Saturday, February 26, 2011

Selamat Pengantin Baru Hazrey !!

Sila buat spekulasi !!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, February 24, 2011

LOMBOK LAGI?

PETALING JAYA: Selepas enam hari mencari anak daranya yang hilang, seorang ibu pengsan apabila dihubungi anaknya dan memberitahu sudah berkahwin dengan lelaki Indonesia dan berada di Lombok Timur.

Zaiton Jaafar, 43, dari Felcra Tembeling Tengah, Kuala Tahan, Jerantut, Pahang berkata, kehilangan Norbaizura Mohd Salleh, 19, yang juga anak keempat daripada enam beradik disedari selepas rakan serumah lelaki Indonesia di Felcra itu menghubungi keluarganya dan memberitahu rancangan melarikan gadis terbabit, 5 Februari lalu.

Dia berkata, anggota keluarga dengan dibantu penduduk kampung melakukan pencarian selama enam hari di Jerantut sebelum ke Melaka selepas mendapat maklumat Norbaizura ada dilihat di negeri itu.
“Sehari selepas mengetahui dia hilang, saya membuat laporan di Pondok Polis Kuala Tahan sebelum kes dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut.

“Berdasarkan maklumat, kami cuba mencari Norbaizura di sekitar Jerantut sebelum pencarian diteruskan hingga ke Melaka apabila mendapat petunjuk baru.

Aku rasa kita perlu baling batu pada Mat Indon ni semua. Lastikkan batu, selepas kita tanya asal usul mereka. 

Tapi tepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan? It takes two to tango. Yang budak perempuan ni pun, dah kau ni tak ada jantan lagi ke kat Malaysia? Mat Indon Lombok jugak yang kau kejar. 

Betul, cinta itu buta. And yes, marriage is an eye opener. Dah sampai sana, barulah meraung. 

We should do something. Aku rasa, disebabkan kita sendiri manjakan diaorang ni semua, dengan bersungguh sungguh nak 'tolong' bawak balik, maka naik tocanglah kan.

Apa kata kita letakkan jek satu kapal kat Lombok tu standby. Senang kalau nak kena bawak balik. Kumpul sekali, angkut sekali.

Dan lepas ni pun, pompuan pompuan yang tak sedar diri tak payahlah susah susah nak lari, buat jek rombongan terus ala ala pergi Langkawi nak beli pinggan mangkuk.

Apa ntah nak jadik, macam tak reti reti perempuan ni semua. Kalau kata buta huruf tak reti nak baca suratkhabar, ada TV, boleh dengar. 

Jangan bagi alasan kat Malaysia ni dah tak ada lelaki. Berlambak kan. Bukan setakat muka macam Mat Lombok, muka persis artis pun ada. Kau jangan nak tambah ajinomoto eh. Aku shaman nanti. 

Janganlah cari yang totally perfect sebab yang perfect tu biasanya gay.

Apapun, tahniahlah, hakikat sebenar disebalik cerita ini ialah, Norbaizura akan jadik glamer. Glamer lepas ni, sebab ada orang akan tolong bawak balik dia, glamer sebab dia akan cakap "susahnya idup kat Lombok", dan glamer sebab gambar dia meraung dan berpeluk dengan ibunya selepas 'diselamatkan'. 

Ohh, takyahlah guna perkataan diselamatkan atau dibawa pulang. Perkataan yang sesuai ialah "wanita tak sedar diri disuruh balik."






Wednesday, February 23, 2011

SUMPAH.

Some of us mesti ada kekawan yang suka bersumpah. Betul sumpah. Sumpah. Tak lekang dari mulut. Tapi selalu jugak yang 'disumpahkan' tu sebenarnya tak sama dengan apa yang dibuat.

Tapi sebab kita berkawan, kita redha. Aku pulak jenis manusia yang kasta rendah selalu pulak maafkan orang. Mungkin sebab aku kasta rendah, sebab tu kena selalu maafkan orang. Bagi orang peluang selalu.

Sebab aku tahu, kalau kawan aku tu a slacker, the only way of looking at it is, tengok kebaikannya. Mesti ada kot. Takkanlah takda. Kalau macam aku yang kasta rendah ni memanglah tak ada kebaikan. 

But those motherfuckers sometimes can be super annoying. Pathetic too. Tapi kita selalu bagi muka. Kenapa? Memanglah orang akan cakap, bodohlah kau ni bagi muka sangat kat si babi tu. Memang babi kan? Babi kan haram. Dan mesti yang bercakap tu pun sedang marah. Kita tak marah dia balik, tapi kita tunggu time tengah tak marah, kita akan cakap, tak elok cakap babi. Kan? Mudah jek hidup ni.

I have met people that can easily judged others. Mereka menganggap diri mereka malaikat. Kalau mereka buat silap, cepat cepat mintak maaf, and knowing me yang senang kena lipat, mudah jugaklah aku maafkan. 

Ya, aku memang senang kena lipat. Banyak kali dah kena lipat. Haha.

Aku pulak jenis yang tak suka nak memanjang cerita sebab bila dah ada akal, kita mesti ingat, sooner or later kita pun buat silap, so it is only right that we forgive people. 

Dan aku pulak, I have to admit, aku ni sedikit bangang sebab selalu bagi manusia lain peluang to make the same mistakes over and over again. I have given in many times. 

Tapi bila kita buat silap, sampai langit ketujuh murka. Hahaha. Mesti korang pernah jumpa kan manusia yang expect kita to give in to them, tapi when we, the same manusia dan bukan malaikat, buat silap, we are expected to live with our mistakes for the rest of our lives. Mesti mereka ni golongan sufi kan.

Ohh well, I will live my life along with my mistakes. One of it, is - being their friend. :)

And of course, sorry that I am a human and I have my weaknesses.


TAKE A BREAK!

Reaching the end of a job interview, the Human Resources Person asked the young Engineer fresh out of MIT, "And what starting salary were you looking for?"

The Engineer said, "In the neighborhood of $75,000 a year, depending on the benefit's package."

The HR Person said, "Well, what would you say to a package of 5-weeks vacation, 14 paid holidays, full medical and dental, company matching retirement fund to 50% of salary, and a company car leased every 2 years, say, a red Corvette?"

The Engineer sat up straight and said, "Wow!!! Are you kidding?"

And the HR Person said, "Certainly, ...but you started it." 


* * * * * *
LOVE LETTERS.

Dearest Samantha,

I am very happy to inform you that I have fallen in love with you since Tuesday, the 17th of August 2001.

With reference to the meeting held between us on the 17th of August 2001 at 1500 hours, I would like to present myself as a prospective lover. Our love affair would be on probation for a period of no less than three months and depending on compatibility, would be made permanent.

Of course, upon completion of probation, there will be continuous relationship training and relationship appraisal schemes leading up to promotion from lover to spouse. The expenses incurred for coffee and entertainment would initially be shared equally between us. Later, based on your performance, I might take up a larger share of the expenses. However I am broad-minded enough, to be taken care of, on your expense account.

I request you to kindly respond within 30 days of receiving this letter, failing which, this offer would be canceled without further notice and I shall be considering someone else. I would be happy, if you could forward this letter to your sister, if you do not wish to take up this offer.

Thanking you in anticipation.

Yours sincerely, Max

MODERN REPLY TO MODERN LOVE LETTER

Dear Max,

Please refer to your letter dated today. I am pleased to inform you that I hope to accept your proposal for romance.

However, you should be informed that there are certain conditions of acceptance. Promotional prospects are to my satisfaction. However, please enlighten me as to your retirement benefits. Gratuity should be generous.

