam. 

Hazrey
Siapa ada no hp ananda krishnan? Nk tanya dia, gembira tak cekik duit org tapi broadband cuma one bar. Gelap dunia aku takleh buat keja.
4/28/11 10:40 PM

A fren, @dieselelectric, RT my tweet and tag maxislistens. How nais kan to have frens on the social platform. 

Since dah dapat ID maxislistens, aku pun dengan hidung kembang kuncup, tweet lah kat depa:



Hazrey
@dieselelectric @MaxisListens maxis, can u pls upgrade my reception here on top of gunung kinabalu aka postcode 81200 pls. Yes, I'm begging.
4/28/11 10:58 PM

Tup tup, one Swarna_Maxis followed me, in order to receive my Direct Message. But before that, this is what she tweeted.


Swarna_Maxis
@dieselelectric @Hazrey Hi, kindly allow us to check on the broadband coverage at your location. In doing so… (cont) http://deck.ly/~dGwWX
4/28/11 11:27 PM

So, aku dengan rela hati, antarlah DM pada dia walaupun aku terpaksa tunggu hampir 5 minit untuk baca her long tweet, and I was using my Celcom's blackberry to jump to twitlonger web. Just to read what she wrote. Sedih tak? Susah kan? Apa salahnya cakap pendek pendek.

Tapi takpe, usaha itu tangga kejayaan kan. Aku pun antarlah DM kat this maxis personnel yang avatarnya ala ala model gitu. Comel !

One minute passed. Two minute passed. 12 hours passed and not even a reply from them. 

Aku tweet this personnel, tanya, adakah depa tweet semata mata suka suka or for the sake of asking jek? Ke saje seronok seronok? 

Takpe, jangan putus asa Hazrey. Camne eik. Ermm.. pikir pikir pikir.

Haaa.. gi pesbuk!! Like cepat cepat, terus aku antar satu message on their wall yang paling best. Ingat, di laman sosial jangan sesekali bergaduh sebab tiada siapa akan menang kecuali orang yang gelakkan kau sebab kau bergaduh. Hahah.


Tu dia aku tulis. Comel tak aku? Cakaplah comel.

Aku masih lagi tak dapat any reply from maxis. Kalau dapat nanti aku tulis kat sini eh. 

Apapun, semalam tetiba aku dapat notification Tayangan Unggul is following me on my tweet. Terus aku lari masuk bilik cari rambut palsu, mekap, baju orang gaji Mak Mah, payung kecik untuk letak kat fresh orange aku, tie korporat aku dan sms member aku nak pinjam keta mahal depa.


Hazrey
Tayangan unggul is following me! Yay! Nantikan kemunculanku dlm filem terbaru mereka sbg org tunggu bas - scene 5 ... http://tmi.me/9tFBO
4/28/11 11:26 PM







Sejuk shikit hati ai ni tau. Gila kau, ingat senang ke jadik pelakon tambahan tunggu bas. Mimik muka kena betul. Eye contact pada bas kena ada. Takleh tengok kamera. Banyak petua tau tak. Bukan senang tau. Baju kena color yang betul. Takleh sama dengan orang lain. Bulu mata kena lentik. Gincu kena tebal. Pipi kena bedak sungguh sungguh, kurang kurang pun 5 inci. Kasut kena Charles and Keith kurang kurang. Eh aku berlakon citer apa ni?

Kalau camtu, errmm.. saya terpaksa menolak tawaran sebagai pelakon tambahan - orang tunggu bas kerana saya merasakan skripnya tidak sesuai dengan saya. Sekian.

ENTRY #658

Thursday, April 28, 2011

ENTRY #657: big IS NOT the word.






This is not about Sudin Ajaib.

This is not about black and white movie.

This is not about Omega watch.

This is better than that.

Selepas menyelidik secara terperinci bersama team ohbulan.com sejak dua minggu lalu, kami berjaya mendapatkan pengesahan mengenai berita berikut.

Satu maklumat yang membuatkan kami teruja. Sangat sangat. Kami sendiri tak percaya. Pada mulanya kami sangkakan ia satu konspirasi. Memang ia satu konspirasi. Bukan seorang yang terlibat, ramai yang terlibat.

Dan artis serta selebriti yang terlibat itu adalah...

Tunggulah dulu ok. Anti climax pulak nanti. :)

Wednesday, April 27, 2011

ENTRY #656: i wanna read your blog.

Yes, my dear blog scandals!

Aku membutuhkan alamat blog anda untuk aku gampang membaca.

Ini semua pengaruh tengok Sejuta Cinta Marshanda ni. Ya, aku nonton soap opera Indon tu sebab in my office kami perlu tengok televisyen walaupun aku bekerja jual aircon selepas upgrade dari jual kipas.

Bukan senang jual aircon. Kipas murah takyah skim ansuran. Aircon mahal. Walaupun boleh sejukkan cakerawala, masa nak beli muka pembeli mesti panas. Kekadang berderau darah aku tengok muka diaorang. 

Anyway, kalau aku nak click sorang sorang kat followers, aku ni seorang yang malas.

Maka, apalah sudi kiranya korang listkan blog korang kat ruang komen supaya aku bisa mengetik dan terus ke blog korang. 

Blog korang mesti best jugak kan. Aku ketik pelan pelan ah. Aku ni dah tua, jari menggigil. 

Jangan malu malu. Bila korang letak link kat komen, mesti ada orang lain jugak yang akan klik. Percayalah. Tengok ni haa, dalam balang air ni orang tengah klik blog kau. Tu haaaa...

Ohh kali ni jek tau letak alamat, pasni jangan nak miang eh letak komen "ai suka blog awak, follow lah blog saya.." hahahahhhah...




Tuesday, April 26, 2011

PERKATAAN BARU HARI INI.






Banyak kali dah aku nampak perkataan ni. Some dengan exclamation mark ! Maksudnya apa? Ada tu letak ngeh ngeh ngeh.

Comel ke?

