Rakan aku, Azhar Abdullah yang aku kenal mempunyai tahap kesabaran yang lima tingkat lebih dari aku, bercakap mengenai khidmat pelanggan KFC. Ya, Kentucky Fried Chicken. Bukan Kada Fried Chicken atau Kassim Fried Chicken.
Service kat Malaysia ni memang camtu. Tak tahulah bila zaman nak maju service kat Malaysia ni.
Kerja gaji nak besor. Nak memacam. Tapi masa sekolah dulu taknak belajar betul betul. Pastu kualiti kerja macam sampah. Nama KFC, ingatkan international standard, warung lagi baik servis. Patutnya, hantarkan bebudak yang problem tu kerja kat warung kat kampung kampung dulu, belajar customer service.
This is a true experience by blogger buddy - Azhar Abdullah. Please read the full version here. Yang pastinya, bila aku balik JB nanti, aku nak telefon boss QSR or Jcorp and let them know about this.
* * * * * *
Tengahari tadi kami ke Tesco Cheng, tak jauh sangat dari rumah. Tujuan utama ialah nak beli blender jug buat ganti yang lama dah pecah...tapi biasa la bila ada anak-anak ni, macam-macam la yang diorang masukkan dalam troli...antaranya Chocolate Chip Cookie yang sedap buatan Tesco tuh...
Bila dah menuju ke kereta baru teringat, kang kalau diorang makan cookie tu kering pulak tekak, so my wife suruh Rayyan pergi beli dua gelas Pepsi atau Coke kat KFC di tingkat bawah...
Tabiat aku, bila anak-anak pergi nak beli barang sendiri aku akan perhatikan dari jauh. Ada dua kaunter yang berfungsi waktu tu, kaunter hujung sekali sebelah kiri ada sepasang lelaki dan perempuan berbangsa Cina dan kaunter tu dikendalikan oleh Supervisor sebab baju dia kaler lain. Kaunter sebelah tu pulak kosong, tapi ada seorang pekerja perempuan dok buat-buat sibuk di sebelah tu. Jadi Rayyan ni pergi la terus ke kaunter kosong tu dan aku nampak dia bercakap-cakap. Ok, aku pun attend to other business sebab mission Rayyan dah selesai.
Tetiba, another glance, aku tengok Rayyan berlegar-legar antara dua kaunter tu dan di kaunter yang tadi dia pergi tu ada sepasang lelaki dan perempuan Melayu. Yang perempuan berseragam jururawat (muka tak macam jururawat yang selalu aku tengok kat spital pun)...
Aku pun terus tolak troli ke situ. Aku tanya Rayyan kenapa, dia jawab kejap. Aku tanya dah order belum, dia kata belum. Then aku tanya lagi, tadi bukan Adik kat kaunter tu ke, dia kata ya, tapi akak tu buat tak tahu je then datang orang lain terus dia ambik order.
Aku sekarang ni dalam keadaan tidak bersuara. Bak kata Hazrey, suara aku hari ni ibarat suara pondan gersang...sebab sakit tekak. Jadi aku malas bising-bising, aku pergi dekat sikit dengan kaunter dan aku bercakap dengan Rayyan :
Aku : Tadi Adik berdiri kat kaunter ni tak?

Rayyan : Ya la, tapi akak ni ambik order orang lain pulak.
Aku : Tak pe la Adik, KFC kat sini tak layan kot pelanggan budak-budak.
Masa tu staff kaunter KFC tadi buat muka bodoh dan dua ekor Melayu yang berdiri kat situ pun beralih tengok aku sambil kontrol muka tak bersalah.
Tak puas hati sebab tak leh bertengkar dengan kadar suara yang baik, aku pergi ke arah wife dan bagitau apa yang berlaku. Apa lagi, my wife terus pergi ke kaunter tu dan berlaku lah perbualan berikut :
Wife : Maaf ye dik, tadi anak akak datang kaunter ni kosong, dia nak beli air kenapa adik tak ambik order dia dan dahulukan orang lain?
Staff : Saya ingat dia anak pasangan kat kaunter sebelah. (Please note that kaunter sebelah ialah pasangan Cina)
Wife : You are not supposed to do that. Walaupun dia budak tapi dia adalah pelanggan. I wish to see your supervisor atau manager.
Jururawat : Alah, benda kecik je, kan dah bagitau silap faham.
Wife : (Api sudah naik kepala)...Are you working here?Am I talking to you? You takde tanggungjawab tau, sebab tu walau you tahu ada pelanggan lain kat depan, you terus jugak bagi order, walhal sepatutnya you bagitahu budak kaunter ni yang ada orang lain depan you kalau in case dia tak perasan. Benda kecik yang you kata tu ialah apa yang kita panggil Adab. I didik anak I supaya dia beratur dan ikut undang-undang, supaya dia tidak membesar jadi orang yang tidak ada adab dan tak tau beratur.
Wife : (Sambil bercakap kepada supervisor di kaunter sebelah)You sepatutnya tahu melatih dan menasihati staff you. Bukan ambik pekerja kemudian biar diorang bekerja tanpa ada kawalan mutu yang baik.
Supervisor : .... (hanya memandang seolah-olah dia hanya bekerja sebagai tukang sapu sampah kat situ)
Wife : Ok...since no response from both of you dan I hear no apologies sampai sekarang, I will file a report to your HQ after this.