I also need to be assured that there is sufficient security with regards to this commitment. If there is any chance at all of retrenchment or consequent disinterest on your part, then I should receive monetary compensation according to union standards.

Due to the nature of my position, I am sure you will agree that an expense account should be arranged for my access in light of the 'VIP'. I shall be entertaining. In addition, housing and transport allowances should be in order and nothing less than a Jaguar is in order.

Please also note that there should be no moonlighting restrictions placed on myself. If you are still interested in the relationship, please reply on an urgent basis as other prospective lovers have sent indications of interest.

Please also note that my sister is happily employed.

Yours perhaps, Samantha!


Tuesday, February 22, 2011

Cak cekur kena cekup.

Rhyme kan.

Mana ntah aku dapat ilham tulis tajuk atas ni.

Anyway, wanita digambar ini antara yang ditahan bahagian anti maksiat, perjudian dan kongsi gelap D7 ibu pejabat polis kontinjen johor petang tadi.

Mereka terlibat dalam aktiviti persundalan di dua hotel murah di tengah bandaraya johor bahru.

More on this on 999. Insyaallah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PANJAT RUMAH DAN TENDANG PINTU.




Ahad, 20 Februari 2011. Jam 11.30 malam, kami dimaklumkan mengenai satu gerakan yang bakal berlaku pada waktu 3.45 pagi Isnin, 21 Februari.

Aku, Mazidul, Arashi (wartawan pelatih) atau nama manja Ben dan kru, Zarinor dan Rizal tak sempat nak tidur, takut terlajak.

Kami menyertai operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, di sekitar Kampung Pasir Puteh, Pasir Gudang sehingga jam 1.00 tengahari. Kami tak perlu dadah untuk merahkan mata. Haha.


More of this at Mazidulakmal Sidik's blog here.

Monday, February 21, 2011

Kantul dah.

Ketika semua sedang tidur nyenyak, kami menyertai operasi narkotik. Ngantuk. Serious ngantuk.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 19, 2011

EKSKLUSIF: MAHER ZAIN DAN GRO.

Nanti, jangan marah duhai peminat Maher Zain (ماهر زين‎). Ini bukan cerita rekaan, tetapi eksklusif, dan masih tidak diketahui mana-mana pihak.






Apakah kaitan antara penyanyi kelahiran Lebanon pada 16 Mac 1981 dan GRO atau pegawai perhubungan pelanggan? 

Maher Zain tidak perlu diperkenalkan lagi lantaran kejayaan album Thank You Allah malah berikutan sambutan yang begitu menggalakkan, penyanyi ini turut merakamkan lagu Insha Allah dalam Bahasa Malaysia malah sudahpun berkumandang di radio dan televisyen tempatan.

Tidak dinafikan rentak lagu serta bait lirik Insha Allah bukan sahaja berjaya menarik perhatian kalangan dewasa malah anak anak kecil turut menghafal lagu penyanyi ini.

Berbalik kepada GRO, mereka lazimnya ditemui di pusat hiburan atau kelab malam. 

Terbaru, pada Khamis 17 Februari lalu, aku menyertai satu operasi Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) di Taman Gaya, Johor Bahru. 

Kami bergerak dari IPD JBS kira-kira jam 10.30 malam terus ke sebuah pusat hiburan di sana.

Dua pusat hiburan di kawasan yang sama diperiksa dan antara GRO yang diperiksa dokumentasi mereka adalah gadis di bawah ini.






Ya banyak selulit. Tulah, taknak jaga kulit.

Wanita berbangsa Melayu ini ketika diperiksa mengakui bekerja sejak empat bulan lalu di premis hiburan itu sebagai GRO.
Anggota polis D7 turut melakukan pemeriksaan terhadap pelanggan yang berada di dalam premis itu. Kesemua mereka diminta mengeluarkan dokumen pengenalan diri.

Dalam kesibukan anggota polis manakala jurukamera, Zarinor Mohamed Noor membuat rakaman pemeriksaan dilakukan, kami dikejutkan dengan satu maklumat yang saya kira mengejutkan anggota polis dan kami yang menyertai serbuan itu.

Ya Maher Zain!

Kami kira ia agak tidak bersesuaian di premis seperti ini apatah lagi tiada meja yang kami lihat tidak dihidangkan dengan arak.

Namun, harap harap ia dapat menginsafkan wanita di atas ini, kerana ia berjaya membuatkan keadaan menjadi senyap seketika apabila secara tiba tiba, telefon bimbit wanita itu berdering begitu kuat dengan lagu Insha Allah nyanyian Maher Zain.

Begitu kuat sekali impak lagu Maher Zain.Baguslah jika wanita itu benar benar menghayati lagu Maher Zain itu.

Ya, itulah ceritanya.

Ohh, dan tidak, Maher Zain tidak berada di premis hiburan itu, cuma lagunya sahaja.

Aku tak tahu, tapi mungkin wanita itu mempunyai signifikan tersendiri menjadikan lagu Maher Zain sebagai nada dering telefon bimbitnya.

Kebetulan, ketika diperiksa dan aku sempat berbual dengan wanita itu, dia mengakui mengambil minuman keras. Harap dia cepat insaf. Mungkin lagu Insha Allah dapat menyedarkan dia segera sebagaimana liriknya. Harap dia tidak mengelirukan dirinya dengan lirik yang mengajak kembali kepada Allah SWT.

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way



Friday, February 18, 2011

999







Aku sangat suka jumlah followers - 999.

Terima kasih CNeoReyta for being the 999-th  follower. Sorry tak ada hadiah. Tapi kalau nak bagi saya hadiah, saya redha. 





Teka apakah objek di tengah jalan ini.

Hadiah adalah three nite stay at a luxurious five star hotel............... parking lot.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hide sexy!

Operasi bahagian anti maksiat, judi dan kongsi gelap (D7) ibu pejabat polis daerah johor bahru selatan sekarang. Ya, live ni.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, February 17, 2011

PART THREE: PENGKID DAN "ISTERI" DICEKUP BERSAMA PERALATAN DAN VIDEO SEKS.

"I love you.. From Hubby."

For a normal couple, that is something that we see everyday, well at least almost. Tetapi,hubby yang dimaksudkan ialah seorang wanita berusia 28 tahun dan bekerja di sebuah syarikat kurier di Johor Bahru.






Dan foto berikut bukanlah aksi model tetapi pasangan pengkid dan 'isterinya' yang turut dirampas Jabatan Agama Islam Johor kelmarin.



Banyak lagi cerita mengenai kes musahaqah yang pertama kali ditangkap di negara ini.

Rakaman video perlakuan musahaqah atau seks sesama perempuan kedua wanita itu turut dirampas Jaij dalam serbuan di Taman Pulai Perdana Johor Bahru.

Semalam, keduanya dituduh di Mahkamah Syariah dan dibenarkan ikat jamin RM3,000 setiap seorang. 
Saksikan 999, malam ini. Insyaallah.

Wednesday, February 16, 2011

SEPARUH JIWAKU.. PERGI.





i love you so very much.

PART TWO: PENGKID DAN "ISTERI" DICEKUP BERSAMA PERALATAN DAN VIDEO SEKS.

Aku sangat sedih dengan cerita mengenai penangkapan pengkid bersama pasangannya ni.

Aku sangat sedih. Serious aku sangat sedih. Aku terpaksa akui aku sangat sebak, dan hampir menitiskan airmata. Subhanaallah. Subhanaallah. Subhanaallah. Subhanaallah. 

Langsung aku tidak mengetahui apakah cerita disebalik kisah pengkid bersama pasangannya yang aku paparkan di laman sebelum ini di sini.