"Ai suka u letak perkataan ngeh tu, rasa macam nak peluk peluk u tau leww.. You rawksss lewww.."

Tolong aku, buatkan perkataan yang menggunakan ngeh yang pernah korang baca.

Ok ngeh? Tengkiu ngeh. Ngeh ngeh ngeh.


.

TIPS GADUH.




Aku pasti, video di atas ini melibatkan orang Kelantan berdasarkan loghat yang dapat didengar. Kalau aku salah, tolong beritau, jangan nak meroyan macam tak dapat pisang dua bulan.

Apapun, yang paling penting ialah:

1. Kalau gaduh dan ketika itu, anda memakai kain pelikat, pastikan ia dilipat ke belakang ala ala mamak, kerana jika anda terlentang, takut masuk angin. Itu petua orang orang tua, elakkan kawasan itu dimasuki angin. Teknik mengikat kain diajar pada time code 0:17. Perhati betul betul ya.

Berikut diberikan kepada anda tips secara terperinci:

Masukkan tangan anda di antara peha secara perlahan. Sambil itu, 
pastikan mata anda check line clear atau tidak, dikhuatiri kena pukul curi. 
Keselamatan mesti dijaga setiap masa der. Benda nak pakai lama kan.



 Selepas memastikan line clear, kain yang dihantar ke bahagian belakang dilakukan secara perlahan lahan tanpa mengganggu pergerakan organ sensitif, tarik tanpa mencerut terlalu ketat. Pastikan terdapat ruang angin yang membolehkan organ bernafas. Selitkan bahagian yang diambil dari depan itu ke bucu atas dan selitkan kemas kemas. Kalau boleh, dapatkan seorang rakan untuk melakukan selitan itu. Tapi INGAT, pastikan rakan anda itu tidak mempunyai rekod menghantar sms pada nombor yang ditemui dalam tandas awam. Oh, jangan lupa, mata juga kena sentiasa AWAS.



Langkah terakhir: Pusing ke arah sasaran dengan membuka sedikit kaki dan tidak terlalu kepit kerana ia tidak membantu perjalanan darah. Ia boleh mengakibatkan pergerakan anda sedikit lari pitch, namun ia menjamin masa depan apabila anda berkeluarga kelak. 



Ini dia, gambar lengkap bagaimana kain anda perlu diselitkan. Ingat, anda perlu mengucapkan terima kasih pada mamak yang dah berjuta di Malaysia ni kerana tanpa mereka, kita tak akan tahu, kain pelikat juga boleh digunakan sebagai lampin. Unik dan cute bila kita pakai macam ni berjalan di Bukit Bintang. Amaran: jika anda berpakaian begini, anda bakal terdedah dengan siulan anak muda. Wiwittt. Manja u nih.


2. Kalau dengar ada gaduh, cepat cepat tukar kain. Ataupun, kalau dah dengar angin angin ada gaduh esoknya, tidur dengan seluar pendek - seeloknya tights supaya senang anda lurutkan jek bila kehadiran anda diperlukan.

3. Di time code 0.44, anda sebagai spectator perlu memberi perangsang kepada mereka yang terlibat dalam pergaduhan sebab anda tahu di mana bahagian yang boleh dijadikan sasaran. Anda tidak perlu menyokong mana-mana pihak sebaliknya jadikan ia sebagai bahan untuk diupload di youtube. Saranan penonton pada time code ini sangat baik, sama seperti ketika menonton perlawanan bolasepak, ke mana bola hendak dihantar. Ingat, jangan bakar stadium tau.

4. Jika lawan anda bukak baju dan nampakkan badan ketak ketak dia dan kebetulan anda perasan ada orang sedang merakamkan pergaduhan  itu, pastikan anda juga bukak baju kerana lelaki tanpa baju adalah lelaki seksi. Sungguh. Lagipun, kalau koyak leceh, nampak sangat anda kalah.

Ini teknik menyerang menggunakan jurusan sayap burung iaitu dengan melebarkan ruang serangan. Pastikan jeans yang anda guna Levis 501 sahaja dan pastikan logo sentiasa ketara untuk dilihat dalam video yang dirakamkan. Talipinggang mesti ternaik sikit pada logo itu takut orang tak tahu kita pakai Levis.


5. Jika anda tahu teknik poco poco, pastikan anda menggunakan teknik itu kerana ia dapat mengelirukan penyerang. Lenggokan tarian poco poco mampu mengelakkan diri anda dari ditendang ketika anda menyengetkan punggung anda.






 6. Jika anda mendapati penyerang anda lebih dominan dan anda dah dapat telahan dan kelopak mata kiri dah berdenyut denyut tanda nak nangis, teknik memperdayakan musuh kena sentiasa disiapkan dalam diri anda. Antara teknik yang paling mujarab boleh digunakan dan amat efektif adalah teknik berikut:

Tekniknya ialah buat buat pitam sambil anda meraung adehhhhhhhhhh, aku nak matiiiiiiiiii. Penyerang akan berpikir dua kali untuk terus melakukan serangan.

Apabila ancaman sudah kurang, anda boleh cepat cepat bangun dan lariiiii dan sambil lari, jerit jerit sekuat hati - acahhhh jekkkkkkk ahakssssss. Jangan toleh belakang tau dan jangan balik rumah. Pegi rumah orang lain sebagai mengelirukan musuh anda yang sah sah dah tau rumah anda kat mana. Poyo kau ni.




Apapun, semua teknik ini penting untuk kita menghadapi serangan atau menyerang. Style kena ada. Lipat kain pun kena betul. Badan kena ketak ketak dan sapukan sedikit minyak untuk nampak macam Rambo sikit dan pastinya anda akan dapat mendengar "Wahhh abeh ramber.."

Entry ini dibawakan khas kepada anda oleh TM - Penyedia Jalur Lebar Komuniti Anda!