Baru sebentar tadi, sebelum Maghrib aku dikhabarkan berita yang membuatkan aku sangat sedih dan aku sendiri tak mampu berkata apa apa selain beristighfar. Ya Allah SWT, sesungguhnya, sungguh besar dugaan ini kepada sahabatku ini.

Aku baru dapat tahu wanita yang menjadi pasangan kepada pengkid ini adalah isteri kepada sahabat aku sendiri dan aku menjadi marah dan sedih.

Marah kerana inikah wanita hari ini? Tapi aku tahu, tak semua seperti ini. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Sudah bergelar isteri tetapi sanggup melakukan perbuatan terkutuk dan melampaui batasan moral seorang manusia.

Aku tak tahu apa yang aku perlu katakan kecuali ia bukan kesilapan sahabat aku ini dan Allah SWT itu Maha Kuasa dan sentiasa menduga makhlukNya. Aku kenali sahabat aku ni seorang manusia yang sangat baik. 

Kadang kadang aku sendiri berkata pada dia: "kau pengaruh yang baik kepada aku, dan selalunya Tuhan akan menduga orang yang baik macam kau dengan manusia macam aku." Dia tergelak kecil.

Aku sangat sedih. Sungguh sedih. Aku dapat rasakan betapa hiba hatinya.

Aku tahu betapa hatinya robek dengan perlakuan isterinya itu. 

Aku sangat sedih. Dia seorang sahabat yang baik. Sangat baik. Aku tak pernah dengar biar sekalipun dia mencurigai isterinya. Tak pernah sekalipun. Tak pernah. Tetapi kepercayaan itu disalahgunakan. Akhirnya sesungguhnya Tuhan Maha Kuasa.

Aku tak sanggup untuk bercerita kisah disebalik penangkapan pengkid ini secara lebih terperinci tetapi cukuplah aku katakan, ia satu bebanan yang sangat berat buat sahabat aku ini.

Aku hanya mampu berkata pada dia, percayalah, bebanan yang ditanggungnya hari ini tersirat hikmah, hikmah yang Allah SWT berikan kepada engkau sebagai suami yang baik. Aku sendiri hampir menitiskan airmata.  Ya aku juga manusia. Aku faham akan perasaan sahabat aku ketika ini. 

Dia menjadi tak keruan sejak dua minggu lalu dan aku faham situasi dirinya. Dia bagai putus harapan tetapi syukurlah, dia masih mempunyai ramai sahabat sahabat di sekelilingnya yang terus menerus memberi kata kata perangsang kepadanya. Aku harap sokongan itu tidak akan putus buat sahabat aku ini.

Ya Allah, tabahkan hati sahabatku ini, Ya Allah. Permudahkan hari harinya, agar dia dapat terus kuat dengan keimanan, dekatkan hatinya kepadaMu Ya Allah.

Ya Tuhan kami, ampunilah dosa dosa kami dan tindakan tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap kamu yang kafir.

Subhanaallah.

PENGKID DAN "ISTERI" DICEKUP BERSAMA PERALATAN DAN VIDEO SEKS.

Pertama sekali, jika anda berusia 18 tahun ke bawah, sila dapatkan bimbingan dari ibubapa anda untuk membaca cerita ini.

Saya tidak akan menanggung atau bertanggungjawab terhadapsebarang liabiliti mahupun kerugian serta gangguan mental  atau berlaku ransangan berikutan pembacaan entry ini. Sila maklum. 

Kira-kira jam 11 malam tadi, sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) bergerak dari Kompleks Islam Johor ke sebuah rumah di Taman Pulai Perdana, Johor Bahru selepas menerima maklumat mengenai sepasang kekasih yang disyaki melakukan musahaqah.

"Lesbian dalam Islam disebut sebagai musahaqah, iaitu melakukan perbuatan seks antara perempuan dengan perempuan dengan menggeselkan kemaluan sehingga mendatangkan berahi.
Islam jelas mengharamkan musahaqah. 

Dari Abu Musa katanya, Rasulullah bersabda, “Bila lelaki menyetubuhi lelaki maka keduanya berzina, dan bila wanita menyetubuhi wanita maka kedua-duanya juga berzina.” (HR Al-Baihaqi dalam Syu’abil Iman)

Ibnu Qudamah dalam kitab Al-Mughni berpendapat, jika bergesel dua wanita maka kedua-duanya melakukan zina berdasarkan apa diriwayatkan daripada Nabi yang bersabda bermaksud, “Apabila seorang wanita mendatangi (menyetubuhi) seorang wanita maka keduanya berzina.”


Imam Al-Alusi dalam kitab Ruhul Ma’ani, berpendapat Sihaq (lesbian) termasuk dalam kategori liwat seperti yang terjadi pada kaum Luth, iaitu seorang wanita menyetubuhi wanita. Dalam hadith Hudzaifah r.a Nabi bersabda, “Sesungguhnya benarlah ucapan (Allah SWT) atas kaum Luth tatkala kaum wanita (daripada mereka) merasa cukup dengan wanita dan kaum lelaki merasa cukup dengan lelaki.”
 

Petikan dari tulisan peguam syarie Tuan Musa Awang di Berita Harian pada 8 Disember 2010. Artikel penuhnya boleh dibaca di sini.
Apabila pintu dibuka, terdapat seorang lelaki dan seorang wanita mendiami rumah itu. Selepas diperiksa kad pengenalan, 'lelaki' itu adalah seorang wanita berusia 30 tahun berasal dari Selangor namun perawakannya termasuk suara dan gaya rambut hampir memperdayakan kami.

Wanita itu pula berusia 28 tahun sudah dianggap sebagai isteri.

Setakat ini, belum lagi terdengar mana-mana Jabatan Agama Islam negeri mengambil tindakan terhadap golongan muhasaqah, dan saya kira tindakan pada malam tadi adalah satu tindakan precendence kerana terdapat peruntukan undang undang syariah untuk aktiviti seperti ini.

Waran menggeledah yang dikeluarkan Mahkamah Syariah kepada anggota penguatkuasa terbabit turut membawa kepada penemuan beberapa peralatan seks yang dipercayai dibeli melalui pembelian dalam talian (online).


Peralatan seks yang dibeli dipercayai dibuat di Amerika Syarikat berdasarkan keterangan di kotak.

Antara peralatan yang dirampas termasuk berbentuk U dan dilengkapi tali pinggang atau 'harness'.







Pasangan 'kekasih' ini dipercayai sudah tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu dan mereka dikatakan sudah beranggapan diri mereka sebagai suami isteri.

Ini berdasarkan foto yang turut dirampas Jaij yang memaparkan dua merpati sejoli ini sebagai 'pengantin'.



Beberapa pita jenis DV serta sebuah kamera video mini DV turut dirampas.

Contoh pita DV yang dirampas.

Untuk rekod, banyak stesen televisyen menggunakan format ini berikutan kualiti digital yang dihasilkan jika direkodkan menggunakan pita ini.

Pita terbabit dikatakan turut mengandungi satu rakaman perlakuan seks yang dilakukan kedua mereka di sebuah hotel yang tidak dapat dikenalpasti pada ketika ini.

Keduanya akan disiasat mengikut (terima kasih pada reader yang point out, tapi dalam 999 Khamis lalu, ia disebut Seksyen 26. But well done sebab alert) Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana melakukan muhasaqah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau keduanya sekali.

Banyak lagi maklumat mengenai kes ini, namun kalau cerita semua termasuk pekerjaan kedua wanita ini, tak thrill nanti bila tengok TV. Insya'allah.

Tuesday, February 15, 2011

WHAT WILL YOU DO IF..

What will you do if you can turn back the time?

1. Jadik kawan Mark Zuckerberg?

2. Beli saham Apple?

or what?