Ya, video itu sebenarnya viral untuk mempromosikan Pusat Jalur Lebar Komuniti. Semua itu lakonan semata-mata. Benci tul ai kena tipu tau. Haha, agaknya kot sebab aku tengok kedai tu pun tak bukak tapi budak amik gambor ni asyik hala kat kedai tu jek. Apa kejadahnya kan. Haha. TM jangan saman aku ya. Sekarang musim orang saman. Ai garang tau.

 Nengok muka geram ai. Eeeeeeee geramnyeeeeeeeeeee nyeeeerrrr nyeeerrrr. Hoii apa nengok nengok!!!@#$

(kredit to Miss Volvo for this epic pic).

Sunday, April 24, 2011

PETUA ORANG MELAYU KALAU AMIK GAMBOR.

Ya, aku tak tipu. 

Memang ada petua kalau amik gambar. 

Kecik kecik dulu, mak aku akan jerit:

"Jangan amik gambar bertiga, tak elok!!" 

Orang dulu dulu memang banyak petua. Memacam petua keluar. 

Kami sebagai anak yang patuh dan nak cium pintu syurga, ikut jerlah. Dalam hati aku, ermm takde chance lah nak bergambor kalau ada bini dua. Kena ada tiga. Baru genap. Mampussss si Hazrey ni berangan. 

Lelama tu, tidak mahu menderhaka, aku hantar satu email pada mak. Mak pulak berada di dapur sedang memasak manakala aku di bilik. Terpaksa antar email sebab mak tak add lagi aku kat Blackberry dia:

"Assalamualaikum bonda yang disayangi.

"Diharapkan warkah yang dihantar ini tidak mengganggu tugas tugas rutin bonda yang sentiasa sibuk dalam membesarkan anak-anak supaya tidak masuk tv lepas kena cekup dalam operasi rempit.
"Sementelaah bonda sedang memasak itu, mungkinkah bonda sudi untuk anakanda bertanyakan satu soalan yang sudah lama menghantui fikiran anakanda?"

"Ini soalannya bonda: kenapa bonda selalu berkata, tidak elok jika bergambar secara ganjil jumlahnya?"

"Untuk makluman bonda, pada 1992, iaitu ketika anakanda masih lagi berusia 2 tahun, ehh salah bonda, maafkan anakanda sebab tersalah kira, sebuah kumpulan gilaan gadis baru menempuh alam remaja - ditubuhkan."

"Mereka ini dikenali sebagai KRU. Bonda tahu tak, walaupun anakanda sedikit benci untuk menyebut nama kumpulan itu kerana disebabkan merekalah cinta saya dengan Mona anak bilal ditolak mentah mentah sebab katanya, anakanda tak comel macam Yusry dengan rambut leleh."

"Bonda, KRU tu dianggotai 3 orang. Sampai hari ini mereka elok jek. Tapi saya tetap benci Yusry sebab lepas Mona berubah hati, tahu tahu dia kebas Erra Fazira pulak, anakanda hampir nak uno wiwi tau bonda. Tup tup sekarang ni orang gosipkan dia dengan Lisa Surihani. Bertambah benci perasaan anakanda pada dia. Rasa macam nak hempas hempas badan ni tau. Lepas ni anakanda nak letak status pada Facebook, benci Yusry."

Ini gambar mereka. Comel kan Norman. Hihi. Benci tengok Yusry tu, ngada ngada nak bawak Lisa ai tau.


"Harap bonda memahami, faktor saintifik amat penting ketika mengeluarkan satu petua kepada anakanda semua." 

Sekian. Anakanda Hazrey.

Tak lama lepas tu, bonda reply email aku:

Bonda terdelete email anakanda sebab tengah tumis sayur. Sori eh. Bangun! pegi kedai beli kelapa parut. 

"Ok bonda, jangan lupa add anakanda pada Blackberry bonda tauuuuuu. :)

"Kau ni buang tebiat ke, bila masa pulak aku ada benda beri tu." Wiiii.

Memang betul. Kekadang kami tergelak bila mak kata jangan amik gambar tiga orang. Apapun, niat dia baik. Katanya, tak baik bergambar ganjil sebab takut cepat berpisah. Maknanya, dia sentiasa mahu anak anaknya akrab. 

Dan kami yang degil ni, mesti cakap, mak, KRU pun tiga orang! Mak sengih jek. Comel mak eh. Tak tahu sama ada dia suka kumpulan KRU atau sebab jawapan kami. 

Sekarang KRU dah tua. Mona pun. Mesti dia dah gemok. Padan muka dia. Dulu dia hot macam Juliana Evans sekarang. Dengar anak sembilan. Mungkin rumah tak ada televisyen agaknya. Lepas maghrib tak tahu nak buat apa. Kesian. Pegilah Courts masa bulan puasa, mesti ada promosi pakai dulu, lepas raya baru start bayar. Haaa kan.

Anyway, alah, kalau aku bela misai macam gambar Yusry tu, mesti bukan Mona jek meleleh tengok aku. Kecoh slot Kontroversi Melodi nanti. Aku malas jek. Ya, aku malas jek. Jangan cabar aku tau. 

Baru-baru ni, ketika majlis merisik sepupu aku (bukan aku yang dirisik walaupun masa tu aku menipu diri sendiri, aku yang dirisik.. sedih kan), sekali lagi petua yang sama dikeluarkan, kali ini oleh Mak Long, kakak kepada mak. 

"Heyyyy tak baik amik gambar lima orang!!!" dia menjerit persis suara Ella tanpa gaya melentik menebarkan rambutnya sebab takut uban semua melekap kat muka kami. Dia menjerit tu sebab dia pun ada dalam gambar tu dan aku pulak tukang amik gambar.

"Apalah mak long ni tau. Ngada ngada tau, tu Wonder Girls ambik gambar lima orang, elok jek." Aku jawab serious.

Kami berderai ketawa.

Mak Long terdiam dan berkerut dahi. Tak tahu kenapa.



Saturday, April 23, 2011

WEEKEND UPDATE: LAGU RASMI WELCOME TO MALAYSIA.

Hahahahahahahahahha, celaka tul penulis ohbulan. Pepagi aku dah gelak macam orang kena sawan.Bercucuran airmata aku ketawa. Hahahahahahahah

Ini posting original ohbulan. Hahahah. Siap tweet pada Siti Nurhalija. Hahahahah

Amaran: kalau bukak video bawah ni dan kantul dengan boss, beritau dengan muka serious:

"Boss, sorry ini lagu rasmi Welcome To Malaysia, nak hantar ke Jerman dan Itali sebab hanya dua negara ni jek faham English kita. Boss kena faham."



Aku cuba untuk tulis lirik lagu ni walaupun aku sungguh TAK PAHAM:

Ya, aku tak sibuk hari ni. Maka, inilah kerja aku selain fitnah orang. Hahahahahahahah


How are you, welcome to Malaysia

Lady gentleman, lady gentleman (lady or ladies?)

How do u do I am veli  glad.

Happy to see you, welcome welcome to u

Tang time code 0:39 ni, aku terus jadik dungu sebab aku tak tahu apa dia sebut. Hahahahahahhahahah

Happy is in your hand. (whattttt> kebahagiaan di tangan anda? macam slogan celcom jek.. hahahaahhah)

Pastu ada perkataan meleleh ke dalam bahasa Inggeris? Hahahahahahahahahahah

Lets go lets go shopping. hahahahahahahahhaah

Ohh oh hoooo ... hahahahahahah

Tapi tang time code 1:39 dia rap paling best. Aku nak buat ringtone pasni. Siapa yang aku tak suka, aku letak ringtone tu. Hahahahahahhaahahahahahahahahahahahahah

Kalau orang Jerman dengar, dia akan kata: Achtung Itali itali. (dia cakap itali daaaaaa).

Orang itali dengar, diaorang cakap Nazi nazi. komunisssss... hahahahahahahah

Aku nak migrate camni. Abe rase nak pindeh. Hahahahahahahah How do u do i am beli glad. Hahahahahahah Siapalah penulis lirik ni. Bukan orang tiga line eh? Harap bukan. Hahahahahahahah

Dah cukup. Hahahahahhaahahahahahahha

* * * * * *
WHEN this entry was up in March, several days after, the video was removed from utube. So many had missed this classic work of art. 

However, many disliked the video. Kesian.

I am posting this again for those who had missed this vidz. Rebbeca Black, Rosalinda is bettah!!  

Oh, sesiapa yang nak download lagu ni, sila ke link ini. Hahaha aku siap convert to mp3 ok, boleh buat ringtone. Buat apa download lagu Justin Bieber. Lagu ni lagi besh. Hahahah

Friday, April 22, 2011

JUSTIN BIEBER.






They shouted Marry Us! If it is Justin Bieber, boleh jek share share ni. Tak kisah.

If this is Justin Bieber, what will they shout? Please suggest.

Wednesday, April 20, 2011

GUESS WHAT? SAYA PESERTA MASTERCHEF MALAYSIA !! YAY!!






Ya, sila bersorak sebab aku akan masuk pertandingan MasterChef Malaysia! Haaa, korang jangan terkejut, kau ingat, aku ni pandai meroyan jek kat blog dan pandai mintak orang letak header blog? 

Tolong sikit ya. Aku memang pandai masak! 
Aku rasa memang senang aku nak 'kitai' peserta lain. Ini berdasarkan pengalaman aku yang banyak dan pengetahuan aku yang sangat banyak tentang memasak. 

Dan aku ada bukti. 


Hiasan semata-mata ok. Ini hanya untuk mengukuhkan pengakuan aku yang selama ini tak pernah aku kongsi dengan mana-mana lelaki mahupun wanita. Sungguh. Bukan pengakuan yang perut aku macam tu lah. Kau ni kenapa?? Pengakuan yang aku tahu masak. Perut itu mengelembung berpunca dari kesan merasa masakan aku setiap kali aku masak. Biasanya, aku kena masak dua kali sebab bila rasa, macam tak rasa, kena rasa lagi sekali.


Bila dah kali kedua rasa, aku baru sedar, masa dua dua kali tu, takde bunyi sip sip, so kena rasa lagi sekali sebab mak aku selalu buat ada bunyi. Miss bini buat pun ada bunyi. 

Petua orang tua tua, kalau bunyi sip sip tu kuat, maknanya sedappppppp. Nanti masa recording Masterchef tu aku kena bunyi kuat kuat, pejam mata ala ala macam sedap, pastu telan macam tak cukup. 

Ohh berbalik pada perut aku. Itu cuma bagi gambaran ok. Jangan kau nak buat onar. Ini gambar sebenar perut aku, baru amik pakai henpon, khusus untuk korang. 



Sori tak nampak muka sebab tak pandai sangat amik gambar. Blur sikit lah. Lagipun kalau sharp sangat nanti banyak pulak pondan berair nanti. "berair ai nok engok gambor badan hazrey." pitam aku nyahhhh.

Sori badan berminyak sikit. tengok ketak ketak tu macam roti gardenia pulak. Perasa kacang. Kaya pun sedap kan. Haha. Kenapa kau tak ketawa? Setan kau ni.

Aku dah bersiap sedia untuk menyertai Masterchef Malaysia ni. Banyak persediaan terpaksa dilakukan sebab di Malaysia kita banyak sangat resipi rahsia. Dan aku pasti, aku akan berkongsi teknik masakan yang jarang dilihat di luar negara. Aku pasti. Hidung aku pun tengah kembang kuncup ni, sebab terlalu yakin.

Yang paling gimik ialah pakaian aku. Aku akan pastikan kehadiran aku sentiasa disedari. Yelah, mesti ramai kaum pompuan masuk. Depa ni bukan bagi chance kat kita ni. Rasa macam diskriminasi. Aku yakin, kaum pompuan mesti dengki kat kita ni - kaum yang lemah. Bila masa lemah eik? Salah eh?