AKU DAPAT ANAK.

Anak sedara.

13hb Februari, I received a short text from mak mertua bini aku. Mak aku lah.

"Salamkom Ri! Anom dah bersalin."

Ya, sometimes my mum boleh menconfusekan dengan SMS dia. Haha. Comel mak aku ni kan. Salamkom. Gelak lebih karang derhaka, tak masuk syorga.

Anyway, my baby sister who is NO LONGER a baby sebab dah tua, baru bersalin lagi. Ya lagi. She just delivered her second child at exactly 1.50pm on 13th Feb 2011.

Seronok aku! Hehe. I love children but we are yet to be blessed with offspring. I always told wifey, takperlah, Allah SWT bagi rezeki lain dulu. Kita perlu bersyukur. Entah entah you nak dapat adik. Wahh. Satu jawapan diplomasi (read: mudah mudahan dibukakan hati.. hahahahahha)!

Tenang wajah baby ni. Ehh, I was so excited, lupa nak tanya nama budak ni. | update: his name is Kasyfi Zareef  | Kalau comey, memang ada iras aku. Tolong faham. Nampak suci kan. Samalah kalau korang tengok muka aku. Hahahah

This boy is born to accompany his big der, Khalish, one of my many favourite nephews and nieces. Ya, aku ada sekampung Africa anak sedara. Kalau raya, aku kena bawak troli untuk letak duit raya. Biasanya duit syiling. Budak kecik takleh bawak duit bebanyak, takut ilang.

This is Khalish. Picture taken in 2009.

Abislah Khalish, saham jatuhlah. Hahahah..

And I will say this to Khalish: "Angken dah cakap dah, tapi takpe, nanti Khalish duduk dengan angken jerlah eh." Yes, he calls me angken. Spanish.

Selawat ke atas junjungan kita.

Semoga kita semua mendapat hidayah dari hari ini.

Semoga kita semua mendapat pedoman dari segala kesilapan kita pada masa lalu.

Semoga kita bersedia memaafkan orang lain, sedangkan Nabi ampunkan umatnya. Siapalah kita kan. Pada hari kita mengingati junjungan kita, lihatlah betapa kerdilnya kita. Janganlah kita rasa macam kita ni tinggi sangat darjatnya hingga kesalahan orang lain, kita tampak besar walhal kita sendiri tak sempurna (dan kekadang ehem tak berguna..ehem).

Sentiasa berselawat ke atas junjungan kita supaya kita tak lupa diri.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama sama iman.

Dalam suatu riwayat, Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikhail, Israfil dan Izrail A.S, telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar”.

Berkata pula Mikail A.S. : “ Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu”.

Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu”.

Malaikat Izrail A.S pula berkata: “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi.”

Demikianlah kelebihan berselawat. Sesiapa yang rajin berselawat, Jibril akan menjadi pemandunya di titian sirat, mikail pula akan memberinya minum di mahsyar dan izrail akan mencabut nyawa dengan lembut.

Monday, February 14, 2011

UPDATED: My Valentine's Day Celebration Last Nite. Superb!!


Aku sangat mengantuk, sebab tu aku cuma post kan gambar jek. Anyway, these girls are not Malays, Chinese or even locals. Mereka adalah gadis berasal dari Vietnam yang didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial mengikut Akta Imigresen 1963. 

Memang menarik serbuan ini tetapi aku taknak bagi details too much sebab nanti anti climax pada siarannya nanti. You guys should see this, Insyaallah on 999. Walaupun turut disertai media lain tetapi pada awal serbuan ada satu kejadian yang paling best berlaku dan hanya dirakamkan kami!

Dan banyak lagi fakta tentang serbuan ini.

Tunggu!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 13, 2011

UPDATED: APA NOMBOR MAU BELI TODAY?

1. Apa nombor mau beli today?

2. Mana kedai mau pegi?

3. Ada mau chai ka?

4. Semalam lu ada mimpi nombor ka?

5. Apa nombor lucky?

6. Kalau lu menang, itu wang lu mau beli apa? Lumah? Keleta? Mau kahwin lagi kah? Har har har.

7. Itu alikopter lu lalak mau bili kah?

8. Sulah lama kah lu main ini nombor?

9. Satu minggu belapa lu abis wang?

10. Lu keja apa?

11. Umur lu belapa?

12. Lu duduk mana?

13. Lu anak belapa olang?

14. Kalau lu sulah main nombor 10 tahun, belapa kali lu menang first prize?

Aiyo, 14 talak ong oh.. tapi ini hali lu kasi angkat itu 1400, gelenti pes plaiz.

* * * * * *

Dua jam kami menanti. 

Aku sempat memasuki kedai 4D bersama beberapa anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) di Taman Melodies, Johor Bahru, sebelum serbuan dilakukan.

Sempat aku menulis nombor yang kononnya untuk dibeli tetapi tak sempat nak beli sebab aku ke sana bukan untuk membeli. Tulah, tips dari aku ialah lain kali kirim kat kekawan.

Satu saja gambar aku sempat upload untuk entry ini. 

Lelaki berusia lewat 30-an ini cuba melarikan diri biarpun sebelum itu sudah ditahan, mungkin memikirkan tiada anggota penguatkuasa di bahagian luar premis.

Saturday, February 12, 2011

RETARDED AND KONGKEK.

What is the big hu-ha about Valentine's Day? 

Siapa sambut bodoh. Siapa yang celebrate adalah orang yang dungu dan gunduk. 

Aku ramai kawan yang bukak kedai bunga, this is the time of the year, depa buat duit bergunung. Dan yang korang perempuan ni pun satu, dalam banyak banyak hari nak bunga, time benda tu mahal, time tulah korang nak. 

Macam takde besok besok. Kalau biasanya depa jual RM100 sejambak, benda yang sama pada Hari Valentine ni akan jadik beratus ratus ringgit. 

Lepas tu, ngada ngada nak makan ala ala romantik macam kat Eiffel Tower ada lilin. Candle light dinner konon. Bukan murah. Mahal. Korang tau tak, whatever package yang depa jual kat hotel tu mahal nak mampus?

Sebenarnya, kita kena tengok kenapa kita dinasihatkan jangan sambut Valentine ni, ia untuk menyelamatkan kita dari membazir. Benda yang sama, dinaikkan harga berkali ganda. Haram sebab kita membazir.

Valentine 14hb, 20hb boipren kau dah tak ada duit, cekik meggi siang malam. Itupun nasib kalau ada stok. 

Dan aku kesian pada boipren kau. Kau tanam jerlah pokok ros kat rumah kau. Bila kau nak, kau petik. Kononnya kalau tak bagi bunga, tak lap lah? Pastu kena pegi cekik ala ala romantik.

"awk nie soooo shweettt lewwwwww... aq tk sangkew u bagiew bungaew today ewww.. ewwwww lewww mewww tewwww kewww "

Bagero.

Ada pulak yang jenis hipokrit: "aq tak kisah lew klu balakew aq tk bg bungaewwww.. lgipun membazir lewwww. aq pun dh ckp kat balakew aq tkyh belieww bungaewwww" 

Bila nampak member dia dapat bunga, mulalah meransang kesetanan dalam hati, celaka punya boipren aku, tak bagi aku bunga pun.  Kejap kejap sms, kejap kejap sms. Kejap kejap call. Pastu hint hint kat balak yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang macam ayam.

"ayg, iler awk ak agi unge art iter, iter ase cam nak uno wiwi tau. iter shedar sape wiwi iter"

Itu bahasa style Heliza Helmi. Menggeliat aku nak translate. Ntah apa apa ntah.