Aku sangat yakin, jika mereka nampak kita pun jadi peserta, depa akan tumbuk cili kuat kuat biar percik kat kita. Aku yakin, kalau depa potong bawang, mesti dia renjis kat kita airnya. Konspirasi mereka ni semua.

Jangan risau, aku dah bersiap dengan segala kemungkinan. Aku dah siapkan baju aku yang paling canggih dalam dunia, khas untuk Masterchef Malaysia! Sure gempak der. Sungguh. Sumpah gempak. Tengok baju aku ni.


Kalau rabun, sedarlah diri tu sikit, pegi klik kasi besor sikit. Tak sedar diri betol kau ni kan.


Antara yang paling penting ialah sarung tangan / glove sebab pernah sekali tu, kawan aku tanya, kenapa jari aku kuning. Aku cakap aku baru lepas makan. Dia kata, aku baru lepas masak pakai kunyit. Hilang comel aku jap der. Sedih aku.

Aku doa doa mintaklah Masterchef Malaysia ni recording hari Jumaat pagi dan sebelum solat Jumaat dah selesai sebab aku boleh terus standby kat Masjid Negara kot ada orang nak meroyan kat KL tu dek video hitam putih. Asal nak demo, pegi dari masjid. Asal nak demo, pegi dari masjid. Padahal baru buat pahala, dah kena sumpah dengan orang. Kena sumpah sebab apa? Jammed lah bodoh. Yang organise pun bodoh, yang ikut 10 kali lagi bodoh. Dan orang dalam kereta sangkut jam, diperbodohkan dan terpaksa buat muka bodoh bodoh alang.

Resipi. Haa ini cerita paling best. Aku kalau boleh nak buat resipi sendiri sebab resipi aku secret. 

Tapi tak apa, aku dah standby luggage aku ala ala AF, kot kena keluar bolehlah aku nyanyi slow slow, percayalah pada diri dengan harapan dan keyakinan... menuju pintu... mesti aku sedih, mesti aku nak kena peluk peserta perempuan lain. Mintak mintak kamera tuju kat tempat lain.

Pengetua aku kena peluk gak ke? Dalam Masterchef Malaysia ni ada adegan drama drama tak? Kalau ada, aku kena standby dan aku dah pikir dah adegan apa yang aku nak buat. Mesti gempak satu donia.

Kalau aku tak sempat siapkan masakan aku, aku akan buat buat pitam. Haaaa... mesti gempak kan.

Apapun, aku dah sediakan peralatan memasak aku untuk Masterchef Malaysia ni. 


Batu lesung penting. Sebab kalau idak macam mana nak tumis. Ohh, aku akan bawak tuala Good Morning dua tiga elai sebab nak buat alas, kot pecah lak lantai Astro tu kang. Kelentang kelentung kelentang kelentung. Wahh meriahnya! Omputih pun takleh celen kita kan.


"Ada orang rewang ke kat Studio B tu?" tanya Steven, mat salleh producer History yang baru keluar dari Studio A. Ayat tu aku dah pakai google translate lah. Kau ni sibuk jek. Ohh mat salleh sebut rewang - rehmoney. Sungguh.

Lagi satu, kalau nak dapatkan umphhh pada resipi yang akan aku present pada Masterchef Malaysia ni, aku akan bawak satu lagi peralatan rahsia aku iaitu:

Batu giling ni penting ya fuan fuan. Wah aku dah macam ada program sendiri pulak. Hahahaha.


Kalau tak bawak batu giling ni, mana nak hancur lada kering aku cik temah oii.

Tapi aku rasa, aku akan jadik peserta faberet sebab belum apa apa aku dah siap siap ada supporter sendiri. Astro tak boleh marah sebab AF pun boleh ada supporter apa. At least masa aku giling lada tu, bolehlah mika jerit - gehleng gehleng... semangatlah sikit aku kan.

Of kos lah, supporters aku mesti omputih. Ehem. Lepas ni aku leh jalan satu donia buat program masak masak ok. Kalau tak sedap bukan orang tau pun. Bukan kat tv tu orang boleh bau. Tul tak?

Aku gerenti boleh menang.

Aku dah bayangkan bila aku menang nanti, pengetua akan naik pentas pakaikan jubah dengan topi mortarboard tu, aku mesti melonjak gembira. eh hadiah dapat apa eik? Hihi, bestnya. Aku tau, aku tau, mesti dapat hadiah rempah tumis setahun punya stok. takyah aku menumis.

Aku tengah bayangkan lepas menang tu nanti, mesti Mangga dengan majalah Hai ajak gi swimming pool amik gambor tak akai aju. Yay yay tak akai aju ! iler lah awak. awak lah iler. ewel. Uno wiwi aru tau. Hahahah.

Oklah, aku rasa dah panjang sangat. Jangan lupa taip Tumisundi Hazrey ok? Ai suka!

Eh, camne nak goreng telur ni. Goreng telur masukkan halia tak? Mana pulak kuali ni. Adeh minyak abis lak. Masak maggi cup jerlah. Kalau camni, aku masuk Masterchef Junior jerlah. Susah tak?

Apapun, kalau juri kutuk aku, aku lempar batu giling tu kat diaorang. Haaa baru dia tau.

Tuesday, April 19, 2011

IBADAH PONDAN - HANYA SOLAT DAN MENGAJI, TAPI TETAP BERPAKAIAN WANITA.

Sambil aku memandu dari Johor Bahru ke Putrajaya yang sangat jauh ni dengan harapan dapat berjumpa dengan kawan aku yang bekerja di Kementerian Sumber Manusia yang dah lama aku tak dapat jumpa, seorang rakan menghantar mesej mengajukan satu soalan yang sangat baik.

Mungkin takde kesempatan aku jumpa sebab depa pun tak mahu jumpa aku. Sibuklah tu kot, ke dah benci ke. Ya, tak semua orang suka kat aku. Aku rasa lebih ramai yang benci kat aku. Sedih kan. Jodoh ada, cuma cinta terhalang. Dihalang apa yek? Hahahahaha.