"Sayang, bila awak tak bagi bunga, kita rasa macam nak bunuh diri. Kita sedar siapa diri kita"

Kena pulak, boipren yang ada pasang lebih. Lagi lari budget. Abis duit minyak keta aku, kata sang boipren. Abis duit nak beli cincin. 

Bini aku pun sama. Baru kejap aku tanya. Ai penah bagi u bunga ke during Valentine?

"Mana aderrr lewwwwwwww... ai rasa nak uno wiwi tau.." hahahahah gila bini aku ni.

Aku bukan kedekut, tapi mahal lah der. Kita jangan terperdaya dengan perangkap merajuk pasangan kita untuk beli diaorang bunga pada Valentine. Belajar untuk berkata TIDAK. Katakan TIDAK.

Dan kepada orang pompuan, janganlah mintak bunga pada Valentine. Valentine's Day ni patut tukar jadik Hali Cali Untung Sama Itu Melayu Boloh. Untung sikit sajar maah. Aku selalu marah tokeh tokeh Cina ni kalau cakap perkataan "mah' kat ujung ayat diaorang. 

"Harlow tokeh, wa punya nama bukan Mah. Nama saya midon." Panggil saje Don. Ehem.

Lagi satu, kongkek. Gelaklah. Tersipu sipu malu kan? Meh kongkek.

Ini aku dapat dari buku sejarah kisah Johor Lama.

"Do you know, Johor Gambler and Pepper Society (defunct in early 1900's) also known as KONGKEK in Malay."

Ia bermaksud gambir dan lada hitam. Aku pun tak tahu macam mana ia boleh diterjemahkan menjadi satu makna kepada senggama. 

Apapun, jangan kongkek secara haram. Nikah dulu. Buat jek yang wajib. Wah senang kau cakap Hazrey. Takyah tunang, terus kahwin jek.

Eh, camne nak hantar bunga kat Tasha Shilla? Hantar e-bunga jerlah. Hahahahahahah... kelat jek bunyi ketawa aku.


Friday, February 11, 2011

ALLY ISKANDAR DIKUARANTIN DALAM KERETA.

Rakan setugas, Ally Iskandar yang aku kenali sangat jovial, pada waktu aku menulis entry ini sedang berdebar debar menunggu di dalam kereta.

Menunggu bukan kerana jalan jammed. Dia dikuarantin dalam kereta kerana sedang menunggu rombongan keluarganya bertandang ke rumah jelitawan hati Ally Iskandar - Aishah Zainal yang juga Naib Juara Gadis Melayu musim pertama untuk meminang gadis itu.

Difahamkan, akan berlangsung juga majlis menyarung cincin pertunangan. Hebat!!

kredit rotikaya.com

Tahniah Ally Iskandar!

Setiap kali aku berjumpa dengan Ally, soalan yang terpacul dari mulut aku tentunya: bila kau ni nak kahwin. Nanti orang cakap kau gay. Dia terus gelak berdekah dekah namun disebaliknya tersimpan rapi rahsia kisah cintanya. 

Ally Iskandar aku ketahui mudah bergurau dan cepat mesra dengan sesiapa. Dia sangat berkebolehan dalam kariernya.

Sambil aku menulis ni, aku berkomunkasi dengan pengacara dan penerbit TV3 ini melalui blackberry messenger dan aku paksa dia bagi aku gambar dia dikuarantin dalam kereta sementara menunggu signal untuk masuk ke rumah bakal isterinya itu.







Ally Iskandar kini berada di luar rumah keluarga Aishah yang terletak di Taman Sri Intan, Ampang. Itu gambar tangan Ally yang dihantar pada aku beberapa saat lalu.

Antara mesej kami:

"Betul ke kau bertunang? Atau gosip liar yang nakal? Kalau betul, Alhamdulillah."

Ally menjawab ringkas: Majlis sdg berlangsung. Hamba sdg dikuarantin dlm kereta.

"Disebabkan konvoi banyak kereta, dah jam teruk. Sama mcm pergi meminang di Melaka der," guraunya. Tapi aku tahu, mesti dia berdebar.

Apapun, tahniah Ally Iskandar!!

AKU SEORANG YANG PATHETIC.

Aku memang seorang yang pathetic. Sometimes sarcastic. Ok most of the times. Loyar buruk. Dari mana datangnya perkataan loyar? Tau? Kata orang Singapore, ko jangan nak bedek. Bedek tu apa? 

Percaya atau tidak, aku dah overrun my planned dates for my once a year holiday. 

Aku punyalah sungguh sungguh beritahu one fantastic fren on the blog, Kak Naz, dan aku akan turut singgah untuk menjenguk her family tapi sampai sekarang kami masih lagi tersangkut.

First the by-election for Tenang, then the banjir until Abby Fana and Ally Iskandar gelarkan aku banjir-man. Aku cakar baru tau. Banjir-man itu ala ala pelakon airmata ok. Tapi yelah, kekadang bila aku baca komen komen korang, mau menitis airmata aku. Kalau yang kutuk aku, lagi aku mengalir airmata sebab tersedak masa ketawa.

Miss bini dah sibuk keluarkan winter coat, dan aku selalu bisik kat dia, alah, kita pergi Cameron Highlands jerlah. Boleh makan stlobeli and cekelat. Then we spiki Inggris ebeli day.. lorrr..

Ohh, tau tak, cabin crew Singapore Airlines turut belajar perundangan atau Law? Terer diaorang ni. Kalah cabin crew seluruh dunia. Dan ramai yang cemburu akan cabin crew SIA ni.

Kisahnya macam ni. Satu hari ada satu mat salleh naik Singapore Airlines and he was so impressed dengan pertuturan cabin crew yang sangat fasih dengan Bahasa Inggeris mereka. 

Apabila tiba di destinasi, omputih ni punyalah nak tanya, sanggup tunggu cabin crew ni semua keluar melepasi arrival gate. 

Bila nampak beberapa gadis cabin crew SIA tu keluar, dia terus mendekati mereka. Ohh, korang boleh imaginasi mat salleh tu macam Jacob atau Edward Cullen. Silakan. 

"Excuse me, I was just wondering, all of you speaks very good english! How did you do that?"

Dengan senyuman, salah seorang dari gadis cabin crew tu menjawab:

"Study Lorrrr!"

Omputih tu terus mengangguk angguk tanpa sebarang kata. Balik tu dia terus bilang sama kekawan dia dan selepas diterjemahkan, oii der, ko tau tak, orang yang kerja dalam kabin Singapore Airlines tu semua study law!!

Lawak? Tak eh. Biasalah, blog free kan. Nak lawak tengok Raja Lawak yang tak melawakkan diri sendiri tu tapi tak ada orang ketawa. Kurang mineral tu.

Anyway, aku dah pergi hampir semua negeri kat Malaysia ni. Tapi sampai hari ini, miss bini dok gelakkan aku sebab aku tak pernah lagi pergi Genting Highland atau Cameron Highlands. Langkawi pun aku tak pernah sampai.

Yelah, orang kampung der.

Ya, aku teringin nak pergi Genting Highlands. Aku teringin nak pergi Cameron Highlands. Aku teringin nak pergi Langkawi. Kalau aku sampai, mesti aku terus cium tanah ala ala baru balik lepas tersadai di sebuah pulau berbulan bulan lamanya. 

Panggillah aku jakun. Hinalah aku. Aku memang pathetic. Orang kampung der, mana reti nak pergi tempat tempat tu semua.

Tapi sebagai seorang yang redha, aku juga redha kot ada orang yang nak bawak aku pegi sana. Tak naik helikopter pun tak apa. Ai tak kisah. Ai tak memilih.



AKU TAK SUKA KAU SEBAB KAU JAHAT DALAM GEMILANG.

Apabila ada yang berkata "aku tak suka perempuan ni, jahat nauzubillah dalam Gemilang. Sesuka jek nak cilok boipren orang." Itu satu kredit kepada pendatang baru, Tasha Shilla.

Karektor yang diterjemahkan dalam drama Gemilang sebagai Cikgu Ruhana digalas pendatang baru, Tasha Shilla.

Tapi kan, dalam sebagaimana dituntut skrip drama itu, Tiz Zaqyah jual mahal sangat.

Seriously, Kabir Bhatia adalah seorang pengarah yang sangat bijak dalam penceritaannya. Sebuah drama 'period' adalah sesuatu yang aku rasa sangat sukar, tapi ia berjaya dipaparkan lengkap dengan instrumen dan elemen tahun 70-an.

Sinopsis drama ini boleh dibaca di blog anizyn di sini.

Aku teringat akan Seniwati Mariani yang sering membawa watak perempuan jahat dan ia berjaya mendatangkan kebencian kepada penonton filem zaman Jalan Ampas, Singapura. Malahan, kalau tak silap aku, Seniwati Mariani pernah diludah penonton kerana terlalu bencikan watak yang dibawakannya. Begitu hebat sekali penangannya. Berkesan. Sangat berkesan.

"Namun begitu filem Korban dan Sri Mersing adalah dua filem yang menjadi filem kegemarannya yang mana Mariani memegang watak yang amat jahat dan ini telah memberi kepuasan kepadanya." petikan dari Sinema Malaysia.

Mungkin, Tasha dapat membangkitkan kemarahan penonton sekaligus membuktikan dia mampu menggalas satu tanggungjawab yang sangat besar sebagaimana diharapkan Kabir. 

 pix credit as watermarked.

Bukan mudah untuk menjayakan watak jahat. Mimik muka, jelingan, body language pun penting. Tonasi dan emosi juga penting. Dan setakat ini, sejak Cikgu Ruhana memasuki ruang sinematografi Gemilang sebagai guru, aku kira dia tak nampak janggal.

Honestly, aku sendiri terkejut, ehh siapa minah ni pulak. Maka, aku terpaksa tunggu drama tu habis semata mata untuk melihat ending credit, dan mencari siapakah Cikgu Ruhana ni.

Orang jahat ni lazimnya bersikap 'sneaky manner' untuk manipulasi individu yang naif untuk mencapai apa yang dimahukan. Dan mungkin itulah yang digarapkan Kabir pada watak Cikgu Ruhana.

Sinematografi Kabir sangat baik. Satu contoh yang berjaya membangkitkan kesan period dalam drama itu ialah minggu lalu terdapat satu babak di luar institut Gemilang, Kabir turut menyelitkan unsur dramatik natural dengan membakar sampah sebagai latar. Mungkin penonton tak sedar, tapi ia sedikit sebanyak menggamit satu unsur dramatik kepada scene itu. Ketelitian yang amat dilakukan Kabir.

Hakikatnya, kesan gothik yang dilakukan Kabir sangat baik. Turut mewarnai drama ini ialah Dato Jalaluddin Hassan, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah serta Kamal Adli.

Berbalik kepada Tasha Shilla. Tak banyak yang diperkatakan untuk mengetahui siapakah gadis ini kecuali satu tweet yang dibalas kepada salah seorang peminatnya, artis ini kini sedang sibuk dengan promosi filem Ratu The Movie arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.

Pix credit to Facebook Tasha Shilla.

Tasha dikatakan baru berusia 24 tahun, dilahirkan pada 25 Januari 1987. Baru lagi tu.

Aku jarang menonton drama Melayu, kecuali ia memaparkan satu keunikan dan harap harap semua pelakon terutama Tasha Shilla sendiri tidak akan mengecewakan penonton dengan watak yang diamanahkan. Apatah lagi, Kabir bukan pengarah sembarangan. 

Dan sebagaimana diharapkan, jangan bergantung kepada wajah fotogenik anda semata mata, kerana penonton sekarang mengharapkan bakat yang lebih terserlah. Dan kekadang kontroversi yang keterlaluan juga mampu mengundang kebencian dan pandangan pesimistik peminat. Semanisnya, elakkan kontroversi. Kita tak tahu siapa yang ada di sekeliling kita. Mungkin penulis blog hiburan, jika tidak wartawan hiburan.

Bagi peminat, anda boleh mengikuti perkembangan Tasha di Twitter artis itu di sini.

And like I said to her tonite, stay clean and of course, she replied.


And yes, this is my first and ONLY drama review disebabkan Tasha Shilla. All the best Tasha.

More pictures of Tasha Shilla di blog hiburan Ohbulan dan Rotikaya.

Tuesday, February 8, 2011

DON'T TRUST CELCOM. NEVER.

Kata orang dulu dulu, gunting dalam lipatan, anytime boleh keluar dari lipatan, kita pun kena lipat. Haha, apa ntah aku merepek. Blame it to the doctor who cocok me this afternoon.

Perumpamaan itu harus digunakan kepada Celcom sebab dia bukan menggunting, tapi mampu melipat kita ala ala smash kuda.

Aku ada masalah dengan simcard pada handphone baru yang aku dapat dari funfair selepas berjaya baling bola pada tin dan semua berjaya dijatuhkan. Ya, percayalah, sekarang diaorang dah tak bagi teddy bear dah sebab dah ada customer complaint, hygiene, ala ala bela kucing. Takut dengan bulu.

Tapi bukan kepada wanita yang suka kat Bangla sebab teddy bear itu pengganti diri.

Talian yang aku guna ialah celcom. Ya, kutuklah, hinalah aku, buatlah onar terhadap diri insan yang lemah serta suci macam aku ni. Aku memang pakai Celcom. Aku seorang yang berjiwa patriotik. Aku pakai minyak Petronas.

Sejak kelmarin, henpon aku dok kuar Sim Card Error. Apa kejadahnya. Adakah tokeh funfair itu memperdayakan aku selepas aku menggunakan segala kehebatan dan teknik membaling tin yang sukar ditemui di Malaysia ni?





Cun tak awek sebelah kiri ni. Comel kan. "Hi, saya Hamzah, boleh kenal?"

Aku check website Celcom dan memandangkan aku memang malas nak pergi ke Celcom Kempas, aku tengok ada khidmat menukar kad SIM untuk pelanggan Celcom di agennya yang dikenali sebagai Celcom Exclusive Partner (CXP).

Exclusive sungguh.

Dengan penuh riang ria dan gembira, aku pergi ke salah sebuah CXP Celcom di Sutera Mall dan bila sampai tu, disambut oleh seorang gadis genit menjual bunga sambil melirik mata lap lip lap lip. Eh mana ada, itu hanya terjadi dalam lagu Rahimah Rahim jek. 

Gadis genit berkulit putih itu persis aktres Taiwan terus bertanya: "Ya Abang Ensem cari apa?"

Aku terus pitam kat situ. Pitam budak sebab demam tapi panggilan abang ensem yang jarang aku perolehi sepanjang usiaku yang sudah mencecah 21 tahun ni.

Malaun jek, mana ada dia panggil abang ensem. Buta ke mata?

Anyway, aku dengan senyum manis sebab awek tuuuuu.. "boleh tukar Sim Card tak?" "Ohh kalau nak tukar sim card, abang kena pergi kat Celcom Kempas atau Celcom Taman Molek."

Aku balik terus tengok sekali lagi, senarai khidmat yang disediakan CXP. Lihat nombor 13. Sim Card Replacement tu tak sama eh dengan tukar simcard? Aku salah faham rupanya. Dem.