Anyway, kebetulan aku bersama dua orang Ustaz untuk perjalanan yang sangat jauh ni, dan maka berdebatlah kami mengenai persoalan itu. Seorang ialah Ustaz Azhar Abdullah dan seorang lagi Ustaz Ammar. Ya, aku berkawan dengan ustaz ustaz jek sekarang. Nak dapatkan hidayah der.

Soalan: Golongan pondan membuat justifikasi bahawasanya mereka mematuhi amalan solat dan turut membaca AlQuran, dan mengapa mereka tidak boleh diterima masyarakat apabila berpakaian wanita, perawakan wanita, bermekap lebih dari wanita malah menghulur sedekah kepada golongan tidak berkemampuan?

Jawapan: Tanggungjawab seorang hamba Muslim kepada Allah sebagai Tuhannya bukan sekadar ibadat khusus seperti solat, puasa dan membaca Al-Quran semata-mata. Sebagai seorang Muslim, kita terikat pada Rukun Iman dan Rukun Islam. Rukun Islam mesti di dahului dengan Rukun Iman. 

Rukun Iman ada enam. Perkara keenam, Beriman dengan Qadha dan Qadar bermaksud beriman dan yakin dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan pada kita samada baik atau buruk. Apabila kita dilahirkan sebagai seorang lelaki, maka tanggungjawab kita menerima taqdir sebagai seorang lelaki dan mengamalkan segala ibadat yang terkandung di dalam Rukun Islam yang 5 sebagai seorang lelaki. Barulah lengkap Iman dan Islam kita.

Kalau hanya mengerjakan solat dan membaca Al-Quran, tetapi tidak mematuhi perkara keenam Rukun Iman, maka jadilah ibadat itu seperti seorang bukan Islam yang mengerjakan puasa, ibadat dari Rukun Islam ada tetapi pegangan dari Rukun Iman tiada.

* * Tu dia jawapan Ustaz Azhar Abdullah. Puas hati cik nyah cik nyah semua? Hope that answers your question Ms Bella Qahar. (note: untuk yang keliru tu, cik bella memang jantina tulen pompuan. dia bertanya sebab dia fedup dengan pondan pondan ni semua).


MAIN BOLA JOM. TAPI KENA PANDAI PANJAT PAGAR TAU.

Wiiii. Hahaha. Sewel korang ni tau.

Ok enough with the wiiiiiii thingy ok. Wiiiiiiiiii.

Anyway, semalam tetiba aku gelak sesorang, selain baca komen korang semua in my previous entry on the douche beg that actually asked people to post their blog headers, aku teringat kisah aku main bola kecik kecik dulu.

Ya, aku memang suka gelak sorang sorang. Aku punya sukalah. Bagus apa, kalau ada apa apa berlaku, I can just plead insanity. Ahhh ahku gilaaarrr..

Dulu, duduk kat kampung, ya aku duduk kampung dan kampung best. Naik motor takyah pakai helmet. Bila nampak 'air' (dulu orang panggil polis - air), mencecet jugaklah perah throttle. Bawak pulak motor cub bulat. Mana ada larinya pun. Korang orang pompuan tak tahu, dulu ada motor cub bulat, mesti ada side mirror macam tangan berdoa. Kan der?

gambar hiasan semata mata.

Kau tengok side mirror tu. Sebelum jalan, kita doa dulu. Kalau nampak air, kita doa jugak "sahaja aku perah minyak kerana nak lari dari kena kantul." Mana sempat nak tadah tangan der.

Semangat 1Malaysia dulu memang dah ada kat kami. Kalau main bola, kami akan pergi ke satu rumah yang lamannya besar, separuh dari padang bola sebenar.

Rumah itu dimiliki seorang doktor berbangsa Sikh. Anak lelakinya kalau tak silap ada dua orang. Dan kekawannya pelbagai bangsa. Cina ada, Melayu ada, India ada.

Dan selalu jugaklah, kami bebudak kampung ni diajak main bola di rumahnya. Masa kecik kecik kan. 

Dulu mana ada PS3. Main tembak tembak pun pakai senapang kayu jek. Bunyi tembak pakai mulut jek. kesian kan. Orang kampung. Kalau setakat kena air liur menyembur masa bunyi tembak tu, dah biasa dah. Macam macam bau ada. Kena pulak yang bunyikan sound effect tu warna gigi macam buttercup - kalau kikis boleh buat kuih raya, mau sebulan melekat bau.

Anyway, kalau main bola tu, memang seronok sebab kami satu team bebudak Melayu. Dan mereka pulak satu team berbangsa bukan Melayu. Kiranya macam World Cup lah. Terer tak kitaorang.

Kami selalu menang. Memang best perasaan kalau menang main apa pun. Terasa hidung macam takleh nak control kembangnya. Macam berdenyut denyut hidung. Kalau ada sound effect masa kami menang tu, confirm hidung kami semua bunyi "nyut, nyut, nyut." tiga kali jek.

Tapi, kami sentiasa bersiap sedia untuk panjat pagar. Kami tak pernah serik untuk panjat pagar bila menang. Kemenangan kami sentiasa disusuli dengan adegan panjat pagar. Yelah kalau kat EPL depa pegi slide kat padang. Kami tak. Kami lari panjat pagar.

Sebabnya?

Tuan rumah tu ada bela anjing. Yang sangat garang dan sangat besor. Setiap kali kalau depa kalah, salah seorang anak Sikh tu, kami akan tengok dia akan lari ke arah belakang, dan kami dengan automatiknya, akan lari ke arah pagar. 

Tak payah kira satu sampai sepuluh, confirm anjing akan keluar pi kejar kitaorang. Pastu diaorang gelak kat kami sungguh sungguh. Setan kan. Dah kalah, lepaskan anjing. Setan tul. Ngelat tau! Kalau ada yang tanya kenapa tak lari keluar, masalahnya pintu masuk berada di laluan anjing tu datang. Memang tak sempat punya!