Ok, aku tahu Celcom ni saje jek bergurau dengan aku ni hehhhh. Alah, manjanya kau bergurau yek. Shini shini, kita chubit cikit.

Esok, aku TERPAKSA keluar untuk pergi ke Celcom Kempas yang jauh berbatu batu sebab Sim Card rosak dan harap harap di sana tiada extended version gurau dengan berkata: "Alaa avang, sowi ahh, iter ah abis kad cim ahhh.." Mau aku jadik chimpanzi esok.

WHEN YOU ARE SICK.

When you are sick, all you could think of, is to lie down and merengek macam budak kecik tak dapat susu badan.

This fever is killing me and I need to quit smoking too.

I need to. Merokok itu, saudara dan saudari sekelian SANGAT membahayakan kesihatan......


... apatah lagi kalau rokok itu bukan dari jenama yang kita selalu kena sepam dua. 

All this while pun aku sering menolak... sebab bukan brand yang aku isap. Hahaha. Rokok putih biasanya rokok smuggle. Bahaya. Nasihat aku kepada perokok, sentiasa menolak rokok kotak putih yang tiada amaran dari gomen. Bahaya der. Entah apa Mat Indon letak dalam rokok tu.

Now, I need an injection for fast recovery.


Seriously, this time, fever that I am having is rather worst than I have ever had before. Demam rindu kot. Tapi kat siapa? Hahahah. Tulah you, I call u taknak jawab, I sms pun you taknak jawab. Sedih tau. Twitter pun you tak layan. Ehh bila you ada twitter? Takde eh?

Aku semakin demam bila pegi klinik, dapat pulak nurse macam ni.

"you shakit ehh lahling, kam here, kam here."

Rupanya tak. Harap tul lah. Pervert kau ni Hazrey.

Doktor yang cucuk, one apek tua. "Lu jangan goyang ahh, lelaks lelaks, mau cucuk." Aku ngeri bila dia cakap macam tu apatah lagi kedudukan aku sungguh compromising. Tapi syukurlah tiada apa apa yang berlaku.

Monday, February 7, 2011

SAKIT DAN KAIN PELIKAT

Sepanjang hidup aku, aku rasa cuma seminggu jek aku pakai kain pelikat. Rumah aku memang banyak kain pelikat samada orang bagi atau orang kasi. Samalah tu kan. Lain. 

Tempoh seminggu yang aku pakai itu adalah pada durasi darurat. Lebih darurat dari kejadian di Mesir ketika ini.

Aku memerlukan kain pelikat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Maklumlah, masa tu comel lagi kan, kot ada yang berkenan, takleh pakai kemudian hari, kan naya tu.

Itupun aku rimas pakai kain pelikat, yelah, nak keluar jumpa kekawan kampung sebab nak kerek aku dah lebih dewasa dari diaorang pun susah. Jalan pun kena kengkang. Susah der. Tapi seingat aku, lepas dah melepas derita tu semua, bila ada bebudak kampung yang belum melepasi pembedahan rasmi, aku akan kata "kau mana boleh join, kau tak sunat lagi." 

Tapi satu cerita yang paling aku tak redha ialah bila ada kekawan lebih tua yang cuba menanam kegusaran dalam hati aku yang lemah ni:

"Biasanya diaorang pakai kapak dengan parang. Tapi itu ari aku dengar diaorang pakai gergaji yang halus tu yang biasa potong besi."

Sebagai seorang kanak-kanak yang comel dan suci masa tu, aku langsung tak takut, tapi mau taknya aku menangis bila balik. Hahahahha. Ok tak. Aku control macho masa tu.

Yang paling aku tak redha ialah bila kena tarik bahagian depan kain pelikat tu setiap masa bagi mengelak ia bersentuhan; takut menimbulkan satu situasi yang agak pressure kepada mana mana organ yang disentuh.

Sehingga hari ni aku tak pernah pakai kain pelikat. Entah kenapa, tapi aku tak suka, bukan tak sedar asal usul, tapi masalahnya aku memang tak reti. 

Seingat aku, kecik kecik dulu, kami selalu main kain pelikat ayah (ehem selepas dicuci), dan kami buat ala ala ninja. Aku tak ingat siapa abang aku yang ajar, tapi sampai hari ni aku tahu teknik ikatnya. Hahah. Kalau siapa nak belajar, ambik kelas aku. Kelas "Cara Cara Mengikat Kain Pelikat Ala Ala Ninja". Kita panggil diri kita Ninja Pelikat Cap Gajah. 

Sekarang, kalau waktu malam walaupun kain pelikat ni agak memudahkan pengudaraaan, atau ventilation yang baik, aku sebolehnya tak mahu pakai sebab aku takut terselak dan ia pasti akan menyebabkan ramai yang sakit jantung. Tak boleh. Tak boleh. Aku takut gak kot ada kamera sembunyi. Bahaya. 

Aku seorang pemalu. Walaupun dalam keadaan berdengkur yang kuat dan boleh buat lagu kalau direkodkan pada handphone, aku tetap pastikan tatasusila sebagai seorang lelaki pemalu dikekalkan.

Dan hari ini, aku terdampar layu sambil nyanyi lagu Fauziah Latiff teratai layu di tasik.. ehh tak mahu sebut abislah, macam sensitip pulak perkataan ujung tu.

Best demam ni sebenarnya. Betul.


BLOG BOLEH SAKIT JANTUNG.

Seriously, do you have to install the music widget and freak me out in the middle of the night?

Ia juga menyebabkan loading untuk blog korang slow, and yang paling penting, tak cool langsung.

Serious tak cool. Aku terkejut beruk ok. Beruk mesti marah sebab guna nama dia.

Bayangkan dengan subwoofer yang disetkan pada tahap maksima sebab gegendang aku dah uzur, lepas click kat blog korang, tetiba ada lagu meraung satu rumah. Ok tak, aku tak pakai subwoofer.

Tapi seriously, perlu ke ada lagu? Macam kad raya ada lagu tu ke korang nak ikut?

Sunday, February 6, 2011

HOSNI MUBARAK LETAK JAWATAN.

Ohh ini cerita best.

6/02/2011 8:39am

KAHERAH 6 Feb. - Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai pemimpin tertinggi parti pemerintah, Parti Demokratik Kebangsaan Mesir, hari ini.

Pengumuman Presiden Mesir itu menyusul selepas setiausaha agung parti itu, Hossam Badrawi dan anaknya, Gamal Mubarak yang juga salah seorang pemimpin tertinggi parti itu mengumumkan meletakkan jawatan. - REUTERS

Dan banyak media flash this story.

Aku juga mendengar di radio ketika tayar aku bocor pagi tadi dan aku ketawa terbahak bahak. Serious. Terbahak bahak ketawa. Tak sedih, tak terharu dan tak tersinggung. Terbahak bahak ketawa.

Dua sebab: satu sebabnya ialah kedai cina semua tutup beraya dan aku terpaksa menjelalah Le Tour de Langkawi untuk cari kedai Melayu betulkan tayar untuk cabut dua paku yang sangat panjang.

Ia juga menyebabkan pinggang aku sakit sebab kena bukak tayar, dan banyak jari jemari aku jadik kasar. Nak kena beli lotion ni.

Sebab kedua aku terbahak bahak ketawa ialah: 

06/02/2011 8:37am

KAHERAH 6 Feb. - Televisyen Al-Arab menarik balik laporannya mengenai pengumuman Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai pemimpin tertinggi parti pemerintah, Parti Demokatik Kebangsaan, semalam.