Bila dipikir balik, yang bestnya, kami tak pernah serik pegi rumah tu untuk main bola walaupun kami tahu kalau home team kalah, sure kena kejar anjing. Dan bergayutlah kami kat pagar rumah mamat tu reramai. Kesian kan. 5, 10 minit jugaklah tunggu. Kasar jari aku tau.

Tapi, adegan paling menyayat hati yang membuatkan kami gelak sampai hari ni kalau aku jumpa balik jiran jiran tu semua ialah salah satu game yang kami menang (well, seperti biasalah kan. Maklumlah, aku ni pemain terbaik. Tetiba nak ngaku pulak. Haha).

Mungkin sebab selalu bergayut, pagar yang kami parking tu, dah tak kuat agaknya. Maka satu kali tu, bila nampak mamat tu dah berlari ke arah belakang nak lepaskan anjing, kami pun apa lagi, berteraburlah lari panjat pagar. 

Agaknya masa tu kuantiti kami tak dapat menepati keutuhan pagar tu. Bila semua pemain utama (sebenarnya semua termasuk tukang urut, pemain reserve, pemandu bas - mana ada tu semua), dah bergayut kat pagar tu, ia tak dapat tampung, salah satu tiang penyokong patah, maka melenturlah pagar tu. 

Bayangkan tak seksa? Dan salah satu sebabnya tu, aku ingat lagi kami ada seorang kawan bernama Jeff yang badannya sangat besar, dan dialah penyebab musibah tu semua. BMI dialah penyebabnya.

Yang tragisnya, anjing dah menyalak sungguh ni siap dengan gigi keluar airliur macam dalam tv tu. 
Berderet kitaorang ni bergayut, dengan punggung masing masing memang jadik hidangan jek buat anjing tu. Jadik semua terpaksa kemutkan punggung masing masing (nasib masa kecik kecik dulu comel) kecuali Jeff yang tak dapat buat apa apa. Kami simpati pada dia. Tapi tulah, kami pun tak dapat buat apa apa kecuali berpeluh bukan sebab penat main bola, tapi peluh kecut.
Seminggu kami marah Jeff dek peristiwa tu. Seminggu kami tak kawan dengan dia. Bila nampak dia dengan perut boroinya dan pehanya yang saiznya adalah gabungan lengan kami lima orang, kami lari balik.

Lepas seminggu, dia datang dengan game baru bapak dia belikan, terus kami kawan balik dengan dia.

Dan kami dengar Jeff sekarang hensem. menyesal kutuk dia. Kalau idak boleh tumpang kasih.

Monday, April 18, 2011

Sila Letak Header Blog Saya Untuk Glamerkan Saya Lagi.

Saya dulu kecik kecik, kurang susu badan sebab adik beradik ramai.

Masa di sekolah, saya kurang kawan sebab badan saya bau bushuk. Lagipun saya memang tak suka kawan dengan orang, saya macam rasa mereka ni semua nakkan sesuatu dari saya. Saya selalu elak makan di kantin, sebab saya tak shuka diaorang tengok saya. Saya tau, saya lebih tampan dari mereka.

Saya, saya rasa, saya seorang yang kurang popular. Bukan sahaja di sekolah, ketua kampong pun tak mau kawan dengan saya. Saya rasa sedih.

Bila saya dapat tahu kita boleh tulis belog (wah saya rasa macam saya ni Hanis Zalikha!), kita rasa kita boleh dapat ramai kawan kat sini. Alah tak kisahlah tak jumpa pun, saya pun bukan nak tengok sangat muka diaorang. 

Apabila saya ada blog, saya rasa inilah peluang untuk saya meluahkan rasa hati. Saya tak perlu letak gambar saya yang sebenar sebab saya tahu, manusia suka kalau saya berdusta.. walaupun hati saya berat nak berbuat demikian. Ikhlas saya katakan, berat hati saya tau. Ni pun saya menulis sambil menitis airmata. Mungkin teresak esak, Tuhan jek yang tahu.

Bila saya letak foto dusta saya, saya sangkakan akan pantas orang datang membaca. Tapi saya hampir putus asa. Setiap minit saya tekan butang refresh. Yelah dulu saya pakai Internet Explorer, cuma sejak sejak ni jek saya pakai Firefox. Nanti saya letak cara cara untuk download Firefox eh. Mesti awak suka. Tak susah sebenarnya nak download Firefox. 

Cerita pasal download Firefox ni, saya pernah berkecil hati dengan kawan baik saya sehingga kami bermusuh. Saya ada tulisnya di belog saya ini. Sedih saya tau. Kalau awak baca, mesti awak sedih jugak.

Satu malam, saya telefon kawan saya ni, biarlah saya panggil dia H sahaja. Nama dia sedap. Dah lama kami berkawan. Malam itu, saya telefon bertanyakan macam mana nak download Firefox.

Dia memang seorang rakan yang suka membantu orang. Tapi malam itu saya sedih dan menjadi titik noktah kami putus kawan.

Panjang lebar dia terangkan. Saya suka cara dia terangkan, sangat jelas. Dia sangat sabar.

Pastu, apabila saya pergi ke ruang taip alamat di Internet Explorer tu, saya cuma dapat reply Error 404 - Not Found. 

Banyak kali saya cuba, tetap dapat jawapan macam tu. Saya mula give up tetapi H tetap tak putus asa memberikan tunjuk ajar. Baik H ni, bisik hati saya.

Saya rasa hampir 20 kali saya cuba, tetap sama. Saya pulak terasa seperti menyusahkan H.

"Tak apalah H, mungkin tempat tu ada problem agaknya. Diaorang dah tidur agaknya tak?"

"Mana ada tidur, tak apa awak cuba lagi ok, jangan putus asa. Benda ni kena cuba banyak kali. Mungkin setting salah," kata H memujuk saya.

"Ok H. Terima kasih H. Sori susahkan awak."