Siaran televisyen negara itu sebelum ini melaporkan, Presiden Mesir itu meletakkan jawatannya sebagai pemimpin tertinggi parti tersebut selepas anaknya, Gamal Mubarak dan setiausaha agung parti itu mengumumkan perletakan jawatan masing-masing. - REUTERS

Indeed. They should have confirmed the news before broadcasting it to the public. Dan harap harap stesen radio dah check sumber mereka sebab aku dengar pada jam 10 pagi. Ada dua jam lapse.

Saturday, February 5, 2011

OPERATOR 999 LUPA NAK PANGGIL BOMBA, ANAK MATI.

Gila kan tajuk?

If this ever happens in Malaysia, make sure ambik satu lawyer mulut jahat and sue the government for good.

Ia berlaku di Corby, Northamptonshire di mana operator 999 'terlupa' untuk memanggil bomba bagi mengeluarkan seorang mangsa kemalangan yang tersepit.

Berikut petikan dari Daily Mail:

An East Midlands Ambulance Service emergency medical dispatcher did not alert the police and fire services because her 12-hour shift was due to end.

Pengendali talian kecemasan khidmat ambulans East Midlands tidak memaklumkan kepada pihak polis dan bomba disebabkan waktu shifnya sudah hampir selesai. 

"Alah, kecau sajer ini oreng bagi panggil panggil ini line, oreng mau belik, legi kecau a-ku," mungkin itu kata pengendali talian kecemasan itu.

Bagaimanapun, kejadian itu berlaku pada 16 Ogos 2009 di UK namun ia seharusnya menjadi iktibar kepada 999 di Malaysia ni.

Aku sendiri pernah terserempak dengan beberapa kemalangan jalanraya dan aku lebih yakin untuk membuat panggilan kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia kerana sudah terbukti keberkesanan response terhadap panggilan kecemasan.

Salah satu kejadian itu dipaparkan di entry lalu di sini.

Rakan setugas, Shamsul yang menulis di blog Ondscene turut mengemukakan satu analisis yang sangat baik mengenai khidmat 999 yang perlu diperbaiki sejak semua khidmat kecemasan disatukan di bawah satu nombor. 

Ia boleh di baca di sini.

Sebenarnya, aku tak boleh salahkan ambulans dari hospital mahupun bomba kerana lazimnya mereka lewat menerima makluman dari pusat 999.

Contoh terbaik semalam ketika berdepan dengan satu kemalangan maut di Jalan 37.5 Jalan Mersing Johor Bahru, ketika kami tiba, panggilan kecemasan ke 999 sudahpun dilakukan salah seorang pengguna jalanraya yang berhenti bagi membantu.

Namun, berikutan kehadiran anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Johor, mereka menggunakan  sistem baru dan terus menghubungi Pusat Gerakan Negeri untuk membuat panggilan terus kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta hospital. 

Ok, mungkin ada yang tertanya kenapa JPAM tidak menggunakan ambulans sendiri? Ketika ini, ambulans dan jentera rescue JPAM yanng terhampir dengan tempat kejadian adalah dari Johor Bahru dan anggota JPAM membuat percaturan yang tepat untuk membuat panggilan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat dan ambulans Hospital Kota Tinggi.

Sejurus panggilan dibuat Pusat Gerakan JPAM negeri, bomba dan ambulans tiba hampir serentak sekaligus mengurangkan korban nyawa dalam kemalangan itu.

Apapun, kementerian bertanggungjawab patut memberi fokus kepada khidmat kecemasan 999 supaya ia lebih efektif.

Manakala bagi anda, aku cadangkan menyimpan nombor Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di setiap negeri supaya jika ternampak kemalangan mahupun memerlukan khidmat kecemasan, anda sudah bersedia, begitu juga dengan nombor rakancops. Kekadang kita ambil mudah sekarang tetapi apabila tiba masanya nanti, kan elok dah ada nombor tu semua.

Untuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang kini dikenali sebagai JPAM, anda boleh layari www.civildefence.gov.my manakala polis, di rakancop, klik pada negeri untuk mendapatkan nombor talian mengikut tempat anda.

Friday, February 4, 2011

EDITED: PULANGKAN DOMPET MANGSA

Semalam, 3 Februari, dalam perjalanan pulang dari Kota Tinggi, Johor, aku terserempak dengan satu kemalangan maut melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal.

Cerita mengenai kemalangan maut itu boleh dibaca di blog Ondscene, di sini.

Aku dan jurukamera, Zarinor Mohammed Noor menaiki kenderaan rasmi Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor, Kolonel (PA) Ghazali Abd Rahman sedang dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru.

Kami tiba di tempat kejadian sejurus kejadian berlaku dan turut membantu mangsa yang cedera parah.

Dalam kekecohan membantu itu, apatah lagi dua mangsa cedera parah di muka, manakala penunggang motosikal sudah terbaring tanpa nyawa, kami berempat, aku, Zarinor, Kolonel Ghazali dan pemandunya, Korporal Mohd Shah Rihan Wahab melakukan apa yang terdaya.

Orang awam turut membantu dan kami dapati terdapat dua kakitangan Hospital Kota Tinggi yang baru pulang dari bertugas membantu mangsa trauma. 

Pada ketika kami sibuk membantu pemandu Perodua Kenari yang menjadi punca kepada kemalangan itu, terdapat dua lelaki yang berdiri bersebelahan, aku terus menjerit meminta mereka mengawal aliran trafik agar apabila ambulans dan jentera bomba tiba, ia dengan mudah memasuki kawasan kemalangan.

Depan mata aku, salah seorang lelaki itu menyepak sebuah dompet di atas jalanraya yang aku sangat percaya, ia milik pemandu Perodua Kenari itu. Aku terus meminta lelaki itu mengutip dan menyimpannya kerana khuatir ada yang bakal ambik kesempatan.

Dengan penuh keikhlasan untuk membantu, aku turut melihat lelaki itu memasukkan dompet berwarna hitam itu ke dalam poketnya dan terus membantu mengawal aliran trafik manakala aku terus bergerak ke arah mayat penunggang motosikal bagi membantu menutupnya dengan kertas berikutan keadaannya yang sangat mengerikan.

Yang menjadi persoalan, apabila anggota bomba dan pegawai polis trafik tiba di tempat kejadian, aku tak dapat mencari lelaki yang menyimpan dompet mangsa. Puas kami mencari di kawasan kejadian namun lelaki itu yang dipercayai datang bersama seorang rakannya, sudah ghaib!

Ketika aku menghubungi Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Osman Muhammed Sabot, dia mengesahkan dompet pemandu Perodua Kenari masih tidak ditemui biarpun mangsa sudah dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan. 

"Saya dah confirmkan dengan I.O (Pegawai Penyiasat), memang tak ada wallet (dompet) pemandu Kenari tu," katanya.

Untuk itu, jika anda mengenali lelaki ini, sila hubungi Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi di talian 07-8831222.

Terima kasih kepada azieazah, nurhanie azizie, belalang hijau dan anyss as well as other readers that pointed out, aku tersedar posting sebelum ni agak bersangka negatif, so to all the readers out there, let me apologise sincerely for the earlier posting. Kita sangka baik, mungkin dia menyimpan untuk mangsa, dan mungkin dia berniat untuk pulangkan kepada keluarga mangsa berdasarkan alamat pada kad pengenalan mangsa. Harap harap macam tu. Dan jika lelaki dalam foto ini membaca, tahniah kepada anda kerana menyimpan dompet mangsa dan memulangkannya.


Diharap jika ada pembaca blog ini atau Ondscene mengetahui identiti lelaki ini, dapat berhubung dengan IPD Kota Tinggi kerana segala dokumen pengenalan diri mangsa ada di dalam dompet itu.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.