H pun memberitahu macam mana nak tengok setting Internet Explorer, dan mengajar saya setiap langkah yang perlu dilakukan. Aku rasa hampir sejam jugak saya bercakap di telefon mengikut setiap arahannya. Panas telefon saya,

Tetapi, pada satu ketika tu, saya macam terkejut sebab tetiba H terdiam beberapa saat. 

"Rumah awak ada internet?" tanya H.

"Ohh belum lagi. Tengoklah mungkin minggu depan kita apply, sebab...." belum sempat saya habiskan ayat saya, talian terputus. 

Mungkin H habis kredit agaknya atau baterinya abis. Tapi sejak saat itu, H tak pernah jawab panggilan saya atau sms saya. Saya tak tahu apa salah saya. Kekadang bila ingatkan kembali, saya sedih. Saya tak tahu apa salah saya. Sampai hati manusia ni semua kan. Sebab tu saya lebih suka blog ni dari manusia biasa. Saya selalu kata kat orang, saya tak ada kutu babi. Babi kan haram. Nanti kena samak.

Berbalik kepada pasal blog ni, selepas saya dah masukkan internet, barulah saya dapat download Firefox. Mungkin ada masalah agaknya masa dulu tu. 

Awal saya tulis blog, saya cuma ada sorang jek follower. Tu pun saya sendiri. Hihi. Comel kan saya. Cakaplah comel. Kita shuka awak!! Tima kasih awakkkkkkk!!

Lepas tu kan, tetiba ada satu follower lain! Gembiranya hati saya masa tu, Tuhan jek yang tahu. Saya siap ambik cuti kerja hari tu tau!!

Sampaikan bila saya tengok wajah saya di cermin masa sampai di rumah, nampak sungguh bersinar sinar wajah saya tau!! Saya hampir menitis airmata sebab gembira sangat.

Semangat untuk terus menulis terus terbina seperti satu pancaran cahaya dari langit gitu. Best kan ayat kita? Hihi. Wiiiiiiiiiii...

Kita tulislah pasal diri kita, apa kita buat, kita bagi makan kucing kita.  Kekadang kita sembelit pun kita tulis tau. Ramai jugak orang baca. Kita kena share sebab mungkin itu satu pengetahuan buat mereka. yelah, tak semua yang pandai macam kita kan. Dan tak semua yang kena sembelit kan.

Lepas tu kan, kita belajar satu teknik baru untuk dapatkan orang datang blog kita! Ini rahsia tau, ini tips untuk awak semua yang baru baru tu. Kita kena kongsi dengan awak sebab awak datang blog kita. Tak pernah kita share dengan orang tau. Awak beruntung sangat. Wiiiiiiiii. 

Eh sebelum kita kongsi rahsia tu, awak tolong kita boleh? Awak tengok kiri kanan awak tu. Tengoklah kejap. Tengok sekarang!

Tak ada orang kan? Ok, awak muncungkan mulut awak, pastu awak cakap perlahan lahan - Wiiiiiiiiiiiii.. cepat sebelum orang nampak. Ok, now, satu dua tiga.. Wiiiiiiiiiiiii. Besh kan!! Hihi.. sekali lagi.. wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Ok, rahsia kita untuk orang datang blog kita ialah kita pergi blog orang lain pastu awak cakaplah awak follow blog diaorang, mesti diaorang datang tau! Awak tak payah baca blog diaorang tu pun takpe. Diaorang bukan tahu pun kan. Kita jek yang tahu. 

Dulu kita suka tulis: kitew polo blog awak sbb blog awk best!!!! polo lah blog kita pulak ya!! 

Awak jangan lupa puji tau. Orang orang kat blog ni suka kena puji sebab diaorang ni pun macam kita, kurang susu badan masa kecik kecik. Wiiiiiiiiiiiiiii

Panjang pulak tulisan kita kali ni. Maaf ya. Wiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Setiap hari, saya akan pergi ke lebih 100 blog untuk tulis benda yang sama. Tapi awak boleh copy and paste jek. Itupun nanti saya akan buat satu entry panjang, macam mana nak copy paste. Susah tau. Harap awak ada kesabaran untuk belajar macam mana nak copy paste.

Apapun, kita ada contest hari ni. Seperti biasa lah. Wiiiiiiiiii awak mesti suka kan. Meh kita sesama cakap wiiiiii, satu dua tiga... wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ! Awak best lah. Eh siapa kat tepi awak tu tengok awak? Tak apa, ajar dia cakap wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Mesti dia pun suka. Hehe.

Contest hari ni ialah awak letak header kita kat blog awak, dan buatkan saya lebih glamer lagi sebab kita dulu cuba nak nyanyi tapi setiap kali saya nyanyi, orang tak pernah fokus pada saya nyanyi. Mesti diaorang berbual sesama sendiri.

Pernah sekali saya masuk contest kat kompleks beli belah yang terkenal tu (sori kita taknak malukan mereka ok!), masa kita nyanyi, orang lalu lalang tolak troli macam tak ada apa apa berlaku. Habis duit kita buat baju tau. Duit tempah kasut pun kita tak habis bayar lagi. Pastu pakcik security gaduh dengan kita. Ntah apa apa ntah pakcik guard tu. Poyo jekkkk wiiiiiiiiiii
 
Dia marah kita macam kita ni tak ada maruah pulak. Berlagak guard tu. Beriya iya tak kasi saya masuk pertandingan nyanyian bintang kecil. Kita cakap kat dia, pakcik buta ke, badan saya ni kecil, takkan saya tak boleh masuk. Manusia memang jahat dengan kita kan.
Ok, awak jangan sedih pulak. Ok, satu dua tiga... wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Ohh, lupa pulak kita ni kan. wiiiiiiiiiiii. Ok ini dia blog header untuk awak letak kat blog awak ya. Kalau awak tak letak, saya anggap kita putus hari ini.







Awak, awak kena klik pada gambar - nanti tetiba dia jadik besar. Kita tak tahu macam mana boleh jadik macam tu. Firefox ni memang macam tu. Magic kan? Kita pun suka. wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Harap kita makin glamer ! Wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii








DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.